Adsense

Jumaat, 4 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hormati Yusry sebagai pengarah

Posted:

Hormati Yusry sebagai pengarah

Hormati Yusry sebagai pengarah



KILAFAIRY kekasih terbaru Yusry Abdul Halim? Apa sudah jadi, bukankah Yusry sedang intim dengan aktres jelita, Maya Karin? Dan siapakah pula gerangan Kilafairy?

Itu persoalan yang timbul apabila heboh diperkatakan menerusi portal gosip tempatan, Kilafairy didakwa sebenarnya kekasih terbaru Yusry.

Kelibat Kilafairy atau nama sebenarnya Shakila Nisha Jahangir Khan sememangnya selalu kelihatan pada majlis yang menggabungkan selebriti dan fesyen sejak akhir-akhir ini, khususnya yang membabitkan jenama terkenal Rafflesia.

Malah, dia juga pernah mengiringi aktor Shahz Jazle pada acara karpet merah sempena majlis Anugerah Skrin 2010 awal tahun ini.

Selepas diselidiki, Kilafairy rupa-rupanya anak kepada penyanyi popular era 1990-an, Rohana Jalil.

Terima lamaran Edry

Mewarisi bakat seni yang dimiliki ibunya itu, namun anak bongsu daripada tiga beradik ini mengambil keputusan untuk terjun ke dunia lakonan biarpun turut memiliki kebolehan menyanyi.

Pernah membintangi drama rantaian Hotel Mania tidak lama dahulu, tuah ternyata berpihak kepadanya selepas itu apabila dia semakin banyak mendapat tawaran berlakon drama-drama tempatan.


SEKEMBALINYA dari Paris, Kilafairy bakal menghadapi peperiksaan di kolejnya.


Lantaran bakat serta kebolehan yang dimilikinya itu, dia telah dilamar adik Yusry, Edry Abdul Halim untuk menjadi artis di bawah naungan KRU Studio dan telah mengikat kontrak dengan syarikat tersebut sejak bulan Jun 2010.

Selain berlakon drama, dia juga bakal membuat penampilan pertama di layar perak menerusi filem seram terbitan KRU Studios berjudul Karak yang dijangka mula ditayangkan di pawagam tanah air menjelang pertengahan tahun ini.

Bagi meleraikan segala persoalan yang timbul tentang gosip hangat Yusry dan Kilafairy, Kosmo! lantas 'menangkap' Kilafairy untuk sesi fotografi khas yang berjaya disempurnakan kelmarin - sehari sebelum dia terbang ke Paris, Perancis bersama keluarga untuk bercuti di sana selama dua minggu!

"Saya sendiri tidak tahu macam mana gosip yang mengatakan saya adalah kekasih Yusry itu boleh timbul. Hubungan kami sekadar antara pelakon dan pengarah memandangkan filem Karak adalah di bawah arahannya," ucap Kilafairy cuba menangkis gosip tersebut.

Tambahnya: "Memang pada mulanya saya tertanya-tanya kenapa ada orang yang membuat cerita sebegitu. Kalau ada yang kata pernah nampak kami berdua-duaan, itu tidak benar kerana kami tidak pernah keluar bersama," ujarnya yang baru berusia 19 tahun itu.

Namun, biarpun masih hijau dalam dunia hiburan, Kilafairy ternyata tidak cepat melatah dan menganggap gosip yang muncul itu adalah sebahagian asam garam dalam dunia hiburan.

Ujarnya lagi, ibunya juga banyak memberi pesanan dan nasihat supaya tidak mempedulikan sebarang cerita buruk yang timbul, sebaliknya terus memberi fokus kepada bidang yang diceburinya itu.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Yusry memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, pelakon yang mempunyai bibir mirip aktres tersohor Hollywood, Angelina Jolie itu mengakui Yusry merupakan seorang lelaki yang kelakar dan sangat merendah diri.


SERING menjadikan ibunya sebagai rujukan, Kilafairy tidak mudah melatah apabila menjadi mangsa gosip dalam dunia hiburan.


"Memang saya minat dengan lelaki yang kelakar dan rendah diri, tetapi itu tidak bermakna saya ada menyimpan perasaan terhadapnya. Sebaliknya saya begitu kagum dengan sifat yang dimilikinya itu.

"Apa yang saya perhatikan semasa di lokasi penggambaran, dia akan bergaul dengan semua orang tanpa mengira kedudukan. Dia memang seorang pengarah yang baik dan sebab itu saya sangat menghormatinya," tuturnya.

Mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, selain kelakar dan rendah diri, Kilafairy juga meminati lelaki yang menghormati orang tua dan mementingkan keluarga.

Shahir AF8

Meskipun kini dirinya kian dikenali sebagai seorang pelakon, Kilafairy juga sudah mula mengikuti jejak langkah ibunya apabila mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian.

Menurutnya, apa yang membuatkan dirinya ingin cuba untuk menjadi seorang penyanyi adalah kerana sejak daripada kecil lagi dia sering mengikuti ibunya membuat persembahan di merata-rata tempat.

"Berkemungkinan besar tidak lama lagi saya bakal muncul dengan single pertama saya. Perbincangan telahpun dilakukan dengan Edry dan ketika ini kami sedang memilih beberapa lagu untuk dirakamkan.

"Baru-baru ini saya ada cuba merakamkan sebuah lagu tetapi kurang sesuai. Edry ada memberitahu bahawa suara saya sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu berentak R&B dan balada," ujarnya.

Mengenai perjalanan karier lakonannya, pelakon yang kini sedang menuntut di Raffles International Collage itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Mistik Alam Hitam di bawah arahan Rashid Sibir.

Bagaimanapun, beritahunya lagi, buat masa ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang diterima.

Selain sedang bercuti di Paris ketika ini, sekembalinya dari sana dia akan sibuk menelaah pelajaran memandangkan dia bakal menduduki peperiksaan pada hujung bulan ini.

"Saya sebenarnya boleh berlakon pada bila-bila masa sahaja. Namun, kebanyakan tawaran yang diterima sering bertembung dengan jadual kuliah saya hingga saya terpaksa menolaknya," ujarnya yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang fesyen, pemasaran dan pengurusan.

Jika kebanyakan pelakon baru agak sukar untuk mendapat tawaran memegang watak utama dalam sesebuah filem, Kilafairy sebaliknya memperolehi peluang keemasan itu menerusi filem Karak.

Filem itu turut dibintangi Shahir AF8 dan Shira Ayob. Bercerita tentang filem sulung lakonannya itu, dia meluahkan rasa puas hatinya dapat terbabit dalam filem tersebut meskipun pada awalnya rasa berdebar berlakon di samping artis yang lebih popular seperti Shahir.


KILAFAIRY mengakui Yusry memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.


"Karak adalah filem pertama lakonan saya dan sebagai pelakon baru pastinya banyak kelemahan yang ada. Saya sendiri tidak kisah sekiranya ada yang mengkritik gaya lakonan saya dalam filem ini nanti.

"Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana ketika penggambaran ramai juga yang memberi tunjuk ajar.

"Sementara, sesama pelakon utama yang lain kami sering berbincang agar dapat membawakan watak masing-masing dengan lebih baik dan berkesan," ujarnya.

Pada masa yang sama, dia sangat berharap agar melalui filem tersebut mampu menjadi batu loncatan untuk dia lebih dikenali ramai serta mendapat lebih banyak tawaran berlakon pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nancie rai secara sederhana

Posted:

Nancie rai secara sederhana

Nancie rai secara sederhana

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


MENJAGA kesihatan diri dengan bermain golf, Nancie menjaga rutin pemakanannya dengan penuh teliti.


AGAMA bukan penghalang untuk merapatkan silaturahim sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Itu amalan penerbit Nancie Foo yang cukup terkenal dalam dunia perfileman Melayu suatu ketika dahulu untuk turut meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan bermula semalam itu.

Biarpun dia merupakan penganut agama Kristian, namun menurut Nancie, pada sambutan Tahun Baru Cina inilah dia dan saudara-maranya yang lain dapat berkumpul beramai-ramai.

"Biarpun keluarga saya beragama Kristian, namun kami juga turut menyambut perayaan ini. Cuma kami hanya menyambutnya secara sederhana sahaja memandangkan kami turut menyambut Krismas sebelum ini.

"Malah, saya telah melakukan persiapan dua minggu lebih awal sebelum Tahun Baru Cina. Misalnya membeli pakaian baru untuk saya, suami dan anak-anak serta membeli kuih-muih dan buat limau," ujarnya sewaktu ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Tambah Nancie, tahun ini juga lebih bermakna buat mereka sekeluarga kerana dapat menyambutnya lebih lama lagi di sini termasuk bersama anak sulungnya.

Menurutnya, pada tahun lalu dia hanya sempat menyambutnya selama sehari sahaja di negara ini kerana terpaksa menemankan anak sulungnya yang menyambung pelajaran ke Australia pada hari kedua perayaan.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai Tahun Arnab yang jatuh pada tahun ini, Nancie menjelaskan bahawa tahun berkenaan sebenarnya adalah bukan tahun yang baik kepada masyarakat Cina.

Ujarnya, mengikut ramalan pada tahun ini dijangka banyak kejadian-kejadian yang buruk yang akan berlaku dan mereka yang lahir pada Tahun Arnab juga perlu lebih berjaga-jaga supaya tidak ditimpa malang.

"Masyarakat Cina percaya bahawa dengan memakai banyak barang kemas dapat mengelakkan malang yang akan menimpa. Biarpun kurang percaya dengan ramalan, namun saya tetap melakukan persediaan untuk mengelak berlaku kejadian yang tidak baik," ujarnya.

Peminat Melayu

Selain fasih berbahasa Melayu, Nancie Foo juga merupakan antara pelakon berbangsa Cina yang sememangnya cukup dikenali di kalangan peminat Melayu.

Ketika era tahun 80-an dan 90-an, dia pernah membintangi filem-filem Melayu seperti Main-Main Hantu, Sayang Ibu dan Pemburu serta pernah memenangi Anugerah Bintang Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Kedua (FFM2), kira-kira 30 tahun yang lalu.

Menurutnya, disebabkan sering berlakon dalam filem Melayu, dia juga memiliki beberapa rakan rapat di kalangan pelakon Melayu seperti Ogy Ahmad Daud dan Noorkumalasari.

"Buat masa ini memang saya jarang berjumpa dengan mereka kerana kesibukan masing-masing. Biasanya kami hanya dapat bertemu ketika hadir pada acara-acara tertentu.

"Bagaimanapun, sesekali saya masih lagi berhubung dengan mereka sama ada melalui telefon ataupun khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanyakan khabar," ujarnya yang memulakan karier sebagai pelakon menerusi filem Bintang Pujaan pada tahun 1981.

Ketika ditanya sama ada dia berhasrat untuk kembali aktif berlakon semula, Nancie menjelaskan dia hanya akan menerima tawaran sebagai pelakon undangan memandangkan tempoh penggambaran yang tidak panjang.

Jelasnya, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada tugas di belakang tabir sebagai penerbit eksekutif di syarikat produksi Seni 2020 dan membesarkan ketiga-tiga anaknya iaitu Wong Ai Dee, 18, Wong Ai Vee, 15, dan Wong Ai Lee, 10.


NANCIE kini lebih menumpukan masanya bersama tiga anak gadisnya (dari kiri), Ai Lee, Ai Vee dan Ai Dee.


Kekal cantik

Sudah bergelar ibu kepada tiga orang anak yang sedang meningkat usia remaja, namun bekas Ratu Cantik Malaysia 1979 ini masih lagi mampu mengekalkan kecantikannya.

Meskipun cukup berahsia mengenai usianya ketika ini, jelas Nancie, sebenarnya tiada sebarang petua istimewa mengenai dirinya untuk tetap kelihatan awet muda.

"Selain banyak mengambil makanan tambahan seperti

vitamin, saya juga kerap

melakukan senaman dan begitu mengambil berat mengenai soal pemakanan.

"Malah, saya juga turut aktif bersukan seperti golf dan bila ada kelapangan saya dan anak-anak akan mengikuti suami pergi bermain golf bersama," ujarnya.

Menurutnya lagi, sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan sibuk sepertinya aspek-aspek seperti penampilan dan kesihatan seharusnya diambil kira agar segala urusan dapat berjalan dengan lebih lancar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.