Adsense

Isnin, 28 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Profile Pelajar Akademi Fantasia 9 AF9

Posted: 28 Mar 2011 10:16 PM PDT

Budiey nak ucap tahniah kepada enam orang pelajar lelaki iaitu Afif, Amir, Azri, Erul, Kay dan Raqib serta enam orang pelajar perempuan iaitu Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Nera. Harap korang buat yang terbaik untuk menyemarakkan lagi AF9.

VIDEO SEKITAR PENGUMUMAN PELAJAR AF9:

Semasa sesi pengenalannya dijalankan semalam, para pelajar ini telah diberi kesempatan melontarkan alunan vokal mereka di hadapan khalayak ramai. Dapat diakui bahawa para pelajar yang dipilih kebanyakkannya mempunyai vokal yang mantap di samping pakej mereka yang tersendiri.

Mereka akan bertarung vokal dan seni persembahan pada malam Tirai Akademi Fantasia pada 2 April 2011 ini. Konsert Tirai akan diadakan di AEON Jusco Setiawangsa manakala konsert mingguan akan diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil.

Siapakah yang akan jadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 ribu serta hadiah sampingan lain? Anda tentukan!

Berikut ini Budiey paparkan gambar dan profile pelajar AF9.

Kay

Nama : Nur Khaidir B Muhammad

Nama Afundi : Kay

Umur : 22 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 22 ogos 1988

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Marc Antony

azri

Nama : Mohammad Azri B Abdullah

Nama Afundi : Azri

Umur : 23 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 13 April 1987

Asal : Klang

Penyanyi Kegemaran : Faizal Tahir, Anuar Zain

afif

Nama : Ahmad Aliff Afif B. Tirmizie

Nama Afundi : Afif

Umur : 25 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 29 Oktober 1986

Asal : Pahang

Penyanyi Kegemaran : Amy Search, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza

amir

Nama : Mohamad Amirullah B. Jahari

Nama Afundi : Amir

Umur : 18 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 31 Mei 1992

Asal : Sarawak

Penyanyi Kegemaran : Bruno Mars, Frank Sinatra, Aizat

raqib

Nama : Fahrur Raqib B. Abdul Majid

Nama Afundi : Raqib

Umur : 20 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 17 Jun 1990

Asal : Melaka

Penyanyi Kegemaran : Misha Omar, Melly Goslow, Aizat

erul

Nama : Khairul Najmuddin B Abu Samah

Nama Afundi : Erul

Umur : 19 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 5 Disember 1991

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Rain, Adam Lambert, Justin Bieber

nera

Nama: Quennera Francine Francis

Nama Afundi : Niera

Umur : 19 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 7 Januari 1992

Asal : Sabah

Penyanyi Kegemaran : Jaclyn Victor, Stacy, Siti Nurhaliza

eka

Nama: Nur Atiqah Binti Shariffudin

Nama Afundi : Eka

Umur : 21 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 31 Oktober 1989

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Agnes Monica, Nora, Siti Nurhaliza

lena

Nama: Lenaber Binti Haidir

Nama Afundi : Lena

Umur : 22 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 16 Julai 1990

Asal : Sabah

Penyanyi Kegemaran : Awie, Yusri KRU, Ziana Zain

laika

Nama: Zulaika Binti Zahari

Nama Afundi : Laika

Umur : 22 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 26 Februari 1989

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Amir Sofazr, Lan Typewriter, Yuna

aida

Nama : Nur Suhada Binti Jebat

Nama Afundi : Aida

Umur : 18 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 17 Mac 1992

Asal : Melaka

Penyanyi Kegemaran : Katy Perry, Agnes Monica, Faizal Tahir

miza

Nama: Roshammizah Binti Rosli

Nama Afundi : Miza

Umur : 27 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 15 September 1983

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Aretha Franklin, Diana Rozz, Janis Joplin

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Profile HAFIZ Akademi Fantasia 7
  • Gambar Pelajar Akademi Fantasia 7 YAZID
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • FAEZAH Akademi Fantasia 7
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • Profile Nas Adila Akademi Fantasia 7
  • Profile SIDI Akademi Fantasia 7
  • Profile Kelana Akademi Fantasia 7
  • Profile AMIM AF7
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Senarai Peserta Akademi Fantasia 9

    Posted: 28 Mar 2011 05:56 PM PDT

    Bersedia untuk afundi? Nah, pengumuman senarai peserta & pelajar AF9 telah diumumkan semalam. Aida, Laika, Nera, Miza, Eka, Lena, Amir, Afif, Raqib, Kay, Erul dan Azri akan berentap merebut juara atau pemenang utama Akademi Fantasia 9. Majlis sidang media dan pengumuman berlangsung di Jusco AEON Setiawangsa semalam jam 3 petang. Kelainan kali ini, program Diari AF9 akan dirakamkan secara terbuka dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa. Bermakna orang ramai boleh melihat telatah dan kerenah peserta AF9 secara langsung di depan mata.

    AF9

    KUALA LUMPUR: Astro pada Isnin memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia kesembilan (AF9) termasuk lima barisan tenaga pengajar termasuk dua muka baru.

    Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir – Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri – Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul – Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay – Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib – Melaka).

    Turut serta adalah Nur Suhada Jebat, 19, (Aida – Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka – Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika – Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena – Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza – Selangor) dan Queennera Francine Francis, 19, (Nera – Sabah).

    AF9

    Tenaga pengajar baru pula ialah Adlin Aman Ramli sebagai guru seni persembahan dan Ning Baizura (guru vokal persembahan) Sementara tenaga pengajar lain termasuklah Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris) yang memasuki tahun ke-8 bersama-sama AF kecuali AF4, cikgu Syafi atau nama sebenar Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian).

    Buat pertama kalinya dalam sejarah AF, program Diari AF9 akan dirakamkan dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa.

    Diari AF9 akan disiarkan bermula 4 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

    Akademi Fantasia 9

    Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pemilihan lokasi tersebut dilakukan secara terbuka kerana mahu memberikan peluang peminat menonton sesi pembelajaran 12 pelajar AF9 secara dekat.

    Tambahan pula, Jusco AEON Setiawangsa dirasakan sesuai untuk menempatkan pelajar dan tenaga pengajar bermula waktu pagi hingga petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam rumah lut sinar.

    Para pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi lain untuk tidur pada waktu malam.

    "Kami mencari pendekatan baru untuk penonton untuk penonton menonton Diari AF sambil mereka boleh mengambil gambar secara langsung.

    "Bagaimanapun, para pelajar tidak bebas untuk keluar dan masuk dari rumah tersebut kerana sepanjang masa mereka perlu dikurung untuk belajar melainkan boleh keluar untuk solat dan ke tandas.

    "Seperti dahulu, jurukamera akan merakam pergerakan pelajar dan tenaga pengajar di dalam rumah tersebut untuk ditonton di Diari AF. Malah penonton juga boleh menonton program itu menerusi laman sesawang rasmi www.akademifantasia.com.my secara langsung," ujar Azlin ketika sidang media AF9 di Restoran Sakura, Jusco AEON Setiawangsa, Isnin.

    Juara AF9 bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan yang akan diumumkan kemudian.

    Selain itu, musim terakhir ini juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Aznil Nawawi untuk mengendalikan Tirai AF, Kenangan Afnil, Diari AF dan Konsert AF.

    Pengumuman pengetua AF9 bakal diumumkan di Tirai AF pada 2 April ini, secara langsung pukul 9 malam dari Jusco AEON Setiawangsa, Konsert AF (setiap Sabtu, pukul 9 malam mulai 9 April) dan Kenangan Afnil (setiap Sabtu, pukul 8.30 malam bermula 2 April ini).

    Kenangan Afnil merupakan gabungan antara akronim AF dan nama Aznil di mana Afnil akan mengimbas kembali detik-detik kenangan AF dari musim pertama hingga musim ke-8. via Mstar Online

    Selamat maju jaya buat semua pelajar AF9.

    Budiey: Budiey dengar, belum apa-apa lagi pelajar AF9 dah kena hentam. Nanti, macam biasalah, ada kesalahan masa silam pelajar AF9 ni digali dan dikorek untuk tatapan umum. Lumrah orang yang akan jadi selebriti katakan. Kalau tak kena gossip memang tak sah. Yang pasti, mampukah mereka control macho atau maintain ayu sepanjang masa kerana gerak geri mereka diperhatikan oleh orang luar. Tak kurang juga ada mengatakan idea mempamerkan pelajar di sangkar kaca di Aeon Jusco ini satu idea yang kelakar. Bagi Budiey, okay apa sangkar kaca ni, sekurang-kurangnya elok untuk famili atau kawan-kawan rapat pelajar ni, kalau rindu, boleh datang jengok. Walaupun tak boleh jumpa, sekurang-kurangnya, lepas rindu pun jadiklah. Tapi kesian la nanti kat penduduk kat sana sebab mungkin jalan akan jadi jammed. Itu pun kalau AF9 kali ini berjaya menjadi fenomena. Apa-apa pun, lebih kurang untuk musim terakhir ni, AF9 memberikan unedited version. Segala paparan dalam diari AF9 tu boleh disaksikan secara live depan mata. Kalau dulu, pernah Astro menawarkan servis video unlimited. Kena bayar RM10 untuk seminggu. Tak silap lah. Tapi sekarang, nah, korang kena datang Jusco je nak tengok budak-budak AF9.

    Dalam ramai-ramai, Budiey kenal dengan Erul atau namanya Khairul. Pernah ada album single dan dulunya pernah menyertai Mentor di TV3. Selain itu, adik kepada Diddy Hirdy juga berjaya menjadi pelajar AF9. Azri pula sebelum ini pernah menyertai MyStarz LG dan vokalis Breakfast Band. Ini juga kali pertama ada 2 orang pelajar dari Melaka. Kompem, ramai orang Melaka support AF9 kali ni.

    Persoalan yang belum terjawab, siapakah yang akan menduduki kerusi panas pengetua untuk AF musim 9 ini? Ramai yang kata, Amy Search. Betul ke?

    AF9

    AF9

    AF9

    AF9

    AF9

    AF9

    AF9

    AF9

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Akademi Fantasia 6 atau Akademi Fantasia All Stars
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.