Adsense

Rabu, 24 November 2010

Sensasi

Sensasi


Hubungan Almy Nadia-Fizz Fairuz bagai retak menanti belah,Almy takut dengan kisah cinta Irma dan Nabil

Posted: 24 Nov 2010 10:49 AM PST


Mengakui sudah lelah dan penat untuk menangis akibat kehadiran orang ketiga dalam hubungan percintaannya dengan aktor Fizz Fairuz, anak kelahiran Pulau Pinang ini menjelaskan hanya tangisan yang sering menjadi teman pujuknya kala itu.

Enggan melayan perasaan marah dan cemburu yang bisa memusnahkan cinta mereka, berdiam diri merupakan langkah terbaik yang diamalkannya bagi menyelamatkan percintaan yang sudah pun dibina hampir tiga tahun itu. Namun Almy menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hubungan mereka telah pun berakhir.

"Kehadiran orang ketiga atau keempat ini semua saya dah biasa. Nak menangis kerana semua itu pun, dah biasa, jadi langkah terbaik jangan terlalu memikirkan tentang cinta kerana ia akan membuatkan saya lebih makan hati.

"Tapi buat masa sekarang kami ini, masih lagi bersama cuma kurang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja," jelasnya tenang mengenai status perhubungannya yang kononnya dikatakan sedang berada dalam fasa retak menanti belah.

Mengamal sikap mempercayai pasangan sebagai teras untuk meneruskan perhubungan ini, kata gadis berusia 24 tahun ini, sebolehnya dia tidak mahu mengalami nasib yang serupa dengan rakan selebriti yang lain.

"Saya mengaku takut apabila mendengar cerita Irma dan Nabil putus. Sedih apabila membaca cerita mereka hinggakan saya menangis. Saya mengaku takut dan tak mahu mengalami situasi yang sama dan berharap sangat perkara tersebut jauh daripada kami. Tapi saya juga manusia dan tak mampu untuk menghalang ketentuan Ilahi," katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan ibu Fizz yang pernah dikeluarkan di murai.com.my bahawa aktor tersebut berkemungkinan akan mengakhiri zaman bujangnya pada Disember ini, sambil tersenyum manis Almy berkata: "Saya tak keluarkan apa-apa kenyataan akan menikah pada bulan tersebut. Tunggulah kenyataan dari saya sendiri mengenai perkahwinan dan saya pun tak boleh nak mengulas mengenai kenyataan ibu Fizz.

"Ada jodoh tak kemana kerana saya sendiri mengharapkan pengakhiran yang gembira untuk kisah cinta kami,"katanya lagi.

Gambar Noh Hujan dengan Lambang Illimunati dan gaya Lady Gaga

Posted: 24 Nov 2010 10:36 AM PST


Posing cam lady Gaga nie byk je dalam facebook..ikutan muda mudi untuk nampak kawai (cute)...sensasi malas bergambar nak posing kawai..

Gambar Noh Hujan Pakai Baju Lambang Freemason & illuminati ini…

Tali gitar = Checkered floor

Baju = All seing eyes



cey..obvious doe baju noh nie...mungkin dia tak tahu apa tue illuminati (bersangka baik)

Siti Nurhaliza tarik diri dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Posted: 24 Nov 2010 10:28 AM PST


Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang telah diadakan pada awal Julai yang lalu, penyanyi No.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dianjurkan saban tahun oleh akhbar Berita Harian.

Namun, Jabatan Pengarang Berita Harian dan Jawatankuasa Induk ahli ABPBH seolah-olah seperti agak keberatan untuk menerima permohonan tarik diri daripada penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu.

Begitupun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang tadi, Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong,

Video lagu Shila OIAM -Ada saja,adalah Video berunsurkan illuminati?

Posted: 24 Nov 2010 09:36 AM PST

Yang sebenar benarnya...Sensasi sendiri tak arif dan tak faham sangat dengan illuminati..yang sensasi selalu dengar Lady gaga,la KLCC la,dan lambang segitiga bermata satu,lambang bintang terbalik sume sume tue adalah antara benda benda yang berkait dengan Illuminatti,alau dikatakan sebagai pengikut Dajjal...

Sensasi malas nak taksub dengan benda benda tak berfaedah nie,kadang kadang kalau kita terlalu taksub dengan sesuatu benda tue boleh memesongkan akidah kita...kadang kadang benda yang takda kaitan pun dikait kaitkan juga...segala bentuk segitiga sekarang nie dah jadi banned dah...
Dan kalau terlalu taksub takut nanti,kita terlalu cuba memahami benda tue sampai terleka untuk memahami agama kita sendiri..

Padahal apa yang penting adalah kepercayaan kita kepada tuhan dan agama Islam,dan mempunyai ilmu agama.

Kita semua risau akan kemunculan Dajjal al-masih dan kesannya terhadap hidup kita,,apa yang penting adalah cuba mendalami dari AL-Quran dan hadis,sensasi banyak membaca tentang Dajjal,tp sensasi tak tau sgt pasal illuminati nie..,berdoalah agar kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

Adakah Video Shila OIAM nie pun mempunyai unsur illuminati???pandai pandai korang buat siasatan sendiri kalau dah takda kerja lain yg berfaedah..



Kalau betul wujud unsur nie,maka org disebalik pembikinan video nie lah yang memang sengaja nak tonjolkan lambang2 tersebut...ish3....memang tak habis habis nak menghuru hara kan keadaan,....

Magik: Kutipan tiket Filem 2 Alam menurun setelah mengutip 2 Juta pada hari Pertama

Posted: 24 Nov 2010 09:03 AM PST



Selalunya kita akan dengar kutipan Filem akan meningkat dari hari ke sehari..namun ajaib bagi Filem 2 Alam yang dibangga banggakan oleh DDR kutipan menurun,orang refund balik tiket ke ape nie?

DDR mendakwa dan menwar warkan dalam surat khabar mengatakan filem 2 Alam berjaya mengutip RM2 juta pada hari pertama tayangan iaitu pada 18 November 2010.

Hari ini dah seminggu Filem 2 Alam ditayangkan di pawagam,dan jumlah kutipan sebenar adalah RM230 ribu berdasarkan laporan dari Finas.hmmmm...dan daripada laporan finas sebanyak 83 panggung wayang menayangkan Filem tersebut,paling banyak yang menayangkan filem tue tp kutipan tidakla sebanyak yang diharapkan.namun RM230,000 pun sensasi rasa banyak jugakla memandangkan filem ini dikritik hebat oleh media dan org2 yang sudah menontonnya.


Musykil,adakah ini bermaksud lagi RM1.77juta adalah hasil kutipan dari alam fantasi DDR Rozmey? kalau ikut purata 230k/7 hari= RM32,857 sehari..

Jadi kalau RM32,857 kutipan hari pertama dengan 2 juta yang dikatakan DDR,jauh bangat bezanya tue!

DDR meletakkan target kutipan RM40 juta utk filem pertamanya ini...

Video Just for laugh: Toilet Prank

Posted: 24 Nov 2010 08:32 AM PST

Sinopsis Drama Putera Katak,Lakonan Hot mama Nora Danish

Posted: 24 Nov 2010 06:41 AM PST



tue katak betul ke? geli nyerrrr..yaikss




"Putera Katak" mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) yang telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma sebagai manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seekor katak. Dia telah dibela oleh seorang pencinta haiwan iaitu Trisha (Nora Danish). Amar yakin bahawa dia akan berubah menjadi manusia semula apabila sudah menemui cinta sejatinya.

Bakal membawa penonton ke alam fantasi dan magis, drama terbitan Talisman Pictures ini telah diarahkan oleh Adam Hamid. Selain Nora dan Zizan, drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Fazren Rafi, Norseha, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah dan Hamidah Wahab.

Oleh itu, jangan lupa temu janji anda bersama "Putera Katak" bermula 29 November, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3. Buat mereka yang sempat menonton, anda bolehlah menyaksikannya melalui siaran ulangan pada jam 8.30 malam di TV9.

Lagu Beggin by Madcon

Posted: 24 Nov 2010 06:31 AM PST



Lagu nie sensasi dengar time dalam rancangan Got to Dance UK,and immediately like it..its so catchy ..i loike..

Beggin you baby~ put your loving hands out baby

Gambar Sekitar 2010 Victoria's Secret Fashion Show ,Eksotik

Posted: 24 Nov 2010 07:56 AM PST



Wow,body model model Victoria Secret nie sangat lah mantap...
Bila kita tengok mereka semua dah mcm anak patung barbie...Jenama pakaian dalam Victoria Secret adalah pilihan selebriti selebriti terkenal seluruh dunia.Siapa yang tak pernah dengar nama Victoria Secret?ish ish..

Fashion show 2010 ini dimeriahkan lagi oleh Katy Perry dan Akon serta model-model ternama seperti Adriana Lima, Alessandra Ambrosio, Rosie Huntington- Whiteley, Chanel Iman dan Karolina Kurkova.













OHBULAN!

OHBULAN!


(Video) Bunkface Super Fast Guitar Playing Practice

Posted: 24 Nov 2010 09:43 PM PST

Screen shot 2010 11 25 at 1.25.45 PM (Video) Bunkface Super Fast Guitar Playing Practice

Kami tak sedar ini merupakan iklan Unifi terbaru, sangat spontan & kasual. Idea berlawan gitar antara Bunkface & Michael Angelo terlampau awesome! Michael Angelo, seorang gitaris yang terkenal dengan kelajuan jari bermain gitar (google that yo!).

Semalam kami di'maklumkan oleh rakan yang bekerja dalam telco bahawa mereka akan membawa Deftones membuat persembahan live di Malaysia. Ditanyakan pula kepada kami, antara Deftones (video : Diamond Eyes) & Avenged Sevenfold (video : Unholy Confession), mana satu lebih kool?

Dengan pantas kami menjerit, "Avenged Sevenfold!". Tersentak dengan jawapan kami, rakan telco berkata, "okay, aku akan cakap dengan bos, bawa Avenged Sevenfold". Fuh, memang impian kami selama ini nak tengok Avenged Sevenfold bermain di depan mata.

Video Sam Bunkface & rakan berlawan gitar dengan Michael Angelo selepas ini.

pixel (Video) Bunkface Super Fast Guitar Playing Practice
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kes Baling Gelas, Johan Raja Lawak Kekal Saman Bekas Pengarah, Javed

Posted: 24 Nov 2010 12:46 PM PST

pix gal0 Kes Baling Gelas, Johan Raja Lawak Kekal Saman Bekas Pengarah, Javed

Sudah memaafkan bekas pengarah, Javed berkenaan kes baling gelas tempoh hari. Namun sebagai langkah peringatan untuk orang luar, Johan Raja Lawak tetap mengekalkan keinginan'nya untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

Pada Johan, ini langkah yang terbaik sebagai tauladan buat pengarah lain supaya tidak melakukan asakan kasar kepada para pelakon, walaupun sekadar bertugas sebagai pelakon pembantu. Tidak terfikir untuk menyelesaikan kes ini di'luar mahkamah, Johan menyerahkan segala prosedur mahkamah kepada peguam untuk menyaman bekas pengarah drama lakonan itu.

Pada kami, langkah yang diambil oleh Johan memang tepat pada batang hidung pengarah tersebut, bagaikan buku bertemu dengan ruas. Bak kata John F. Kennedy (Presiden USA), forgive your enemy, but never forget their names.

pixel Kes Baling Gelas, Johan Raja Lawak Kekal Saman Bekas Pengarah, Javed
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Zon Artis

Zon Artis


Fiq (Mentor) Dedahkan Rahsia Mantapkan Vokal – Merokok

Posted: 24 Nov 2010 02:32 PM PST

FIQ MENTOR

Tak tahu pula kami yang merokok boleh memantapkan vokal. Yang kami tahu, tabiat merokok boleh menyebabkan kanser mulut dan kelahiran bayi pramatang. Ada tengok iklan Don't break my heart? (video). Tapi lain pula ceritanya dengan Fiq bila dia mengatakan yang rokok memantapkan vokalnya.

Menurut Fiq, dia mula merokok sejak setahun yang lalu dan mendapati tabiat merokok'nya itu telah memberikan kesan positif terhadap suaranya. Tabiat itu banyak membantunya dalam memantapkan vokal sebagai seorang penyanyi rock dimana vokalnya bertambah kasar, besar dan serak.

Selain menjadikan vokalnya bertambah power seiring dengan genre muzik yang diperjuangkannya iaitu rock, Fiq juga mengatakan yang selepas dia mula merokok, masalah mudah hilang suara dan sakit tekak selepas menyanyi juga sudah jarang berlaku berbanding sebelum dia merokok.

Ntah la labu. Yang pasti, merokok membahayakan kesihatan. Ni pun kami tulis sebab takde modal nak update apa. Nak tulis pasal Yuna dan Qi (pelakon Blogger Boy) bercinta? Korang baca sendiri kat Kosmo Online sudah.

PSSTT: Meh nengok gambar-gambar 5 tahun selepas Tsunami ni

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Suria FM Sambut Ulangtahun Ke-3 Penuh Bermakna

Posted: 24 Nov 2010 05:37 PM PST

Dengan hanya bermula di sekitar Lembah Klang dan Kota Kinabalu, Suria FM – sebuah stesen radio di bawah Syarikat Rimakmur Sdn Bhd dengan perlahan-lahan mengembangkan siarannya. Sehingga pada 24 Disember 2007, radio yang terkenal dengan tagline MUZIK TERBAIK 90AN DAN TERBARU ini secara rasminya boleh didengar di seluruh Semenanjung Malaysia.

Semalam, 25 November 2010, maka genaplah 3 tahun usia Suria FM. Budiey dengan itu, ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-3 buat Suria FM. Setahun lebih muda dari dari usia Budiey.com. Hehe, tapi 3 tahun Suria FM kini sudah banyak mencipta sejarah dan kematangannya semakin hari semakin menyerlah. Tahniah buat Suria FM. Terima kasih juga buat radio ini kerana tidak henti-henti menyokong blog budiey.com. Ini kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama antara Suria dan budiey.com memang diikat kejap dan utuh seawal tahun pertama lagi. Terima kasih Suria FM.

Suria FM 3 Tahun

Majlis sambutan Ulangtahun Ke-3 telah pun berlangsung semalam di Studio V, One Utama dengan mengumpulkan pendengar setia, media, artis dan juga penaja. Majlis penuh ringkas tapi cukup meriah itu bermula seawal jam 5 petang. Tetamu turut dihidangkan dengan persembahan dari artis jemputan, hidangan masakan Melayu yang enak dan pelbagai permainan.

Sesi belah kek hari jadi Suria FM berlangsung pada jam 5 petang.

Suria FM 3 Tahun

Diraikan bersama dengan penyampai popular Suria FM dan juga para artis jemputan.

Suria FM 3 Tahun

Budiey lihat ramai sungguh artis dan selebriti yang hadir. Mereka juga tak lupa untuk menulis ucapan di Wall Fanpage Suria FM yang kini diselenggara oleh rakan baik Budiey sendiri, Julia Shapie. Wah, bukan main seronok lagi Julia bila ditugaskan untuk jadi penyelenggara Fanpage dan Twitter. Huhu, sorry Julia kalau rahsia you dah bocor hehe. Budiey pun turut sama diberi peluang mencoret dan menitip ucapan tahniah di dinding Fanpage Suria FM yang kini dah menjangkau lebih dari 99,131 ribu peminat. Peningkatan yang sangat memberangsangkan kerana facebook ini dilihat mencapai kenaikan bermula pada bulan April tahun ini.

Antara selebriti yang hadir…

farina

Farina

senoritas

Senoritas

Suria 3 Tahun

Azharina

altimet

Altimet

Sabhi Saddi

Sabhi Saddi

Faradhiya

Faradhiya

dior

Dior berimej baru yang lebih matang.

ifa raziah

Ifa Raziah

Banyak lagi gambar artis yang akan disiarkan. Budiey nak kena keluar ke event sebentar. Jap lagi nak tonton filem Due Date. Stay tuned okay?

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Suria FM Kini Dah 2 Tahun!
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Gambar Amy Search Sambut Hari Jadi Yang Ke 50
  • Ucapan Diana Danielle & Imran Ajmain Sempena Ulangtahun Budiey.com
  • Suria FM Rancak Tour Di Kluang Mall & Mydin MiTC
  • SuriaFM Sambut Earth Hour di Restoran Linda Onn
  • Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008
  • Selamat Ulangtahun Ke-2 SURIA FM
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Selebriti di Sidang Media Program Istimewa TV9 Disember

    Posted: 24 Nov 2010 04:53 PM PST

    Pada jam 3 petang semalam, Budiey sempat hadir di Sidang Media Program Istimewa TV9 Disember yang diadakan di Executive Dining, Sri Pentas, Bandar Utama. Dihoskan oleh Shafek – hos Chopp TV9, sidang media ini turut dihadiri oleh para pelakon drama dan penerbit drama yang terlibat.

    Para media yang hadir juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa iPod Touch bernilai RM799 dan iPod Dock. Yang bertuah adalah wartawan dari Utusan Melayu dan seorang lagi Budiey tak ingat dari media mana satu. Tahniah buat kedua-duanya.

    Sebelum itu, Budiey nak war-warkan tentang kumpulan PADI yang menjadi pelantun untuk lagu tema Upin & Ipin Sahabat Selamanya akan terbang ke Malaysia dan akan turut hadir di Sidang Media yang dianjurkan oleh Les' Copaque.

    Sidang media ini diadakan adalah untuk mengumumkan senarai program terbaik dari TV9 yang akan disiarkan sepanjang bulan Disember. Tulah, pejam celik pejam celik, 2010 dah pun nak berlabuh tirainya. 2011 akan hadir bersama dengan harapan dan seribu tanda tanya. Semoga semua selamat. Dan jangan lupa bulan Januari ini ada dua event yang akan dianjurkan oleh Budiey.com iaitu Pre-Party Tayangan Filem Khurafat dan Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-4.

    Shafek
    Shafek selaku hos majlis sidang media TV9

    Sidang media ini juga menayangkan sedutan ringkas yang dipetik dari drama-drama terbaru TV9. Dan juga ada sesi memperkenalkan para pelakon dan penerbit drama yang terlibat.

    Setiap Rabu jam 10.30 malam di TV9 akan ditayangkan tele-filem  terbaru termasuklah:

    1. Drama Aku, Kau & Dia – 1 Disember, 10.30 malam
    2. Teh O Ais Limau – 8 Disember, 10.30 malam
    3. Duda Berhias – 15 Disember, 10.30 malam
    4. Haruskah Aku Mati, 22 Disember, 10.30 malam
    5. 5 Disember, 29 Disember, 10.30 malam

    Kemeriahan sepanjang Disember ni tak henti dengan tele-filem ini sahaja. Tapi untuk adik-adik yang sekarang ni sedang seronok cuti sekolah, disediakan juga beberapa rancangan kegemaran termasuklah juga peraduan hebar yang mesti disertai iaitu Peraduan Tonton dan Menang Yeah Yeah Cuti Sekolah dan Peraduan Tulis dan Menang di mana adik-adik hanya perlu menonton kartun Perman yang telah pun memasuki musim kedua, musim terbaru Upin & Ipin serta Kochikame setiap minggu dan jawab soalan-soalan senang yang dikemukan bersama slogan terbaik.

    Hadiah-hadiah menarik seperti permainan PSP, iPod Nano, PS3 dan beberapa barangan eksklusif menanti adik-adik semua.

    Kochikame akan disiarkan di TV9 setiap Khamis bermula 2 Disember jam 7 malam. Musim kedua Perman akan ditayangkan pada 3 Disember setiap Jumaat jam 7 malam. Turut dimuatkan adalah kartun Tamagotchi pada setiap hari Sabtu, jam 6 petang pada 25 Disember ini. Masked Rider Kiva akan menghiburkan adik-adik pada setiap hari Ahad, jam 6 petang mulai 26 Disember ini.

    TV9

    Karnival Upin & Ipin akan diadakan di Melaka Wonderland pada 4-7 Disember bermula jam 7 pagi hingga 6 petang dan seterusnya di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 24 hingga 28 Disember 2011 bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

    Di Karnival ini, ibu bapa berpeluang untuk membeli keperluan barangan sekolah untuk anak-anak pada harga yang berpatutan.

    TV9

    Datuk Puad Onah sedang melekatkan promosi drama Haruskah Aku Mati

    TV9

    Datin Ziela Jalil, penerbit drama 5 Disember

    TV9

    TV9

    Antara pelakon yang turut hadir:

    TV9

    Isma Daniel

    TV9

    Zulhuzaimy

    A. Aida

    Penerbit A.Aida aka kakakku yang sering meletop berkontroversi. Fuhyoo daringnya pose. Hehe :)

    TV9

    Fauzi Nawawi

    TV9

    Lisdawati, anggun dan elegan dengan rona hitam pputih.

    TV9

    Romantiknya

    Fazurina

    Siti Fazurina, makin comel dia.

    Almy

    Almy Nadia, pelakon drama Teh O Ais Limau

    Wan

    Wan Sharmila

    Zaryn Min

    Zaryn Min

    Isma

    Azma aka Isma Yusof yang sempat lagi datang sidang media walaupun tengah sibuk di lokasi pengambaran Teh O Ais Limau.

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night
  • Gambar Aznil Hj Nawawi & Rafidah di Sidang Media Clever!
  • Gambar Wings di Sidang Media Tangkis Untuk Palestin
  • Gambar Saida & Sairah di Sidang Media ABP-BH 2009
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Gambar Sidang Media Penyertaan FFM22-KK2009
  • Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini
  • Majlis Sidang Media & Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium
  • Fiq Tetamu Istimewa Program Realiti My Starz LG
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.