Adsense

Rabu, 30 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Malam Amal Premiere Filem Dilarang Masuk

Posted: 30 Mar 2011 06:52 PM PDT

Semalam, jam 8 malam, telah berlangsung Charity Premiere Filem DILARANG MASUK di GSC Pavillion Kuala Lumpur. Filem terbitan Cineworks ini diarahkan oleh Jeffrey Chiang dan dilakonkan oleh Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husien, Muniff Isa Badrul dan aktor Esma Daniel. Peminat filem Melayu boleh menontonnya di pawagam mulai 7 April 2011.

Filem ini menampilkan cara baru dalam teknik sinematografinya kerana proses pengambarannya menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II sepenuhnya. Kalau korang nak tahu, Canon Digital Single Lens Reflex atau DSLR ni adalah sebuah kamera yang mampu buat video berdefinisi tinggi HD. Teknik ini dilihat sebagai satu langkah untuk mempelbagaikan corak penerbitan filem di Malaysia yang sedikit sebanyak boleh menandingi proses penghasilan filem antarabangsa.

DILARANG MASUK diedarkan oleh Metrowealth dan akan dipromosikan di seluruh Malaysia dalam masa terdekat ini. Pengambaran pula berlangsung pertengahan April 2010 di Bukit Larut, Taiping Perak mengambil masa selama 16 hari.

Ini dia beberapa gambar yang sempat Budiey ambil.

Budiey: Nak tahu artis kesayangan anda berada pada hari ini? Jom langgan SMS dari Paparazi. Taip: ON PAPA dan hantarkan ke 23288.

Azma Aizal

Azma Aizal Yusoof sebagai Ronnie

Premiere Di Larang Masuk

Muniff Isa sebagai Bad

Shikin Kamal

Shiqin Kamal sebagai Fatia

Isma Hanum Hussien

Isma Hanum sebagai Juli

Jeffrey Chiang

Pengarah Dilarang Masuk Jeffrey Chiang

Premiere Di Larang Masuk

Turut hadir, Ainul Aishah bersama boyfriendnya. Dah 9 bulan bercinta. Selamat berbahagia, Ain.

Premiere Di Larang Masuk

Pelakon baru yang bakal meletop, Ariel Zaefril

Premiere Di Larang Masuk

Ariel Zaefril bersama pengarah muda Nizam Zakaria

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Dilarang Masuk
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Sekitar Premiere Filem Duyung di GSC Mid Valley
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Gambar Sekitar Sidang Media Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah
  • Sarimah Ibrahim di Media Launch Party The Biggest Loser Asia
  • Gambar Selebriti di Premiere James Bond Quantum Of Solace
  • Gambar Sekitar Perlawanan Amal Badminton Tangkis Untuk Palestin
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dalam Botol Kutip RM1juta Selepas 5 Hari Tayangan

    Posted: 30 Mar 2011 05:23 PM PDT

    '…Dalam Botol' Kutip RM1 Juta Selepas Lima Hari Tayangan

    Tahniah buat Raja Azmi di atas kejayaan kutipan filem …Dalam Botol yang telah meraih kutipan sebanyak RM1 juta dalam masa 5 hari tayangan.

    KUALA LUMPUR: Biarpun menerima kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak sebelum ini Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya membuktikan filem terbaharunya …Dalam Botol yang menceritakan kehidupan pasangan gay mencatatkan kutipan RM1 juta selepas lima hari ditayangkan.

    Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 24 Mac lalu di 41 buah pawagam seluruh negara.

    Raja Azmi yang juga penerbit filem itu berkata, kutipan tersebut merupakan satu jumlah di luar jangkaan memandangkan filem-filem yang diterbitkannya sebelum ini tidak pernah meraih kutipan sebanyak itu dalam tempoh lima hari. Kos produksi untuk menerbitkan …Dalam Botol adalah RM888,000 tidak termasuk promosi.

    Raja Azmi berkata dia amat bersyukur dengan kutipan yang dicapai setakat ini dan berharap filem berkenaan dapat memberi satu mesej kepada masyarakat agar mengambil iktibar mengenai budaya gay.

    "Bagi saya filem …Dalam Botol ini, merupakan satu usaha dakwah saya untuk mengingatkan masyarakat agar jangan terpengaruh dengan budaya gay yang dianggap tabu di negara ini.

    Anu Dalam Botol.

    "Daripada sudut lain, keupayaan …Dalam Botol yang mampu meraih kutipan sebanyak RM1 juta adalah petanda bahawa ia ditonton oleh orang ramai. Itu sebabnya saya sangat percaya bahawa lebih ramai akan menonton …Dalam Botol selepas ini," katanya dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, Rabu.

    Filem …Dalam Botol arahan Khir Rahman merupakan sebuah filem yang bersandarkan kepada konflik percintaan pasangan sejenis lelaki dan disifatkan sebagai satu percubaan berani Raja Azmi dalam membuka dimensi baharu filem Melayu dengan memaparkan isu realiti menerusi layar perak.

    Dalam pada itu, Raja Azmi menegaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menghantar filem tersebut ke festival gay sekalipun dijemput kerana pada hakikatnya ia bukanlah sebuah filem gay.

    Dia juga menambah, sekiranya filem berkenaan tidak mengaut keuntungan yang disasarkan, dia nekad akan berhenti daripada membikin filem pada masa akan datang. Bagaimanapun dengan kutipan tersebut, Raja Azmi akan membatalkan hasrat itu dan seterusnya bercadang menghasilkan filem Anak Ikan iaitu sebuah karya mengisahkan kehidupan lelaki "jambu" yang menjadi rebutan ramai.

    Selain …Dalam Botol, produser tersebut pernah menghasilkan filem Black Widow Wajah Ayu, Cinta 200 Ela dan Haru Biru. Raja Azmi adalah isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek. via Mstar Online

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Tomok Bakal Jadi Juara OIAM 3?
  • Kejutan DEKO DEKO DEKO Celcom Blue
  • Gambar Sekitar Hari Jadi Anak Adilla Yang Ke-2
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Dalam Botol
  • Jom Singgah di Booth SIY di Karnival RIA
  • Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari
  • Gambar Bogel Arja Lee Anu Dalam Botol
  • Hilangkan Lemak di Badan Anda Dengan Slim It Yourself S.I.Y
  • Sinopsis Filem Orang Minyak Lakonan Sharifah Sofea & Firz Fairuz
  • Sertai Peraduan Berparti Bersama Selebriti Sayang You Can Dance Brands
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.