Adsense

Khamis, 31 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Chef Wan Keliling Dunia dalam Travelogue Ekspedisi 2011

Posted: 31 Mar 2011 10:01 PM PDT

PENGEMBARAAN EKSPEDISI 2011 BERMULA APRIL INI!

Rancangan masakan dan pengembaraan atau "travelogue" terbaru iaitu Ekspedisi 2011 telah pun memulakan pengembaraannya sejak Januari lalu. Kini, Ekspedisi berwajah baru ini bakal menemui penonton setia TV9 pada setiap Isnin, jam 9.30 malam bermula 18 April 2011 ini.

Seperti yang sedia maklum, selebriti chef Nombor Satu Malaysia, Dato' Redzuawan bin Ismail atau lebih disenangi dengan panggilan Chef Wan akan membawa penonton mengembara ke hampir 11 buah negara seluruh dunia. Pengalaman, kepakaran dan kepetahan beliau sudah semestinya dapat membuatkan Ekspedisi 2011 ini semakin menarik dan menjadi rancangan yang mesti tonton.

Chef Wan TV9

Ekspedisi 2011 kali ini merupakan kerjasama antara TV9 dan juga MASHolidays yang juga turut menaja lokasi-lokasi pengembaraan. Pengembaraan ke serata dunia telah pun bermula dengan negara China iaitu di Beijing dan pengalaman di negara itu ingin dikongsikan oleh Chef Wan bersama penonton setia TV9 menerusi program Ekspedisi 2011. Antara tempat menarik yang ingin dikongsikan adalah pengalaman mendaki Tembok Besar China, melawat ke Kota Larangan yang juga merupakan kompleks istana terbesar di dunia

Rombongan yang mengikut program Ekspedisi ini berpeluang untuk mendaki Tembok Besar China, melawat Kota Larangan iaitu kompleks istana yang terbesar di dunia, Istana Musim Panas dan Dataran Tiananmen. Chef Wan juga turut menyelitkan aktiviti membeli-belahnya di sekitar Jalan Wang Fu Jing, iaitu kawasan kawasan membeli-belah terkenal di negara China yang telah wujud sejak 300 tahun lalu.

Ekspedisi 2011 masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu menampilkan masakan istimewa dan tempat-tempat peranginan menarik di serata dunia. Dato' Chef Wan juga turut mencuba makanan tradisional daerah Xin Jiang iaitu daging panggang yang dibakar di atas bara api beserta garam, jintan putih dan serbuk lada. Makanan eksotik dan pelik yang dikongsikan bersama penonton semua merupakan antara elemen terbaru yang disuntikkan di dalam program travelogue ini. Selain daripada itu, Chef Wan dan krew penerbitan Ekspedisi juga turut berpeluang menyaksikan pertunjukan akrobatik yang sememangnya sinonim dengan Negara China.

Selain daripada Negara China, rombongan krew Ekspedisi turut berkesempatan menjalani rakaman mereka ke Rangoon, Dubai, Mumbai dan Shanghai. Di Yangoon, Myanmar contohnya, Dato' Chef Wan akan membawa penonton melihat keindahan binaan Pagoda Shwedagon. Pagoda yang menjadi tempat bersejarah Myanmar itu diperbuat daripada emas, batu permata dan berlian.

Myanmar sememangnya dikenali ramai dengan keunikan senibina mereka dan itulah yang ingin dikongsikan kepada semua menerusi Eskpedisi ini. Setelah itu, Dato' Chef Wan terus membawa penonton ke Tasik Kandawgyi atau lebih dikenali sebagai Royal Lake. Di sana tersergam indah sebuah bahtera menarik yang juga merupakan restoran terapung diberi nama bahtera Karaweik Palace. Sambil menjamu selera, tetamu restoran turut dihiburkan dengan tarian kebudayaan tradisional Myanmar.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan oleh Dato' Chef Wan adalah ketika membuat rakaman di Dubai. Apakan tidaknya! Selalunya gambar bangunan tertinggi di dunia hanya sekadar dilihat di dalam akhbar-akhbar dan televisyen tetapi kini bangunan Burj Khalifa yang tersergam hebat itu berada di depan mata. Penonton yang ingin melihat rakaman di Dubai bolehlah terus bersama Ekspedisi pada 2 Mei nanti.

Selain daripada bangunan terhebat dunia, di samping tempat-tempat lain seperti Burj Al Arab, Masjid Jumeirah, The Palm dan Muzium Dubai. Pengalaman lebih menarik dirasai oleh Chef Wan dan krew penerbitan ketika menyusuri padang pasir menggunakan kenderaan pacuan empat roda (Dune Bashing) ke kem di tengah padang pasir. Di kem, penonton dapat melihat Chef Wan melakukan pelbagai aktiviti padang pasir seperti menunggang unta, melukis henna, menonton tarian belly, menikmati hidangan BBQ khas dari kem.

Setelah penat menjelajah ke negara China, Myanmar dan Dubai, Chef Wan akan meneruskan lagi penjelajahannya dan berkongsi pengalaman beliau terutamanaya makanan eksotik dan pelik yang terdapat di negara-negara yang dilawati seperti Mumbai di India, Shanghai (China), Capetown (Afrika), Paris, Adelaide (Australia) dan Auckland (New Zealand).

Untuk terus bersama Ekspedisi dan juga Chef Wan, jangan lupa temujanji anda bersama TV9 pada setiap Isnin, jam 9.30 malam bermula 18 April 2011 ini.

Chef Wan TV9

Chef Wan TV9

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Chef Wan Jadi Pengacara Ekspedisi 2011 di TV9
  • Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?
  • Penjelajahan Homesray dalam Program Keliling Kampung
  • BELAJAR MEMASAK SAMBIL MENDENGAR TIPS-TIPS BERGUNA
  • Rusdi Ramli, Jue Aziz, Zul Yahya Dalam Drama CHEF MASIN PAHIT 4 RASA
  • Selebriti Jayakan Dapur Remaja
  • Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2
  • Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011
  • Jennifer Hudson Red Carpet 2011 Grammy Awards
  • Gambar Serina Redzuawan di Pelancaran Mifa 2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Langgan & Tonton Ratu The Movie di Astro First

    Posted: 31 Mar 2011 08:17 PM PDT

    Salam pembaca semua,

    Hari ini dah pun 1 April 2011. Cepat betul masa berlalu. Bulan April dah mula menjengah. Hari ini juga Budiey diberitahu filem Ratu The Movie telah menemui penonton di Astro First. Jadi, kepada pembaca budiey.com yang masih belum lagi menonton filem ini, jangan risau, ini peluang untuk korang layan filem drama thriller ini di kaca TV bersama dengan kawan-kawan dan keluarga.

    Nak langgan senang sahaja, hanya tekan butang saluran Astro 480, pilih poster filem RATU THE MOVIE dan ikuti arahan yang diberikan.

    poster ratu the movie

    Seperti ada aura tersendiri bagi filem Ratu The Movie ini apabila orang perseorangan masih memperkatakan berkenaan filem ini sehingga sekarang walaupun sudah dilepasi beberapa buah filem baru yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.

    Sama ada positif atau negatif, itu terpulang kepada hak individu itu sendiri kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan siapalah manusia yang boleh menyekat kebebasan bersuara manusia yang lain. Apa yang pasti, produksi Ratu The Movie tetap berdiri di atas kaki sendiri untuk terus maju ke hadapan ditambah dengan sokongan padu yang diberikan oleh penggemar-penggemar filem tempatan yang sentiasa menghargai kemunculan filem-filem baru di pawagam.

    Ada diantara mereka memaklumkan keadaan cuaca yang nampak tidak begitu mengizinkan punca mereka tidak dapat ke panggung, tambahan jalan yang terlalu sesak. Hujung minggu pula terikat dengan komitmen ke rumah-rumah orang kahwin. Mereka akui tertarik melihat trailer filem yang sering dipaparkan di televisyen mahu pun di web-web internet.

    Meriah sungguh promosi filem ini. Tapi sayang, kesuntukkan masa. Mungkin juga pertaruhan tarikh penayangan yang dipilih tidak tepat dengan musim orang rajin ke panggung, lagi-lagi terpaksa pula bersaing dengan filem-filem yang lain. Tidak mengapa, masih ada cara lain untuk mereka berpeluang menyaksikan filem ini. Filem yang diyakini bagus tak mungkin akan disiakan begitu saja dan mereka begitu gembira dengan berita ini.

    Berbekalkan kepercayaan terhadap filem ini, pihak Astro First bersetuju untuk membawakan filem Ratu The Movie ini secara eksklusif ke kaca televisyen. Memahami genre filem ini yang lebih terasa moodnya jika ditonton bersama keluarga secara santai di rumah, ianya pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Line Clear Motion Pictures (LCMP) merangkap produser filem Ratu The Movie, A. Latiff Mohaideen ketika ditanya mengenai filem yang kini berada di Astro First itu memberikan jawapan ini, "Kita akan 'memahkotakan' kembali Ratu The Movie melalui Astro First untuk menunjukkan yang kita tidak pernah berputus asa untuk sentiasa membawa pembaharuan dalam industri perfileman. Saya akui sambutan yang diterima di panggung-panggung adalah sederhana tapi itu tidak bermakna filem ini tidak bagus kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini memberikan reaksi yang baik. Cuma mungkin pemilihan tarikh tidak sesuai menyebabkan filem ini mempunyai penonton yang berjumlah kecil. Kini kita bersama Astro First membawakan secara eksklusif filem Ratu The Movie melalui medium paling mudah untuk mereka yang ingin menonton filem ini tetapi tidak mempunyai masa untuk ke panggung iaitu televisyen."

    Usaha itu tangga kejayaan. Mungkin inilah pegangan produksi Ratu The Movie ini. Memang sukar untuk menerangkan dengan kata-kata apatah terlalu banyak lemparan negatif terhadap filem ini walhal ia datang dari mereka yang tidak menontonnya lagi. Usaha produksi ini untuk membawakan sebuah filem yang merupakan satu genre terbaru di Malaysia di mana ia menggabungkan program realiti dan filem, digarap kemas oleh pengarah yang sudah berjaya dengan lebih 30 buah filem, Prof. Madya A. Razak Mohaideen harus diberi sokongan.

    Bukan mudah menghasilkan sebuah filem yang mana watak-watak utama dilakonkan oleh 10 pendatang baru yang tidak pernah mempunyai pengalaman berlakon sebelum ini. Tetapi produksi ini terlalu berani, kata mereka untuk melahirkan pelapis-pelapis baru, kita perlu berani mendedahkan mereka. Sayang jikalau bakat-bakat yang telah ditemui ini disimpan, alasannya mereka masih baru, tiada pengalaman, jadi siapa yang bertanggungjawab untuk memberi mereka pengalaman kalau bukan produser filem sendiri?

    Disebabkan keyakinan ini, maka sekali lagi mereka ingin 'memahkotakan' RATU The Movie melalui Astro First bermula 31 Mac ini. Peluang kedua untuk penggemar filem tanah air menonton dan menilai sendiri filem yang dibintangi pelakon-pelakon baru seperti Tasha Shilla, Bkay Nair, Farah Rahman, Farahin, Jazzy, Sue, Arizan , Elya, Shazlyn dan dimantapkan lagi dengan gandingan barisan pelakon popular seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yusry KRU dan Azlee Khairi.

    Ratu The Movie, sebuah filem bergenrekan realiti penggembaraan menampilkan 10 gadis jelita yang berjaya memasuki peringkat akhir program realiti 'Pesona Ratu'. Mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dari segi fizikal mahu pun mental untuk memastikan mereka memenangi gelaran sebagai Ratu. Namun ia tidak mudah seperti disangkakan mereka.

    Begitu banyak cabaran serta bermacam halangan yang terpaksa mereka tempuhi di samping menerima hakikat erti kehidupan sebenar sepanjang mereka terlibat dalam program realiti tersebut. Mempunyai kisah hidup yang berlainan di kalangan mereka, itulah yang harus mereka rungkaikan untuk memiliki gelaran Ratu. Adakah Ratu yang dipilih di dalam filem layak menjadi Ratu dalam industri perfileman kita? Anda tentukan.

    Untuk melanggan, senang sahaja, cuma tekan butang saluran Astro 480 dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan. Selamat menonton.

    Temubual Budiey Bersama Azli Pelakon Ratu The Movie

    Temubual Budiey Bersama Jazz Pelakon RATU THE MOVIE

    Temubual Budiey Bersama Shazlin Pelakon RATU THE MOVIE

    Temubual Budiey Bersama Farahin Pelakon Ratu The Movie

    Temubual Budiey Bersama Fara Rahman Pelakon Ratu The Movie

    Temubual Budiey Bersama Aliya Pelakon RATU THE MOVIE

    Temubual Budiey Bersama Tasha Shila Pelakon RATU THE MOVIE

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran April Sekarang!
  • Selamat Hari Jadi ke 38 Afdlin Shauki
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Astro B.yond
  • Profile Marsha Milan Londoh
  • FILEM SETEM & MARHABAN DI ASTRO DI PAKEJ MUSTIKA
  • Road Tour Ratu The Movie Jelajah Seluruh Malaysia
  • Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh
  • Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober
  • Elemen Program Realiti dalam RATU THE MOVIE
  • Jom Tonton Drama Luna Fantasiku
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.