Adsense

Ahad, 5 Disember 2010

Sensasi

Sensasi


Britney Spears dibelasah teman lelaki?

Posted: 05 Dec 2010 10:18 AM PST


Baru meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 Khamis lalu, hidup Britney Spears mencuri perhatian orang ramai sekali lagi.

Kali ini dia didakwa menjadi mangsa dera teman lelaki terbarunya, Jason Trawick, seorang ejen selebriti yang menjadi pacar Britney sejak musim panas tahun lalu.


Dalam laporan beberapa laman sesawang selebriti AS, Britney dikatakan mengadu kepada bekas suaminya, Jason Alexander, baru-baru ini.

Dalam rakaman audio itu, suara seorang wanita dipercayai Britney didengar berkata: "Si celaka itu bukan tunang saya." Alexander kemudian berkata, dia menyangka Trawick pernah melamar Britney ketika mereka berada di kawasan pantai tidak lama dulu.


Ketika itulah Britney bertanya semula kepada Alexander yang pernah menjadi suaminya hanya selama 55 jam: "Bila? Sebelum atau selepas dia (Trawick) memukul saya?" Bagaimanapun, semalam ejen Britney menafikan penyanyi itu pernah menjadi mangsa kekasaran Trawick.


"Kenyataan mengaitkan Alexander adalah palsu semata-mata kerana Britney tidak berhubung dengannya sejak beberapa tahun lalu.

"Rakaman audio kononnya ia perbualan Alexander dan Britney jelas palsu dan lucu." katanya.


Melalui laman sesawang Twitter pula, Britney menuduh laporan itu serta Alexander sebagai 'penipu'.

Semalam, sekumpulan paparazzi merakamkan aksi Britney dan Trawick - pernah menjadi ejen Taylor Swift, Hilary Duff dan Paris Hilton - dalam keadaan tegang.


Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kemarahan itu kerana sedang menghadapi masalah atau mereka berang dengan tindakan paparazzi terbabi

Kisah Kelapa Tua

Posted: 05 Dec 2010 10:08 AM PST


Semua orang kenal kelapa tua.

Tahu pula gunanya kelapa tua itu.

Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang.

Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan.

Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah.

Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya.



Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya.

Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang.

Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri.

Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi.



Gugur itu pula bukannya rendah.

Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki.

Bunyinya berdentum sampai ke tanah.



Waduh!

Kalau calang-calang buah, boleh berkecai.

Kalau JATUH kena kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja.



Ini baru muqaddimahnya.

Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.

Proses ini bukan sekadar sekali tetak.

Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit / sabutnya.

Seksanya tak boleh nak cerita.



Mula-mula sakit tusukan.

Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat.

Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah.



Cantik juga rupanya.

Keras dan bulat.

Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini.

Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya.



Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya.

Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan.

Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat.



Tempurungnya dibuang.

Kadang-kadang di bakar.

Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi.

Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.



Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah.

Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan.

Kemudian ia ditapis menjadi santan.

Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.



Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga.

Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis.

Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga.

Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya.

Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:



"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"

Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni.

""Oh! Sedap ikan bawal ni."



Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja.

Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.



Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini.

Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja.

Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta'abbud kepada Tuhan.



Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Maiza dan suaminya Bahagia,Gambar Rock Yassin adalah gambar 2 tahun lepas

Posted: 05 Dec 2010 10:02 AM PST

Pesanan Maiza buat suami..kalau korang nak baca..klik sini

"Jangan salah faham. Apa yang saya tulis hanya berkaitan kisah silam saya dan sekadar suka-suka menulis bagi melihat kemampuan saya dalam bidang penulisan.

"Tak sangka pula ada pihak mencetuskan kontroversi dengan menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan saya dengan suami bergelora mungkin kerana ada orang ketiga," kata Maizawati Zainal, 35.


Maizawati yang lebih mesra disapa Maiza, menegaskan demikian selepas mendapat tahu sebuah laman web hiburan memaparkan mesej yang ditulis di laman sosial Facebooknya kelmarin dengan meletakkan tajuk 'Hubungan Maizawati & Suami Baru Bergelora, Ada Orang Ketiga?'.

Di laman Facebooknya, Maiza antara lain menulis mengenai pesanan khas buat suami tercinta meminta supaya jangan berubah, memungkiri janji, membuktikan dia suami dan kekasih sejatinya dunia akhirat dan jangan terlalu mengikut nafsu dunia.


Pada laman web berkenaan turut dipaparkan foto suami Maiza, Mohd Yassin Rahim, 23, dengan gaya rock.


Bagaimanapun, pada hari sama, paparan mengenai kisah Maiza itu ditarik balik oleh pengendali laman web berkenaan.

Menurut Maiza, kehidupan berumah tangga yang dilaluinya kini amat bahagia, apatah lagi usia kandungannya memasuki empat bulan.


"Nak kata ada orang ketiga, memanglah ada dan orang ketiga itu bayi dalam kandungan sayalah. Apa yang saya tulis di dalam Facebook pun dijadikan isu.

"Saya rasa saya nak tulis apa, saya tulislah. Lagipun, saya bercadang menulis novel, justeru, apa yang saya tulis di laman Facebook sekadar mahu mengasah bakat dalam bidang penulisan," katanya yang kecewa dengan spekulasi berkenaan.


Maiza berharap dengan penjelasan diberi, spekulasi yang dicetuskan itu tidak lagi dibicarakan.


Ditanya mengenai keadaannya kini, Maiza berkata, berat badannya turun tujuh kilogram akibat kurang selera makan, malah dia pernah mengalami masalah pendarahan.


"Mengandung biasalah, macam-macam alahan. Masalah pendarahan pun ada juga tetapi alhamdulillah, semuanya OK dan bayi dalam kandungan pun OK.


"Suami sangat mengambil berat dan dialah yang menjaga saya sepanjang masa," katanya.


Mohd Yassin pula menjelaskan apa yang ditulis Maiza di laman Facebooknya mendapat keizinannya dan dia melihatnya terlebih dulu.


"Saya rasa tiada apa-apa yang negatif. Mengapa pula ada yang menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan rumah tangga kami.


"Saya tegaskan di sini, saya dan Maiza sangat bahagia. Tidak timbul masalah rumah tangga bergelora atau ada orang ketiga," katanya yang turut menjelaskan, foto gaya rock dirinya yang disiarkan di laman web berkenaan adalah foto lama yang diambil kira-kira dua tahun lalu.


Dalam keadaan Maiza mengandung, Mohd Yassin mengakui sanggup bercuti hingga dua bulan untuk menjaga isterinya itu.








Sensasi:Okay,mereka (Maiza dan Yassin ,suaminya) kata itu gambar 2 tahun lepas..tp tengok pic Maiza ngan Yassin yang masih dengan gaya rambut dan pakaian yang ala2 rock jugak,takkan 2 tahun lepas kan..mereka pun baru je kahwin tahun nie...ehe..kantoi..gambar baru.. :P

Wajah Abby Abadi terbakar selepas membuat Facial

Posted: 05 Dec 2010 09:21 AM PST

Suspen jer dengar terbakar...
Tapi wajah Abby mcm kena sunburn la selepas buat facial..mungkin kulit sensitif dengan produk yang digunakan...



Gambar bwh nie wajah normal Abby sebelum Facial

Gambar Kantoi bercengkerama di bawah ampaian baju

Posted: 05 Dec 2010 09:16 AM PST

Ish ish ish...kesian..sungguh desperate nak bercengkerama bawah penyidai baju..tp di expose setelah baju2 di ampaian diangkat...tue pun pasangan tersebut buat selamba jer..haha

Dari pakaian mereka nie,sensasi rasa warga asing,mungkin bukan kat malaysia la









Rabecca bakal berkahwin pada 10 Dec 2010 ,wajah Rabecca semasa remaja

Posted: 05 Dec 2010 09:02 AM PST


Selebriti seksi, Rabecca Nur Islam sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi tetapi dia masih mahu berahsia mengenai identiti bakal suaminya itu.

Malah, pelakon berusia 24 tahun itu meminta para peminat supaya menunggu pengumuman mengenai perkahwinannya pada 10 Disember ini.

"Saya akan cerita semua pada hari itu, tidak mahu lagi berselindung,'' katanya ketika dihubungi sebelum berlepas ke Singapura atas urusan kerja semalam.

Pelakon berdarah campuran Cina, Arab, Indonesia dan Melayu itu juga akan memujuk bakal suaminya untuk hadir pada majlis berkenaan.


Sebelum nie kedengaran gossip mengatakan yang Rabecca menjalinkan hubungan cinta dengan VIP yang juga suami org..jadi samada betul atau tak gossip nie,kene tggu 10 Dec nanti utk pendedahan tersebut.. :P



Wajah Rabecca semasa remaja....lain sket kan..

Gambar pernikahan Zaibo dan Siti Hawa

Posted: 05 Dec 2010 07:42 AM PST

Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun apabila selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat pada 3 Disember 2010. Dengan 2 kali lafaz, Zaibo bernikah dalam satu majlis tertutup yang ringkas di kampung pengantin perempuan dengan dihadiri oleh rakan dan saudara terdekat.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zaibo dan yang kedua bagi Hawa. Hasil perkahwinan pertama, Hawa dikurniakan sembilan orang anak berusia antara 3 hingga 26 tahun. Bagaimanapun dalam pernikahan kali ini, Zaibo enggan menghebahkan jumlah wang hantaran mahu pun dulang hantaran yang diberikan kepada isterinya

Sensasi:Dulu sensasi pernah dengar gossip yang Zaibo rapat dan sering dilihat berjalan dan menziarahi Janda beranak 9 ..Tapi Zaibo menafikan dengan mengatakan bahawa dia anggap sebagai adik angkat je,dan tak lebih dari itu...Tapi nampaknya,akhirnya jodoh Zaibo tetap dengan Siti Hawa...Setelah 54 tahun membujang,akhirnya Zaibo menamatkan zaman bujangnya...

Lepas nie dah ada isteri dan anak-anak dirumah setiap hari,kan seronok..ehe

Surat Pesanan Maizawati buat suaminya agar tidak hanyut mengikut nafsu remaja

Posted: 05 Dec 2010 07:33 AM PST





Ingatlah masa cepat berlalu tapi jgn pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama..

Alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akn peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bknlah DIA dan x akn pernah sama nga DIA jadi buktikanlah sygku yg kau suami dan kekasih sejatiku dunia dan akhirat..

Ingatlah jgn terlalu asyik mengikut nafsu dunia sedang dunia ini makin tua dan jgn kau duk dlm khayalanmu semata bangkitlah dan sedar bahawasanya tiada siapa yg tau hanya kau dan aku sj mengetahui segalanya.Jagalah amanah yg kau terima ini dgn sebaik mungkin jgn kau sakiti hatinya yg terlalu nipis bak tisu mudah terkoyak bila kena air mata yg berderai..

dlm hatinya ada kamu dan x prnh terdetik dia ada yg lain inilah janjinya.. selagi kau masih setia pd yg 1...


Sensasi: melalui penampilan suami Maiza nie,sensasi boleh la katakan yang suami si Maiza nie masih lagi agak kebudak budakkan,dan masih mempunyai keinginan untuk hidup sebagai seorang remaja..Disebabkan penampilan je,ramai yang berpendapat mungkin dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada 7 org anak...(anak ketujuh,sedang dikandungMaiza skrg nie)...tp tak silap sensasi lagi 2 anak maiza dijaga oleh bekas suaminya Akhil Hayy..

Tapi samada dia mampu memikul tanggungjawab atau tak hanya Maiza saja yang lebih tahu kan...


Tp sensasi paling tak berkenan part rambut..kekek..nampak kebudak budakkan habis...kalau org tak kenal Maiza nie,nampak mereka mesti ingat mcm anak dgn emak,atau adik ngan kakak..

Melalui surat Maiza buat suaminya nie,ramai yang berpendapat mungkin adanya masalah konflik identiti dalam diri suami Maiza yang masih sayang akan alam remajanya...

Harga Minyak, Gas Cair Dan Gula Naik Berkuat Kuasa 4 Disember 2010

Posted: 05 Dec 2010 07:16 AM PST

Petrol RON 95 : RM1.90 seliter (Naik 5 sen)

Diesel : RM1.80 seliter (Naik 5 sen)

Gula pasir : RM2.10 sekilogram (Naik 20 sen)

Gas LPG : RM1.90 sekilogram (Naik 5 sen)

Harga Minyak, Gas Cair Dan Gula Naik Berkuat Kuasa 4 Disember 2010

Posted: 05 Dec 2010 07:15 AM PST

Petrol RON 95 : RM1.90 seliter (Naik 5 sen)

Diesel : RM1.80 seliter (Naik 5 sen)

Gula pasir : RM2.10 sekilogram (Naik 20 sen)

Gas LPG : RM1.90 sekilogram (Naik 5 sen)

Bekas Permaisuri Agong saman Uncle Seekers, Syed Abdullah, Syed Hussein

Posted: 05 Dec 2010 07:04 AM PST



Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Persembahan Pentas Party EH! 20 Yang Anggun

Posted: 05 Dec 2010 08:50 PM PST

Party EH! 20 Yang Anggun 2010 yang lalu turut dihangatkan dengan kemunculan penyanyi baru yang telah menghiburkan dengan lagu popular mereka. Turut dimeriahkan dengan beberapa permainan yang dianjurkan khusus buat peminat yang hadir.

Antara artis yang buat persembahan seperti Alyah, Iz Sulaini, Imran Ajmain, Ernie, Ezlynn, Siti Nordiana dan Daus.

Setelah lama menghilang, penampilan Siti Nordiana dan Ezlynn yang sudah sekian lama tidak melantunkan vokal mereka menghilangkan rindu peminat. Masing-masing hadir dengan lagu baru yang lebih segar.

Liyana Jasmay, Alyah, Lisa Surihani, Yuna, Scha Al-Yahya, Najwa, Aurora Salwa, Adira, Ana Rafali, Diana Jalal, Faezah Illai, Juliana Evans, Julie Woon, Mimie, Raja Ilya, Shila OIAM, Stacy dan Zizie adalah 20 selebriti yang menjadi pilihan persona kali ini.

Turut diraikan, 10 Lelaki Paling Disenangi yangb terdiri daripada Sharnaaz, Naqib, Iz Sulaini, Ryzal, Black, Nazim, Gambit, Akim, Nas-T dan Shaz Jazle.

Parti EH! 20 Yang Anggun dianjurkan oleh majalah EH! dan disokong oleh Lancome, Suria FM, Redken, MPH dan Zouk KL.

DSC_0379

DSC_0402

DSC_0416

DSC_0462

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Party 20 Yang Anggun

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Red Carpet di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 1
  • Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 2
  • Gambar Camelia di EH! 10 Yang Anggun 2009
  • Gambar Selebriti di Party 20 Eh! Yang Anggun 2010 Part 3
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Pass Percuma Showcase Anggun Elevation Acoutic di Hotel Istana
  • Gambar Sekitar Minum Petang Eh! 20 Yang Anggun di Butik Zang Toi
  • Gambar Seksi Nita Hamzah di Party EH! 20 Yang Anggun 2010
  • Gambar Skirt Siti Elizad Sharifudin Seksi di Malam 20 Yang Anggun
  • Gambar Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Raja Farah Mahu Berhenti Jadi Pelakon

    Posted: 05 Dec 2010 05:57 PM PST

    Semasa di sidang media dan pra tonton filem Aku Masih Dara yang lalu, Raja Farah telah mengumumkan yang dia mahu berhenti untuk jadi pelakon. Keputusan dibuat selepas tak sampai sebulan berkahwin dengan Megat Bashirun. Keputusan nekad ini dibuat setelah Raja Farah berbincang dengan suaminya yang mahu beliau mengurangkan karier dalam dunia glamor.

    Raja Farah menceburi bidang lakonan sejak berusia 15 tahun. Sepanjang bergelar pelakon, Raja Farah masih belum mencapai tahap yang dia inginkan iaitu menjulang anugerah.

    Bukan senang untuk mengharungi hidup dalam dunia penuh glamor. Raja Farah pernah jatuh sakit gara-gara terlalu tertekan dengan gosip liar.

    Sebelum ini, Raja Farah dihinggapi gosip liar yang mengatakan beliau hamil sebelum nikah. Walaupun agak tuduhan ini agak pedih dan menyentap hati keluarga serta ibunya, Raja Farah tetap tabah dan betul-betul kecewa dengan gosip dan fitnah itu.

    Ditanya apakah perancangan masa depan Raja Farah seterusnya, beliau berkata, mahu menceburi bidang perniagaan pula.

    Apa-apa pun, yang berlaku, Budiey ucapkan selamat maju jaya buat Raja Farah. Semoga bisnes yang akan dijalankan tu mencapai kejayaan. Insyaallah.

    Raja Farah

    Raja Farah

    Raja Farah

    Raja Farah

    Raja Farah

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Pelakon Hairie Othman Bercerai & Gambar Seksi Raja Farah
  • Gambar Raja Farah @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Gambar Busana Farah Asyikin di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Farah Asyikin di Karpet Merah FFM23
  • Drama Duranni lakonan Raja Farah di Astro Ria
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 13
  • Gambar Farah Nabila Noor Binti Anuar SERI Calon Juara AF 6
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.