Adsense

Isnin, 20 Disember 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jemputan Ke Party Ulangtahun Ke-4 Sensasi Selebriti

Posted: 20 Dec 2010 08:05 AM PST

Salam pembaca semua, ya sedar tak sedar, Budiey.com kini meningkat usia 4 tahun! Untuk pengetahuan semua, blog Sensasi Selebriti bermula pada tarikh 7 Januari 2007.

Alhamdulilah, syukur! Seharusnya kita kena bersyukur dengan nikmat hidup yang diberikan sebab kadang-kadang tu, kita terlupa, masa berlalu dengan begitu cepat. Pejam celik-pejam celik… dah pun 4 tahun. Budiey rasa macam baru je semalam kita sambut ulangtahun ke-3 di Neway Karaoke, kan? kan? kan?

Faizal Tahir

Faizal Tahir juga setuju. Kata Faizal Tahir, tempoh 4 tahun dalam industri adalah satu tempoh yang lama. Sudah boleh mencapai satu kematangan. Itu kata FT. Pada yang belum tahu, Faizal Tahir pun dah 4 tahun dalam industri. Tonton ucapan Faizal Tahir kat bawah ni:

SEJUTA PENGHARGAAN
Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini setiap hari dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kiralah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Tak kiralah siapa korang, Budiey rasa semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama. Korang memang sporting habis! Juga kepada PR dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang banyak memberikan jemputan dan peluang kepada Budiey menghadiri majlis anjuran mereka.

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari tahun pertama hinggalah sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin akan hidup sampai hari ini.

Tahun 2010 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Biarlah semua itu menjadi kenangan yang tak mungkin kita lupakan.

KENANGAN DI PARTI ULANGTAHUN KE-2
Budiey rasa macam baru sahaja menyambut ulangtahun ke-2 bersama pembaca di Parti Ulangtahun ke-2. Ingat lagi tak kat mana? Untuk readers yang join, mesti ingat punya. Haa… kita pernah berparti di Restoran Rasa Utara, Tingkat 4, Berjaya Times Square pada 10 Januari 2009 (Sabtu).

Kalau tak silap ada dekat 40 orang pembaca yang join. Walaupun buat di tempat yang sederhana, tanpa sound system dan persembahan artis, namun semua kata, parti ulangtahun ke-2 meriah sebab ramai yang hadir dengan warna tema orange dan putih.

Diserikan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Imran Ajmain, IZ OIAM serta PR Radio Suria FM dan NTV7. Lepas makan-makan, ada cabutan bertuah, kemudian ada sesi potong kek ulangtahun yang berbentuk nombor 2.

Selepas lepak kat restoran Rasa Utara, pembaca semua ramai-ramai ke GSC untuk menonton filem YES MAN beramai-ramai. Itulah serba sedikit imbauan kenangan manis di parti ulangtahun yang lepas.

party

IMBAS MEMORI DI PARTI ULANGTAHUN KE-3
Walaupun diadakan agak lewat, sambutan ulangtahun ke-3 yang lalu tetap hangat dengan warna tema merah menyala diadakan di Neway Karaoke, Berjaya Times Square pada 24 Januari 2010. Party ini ditaja oleb pelbagai pihak termasuklah Maxis, Suria FM, FOX, Disney, Brands, 8TV, Red Comm, ntv7 dan ramai lagi. Party yang dihoskan oleh Ajieb Murai itu dimeriahkan lagi dengan persembahan artis seperti Sabhi Saddi, Iqwal, Hyrul Mentor, Mimi Mystarz LG, IZ OIAM, Rubisa AF7 dan ramai lagi. Turut disampaikan beberapa anugerah kepada pembaca seperti Anugerah Pembaca Paling Setia, pakaian terbaik dan banyak lagi. Kemeriahan party diakhiri dengan sesi memotong kek yang ditaja oleh Sugarflour & SuriaFM dan sesi berkaraoke bersama pembaca.

poster-khurafat

PARTI KE-4: Berparty Sambil Menonton Filem KHURAFAT
Untuk party kali ke-4, Budiey rasa sangat bertuah kerana mendapat kerjasama dari pihak Grand Brilliance & Skop Productions yang mengajak pembaca budiey.com untuk menonton filem KHURAFAT yang akan berada di pawagam pada 13 Januari 2010. Ini bermakna korang yang join menjadi antara penonton terawal yang menonton filem lakonan Syamsul Yusof ini. Budiey sudah pun menonton filem KHURAFAT dan apa yang boleh Budiey katakan, filem ini sangat-sangat-sangat seram, formula filem seram yang sukses, ada kejutan, impak bunyi yang buat anda rasa tak senang duduk. Wajib tonton!

Budiey harap, korang enjoy dan tidak memberikan komen yang negatif memandangkan filem ini belum lagi berada di pawagam. Budiey harap korang dapat membantu mempromosikan filem Khurafat kepada kawan-kawan yang lain. Segala komen negatif tentang filem ini seharusnya korang elakkan sebab korang dijemput untuk enjoy dengan filem ini. Tak perlu fikir untuk kasi kritikan yang negatif. Harap korang faham ya.

MENANGI PAS PERCUMA DI SURIA FM
Party kali ini juga turut mendapat kerjasama dari radio Suria FM yang sudi menjadi radio rasmi. Sebanyak 10 pass masuk ke party ini telah diberikan kepada pendengar Suria FM. Sekiranya korang mahukan pass masuk ke party ini, kenalah dengar Suria Cinta yang dikelolakan oleh Deejay Lin dari jam 11 malam – 2 pagi. Menangi pass masuk dengan menyertai peraduan di segmen ini.

Jemputan Eksklusif Kepada Pembaca Budiey.com
Sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-4 ini, Budiey akan mengadakan parti bagi meraikan para pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan.

Kat Mana Tu?
Foyer, Level 2M, Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara

Bila ek?
8 Januari 2011, Hari Sabtu

Jam Berapa Start?
Jam 1 petang dah boleh ke sesi pendaftaran

Yurannya Berapa RM?
RM30 untuk seorang

Tema?
Warna Tema : Hijau Daun Pisang & Putih
Sepanjang party berlangsung, diWAJIBkan semua pembaca yg hadir memakai Baju T-shirt Ulangtahun Budiey.com yang akan diberikan semasa pendaftaran.

Artis yang dijemput untuk perform:
Heliza Helmi, Sabhi Saddi, Aurora Salwa, Ning Baizura & ramai lagi

Selebriti yang akan dijemput:
Para pelakon filem KHURAFAT seperti Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali & artis lain seperti Iz Sulaini, Scha Alyahya, Nita Hamzah… dan ramai lagi!

Apa yang pembaca akan dapat?

  1. 1 X T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti 'Genap 4 Tahun Dah'. Pembaca boleh pilih saiz samada nak XS, S, M, L, XL, XXL atau XXXL
  2. 1 X goodie bag yang diisi pelbagai barangan & merchandise
  3. Memenangi hadiah & hamper di sessi cabutan bertuah
  4. Berhibur dengan persembahan artis
  5. Dapat bertemu & bermesra dengan selebriti
  6. Makanan juga disediakan
  7. Menjadi antara penonton pertama yang menonton filem KHURAFAT. Terima kasih GBSB & Skop Productions.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PARTI ULANGTAHUN INI?
Senang saje! Ikuti kesemua langkah-langkah berikut ini:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:
  • Saiz Baju T-shirt:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu join Parti Ulangtahun Ke-4 Budiey.com sambil menonton filem KHURAFAT kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Mahu Join Parti Ulangtahun Ke-4 Sensasi Selebriti

4. Seterusnya, nantikan email dari Budiey.

Kepada yang berjaya terpilih, Budiey akan reply email anda untuk arahan seterusnya termasuklah juga cara-cara pembayaran yuran. Semuanya akan diterangkan dalam email.

5. Buat pembayaran.

Oleh kerana parti diadakan di foyer yang tidaklah sebesar mana, jemputan ini hanya TERHAD kepada 100 orang pembaca sahaja! Jadi, siapa cepat dia dapat!

P/S: Kepada individu dan syarikat yang ingin menaja parti kali ini, sila hubungi Budiey untuk menyumbang dari segi wang tunai, goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah.

TAK DAPAT JOIN, TAPI MAHU MEMILIKI T-SHIRT EKSKLUSIF
Untuk korang yang tak dapat join, tapi mahu membeli T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti 'Genap 4 Tahun Dah!', anda boleh mendapatkannya dengan harga RM30 sahaja termasuk bayaran pos! Penghantaran akan dibuat melalui pos. Sila hubungi Budiey untuk proses pembayaran.

T-shirt Party Budiey.com 4

Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti.

Peta Lokasi Parti:

Penaja Utama:

Radio Rasmii:

Lain-Lain Penaja:

Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti pembaca:

1 X iPod sumbangan Red Comm

5 X hamper sumbangan 8TV

1 X Digital Photo Frame dari BIO

1 hadiah sumbangan Astro

10 voucher sumbangan Sungei Wang Plaza

3 merchandise sumbangan FOX

3 merchandise sumbangan Disney

3 merchandise sumbangan Buena Vista

3 goodie bag sumbangan Portal GUA

5 goodie bag sumbangan SimplySiti

3 goodie bag sumbangan O'slee

dan banyak lagi…!

DSC_0106

Mp3 Player sumbangan Red Communications

Goodies Party Budiey.com ke-4
Hamper sumbangan dari 8TV

DSC_0104
Merchandise Ben 10 sumbangan Arcis Communication

Goodies Party Budiey.com ke-4
Voucher Shopping dari Sungei Wang Plaza

Goodies Party Budiey.com ke-4
Notebook sumbangan Maxis & Hotlink

Goodies Party Budiey.com ke-4
Beg serba guna dari ntv7

Goodies Party Budiey.com ke-4
Notebook sleeves sumbangan BIO Channel

Goodies Party Budiey.com ke-4
Pouches bag sumbangan BIO Channel

Goodies Party Budiey.com ke-4
Ubat Gigi Mu'min

DSC_0102
InnerShine Pati Beri sumbangan Brands

Goodies Party Budiey.com ke-4
Coca Cola

dan banyak lagi menanti anda!

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Happy Birthday Erin Malek
  • Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com
  • Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008
  • Trivia: Perut Bonyot Pelakon Mana Ni?
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Sekitar Sambutan Anniversary 10 Tahun Saluran NTV7
  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Youth 08: Traffic Jam Blogger Party Anjuran Nuffnang
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Prebiu Media Filem KHURAFAT

    Posted: 20 Dec 2010 06:38 AM PST

    Jam 8 malam semalam, Grand Brilliance Sdn Bhd dan Skop Productions telah mengadakan Prebiu Media Filem KHURAFAT di Golden Screen Cinemas, Mid Valley. Majlis ini dihadiri oleh pelakon-pelakon yang membintangi filem ke 4 Syamsul Yusof ini. Antaranya, Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Zendy, Mariani dan ramai lagi.

    Sebelum masuk ke pawagam, hadirin bersantai dulu sambil menikmati jamuan hidangan makan malam. Budiey lihat semalam, Maya Karin dan Yusry juga hadir untuk menonton aksi-aksi seram yang dikatakan mengujakan penonton. Ehem ehem… romantiknya. Pasangan ideal, kan?

    Selain kehadiran ramai media yang hadir untuk turut sama mengulas dan mempromosikan filem ini, event ini dihadiri oleh orang kuat dari kedua-dua produksi iaiau Encik Puad Onah dan Datuk Yusof Haslam. Kedua-duanya begitu mengharapkan filem ini meletop untuk permulaan tahun 2011 dan memberikan impak yang besar kepada sejarah filem seram negara.

    Prebiu Khurafat

    Budiey antara penulis blog yang hadir di prebiu ini cukup teruja dengan filem seram pertama hasil sentuhan Syamsul Yusof ini. Setiap detik menonton filem ini membuatkan Budiey rasa tak senang duduk dikerusi. Apa yang Budiey dapat katakan, filem ini sangat-sangat-sangat seram. Patutlah di poster dan di awal filem, amaran untuk sesiapa yang ada sakit jantung dilarang untuk menonton filem ini. Budiey rasa, bukan setakat orang yang sakit jantung, tapi yang tak sakit jantung juga akan rasa susah nak bernafas. Kalau takut sangat, Budiey bertwitter dan berFB je kat panggung semalam. Huhu.

    Filem ini adalah hasil kajian dan pemerhatian Syamsul Yusof yang banyak menonton filem seram dari Hollywood dan Asia di mana elemen-elemen seram diterapkan dengan gaya yang lebih segar sesuai dengan penonton Malaysia. Budiey rasa, filem ini bukan filem seram biasa yang korang pernah tengok, ia bukan filem yang klise kerana dalam filem ini, budiey rasa banyak faktor yang membuatkan penonton rasa tercabar.

    Ya, filem ini sangat mencabar rasa penonton. Ia umpana korang masuk dalam rumah hantu di mana setiap saat fikiran akan dihantui dengan pelbagai cubaan. Antara yang memberi elemen utama ialah sistem bunyi dolby yang Budiey kira buat korang terkejut dan terperanjat sebab banyak scene yang mendebarkan.

    Menurut sumber, level sound untuk hall yang kitorang tonton dinaikkan satu level. Bunyi memang kuat sangat. Tapi tidaklah pecah sebab bunyinya dah diselaraskan. Tapi bunyi kuat itulah yang membuatkan rasa penonton begitu tercabar.

    Elemen kejutan yang tak disangka-sangka serta penataan cahaya yang suram membuatkan rasa seram lebih seriau dari filem-filem seram yang pernah Budiey tonton sebelum ini. Ya, percaya atau tidak, memang cahaya suram dan penggunaan cahaya yang sedikit memang membangkitkan rasa suspen. Kita tak tahu arah mana hantu tu akan datang.

    Jadi, jangan persoalkan kenapa dalam filem ini cahayanya sedikit atau mungkin ada yang cakap, beberapa scene seperti di kamar mayat tu takde lampu seperti black out je. Ini kerana memang filem ini mahu mencabar korang. Apa korang rasa kalau berada di kamar mayat?

    Kepada pembaca yang nak tonton, jangan lupa daftarkan nama anda di Party Ulangtahun Ke-4 Budiey.com kerana tayangan filem KHURAFAT akan dipertontonkan sebelum ia berada di pawagam pada 13 Januari 2011.

    Gandingan pelakon dalam filem ini memang sesuai dan melengkapkan sepenuhnya pakej Khurafat. Budiey dapat rasakan dalam beberapa scene, ramai yang bertepuk tangan. Biasa kita tengok orang bertepuk tangan selepas selesai menonton kan? Tapi semalam, beberapa babak dalam scene begitu mengujakan sehingga ada penonton yang bertepuk tangan. Budiey pun keliru sebenarnya. Mengapa mereka bertepuk tangan semasa van mayat jatuh dalam gaung tu.

    Dari segi elemen seram dalam Khurafat, Budiey kasi 4/5 bintang. Korang wajib tonton!

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Encik Puad Onah sedang kasi ucapan

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Datuk Yusof Haslam

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Syamsul Yusof

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Liyana Jasmay, kali pertama memegang watak sebagai isteri. Sweet dengan gaya tudung wanita solehah.

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Lakonan yang sangat mantap buat Sabrina Ali yang begitu memberangsangkan. Syabas Sabrina!

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Salina Saibi

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Bintang Liyana Jasmay makin menyerlah dalam KHURAFAT

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Prebiu Filem KHURAFAT

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Sekitar Prebiu Filem Niyang Rapik
  • Sinopsis, Trailer, Movie Still, Poster, Info Filem Khurafat
  • Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Yana, Diana, Raja Farah, Ashraf Muslim dalam Aku Masih Dara
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Gosip) Artis Wanita Kahwini Abang Saudara Kerana Hamil Luar Nikah

    Posted: 20 Dec 2010 09:34 PM PST

    abortiondm1109 468x542 (Gosip) Artis Wanita Kahwini Abang Saudara Kerana Hamil Luar Nikah
    Al-kisahnya, ada seorang artis wanita yang berkahwin beberapa bulan dulu rupanya terpaksa kahwin dengan abang saudaranya kerana hamil luar nikah! Fuh, padan'lah sewaktu berlangsungnya majlis akad nikah, si artis wanita ini mengenakan pakaian jubah untuk cover perut'nya yang makin membuncit.

    Nak jadi cerita, selepas akad nikah, abang kepada artis wanita ini segera menyembunyikan mak buyung ini di sebuah rumah jauh dari ibu kota, dikhuatiri rahsia akan terbongkar dan sampai ke pengetahuan media. Paling haru, artis wanita ini sudah tahu jantina baby'nya, kemungkinan besar anak perempuan, siap dah pilih nama tau!

    Walau pun pernah lakukan hubungan terkutuk, namun artis wanita ini ada jua kesedaran nak kurangkan dosa dengan berkahwin segera mungkin. Jangan jadi sesetengah mat-mat rempit, buang anak merata-rata. Seingat kami, kalau buang anak boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. Kita doakan yang terbaik buat artis wanita ini, sebab dia diberi peluang untuk perbaiki kesilapan.

    Huh, siapa ya artis wanita yang buat majlis kahwin tertutup? Teka'lah cepat-cepat, banyak klu.

    pixel (Gosip) Artis Wanita Kahwini Abang Saudara Kerana Hamil Luar Nikah
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Pernah Jalin Hubungan Dengan GRO, Isobel Bukan Anaknya

    Posted: 20 Dec 2010 07:57 PM PST

    Mifababies Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Pernah Jalin Hubungan Dengan GRO, Isobel Bukan Anaknya

    Beberapa hari lepas, bekas suami Daphne Iking, Ryan mendakwa bahawa Isobel bukan anak'nya hasil kajian DNA mendapati darah Isobel ialah jenis A, sedangkan darah Daphne & Ryan ialah jenis O. Sampel spesimen Isobel telah dilakukan di Australia & laporan lengkap mengesahkan'nya.

    Hari ini, Ryan mengaku bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang GRO di Shanghai, China semasa Daphne Iking sarat mengandungkan Isobel. Ryan berkata, dia mengenali GRO bernama Serena selama sebulan sebelum memohon maaf kepada Daphne pada Julai 2007, dan Daphne memaafkan'nya.

    Kemudian, Ryan pergi ke Shanghai untuk meletak jawatan daripada syarikat hartanah China demi menyelamatkan perkahwinan mereka.

    Tidak beberapa lama kemudian, hubungan sulit antara Daphne Iking & Darren terbongkar dengan kandungan email mengandungi kata-kata romantis seperti "I love you" dan "You are my baby". Sehubungan daripada itu, Darren telah didakwa dalam saman peribadi kerana cuba mengoda Daphne untuk melakukan seks, ketika itu Daphne masih isteri Ryan.

    Ryan berkata, pada 17 Oktober 2008 dia menuntut sejumlah wang RM5 juta yang kemudiannya dikurangkan kepada RM2.5 juta sebagai penyelesaian di luar mahkamah. Ryan, kemudiannya menghantar notis tuntutan RM1 juta kerana Daphne mengandungkan anak bukan miliknya, malah menyimpan rahsia selepas Isobel dilahirkan.

    Perbicaraan akan bersambung pada 4 Mac depan.

    pixel Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Pernah Jalin Hubungan Dengan GRO, Isobel Bukan Anaknya
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.