Adsense

Selasa, 8 Februari 2011

Sensasi

Sensasi


Komik:Isteri yang menjaga suami tetapi sentiasa tiada disisi

Posted: 08 Feb 2011 11:13 PM PST

Mesti rasa pelik mcm mana isteri nak jaga suami kalau selalu takde?
busy memanjang...ikutilah kisah sedih ini...

setiap pagi Isterinya selalu mengucapkan semoga hari anda baik hari ini...
Makanan sentiasa disediakan,kata org nak jaga suami mestilah melalui perutnya?hehe
time makan,si isteri mengucapkan selamat makan kepada suaminya
dia juga tak lupa mengingatkan suaminya agar makan ubat atau suppliment untuk kesihatan..nampak tak?isteri dia mengambil berat hal suaminya..ehe
waktu tidur...
kesian..
sayangilah suami anda..sekian

Cerita: Kisah wanita yang berjaya melarikan diri dari menjadi mangsa rogol

Posted: 08 Feb 2011 11:00 PM PST


Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : "Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku"

Kawan Mangsa: " ishh ngerisnya…"

Mangsa: "Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. "

Kawan Mangsa: "saspen nih"

Mangsa: "dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku"

Kawan Mangsa: "pastu ko buat aper supaya selamat?"

Mangsa:"Aku pun terus angkat kain aku…"

Kawan Mangsa: "Hah?"

Mangsa: "Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…"

Kawan Mangsa: "Lepas tu aper terjadi?"(tak sabar)

Mangsa: "Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…"

Kawan Mangsa: …oh.

Kristen Stewart bakal melakonkan watak Snow White

Posted: 08 Feb 2011 10:50 PM PST




Sensasi dapat khabar yang Kristen Stewart telah ditawarkan watak Snow White dalam Filem akan datang yang bertajuk Snow White And The Huntsman... adaptasi dari cerita dongeng kanak-kanak.

Manakala watak permaisuri jahat akan dibawa oleh Charlize Theron.Walaibagaimanapun jalan cerita mungkin berubah dari jalan cerita seperti dalam buku dongeng kanak-kanak.

Selain Filem Snow white dengan tajuk tersebut,ada juga filem Snow white yang bakal ditayangkan pada tahun 2012 tapi dengan tajuk lain iaitu Snow white And The Seven bakal diolah dengan efek 3D. pelakonnya ialah Julia Robert sebagai permaisuri jahat dan Natalie Portman sebagai Snow White.Untuk filem ini difahamkan jalan cerita filem nie hampir menyerupai cerita dongeng lama cuma org kerdil ditukar jadi monk (tok sami)huhu penggambaran akan dibuat di Hong Kong dan akan ada unsur-unsur martial art.

Mesti lain macam je rupa snow shite versi kungfu nie.

Nora Danish ,Fara Fauzana perli Fasha Sandha di Melodi.Buat jahat dibalas jahat.

Posted: 08 Feb 2011 08:08 PM PST

Seriously agak kelakar jugak tengok Nora Danish dan Fafau perli Fasha dalam Melodi minggu lepas.memang terkena batang hidung Fasha,

Korang cuba tengok Video nie..


Menurut Nora Danish,drama Arjuna tue pembalasan jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik.kata org mcm karma la..

Suatu ketika dulu menurut Nora ,Fasha pernah menelefon Jejai pada pukul 3 pagi semasa Nora masih lagi isteri Jejai.

Lepas tue kecoh apabila Fasha pula melenting di dalam Twitter mengatakan yang Tiz Zaqyah telefon Jejai lebih 10 kali untuk ajak keluar pun pada pukul 3 pagi jugak.huu.

Fafau cuba cover dengan ckp"dulu org call "you" (suami Nora) pukul 3 pagi,lepas tue org call "dier" (boyfren Fasha) pun pada pukul 3 pagi jugak.

hehe.

Ifa Raziah sembur kata kesat terhadap Safura,dan marahkan peminat di twitter,dan kisah disebaliknya

Posted: 08 Feb 2011 10:51 PM PST



Ifa Raziah yang juga merupakan kawan baik Azwan Ali dan juga pernah bergaduh dengan Azwan Ali kini mencetuskan lagi kekecohan dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Safura melalui Twitter nya.

Ifa memang sebelum nie terkenal dengan mulut laser dan berani mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati.

Yang membuatkan Ifa panas hati apabila baru-baru nie Safura dalam Melodi ahad lepas dan seolah-olah kemelut antara Ifa dan Safura telah selesai.namun pada pendapat Ifa belum selesai lagi sekaligus cuba menghebahkan perkara yg keruh itu kepada org ramai.huhu

"Saya tidak berpuas hati dengan kenyataan dia(dalam Melodi) bahawa kemelut antara kami telah selesai. Biarpun dia tidak menyebut nama saya tetapi gambaran yang diberikan oleh rancangan hiburan tersebut sangat menjurus kepada saya.

"Di sini saya ingin jelaskan kemelut kami belum lagi selesai dan masih lagi berjalan di mahkamah. Dia yang memulakan angkara ini mengapa dia kata sudah selesai?" soal Ifa.

Jelas Ifa, Isu saman menyaman sejak tahun 1998 di Mahkamah Tinggi dan kemudian berlanjutan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2007 sudah selesai apabila Safura diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM500.

Namun menurut Ifa dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada pelakon itu sehingga hari ini.







Ifa turut memarahi beberapa org yang menegurnya di twitter.Klik utk besarkan gambar


"Saya kecewa dengan segelintir manusia yang tidak minat dengan seseorang artis dan mencaci artis tersebut. Jika mereka tidak suka dengan saya tolong jangan campur urusan saya,"

Kisah Saman Safura terhadap Ifa
Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyai RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.