Adsense

Khamis, 24 Februari 2011

Sensasi

Sensasi


Tuntutan harta Sepencarian Norish Karman dengan bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir

Posted: 24 Feb 2011 10:25 PM PST




Bagi mereka yang berkahwin bertahun2 ,ada anak-anak bersama bahkan harta diperolehi semasa masih lagi suami isteri,maka bekas isteri layak mendapat Harta sepencarian,melainkan kalau ada rekod isteri nusyuz dan sebagainya.

Kes harta diantara Norish Karman dan bekas suaminya masih lagi berlangsung.


Mahkamah Tingggi Syariah di sini, pada Khamis menetapkan permohonan harta sepencarian yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir disebut semula pada 18 April depan.

Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, 36, bernikah dengan Hashimuddin, 62, pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 15Julai 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 10, Muhammad Hady Amieran, 6, dan Nur Hanyz Amanda, 5.

Antara harta yang disenaraikan sebagai harta sepencarian ialah sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai (RM300,000), Kondominium Abadi Indah (RM300,000), sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan (RM100,000) dan kondominium Seri Heningdi Ampang, dekat sini.

Pada 26 Januari lalu, Mohammad Adib menolak permohonan Hashimuddin yang diwakili oleh peguam syarie Muhammad Buruk untuk membatalkan tuntutan harta sepencarian tersebut.


Sebelum itu mahkamah menolak untuk permintaan Norish untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak.

"Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut

"Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?," katanya.

Zainor Rashid juga menyatakan, berdasarkan afidavit sokongan Hishamuddin, beliau mengakui telah menyediakan sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu peribadi yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk urusan persekolahan anak.


Norish Karman telah mempunyai kekasih baru sebaik selepas bercerai dengan suaminya iaitu abang kepada Faradhiya.Bahkan Lelaki yang bernama Luqman ini dikatakan punca penceraian antara Nosrish dan bekas suaminya.

Pasangan Bakal Pengantin Siti Sarah dan Shuib cuba pakaian pengantincx

Posted: 24 Feb 2011 09:22 PM PST



Hari yang bersejarah dan bahagia buat pasangan Siti Sarah dan Shuib bakal berlangsung esok.

Untuk pakaian pengantin,Sarah telah menggunakan khidmat pereka fesyen Hatta Dolmat.

sama cantik sama padan pasangan nie..dua-dua kecik comel.hehe..

Kelihatan riak bahagia di wajah kedua bakal pengantin nie...cuba tengok renungan Shuib pada bakal isterinya semasa Sarah memakaikan butang baju Melayunya.Romantik gitu~

Semoga Majlis mereka berdua berjalan dengan lancar esok..



Kris dayanti Bakal berkahwin dengan Raul Lemos Ambil gambar Pra-Perkahwinan

Posted: 24 Feb 2011 09:17 PM PST


Upacara pernikahan yang semakin hampir, penyanyi Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lamos dikhabarkan telah melakukan sesi fotografi pra perkahwinan di kawasan Kota Tua, Jakarta Utara.

Pereka fesyen, Iva Gunawan memberitahu bahawa KD telah memintanya menyiapkan beberapa pakaian untuk digayakan pada hari pernikahannya termasuk untuk sesi fotografi pra perkahwinan tersebut.

"KD telah telah mencuba baju yang diinginkan, malah mereka telah memakai beberapa baju untuk fotografi pra perkahwinan semalam," katanya.

Ivan mengakui mudah untuk berurusan dengan diva popular Indonesia itu dalam merancang busana yang bakal digayakannya pada hari bersejarah itu.

"Untuk fotografi tersebut KD menyuruh saya menyiapkan satu gaun pengantin berwarna putih bertema klasik," katanya.

Ainul Aishah Kemalangan Selepas Habis Penggambaran

Posted: 24 Feb 2011 09:06 PM PST



Pelakon Ainul Aishah mengakui akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang menonton drama lakoanannya menyebabkan dia mengalami kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.

Kata Ainul, selepas menjalani penggambaran salah satu daripada beberapa episod drama Begitukah Cinta kira-kira pukul 6.45 petang, dia berhasrat untuk pulang segera menonton episod terdahulu drama itu.

"Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.

"Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja," ujarnya.
Ainul Aishah

Kereta jenis Honda City tersebut mengalami kerosakan agak teruk dan kini sedang dibaiki di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.

Tambah Ainul, biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tetap berasa terkejut dan lebih berwaspada ketika memandu.

"Akibat kemalangan itu, kereta saya mengalami kerosakan agak teruk dan kini berada di bengkel. Buat masa ini saya gunakan kereta abang saya sementara menunggu kereta tersebut siap dibaiki.

"Walaupun saya rasa itu kemalangan kecil tapi saya seperti takut untuk memandu. Saya lebih banyak menekan brek dan tidak mahu memandu dengan jarak yang dekat," katanya.

Tambah Ainul, dia mengakui sikap tergesa-gesanya mendatangkan bahaya kepada banyak pihak dan menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran kepadanya.

"Saya sedar ia mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada saya tetapi kepada pihak lain. Selepas ini saya lebih berhati-hati," katanya.