Adsense

Selasa, 29 Mac 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Cun

Posted: 28 Mar 2011 11:43 AM PDT

Artis Malaysia filem  | 29 March, 2011

filem cun posterSinopsis Cun:- Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, 'Meletops' ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa' sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan 'Meletops' dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan 'Meletops' sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan 'Meletops'

Tajuk Filem:
Cun

Pengarah:
Osman Ali

Penerbit:
Tayangan Unggul Sdn. Bhd dan Nuansa Sdn Bhd

Dipawagam:
31 Mac 2011

Pelakon Cun:
Maya Karin
Remy Ishak
Faezah
Nadiyatul Nisaa
Kartina Aziz
Ning Baizura
Jehan Miskin

Trailer Cun:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenali 12 pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9)

Posted: 28 Mar 2011 03:51 AM PDT

akademi fantasia 9Akhirnya 12 pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) yang juga Akademi Fantasia yang terakhir telah pun diumumkan sebentar tadi melalui sidang media di Aeon AU2, Taman Setiawangsa. 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah pun disenaraikan dan pastinya mereka semua ni hebat-hebat belaka kan.. Kalau nak tengok kehebatan mereka semua, sama-sama la kita tunggu Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 pada 2 April ni, pukul 9 malam dan pastinya di saluran Astro Ria..

Pelajar-pelajar lelaki yang terpilih ialah Amir, Erul, Azri, Afif, Raqib dan Kay… manakala pelajar perempuan yang terpilih pula ialah Lena, Aida, Laika, Miza, Nera dan Eka…

Jadi sebelum kita mula megundi mereka semua, apa kata kita kenali dulu wajah-wajah yang bakal menghuni rumah kaca Akademi Fantasia musim yang ke-9 ( AF9) kali ini… Jom kita layan serba ringkas biodata pelajar-pelajar af9 ni..

afif af9Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie
Nama Afundi: Afif
Asal: Selangor
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Jurucakap syarikat perniagaan.
.
.
.

aida af9Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Nama Afundi: AIDA
Asal: Melaka
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar UiTM, Shah Alam.
.
.
.

amir af9Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari
Nama Afundi: AMIR
Asal: Sarawak
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (ASWARA)
.
.
.

azri af9Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Pemuzik Gamelan.
.
.
.

eka af9Nama Sebenar: Nuratiqah Shariffudin
Nama Afundi: Eka
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Pelajar di Kuala Lumpur Metropolitan Universiti (KLMU).
.
.
.

erul af9Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah
Nama Afundi: Erul
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara)
.
.
.

laika af9Nama Sebenar: Zulaikha Zahari
Nama Afundi: LAIKA
Asal: Cheras
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Peniaga
.
.
.

lena af9Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam.
.
.
.

kay af9Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid
Nama Afundi: KAY
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Bekerja sendiri
.
.
.

miza af9Nama Sebenar: Roshammizah Rosli
Nama Afundi: MIZA
Asal: Selangor
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerja sambilan sebagai tutor kepada pelajar kolej.
.
.
.

nera af9Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingan
Nama Afundi: Nera
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar.
.
.
.

raqib af9Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid
Nama Afundi: RAQIB
Asal: Melaka
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Pelajar
.
.
.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.