Adsense

Isnin, 28 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Pasangan Pelakon Bersekedudukan, Tunggu Masa Orang Nak Report!

Posted: 28 Mar 2011 09:09 PM PDT

Nak kata pasangan pelakon ni popular sangat, tidaklah. Tapi, kalau Ai sebut je nama 2 pelakon ini, memang rata-rata tahu dengan kelibat mereka berdua. Menurut sumber juga jiran artis ini berkata, mereka sebenarnya sudah jemu & jelak dengan perangai kedua-dua pelakon ini. Hampir setiap hari, sumber ini nampak si pelakon lelaki ini keluar masuk daripada rumah pelakon wanita ini.

Ada satu pagi tu, ketika orang sibuk keluar rumah nak pergi kerja, sumber ini nampak si pelakon lelaki ini buang sampah di luar rumah. Kalau nak kata si pelakon lelaki ini baru datang, memang tak logik. Sebab muka si pelakon lelaki ni macam baru bangun tidur. Tak mungkin'lah si pelakon lelaki ini tidur dalam kereta, lagipun si kekasih hati dalam rumah cun melecun orangnya.

Sumber ini siap berikan alamat penuh rumah pasangan pelakon ini dengan niat untuk membanteras gejala maksiat. Katanya, penduduk sekeliling kondominium pun sudah perasan dengan mereka, cuma tinggal masa je nak laporkan pada pihak berkuasa.

Sebelum ini, pasangan pelakon ini yang sibuk nak berkahwin, tapi tak pernah jadi-jadi. Kalau betul dah 'tak tahan' sangat, langsungkan sahaja pernikahan cepat-cepat. Kalau tak silap, pelakon lelaki itu pernah berkata bahawa dia nak kumpul duit banyak-banyak sebelum berkahwin.

Tapi pada Ai, apa gunanya kumpul duit banyak, tapi pada masa yang sama dosa pun makin menimbun. Kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Linda Jasmine Hamil Lagi Ke?

Posted: 28 Mar 2011 08:40 PM PDT

Minggu lepas, kami menerima panggilan seseorang yang berkongsi cerita bahawa cikgu tarian Akademi Fantasia, Linda Jasmine kelihatan seperti hamil buat kali kedua. Sumber ini, yang juga peserta kelas tarian Linda Jasmine agak segan nak bertanya kepada empunya badan. Jadi, dia cuma mengagak sahaja. Katanya, memang jelas nampak Linda Jasmine ada baby bump.

Semalam, kami sempat melihat kelibat Linda Jasmine di sesi pengenalan 12 finalis AF9. Linda Jasmine yang memakai gaun hitam paras lutut ketika itu berada di sebalik tiang sambil menghubungi seseorang. Apa yang diceritakan oleh sumber tersebut memang benar, ya ada baby bump!

Mungkin, kandungan tersebut sudah pun berusia sekitar 3 bulan. Kalau benar Linda Jasmine hamil buat kali kedua, kami ucapkan tahniah kepada dia & suami, Que Haidar di atas berita gembira tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.