Adsense

Selasa, 4 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Bersiri Sakti Delima Lakonan Bienda & Iqram Dinzly

Posted: 04 Jan 2011 08:35 AM PST

Korang ada tak menonton drama Putera Katak. Sekarang citer ni dah nak habis dah. Macamana penamatnya? Puas hati dengan ending? Selepas Putera Kata, slot Lagenda akan diisi lagi dengan sebuah drama lagenda yang lain pula iaitu SAKTI DELIMA.

Sebuah lagi cerita klasik dihidangkan oleh TV3. Lihat pada trailer dan teasernya, drama ni nampak menarik juga. Budiey pasti ada yang terkesima dan terpukau nanti sebab kisah cerita ni pernah kita tonton kat TV sebelum ni. Cuma dari filem, ia dipanjang lagi dengan sentuhan yang lebih segar, lebih beremosi dan padat juga dengan aksi yang tidak boleh dilepaskan.

Pada jam 3 petang tadi, Budiey telah hadir di Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon drama bersiri Sakti Delima di Sri Pentas TV3. Drama ini akan disiarkan di slot Lagenda TV3 mulai 3 Januari 2011 setiap hari Isnin hingga Khamis.

Sakti Delima

Dihoskan oleh Hazrena Wanita Hari Ini

Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Engku Ismail, Aida Khalida, Catriona Ross, Liza Hanim dan Yalal Murai.

Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dengan hasil sentuhan kreatif dari pengarah Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.

Sakti Delima

Sheila Rusly turut berlakon.

Sakti Delima

Iqram Dinzly sebagai Nur Firdaus Kencana

Drama yang diadaptasikan dari filem klasik kegemaran ramai, Pancha Delima ini mengisahkan tentang kesakitan seutas kalung yang menjadi rebutan ramai. Kisah bermula dengan perihal Taib, seorang pengusaha chalet di sebuah pusat peranginan di tanah tinggi, juga seorang bapa tunggal yang mempunyai 3 orang anak perempuan yang bernama Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur. Siti Melur (lakonan Bienda) merupakan anak bongsu yang kerap dibuli kedua kakaknya hasil dari perkahwinan pertama Taib.

Taib sedih melihat kerenah Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan sahaja asyik bertelagah sesama sendiri malah mereka juga selalu membuli adik mereka Siti Melur.

Pada suatu malam, Siti Melur telah bermimpi berjumpa dengan almarhum ibunya, Nur Aisyah. Ibu Siti Melur telah memberitahu bahawa kalung di lehernya bergelar Sakti Delima, yang akan membawa tuah kepadanya pada masa akan datang. Dari mimpi-mimpinya barulah Siti Melur tahu akan perkara sebenar bahawa ibunya merupakan seorang bunian yang memilih untuk berkahwin dengan manusia, tanpa membocorkan rahsia ini.

Akan tetapi, Siti Melur dibenarkan untuk bertanya kepada ayah dan ayahnya mengakui akan kebenaran kata-kata Nur Aisyah itu. Namun, dia tidak mahu bercerita panjang lebar lagi tentang isterinya itu kerana seakan terdapat kesedihan dan kekesalan di dalam nada suara Taib. Lalu, Siti Melur pun berhenti bertanya kerana tidak mahu ayahnya sedih.

Pada satu hari, Taib telah pergi mengikuti seorang temannya memburu ayam hutan. Pelik, Taib masih tidak pulang walaupun hari sudah malam. Siti Melur yang bimbang tentang keselamatan ayahnya telah keluar untuk mencarinya di dalam hutan walaupun dihalang oleh kakak-kakaknya. Nasib Siti Melur baik kerana dia tahu denai yang dilalui oleh ayahnya. Hatta, Siti Melur terkejut melihat ayahnya sedang tertiarap di atas tanah sambil dihempap batang pokok manakala rakannya pula telah meninggal dunia.

Tetapi, entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri menawarkan diri untuk membantu Siti Melur. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Nur Firdaus Kencana (Iqram Dinzly), lelaki itu mengangkat pokok tersebut dari atas Taib. Kemudiannya dia menghantar Siti Melur bahawa dia mempunyai kalung yang sangat cantik dan sempat berjenaka bahawa loket delima tersebut mempunyai kuasa sakti. Siti Melur pelik kerana hanya ada dua orang sahaja yang tahu tentang kalung itu.

Antara cinta, khianat, cabaran dan janji, mampukah Siti Melur menerokai fantasi yang tersimpul bersama kalung sakti misteri kepunyaannya itu? Dan apakah jawapan di sebalik kemunculan Nur Firdaus Kencana yang mengetahui akan kedua-dua rahsia tersebut?

Saksikan tayangan drama bersiri SAKTI DELIMA yang menjanjikan anda seribu satu pengembaraan, bersiaran mulai 3 Januari 2011, pada jam 4.30 petang, hanya di slot Lagenda, di TV3.

Sakti Delima

Engku Ismail, kekasih Zarina membawa watak dan karakter yang perlukan banyak kesan solekan

Syed Nahar

Syed Nahar pelakon yang buat comeback. Dah 2 tahun tak berlakon.

Sakti Delima

Catriona Ross

Bienda

Catriona Ross

Iqram Dinzly

Syed Nahar

Syed Nahar

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia: Jam Casio G-Shock Milik Iqram Dinzly
  • Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Jawapan Trivia: Pasangan Romantis Iqram Dinzly & Fouziah Gous
  • Gambar Terbaru Bienda Pelakon Budak Kelantan Selepas Pembedahan
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Gambar Faezah Ilai Pelakon Drama La Dolce Amira
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Drama Bersiri Ayoub Lakonan Iqram Dinzly & Fizz Fairuz
  • Drama Bersiri Epik Arjuna Lakonan Remy Ishak
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    MyTV3 Day Out di Sunway Lagoon Sangat FUN

    Posted: 04 Jan 2011 07:55 AM PST

    800 AHLI DIRAIKAN DALAM
    'MyTV3 DAY OUT' DI SUNWAY LAGOON

    Hadiah terbaik bagi ahli-ahli MyTV3 dalam menyambut Tahun Baru 2011! Seramai 800 orang ahli telah dijemput secara eksklusif untuk memeriahkan program 'MyTV3 Day Out' di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad lalu (2 Januari 2011) untuk menjalankan aktiviti beriadah bersama MyTV3 Roverz dan pengacara MyTV3, Aidid Marcello. MyTV3 Day Out berjaya mencapai matlamatnya untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli MyTV3 yang datang dari serata Malaysia di samping menggalakkan pendaftaran ahli baru bagi menikmati pelbagai faedah yang disediakan.

    MyTV3 Day Out

    Sesi pendaftaran yang bermula pada jam 9.00pagi telah menerima kunjungan ahli-ahli MyTV3 yang kelihatan ceria dan tidak sabar untuk memulakan aktiviti-aktiviti di Surf Beach, Sunway Lagoon. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti senamrobik oleh LeeLeesm Dancers, beach soccer, water volleyball, persembahan nyanyian oleh Idola Kecil 3 (Puteri, Harris dan Hadi), persembahan magik oleh Shahril Fuiyoo!, cabutan bertuah, telematch dan banyak lagi. Selain itu, 30 ahli MyTV3 yang telah menang dalam acara telematch, beach soccer dan water volleyball berpeluang untuk mencuba aktiviti baru yang menjadi tarikan baru di Sunway Lagoon iaitu Bungy Jump dan Go Kart. MyTV3 juga mengambil kesempatan ini untuk membuat kejutan untuk ahli-ahli yang menyambut harijadi pada bulan Januari.

    Program MyTV3 Day Out turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Maria Tunku Sabri, Azura ( Hos Remaja), E'One (Hos Remaja), Faizul, Dedeq, Fazreen Rafi, Munir, Danny X Factor, adik Mia Sara, Comel Farhana, Shajiry serta penampilan watak kartun yang popular, Upin dan Ipin. Berikutan dengan acara Day Out yang menerima sambutan yang amat menggalakan pada kali pertama diadakan, MyTV3 juga merancang untuk mengadakan 'MyTV3 Day Out' di negeri-negeri pada masa depan supaya lebih ramai ahli yang akan menerima manfaat.

    Bermula tahun 2004, penubuhan kelab keahlian MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3. Jumlah keahlian My TV3 telah mencecah satu juta orang pada masa kini. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka, MyTV3 telah mengadakan "Day Out" yang padat dengan aktiviti menarik bagi meraikan ahli-ahlinya.

    telematch

    Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka bukan sahaja berpeluang menghadiri acara berprestij stesen seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan juga acara padang seperti Jom Heboh dan School Attack, mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran. Ini merupakan satu inisiatif ideal dan bermakna kepada para penonton setia khususnya ahli-ahli MyTV3.

    Selain itu, kaspul 2 minit MyTV3 telah berwajah baru dengan kelahiran program 30minit yang telah mula bersiaran pada 7 November 2010, setiap hari Ahad jam 6.00petang. Lebih padat dengan perisian (aktiviti-aktiviti) baru, MyTV3 juga mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahlinya di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini.

    Dihoskan oleh personaliti TV yang tidak asing lagi, Aidid Marcello, MyTV3 memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi 4 segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyROVERZ dan MyZONE. Selain itu, MyTV3 juga mewujudkan interaksi dua hala dengan ahli-ahli MyTV3 menerusi laman web MyTV3, laman sosial Facebook dan Twitter untuk berkongsi informasi-informasi terkini serta menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada mereka. Malahan, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menjawab soalan mingguan.

    Krew penerbitan program MyTV3 diketuai oleh Aidid Marcello selaku Penerbit Eksekutif merangkap pengacara, Faizal Affendy Roos Affendy selaku Penerbit dan dibantu oleh Roziela Rusli. Teruskan sokongan anda kepada program keahlian MyTV3 dan jangan lupa untuk mengikuti siaran program MyTV3 setiap hari Ahad jam 6.00petang di TV3.

    Sebarang maklum balas, sila hubungi talian MyTV3 03-77242485, melalui laman social Facebook www.facebook.com/mytv3 atau emel kepada mytv3@tv3.com.my

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pemenang Gah 1 Akhir RTM di Sunway Lagoon
  • RM100 Ribu Jadi Rebutan Pemenang Finalis Gah 1
  • Sekitar Konsert Revolution Quicksilver 2.0 Sunway Lagoon
  • Hypptunes Rock The World 9
  • Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night
  • Hadiah Cabutan Bertuah Menarik di GAH 1 Akhir
  • Revolusi Baru MyTV3 Bersama Aidid Marcello
  • Photo David Archuleta di Malaysia
  • MyTV3 Kini Berwajah Baru
  • Jom bersantai Bersama Mila di Perasmian DA VOM!
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.