Adsense

Ahad, 14 November 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rahsia Kuruskan Badan & Buka Perniagaan

Posted: 14 Nov 2010 08:01 AM PST

Mahu menurunkan berat badan anda? Dah cuba macam-macam cara untuk hilangkan lemak di badan? Okay, cuba lihat gambar lama Najwa kat bawah ni… Dulu berat badan Najwa pernah mencecah 75kg. Namun setelah mencuba memakai korset selama 5 minggu 7 minggu, kini berat badan Najwa telah turun sehingga 63kg.

adv copy-1

Najwa sebelum memakai korset.

Kerana terlalu gembira dengan perubahan yang berlaku pada dirinya dia kini turut menyertai perniagaan korset untuk berkongsi dengan orang lain yang mempunyai masalah berat badan sepertinya.

Sebagai bonus kesungguhannya mengajak teman-teman mencuba korset ini, Najwa berjaya melayakkan diri ke Perth dalam masa 2 hari sahaja menerusi perniagaan korset yang diceburinya.

adv2-1

Najwa selepas memakai korset 7 minggu.

Jika anda berminat untuk mencuba korset ini anda bolehlah berhubung terus dengan Najwa kerana Najwa mempunyai kemahiran memakai dan mengukur yang lebih baik berbanding orang lain kerana dia merupakan seorang Jurukecantikan dan Pengurus Besar Pusat Kecantikan Bertauliah. Jika anda mengikut cara pemakaian korset dengan Najwa, anda mendapati kesan memakai korset adalah lebih cepat daripada biasa.

Najwa merupakan antara perunding jualan korset yang paling cepat naik pangkat dan mempunyai strategi pemasaran yang terancang.

Jika anda berminat mencuba korset atau menyertai perniagaan bersama Najwa… Book slot perundingan anda dengan Najwa segera…
Telefon: 0129677222
Emel: annurnajwa@yahoo.com

Sila layari blog Najwa: annurnajwa.blogspot.com dan blog kawan baik Najwa, Arlina arlinarosli.blogspot.com

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sarimah Ibrahim di Media Launch Party The Biggest Loser Asia
  • Cara Nak Kurus Dengan Senang, Cubalah Guna SIY
  • Nasha Aziz Bercerai Lalu Bercinta Dengan Ahli Perniagaan?
  • Ziana Zain Gayakan Gaun Hitam Syaiful Baharim
  • Tune Group Sumbang Bantuan Untuk Rumah Titian Kasih
  • KASANOVA XXL DRAMA SIZE DOES MATTER
  • Wan Syahrina Jadi Pengacara Rahsia Anatomi di TV1
  • Que Haidar Buka Bisnes Ikan Masin
  • CARA BERKESAN MENGANJAL DAN TON BADAN
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Black Mentor, Nabil Raja Lawak, Alif Satar Jayakan Jom Jalan

    Posted: 14 Nov 2010 07:22 AM PST

    KERJASAMA TV3 DAN PLUS EXPRESSWAYS BERHAD
    TEROKAI PENGALAMAN BARU DI LEBUH RAYA

    Sama ada perjalanan balik ke kampung ataupun berkunjung ke destinasi percutian, lebuh raya sentiasa menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mengamalkan perancangan perjalanan yang selesa dan selamat.

    Terbaru di TV3 dan dibawakan khas dengan kerjasama PLUS Expressways Berhad (PLUS), sebuah program travelogue "JOM JALAN BERSAMA PLUS" mengajak anda meneroka pengalaman baru di lebuh raya. "JOM JALAN BERSAMA PLUS" akan mula bersiaran pada 15 November 2010, setiap hari Isnin jam 6.00 petang.

    Projek Pistol Jom Jalan

    Program travelogue santai ini akan memaparkan beberapa artis jemputan menerusi 13 episod terbitannya. Pada setiap episod, anda akan dibawa bersama-sama melalui lokasi persinggahan menarik yang sesuai untuk rekreasi dan riadah sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

    Bersama personaliti TV seperti Teh Syuhaida, Shera Aiyob serta selebriti popular Black Mentor, Shamsul Ghau Ghau, Kumpulan Hujan, Kenchana Devi, Nabil Raja Lawak, Ezany, Alif Satar dan ramai lagi, ikuti pengalaman baru mereka dalam menyelusuri lebuh raya yang mungkin sudah menjadi kebiasaan ketika menuju ke sesuatu destinasi.

    Projek Pistol Jom Jalan

    Projeck Pistol

    Antara paparan yang menarik dalam JOM JALAN BERSAMA PLUS selama 13 episod ialah melawat Menara Jam Condong di Teluk Intan; menjalani aktiviti white water rafting di Sungai Kampar; mendampingi gajah di Kuala Gandah; meredah hutan rekreasi dan taman herba di Skudai, merehatkan minda di Hot Spring Sungkai, berkelah di Gunung Semanggol dan sebagainya.

    Majlis pelancaran program JOM JALAN BERSAMA PLUS dimulakan dengan rombongan media dan artis jemputan yang bertolak dari perkarangan Sri Pentas ke Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (Arah Selatan) di Lebuhraya ELITE.

    Turut hadir di sesi pelancaran tersebut ialah Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Operasi, Pembangunan Perniagaan dan Antarabangsa, Media Prima Berhad dan YBhg Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Expressways Berhad serta selebriti Shamsul Ghau Ghau.

    Menurut Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, "Dengan kerjasama PLUS Expressways, TV3 mengajak para penonton untuk mengenali semula tempat-tempat menarik di Malaysia menerusi program JOM JALAN BERSAMA PLUS. Dalam perjalanan di lebuh raya, sebenarnya kita masih boleh merancang sesuatu aktiviti baik aktiviti lasak seperti meneroka hutan rekreasi dan taman herba di Skudai, atau singgah di dusun buah-buahan di Kuala Lipis dan juga menikmati juadah tempatan yang istimewa di bandar-bandar selepas susur keluar daripada lebuh raya. Perjalanan anda pasti lebih menyeronokkan untuk menyelami kehidupan penduduk tempatan yang bertempat di susur keluar lebuh raya."

    Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Expressways Berhad berkata, "PLUS Expressways komited dalam menjadikan perjalanan di lebuh raya selamat, lancar dan selesa pada setiap masa. Justeru itu, kami mengambil pendekatan bekerjasama dengan pihak TV3 dalam menerbitkan program 'JOM JALAN BERSAMA PLUS' untuk membantu mempromosikan lagi destinasi-destinasi pelancongan yang mudah dikunjungi menerusi Lebuhraya Utara-Selatan.

    "Selain itu, kami turut menyediakan tip-tip keselamatan bagi pemanduan yang selamat di lebuh raya. Di samping itu, penonton TV3 juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat berhubung perkhidmatan sampingan yang disediakan di lebuh raya seperti perkhidmatan PLUSRonda, kawasan-kawasan rehat dan lain-lain lagi," tambah Mohd Sheriff.

    Jangan ketinggalan untuk menonton JOM JALAN BERSAMA PLUS untuk mengikuti pengembaraan unik selebriti dan personaliti TV setiap hari Isnin jam 6.00 petang mulai 15 November, 2010, hanya di TV3!

    Projek Pistol Jom Jalan

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Isu Cium Pipi Mas Idayu : Black Mentor Minta Maaf
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Gambar Hazama, Farhan & Leez AF @ Raja Lawak Final
  • Gambar Kekasih Nabil Raja Lawak
  • Gambar Mitsubishi Lancer Evolution 10 Milik Nabil Raja Lawak
  • Gambar Selebriti di An Evening With Sony Music
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Profile Nabil Juara Raja Lawak
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Sir Richard Branson Jadi Pramugari AirAsia, Kalah Taruh F1 Dengan Tony Fernandes

    Posted: 14 Nov 2010 11:07 PM PST

    Screen shot 2010 11 15 at 2.41.56 PM Sir Richard Branson Jadi Pramugari AirAsia, Kalah Taruh F1 Dengan Tony Fernandes

    Musim F1 sudah berakhir, menyaksikan pertaruhan 2 pemilik syarikat gergasi penerbangan & kumpulan sukan motor berprestij F1 iaitu Tony Fernandes & Sir Richard Branson bakal menjadi kenyataan. Kedua-dua billionaire ini bertaruh, pasukan F1 siapa yang kalah kepada salah satu daripada mereka akan bertugas & memakai uniform pramugari bagi penerbangan pihak lawan. (Ya, skirt!)

    Walaupun Virgin Racing (Sir Richard Branson) & Lotus F1 Racing (Tony Fernandes) tiada bezanya dari segi pengumpulan mata, namun kedua-dua billionaire ini mengambil kira soal ranking dalam kumpulan. Lotus F1 Racing di tangga ke-11, Virgin Racing di tangga ke-12.

    Pengumuman rasmi Tony Fernandes menyatakan satu set uniform pramugari AirAsia telah diserahkan kepada Richard Branson. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke London yang berkonsepkan amal ini bakal menjadi sejarah dimana pemilik syarikat penerbangan Virgin Atlantic memperagakan uniform pramugari AirAsia. OMG!

    Artikel terdahulu :Perang Virgin & AirAsia: Richard Branson Atau Tony Fernandes Bakal Menyarung Uniform Pramugari

    pixel Sir Richard Branson Jadi Pramugari AirAsia, Kalah Taruh F1 Dengan Tony Fernandes
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Tahniah! Sharifah Sofea Umum Hamil 5 Bulan Melalui Facebook

    Posted: 14 Nov 2010 10:40 PM PST

    sharifah. Tahniah! Sharifah Sofea Umum Hamil 5 Bulan Melalui Facebook
    Pengumuman ringkas Sharifah Sofea pagi tadi mengejutkan ramai pihak dengan berita gembira kehamilannya yang disahkan berusia 5 bulan. Tahniah kami ucapkan, kami imbas kembali saat Sharifah Sofea & Syed Ismail melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2009, sangat sweet. Sudah tentu khabar gembira ini dinantikan oleh peminat Sharifah Sofea yang kini berjumlah 12 000 orang.

    Hobi baru Sharifah Sofea juga amat menarik untuk dikongsi bersama, yang terbaru kami difahamkan beliau amat gemar menonton perlawanan Ragbi. Mungkin ini adalah pilihan mengidam Sharifah Sofea.

    Ayuh, ucapkan tahniah kepada beliau melalui Fan Page atau Twitter Sharifah Sofea.

    pixel Tahniah! Sharifah Sofea Umum Hamil 5 Bulan Melalui Facebook
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Apa Ceritanya: Nabil tersentak gambar cium mulut

    Posted: 14 Nov 2010 09:11 PM PST

    pix_gal0
    Dakwa diri mangsa kecanggihan teknologi

    KONTROVERSI demi kontroversi terus menghantui kehidupan peribadi juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, apabila dirinya terus 'ditelanjangi' dengan satu persatu kisah panas sehingga mampu menggugat populariti beliau selepas dirinya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

    Bermula dengan tragedi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, diikuti kemunculan gadis belasan tahun dikenali sebagai Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha yang dikatakan sebagai kekasih baru Nabil, pelawak dan pengacara popular itu terus menerima tekanan apabila Qasha dituduh pula sebagai orang ketiga, namun Nabil sudah pun menafikan perkara itu, minggu lalu.Qasha, 18, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 13, Subang Jaya, Selangor, adalah kakak kepada aktres remaja, Nik Zaris Nelydia Senrose, 16, yang pernah membintangi beberapa drama siri popular antaranya Spa Q, Spa Q 2, Spa Qistina, Datin Wannabe dan terbaru, Ahmad Durrah yang kini masih disiarkan di TV3 setiap Jumaat, jam 9 malam menerusi slot Zehra.
    Sebelum ini juga, Nabil dan Qasha yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, dikatakan bercuti di Phuket, Thailand pada 27 Oktober lalu. Pun begitu, Nabil menafikan dia bercuti bersama Qasha di Phuket, sebaliknya mengakui mereka bertemu di sana selepas terbabit dengan acara masing-masing.

    Jika Gunung Merapi di Pulau Jawa memuntahkan lahar panasnya beberapa minggu lalu, awal minggu ini pula penulis berdepan 'bahang gunung berapi' apabila menerima kiriman cakera padat (CD) yang mengandungi salinan tiga keping foto aksi panas membabitkan dua individu dikatakan persis Nabil dan Qasha! Difahamkan, antara 'adegan' panas berkenaan ialah aksi cium mulut kononnya antara mereka.

    Menerusi risikan, penulis difahamkan, tiga keping foto berkenaan mungkin 'dicuri' dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggung jawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya, sekali gus menjahanamkan karier seni beliau yang kini berada di kemuncak. Foto berkenaan juga difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.

    Bagi mendapatkan penjelasan mengenai kesahihan foto aksi panas berkenaan, penulis menemui Nabil petang Selasa lalu di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Apabila Nabil ditunjukkan foto berkenaan, dia kelihatan tersentak. Sejurus kemudian, beliau terus menafikan dua individu persis wajahnya dan Qasha itu adalah diri mereka.
    "Selepas melihat sendiri foto yang dipertontonkan tadi, saya sangat sedih, kecewa dan terkejut. Saya tak faham, bagaimana foto seumpama ini boleh tersebar begitu cepat di kalangan media massa. Pun begitu, saya menafikan sekeras-kerasnya foto aksi panas yang dikatakan antara saya dan Qasha adalah milik kami berdua.

    "Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan untuk tujuan mengaibkan diri seseorang itu. Bagi saya, mungkin ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan ekoran kisah peribadi saya yang kurang enak dipaparkan media masa sejak dua minggu berturut-turut.

    "Barangkali apa yang dilakukan pihak berkenaan bertujuan menyedarkan saya mahupun artis lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalin perhubungan. Mungkin juga saya dijadikan 'tikus makmal' oleh pihak berkenaan menjalankan uji kaji supaya orang lain mendapat iktibar. Bagi saya, apabila gambar seumpama ini tersebar, orang akan menilai dan lazimnya mereka mendakwa ia betul walaupun kita membuat penafian.

    "Pun begitu, apa yang boleh saya nyatakan, penghasilan foto aksi panas itu dibuat menerusi teknik superimpose yang begitu teliti pembikinannya. Apabila diamati ketiga-tiga foto berkenaan, memang sukar kita menemui kelemahannya. Justeru, saya kagum dengan hasil kerja pihak berkenaan," kata Nabil mempertahankan dirinya dan Qasha daripada terus menjadi mangsa keadaan.

    Apabila diajukan soalan, adakah dia berasakan dirinya teraniaya apabila ada pihak yang iri hati dengan populariti beliau, Nabil menjelaskan, "Bagi saya, rezeki ditentukan Tuhan. Namun, mungkin orang beranggapan saya playboy, sebaliknya saya hanya manusia biasa yang kadang kala membuat kesilapan. Kepada mana-mana pihak yang pernah terguris hati dan perasaan dengan kata-kata mahupun perbuatan saya, saya mohon maaf.

    "Tolonglah terima saya sebagai manusia yang tidak sempurna. Kisah saya dan Irma (Hasmie) putus cinta adalah masalah peribadi kami, janganlah ditokok tambah dengan isu foto lucah saya dan Qasha pula. Keadaan ini benar-benar membuatkan saya tertekan. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Apa saja pandangan masyarakat terhadap diri ini, saya terima dengan hati terbuka.

    "Sekiranya saya tidak diduga dengan ujian sebesar ini, mungkin saya akan terus lalai. Manusia apabila berada di atas, ada nama, ada banyak wang, mereka alpa. Saya akui perkara itu. Barangkali dugaan yang berlaku ke atas diri saya adalah titik permulaan supaya saya kembali ke pangkal jalan. Mungkin sudah tiba masanya saya memulihkan diri dan memperbanyakkan amal ibadat. Saya sayang kerjaya ini," kata Nabil berterus-terang.

    Nabil juga menegaskan dia tidak mengesyaki mana-mana pihak yang mungkin menyimpan perasaan dendam terhadap dirinya sehingga tergamak menyebarkan foto superimpose beliau bersama Qasha dalam aksi mengghairahkan itu.

    Mengulas perhubungannya dengan Qasha, Nabil menjelaskan, "Sebaik saja kisah kontroversi saya, Irma dan Qasha didedahkan media massa, saya lebih senang dengan situasi silent treatment dengan diri beliau (Qasha). Kami dah lama tak bertemu, bercakap di telefon pun hanya untuk bertanya khabar. Apa yang boleh saya nyatakan, saya dan Qasha hanya berkawan, kami tidak pernah berbicara soal cinta, hati dan perasaan dengan serius."

    'Mereka mahu bunuh kerjaya Raja Lawak'

    SEMENTARA itu, Qasha yang pernah membintangi sebuah drama, Lukisan Hati dan menjayakan komersial TV antaranya Ajinomoto, DiGi dan Petronas, sedia memberikan kerjasamanya apabila dia sempat hadir ke Balai Berita, petang Rabu lalu untuk melihat sendiri kesahihan tiga keping foto aksi panas yang dikatakan mirip dirinya bersama Nabil dalam salah satu 'adegan' sedang bercium mulut.

    "Apabila saya diberi peluang melihat ketiga-tiga keping foto aksi panas itu, saya menafikan sekeras-kerasnya ia milik saya dan Nabil. Pun begitu, saya tidak menafikan kedua-dua individu terbabit mempunyai wajah seiras kami, namun saya yakin ia dihasilkan dengan menggunakan kepakaran teknik superimpose berteknologi tinggi sehingga saya sendiri gagal menemui sebarang kecacatan pada foto berkenaan.

    "Bagi saya, perbuatan berunsur khianat itu dilakukan pihak yang berniat jahat menjatuhkan karier Nabil berdasarkan popularitinya berbanding saya yang baru hendak mengenali dunia seni. Nabil ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dia baru saja putus cinta dengan Irma, kini berdepan pula dengan isu foto lucah.

    "Seperkara lagi, selepas diamati, saya yakin foto aksi panas berkenaan belum pernah disiarkan di mana-mana blog atau lama web hiburan sebelum ini. Tiga keping foto itu kali pertama saya lihat, justeru saya berasa sangat sedih dan malu apabila ada pihak yang tergamak menyebarkan foto superimpose kami berdua.

    "Namun, terpulanglah kepada masyarakat untuk membuat pelbagai andaian selepas ini sama ada mereka hendak mempercayainya atau tidak. Mereka berhak untuk bercakap apa saja. Seandainya masyarakat terus-terusan mendakwa foto cium mulut itu dilakukan saya bersama Nabil, saya tidak mampu menutup mulut mereka," kata Qasha dalam nada sangat kecewa.

    Sebagai pendatang baru dunia hiburan, Qasha mengakui kesal atas segala kesilapan yang mungkin dilakukannya selama ini, sekali gus memohon maaf agar diberi peluang memperbaiki kelemahan diri. Dia juga berharap agar dirinya tidak terus dipersalahkan sebagai pihak ketiga yang menjadi punca putus cinta Nabil bersama Irma.

    "Saya masih terlalu mentah, banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk mematangkan diri. Saya juga memohon agar peminat Nabil tidak berterusan menyalahkan saya sebagai punca perpisahan antara Nabil dan Irma. Saya mengenali Nabil selepas dia membuat pengakuan tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya itu, itupun selepas kami dipertemukan oleh beberapa teman," kata Qasha.

    Menerusi beberapa laman web hiburan sudah tersebar foto mesra Nabil bersama beberapa anggota keluarga Qasha, selain dikatakan berpimpin tangan ketika ditemui di Phuket baru-baru. Justeru, adakah situasi itu boleh dijadikan bukti cinta Qasha bersama Nabil?

    "Kemesraan saya bersama Nabil belum cukup dijadikan bukti kami bercinta. Dalam usia semuda ini, saya tidak mahu terjebak dengan cinta, antara saya dan Nabil kami hanya selesa sebagai kawan. Saya juga tidak pernah bermimpi untuk menjadi pengganti Irma. Sebenarnya antara saya dan Nabil, kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Buat masa ini, biarlah saya berjaya dalam pelajaran dan karier saja," katanya lagi.

    Gua bertapa

    Posted: 14 Nov 2010 09:10 PM PST

    GUA dijadikan tempat bertapa dan memuja menjejaskan imej pelancongan pantai Bukit Keluang di Besut.
    GUA dijadikan tempat bertapa dan memuja menjejaskan imej pelancongan pantai Bukit Keluang di Besut.
    Pantai Bukit Keluang tumpuan kaki judi, pengikut ajaran sesat

    JERTIH: Keunikan pusat perkelahan Bukit Keluang di Besut yang mempunyai banyak gua batu menjadikan tempat itu sentiasa dikunjungi ramai pengunjung dan pelancong.

    Selain ada lebih 15 gua pelbagai bentuk, Bukit Keluang mempunyai daya tarikan tersendiri kerana pantainya bersih serta pemandangan indah terutama panorama waktu senja.Pusat perkelahan terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar ini sudah lama popular dan antara pusat pelancongan paling menarik kerana mempunyai gua di tepi pantai.
    Bagaimanapun, populariti pusat pelancongan terkenal itu kini terjejas apabila ada pihak tidak bertanggungjawab dikatakan menjadikan beberapa gua di situ sebagai tempat pemujaan, mengamalkan ilmu hitam, termasuk memohon nombor ekor yang secara tidak langsung meninggalkan imej buruk kepada masyarakat setempat dan pengunjung.

    Tinjauan Edisi Timur ke Bukit Keluang mendapati kebanyakan gua dicemari dengan sampah sarap serta alat pemujaan seperti lilin, kertas, kain kuning yang ditinggalkan pengamalnya.

    Orang ramai yang berkunjung mendakwa kerap melihat individu dan berkumpulan antara tiga hingga lima orang keluar masuk ke beberapa gua di situ yang dikatakan dijadikan pusat bertapa dan pemujaan ilmu hitam

    Seorang pengunjung, Mohd Zainuddin Mohamad, 42, mendakwa pernah menemui kumpulan seramai sembilan orang sedang melakukan pemujaan di dalam salah satu gua di bukit itu kira-kira jam 1 pagi.
    Saya sering datang ke sini untuk memancing di muara sungai pada waktu malam dan kerap menemui mereka yang keluar masuk dari gua berkenaan.

    "Saya tidak pasti apa yang mereka lakukan tetapi saya dimaklumkan ada orang yang melakukan pemujaan ilmu hitam," katanya.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, mendakwa beliau sendiri pernah menemui beberapa ahli kumpulan menjadikan gua di Bukit Keluang itu sebagai tempat bertapa.

    "Kes terbaru ketika gerakan mencari gadis yang sering ghaib, Siti Balqis Mohd Noor, 22, apabila saya ternampak beberapa orang di dalam beberapa gua di Bukit Keluang lewat malam, kira-kira sebulan lalu.

    "Mereka seperti bertapa yang turut membawa kain kuning dan lilin," katanya yang percaya mereka melakukan amalan khurafat dan bertentangan dengan syariat Islam.

    Berikutan itu, Ramlan meminta pihak berkuasa agama termasuk Pejabat Agama Daerah Besut membuat siasatan dan memantau pergerakan individu atau kumpulan menjadikan gua di Bukit Keluang yang juga tempat pelancongan, sebagai pusat pemujaan.

    Irma Hasmie Mahu Hidup Tenang

    Posted: 14 Nov 2010 09:06 PM PST

    JANJI yang diikat di antara dua hati tidak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan.

    Hakikat itu terpaksa di terima oleh pelakon Irma Hasmie dan Nabil Ahmad apabila cinta yang disulam itu terputus di tengah jalan.

    Menerima dan pasrah dengan apa yang telah ditetapkan kedua-dua mereka menganggap perpisahan yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis dan perlu dilaluinya dengan tenang.

    Sepanjang sesi fotografi bersama Mingguan mStar berlangsung, Irma cuba menyembunyikan kesedihan di sebalik gelak tawanya namun dari raut wajah wanita berusia 28 tahun ini, masih terpalit rasa kecewa.

    Satu sahaja permintaannya agar tidak membicarakan soal bekas kekasihnya itu lagi. Ujar Irma, cukup-cukuplah apa yang sedang dihadapinya kini.

    "Saya mahu hidup tenang, tidak mahu bercakap soal dia dan apa yang sudah terjadi di antara kami. Saya tidak menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku saya anggap sebagai lumrah kehidupan.

    "Itulah hidup, kadang kala kita suka dan kadang kala kita berduka. Saya terima dan cuba laluinya seperti biasa. Apa yang saya jalani sekarang sama seperti dahulu juga, bagi saya tidak ada satu pun aktiviti harian yang saya ubah selepas perpisahan ini," katanya.

    Tambahnya, dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Awan Dania untuk musim ketiga selain menjadi pengacara program Galaksi terbitan TV9.

    Jelas anak jati Kuala Lumpur ini, dia tidak mahu lari daripada masalah, dia juga tidak merancang untuk bercuti panjang bagi menenangkan fikiran. Dia tidak mahu menoleh ke belakang dan mengenang kembali kisah lalu.

    "Mungkin segelintir mereka yang putus cinta akan bercuti untuk menenangkan fikiran ketika menghadapi masalah ini tapi tidak saya. Bagi saya cara itu seperti mahu lari dari masalah.

    "Saya dah tutup buku lama dan mulakan yang baru. Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan di saat-saat ini. Jika sudah termaktub olehNya, saya terima dan reda dengan dugaan ini," katanya.

    Tiada kekasih baru

    Setiap percintaan memerlukan sebuah pengorbanan, biarpun tidak dihargai atau disia-siakan. Bagi Irma tiada pengorbanan yang dilakukan buat si lelaki yang bergelar kekasih melainkan sudah sah menjadi suami.

    "Sebagai seseorang yang masih belum berkahwin, pengorbanan saya hanya kepada keluarga dan diri sendiri. Tidak ada pengorbanan untuk lelaki yang bergelar kekasih melainkan kalau seseorang itu sah menjadi suami saya.

    "Pengorbanan terbesar saya ialah untuk keluarga kerana ketika saya gembira atau bersedih mereka sentiasa berada di sisi memberikan sokongan," katanya.

    Bercerita mengenai pengganti kekasihnya itu, tegas Irma dia belum memikirkan perkara tersebut sebaliknya berharap cinta yang bakal menjengah hatinya itu biarlah datang dengan sendiri tanpa dipaksa.

    "Setakat ini saya rasakan terlalu awal untuk bercakap tentang pengganti atau teman lelaki baru. Biarlah ia terjadi secara semula jadi. Saya tiada perancangan lagi tentang itu.

    "Apa yang penting, saya tidak bersendirian ketika melalui situasi yang menyedihkan ini dan bersyukur keluarga dan teman-teman rapat banyak memberikan kekuatan serta nasihat untuk meneruskan kehidupan.

    "Fasa baru dalam hidup saya ialah dengan mengisi masa lapang bersama mereka yang berada di sekeliling saya. Mereka melayan saya seperti biasa bagaikan tiada apa yang berlaku," ujarnya sambil tersenyum.

    Tidakpernah menumpang Nabil

    Pernah dituduh cuba menumpang kesenangan juara pertandingan Raja Lawak tersebut, Irma mengakui kesal dengan lemparan kata-kata itu.

    Soalnya, mengapa dia perlu bersusah payah bekerja sepanjang hubungan mereka terjalin jika dia terpaksa bergantung harap kepada Nabil?

    "Mereka hanya melihat dari jauh dan menganggap yang bukan-bukan. Jika saya menumpang kesenangan Nabil saya tidak perlu bekerja tetapi selama ini saya bekerja kuat untuk mencari rezeki.

    "Semua perbelanjaan hidup, saya gunakan wang dari hasil titik peluh dan usaha saya sendiri. Insya-Allah sekarang ini saya juga dalam perancangan untuk membuka sebuah perniagaan sebagai persediaan masa depan," katanya.

    Tiga Bintang AF Tidak Iri Hati

    Posted: 14 Nov 2010 09:05 PM PST

    SHAH ALAM: Bagaikan 'menjadi' hasil artis kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Aril, Akim dan Hafiz apabila buat pertama kalinya mereka bertiga disatukan dalam drama bersiri Kau Dan Aku musim kedua (KDA2).

    Biarpun masing-masing diberikan karakter berlainan, mereka tidak pernah berasa tergugat atau iri hati antara satu sama lain.

    Aril melakonkan watak seorang pelajar yang ego dan dalam masa yang sama menyembunyikan identiti sebenarnya.

    Walaupun wataknya merupakan seorang yang serius, tetapi Aril akan berubah menjadi seorang yang 'gila-gila' apabila bersama-sama rakan baiknya lakonan Ammar dan Hafiz.

    Dalam drama tersebut, Aril bergaduh dengan Akim kerana mereka pernah berebutkan Mila.

    "Kami seperti adik-beradik dan tidak pernah iri hati atau mengutuk antara satu sama lain. Jika ada pun sebelum ini lebih banyak kepada gurauan," kata Akim.

    Sementara Hafiz pula menganggap Aril ibarat abang sulung mereka memandangkan lelaki itu paling tua antara mereka bertiga.

    "Alhamdulillah, hubungan kami bertiga dari AF7 berkekalan sehingga sekarang. Selain tiada iri hati, kami juga tidak pernah terfikir untuk overshadow antara satu sama lain.

    "Dalam hubungan ini, Aril banyak memberikan nasihat kepada saya dan Akim," ujar Hafiz yang pertama kali terlibat dalam KDA2.

    Sementara Aril dan Akim pernah muncul semasa KDA1. KDA2 akan disiarkan di Astro Ria (saluran), setiap Selasa, 9 malam mulai 23 November ini.

    KDA2 turut menampilkan pelakon popular Tony Eusoff, Anith Aqilah, Kathy Fauziah, Zulkifli Zain, Alif, Raja Farah, Farish, Amar, Mimi, Ika Nabila, Anita Baharom, Puteri Fateen, Riezman dan Sabrina Ali.

    Drama 26 episod ini menyambung kisah warna-warni kehidupan pelajar Kolej Harmoni. Setelah Mila melanjutkan pelajaran di United Kingdom, muncul seorang gadis bercita-cita besar dan bersemangat tinggi bernama Elena (Anith).

    Kelebihannya yang memukau dan sikapnya yang mudah mesra menyebabkan dia disenangi ramai terutama tenaga pengajar.

    Namun, situasi ini tidak disenangi oleh sebahagian pelajar yang menganggapnya sebagai ancaman apatah lagi dengan statusnya sebagai pelajar junior.

    Reputasi Ezuwan Terjejas Kerana Diana Danielle & Raja Farah

    Posted: 14 Nov 2010 09:04 PM PST

    Ezuwan Ismail

    PEREKA fesyen Ezuwan Ismail bukan mahu melatah tetapi dia merasakan perlu memberi penjelasan apabila isu "baju gemuk" yang hangat diperkatakan sekarang ini telah menyebabkan reputasinya semakin terjejas.

    Semuanya bermula pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang berlangsung pada 24 Oktober lalu apabila orang ramai memperkatakan bentuk badan Raja Farah kelihatan pelik kerana dia dilihat semakin berisi ketika menjadi pengacara untuk acara karpet merah festival itu.

    Alasan yang diberikan Raja Farah, pakaian berkenaan membuatkan dia kelihatan "gemuk" sedangkan berat badannya tidaklah naik secara mendadak.

    Sebaliknya Ezuwan kepada mStar Online sebelum ini menjelaskan, dia diminta menghasilkan baju dalam tempoh yang singkat atas permintaan Raja Farah sendiri.

    Tidak cukup dengan insiden itu, tiba-tiba pelakon Diana Danielle turut menolak untuk memakai pakaian rekaan Ezuwan dengan alasan serupa sehingga ia turut "dicuit" di media. Tampil membuat pengakuan secara eksklusif di Mingguan mStar, Ezuwan secara jujur mengakui reputasinya sebagai pereka fesyen yang baru meningkat naik terjejas akibat insiden-insiden kecil itu.

    Lebih parah apabila perkara itu mengaitkan nama artis terkenal tanah air yang boleh memberi pengaruh besar kepada pelanggan-pelanggannya.

    "Saya terima kritikan yang diberi dengan hati terbuka. Tapi saya kecewa kenyataan mereka tentang baju saya yang membuat mereka nampak gemuk dan berisi telah menyebabkan kredibiliti dan periuk nasi saya terjejas.

    "Bukannya apa, kenyataan artis itu telah memberi implikasi buruk kepada saya sehinggalah mempengaruhi kepercayaan para pelanggan.

    "Saya bukannya malu dengan kejadian itu dan saya juga tidak menafikan menghasilkan pakaian untuk mereka tetapi insiden berkenaan ternyata mempengaruhi perniagaan saya," katanya.

    Raja Farah

    Jelas Ezuwan, tidak timbul masalah sekiranya para artis atau sesiapa sahaja enggan memakai pakaian rekaannya tetapi mereka harus berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan selain perlu melihat apakah masalah sebenar yang berlaku.

    Menurut Ezuwan, kerjasama yang diberikan kepada artis berkenaan selama ini bagaikan tidak dihargai. Malah dia turut kesal niat murninya menyediakan busana untuk diperagakan di majlis-majlis tertentu pula dipandang sebelah mata.

    "Sebagai pereka fesyen sudah tentu saya mahu sesiapa yang memakai pakaian rekaan saya kelihatan cantik. Selalunya sebelum membuat baju, saya dan pelanggan akan bertemu dan berbincang beberapa kali sebelum pakaian berkenaan dijahit.

    "Saya beri peluang kepada mereka untuk beri pandangan dan idea bagaimana untuk menjadikan mereka lebih cantik apabila di pentas ataupun di televisyen.

    "Bagaimanapun kalau mereka rasa tak sesuai dengan idea dan pandangan yang dilontarkan, mereka boleh membuat keputusan untuk tidak menggunakan pakaian rekaan saya.

    "Apa yang saya sedih, ada sesetengah artis sanggup memakai pakaian yang diberikan dan selepas itu memberi kritikan sehingga menuduh pakaian saya menjadi punca mereka kelihatan bertambah "buruk" dan ia benar-benar menjatuhkan maruah saya," katanya.

    Diana Danielle

    Jelas Ezuwan, masalah berkenaan menjadi bertambah rumit apabila Norsiah Ramli membuat kenyataan menerusi laman sosial Facebook mengatakan sebab-sebab tertentu kenapa anaknya, Diana Danielle enggan memakai pakaian rekaan Ezuwan.

    Sedangkan ada sebab-sebab tertentu Diana enggan memakai pakaian dari butiknya itu, bukan disebabkan bentuk rekaan yang dihasilkan.

    Kata Ezuwan, tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-dua artis itu hanyalah untuk menutup kelemahan mereka selain mengelak daripada menjadi bahan kritikan pihak media.

    Malangnya, tindakan tersebut menyebabkan Ezuwan terkena tempias yang sukar untuk dihapuskan.

    "Jika saya yang diperlekehkan, saya tidak kisah tetapi jika mereka menganggap pakaian saya buruk saya agak berkecil hati kerana ia mempengaruhi pelanggan-pelanggan saya yang lain. Sedangkan artis yang memakai pakaian saya tidak pun membeli pakaian itu sebaliknya minta ditaja.

    "Sekarang ini bila ada pelanggan yang mahu buat tempahan pasti akan menyindir saya "berisi" dan "gemuk" sebagai bahan lawak. Malah apa yang saya tahu ada sesetengah artis sendiri menjadi takut apabila menyebut nama saya sebagai penaja pakaian mereka untuk acara-acara tertentu," katanya kesal.

    Dalam pada itu, Ezuwan memberitahu dia tidak menyalahkan Diana Danielle dan Raja Farah seratus peratus dalam hal tersebut tetapi peristiwa itu memberi pengajaran buatnya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

    "Banyak yang saya belajar dari insiden yang terjadi. Selepas ini saya lebih berhati-hati untuk memilih siapa yang layak memakai pakaian rekaan saya.

    "Saya mahu mereka yang akan mengayakan pakaian saya adalah di kalangan mereka yang menghargai hasil karya saya. Cukuplah saya yang beria-ia menghasilkan baju secara percuma untuk sesetengah artis selama ini tidak dihargai," kata Ezuwan.

    Mahu jernihkan keadaan - Norsiah

    Sementara itu, ibu kepada Diana Danielle, Norsiah Ramli ketika dihubungi menganggap penjelasannya di Facebook tentang pakaian rekaan Ezuwan adalah bagi menjernihkan keadaan.

    Niat sebenar Norsiah bukan untuk menutup periuk nasi Ezuwan yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

    "Hubungan saya, Diana dan Ezuwan baik. Tujuan saya memberi komen di Facebook cuma untuk menjelaskan perkara sebenar dan bukan mahu memanjangkan cerita. Saya menganggap Ezuwan seorang pereka fesyen yang mempunyai masa depan yang sangat cerah.

    "Cuma pada hari itu sahaja, rekaannya tidak sesuai dengan Diana. Bagaimanapun, saya masih mengharapkan kerjasama daripadanya. Lagi pula industri hiburan ini kecil sahaja tidak elok untuk bermasam muka atau bergaduh," katanya.

    Tiada niat tunding jari - Raja Farah

    Manakala bagi Raja Farah, dia tidak berniat untuk menuding jari kepada Ezuwan tentang baju yang diperagakan. Dia juga akui perkara tersebut disebabkan kesuntukan waktu.

    "Saya tidak pernah salahkan dia kerana saya faham situasi dia ketika itu. Saya juga masih mahu bekerjasama dengan dia untuk masa akan datang," jelasnya ringkas.

    Gosip Hamil, Ibu Raja Farah Terguris

    Posted: 14 Nov 2010 09:03 PM PST

    SHAH ALAM: Ibu Raja Farah, Farizah Abu Samah mengakui terguris dengan dakwaan mengatakan anaknya yang juga aktres terkenal tempatan itu telah hamil sebelum nikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria.

    Walaupun Farah tidak tinggal bersama-sama keluarga sebaliknya menyewa bersama rakannya, namun Farizah sentiasa memerhatikan dan mengambil berat tentang anak perempuan tunggalnya itu.

    "Saya selalu perhatikan Farah setiap hari, memang badannya naik mendadak bermula Mac lalu kerana dia seorang yang berselera makan.

    "Tak sangka pula orang boleh tohmah dia seperti itu. Sebagai seorang ibu, apabila badan dia berisi saya tengok perutnya tiada pula apa-apa perubahan," ujarnya kepada mStar Online ketika majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan Farah dan Megat pada 12 November lalu di Tropika, Bukit Jelutong di sini.

    Tambahnya: "Mentang-mentanglah kita buat perbincangan perkahwinan senyap-senyap, terus orang buat cerita seperti itu. Semasa perbincangan dibuat, hanya keluarga dan jiran tetangga yang tahu.

    "Biar apa pun orang katakan, Farah sangat cekal. Tetapi sebelah pihak lelaki mesti berasa malu. Bonda Megat ada mengatakan fitnah yang dilakukan itu merupakan suatu dosa besar berbanding membunuh. Jadi, siapa yang melakukan fitnah itu kena tebus semula dosa yang dilakukan."

    Bagaikan mahu menutup kepedihan yang dirasai, Farizah sebaliknya lebih memanjat kesyukuran kepada Allah kerana dia sendiri tidak menyangka jodoh Farah sampai awal.

    Dia juga kagum dengan sikap Farah yang melakukan semua persiapan kahwin secara sendiri dengan bantuan Megat.

    "Walaupun sibuk penggambaran, apabila dia tidak bekerja, dia pergi mencari barang hantaran. Semuanya dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri lalu," katanya.

    Megat Bashirun Qhuyum merupakan menantu pertamanya memandangkan dua abang Farah belum berkahwin dan adik lelakinya masih menuntut di tingkatan lima.

    Apabila melihat kesungguhan dan keserasian Megat terhadap Farah, terus dia berkenan untuk menjadikan pemuda itu sebagai menantu.

    Kedua-dua pasangan itu pertama kali berkenalan di Melaka ketika adik bongsu Farah menyertai pertandingan gimnastik Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) mewakili Selangor pada Mac lalu.

    Penyanyi Bollywood, Sonu Niigam Bakal Beraksi Di Malaysia

    Posted: 14 Nov 2010 09:02 PM PST

    Sonu Niigam.

    PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, penyanyi popular Bollywood, Sonu Niigam bakal beraksi dalam Sonu Niigam 1 Malaysia Live In Concert.

    Konsert yang dianjurkan oleh Perfect Onion Sdn Bhd dan Narrowcast Universe itu akan diadakan di dua buah lokasi iaitu pada 12 Disember 2010 (Stadium Bandaraya Johor Baru) dan 14 Disember 2010 (Surf Beach, Sunway Lagoon).

    Menurut Pengarah Urusan Narrowcast, Gina Dhaliwal, dia percaya Sonu akan menarik pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa ke konsert tersebut kerana kebanyakan lagu menjadi hits menerusi filem-filem yang dibintangi pelakon-pelakon terkenal Bollywood.

    "Mungkin ada yng kurang mengenali Sonu. Tapi jika mengingati kembali lagu lagu popularnya seperti,Tanhayee (Dil Chahta Hai), You Are My Soniya (Khabi Kushi Khabi Gham), Mahi Ve (Kal Ho Na Ho) dan Chak De (Hum Tum), pasti umum akan mengingati suaranya itu.

    "Saya percaya, kehadirannya ke Malaysia pasti akan menggamatkan lagi acara penghujung tahunan negara kita. Yang pasti kita akan melihat bangsa Cina, Melayu dan India pada konsert tersebut tidak kira usia.

    "Tambah pula melihatkan tema konsert ini, Sonu mengikut seruan kerajaan Malaysia dengan mengadakan konsert berkonsepkan satu Malaysia. Ia akan menjadi platform untuk menunjukkan kepada dunia mengenai kepelbagaian kaum di negara ini," katanya pada sidang media konsert Sonu Niigam 1 Malaysia di Sunway Lagoon, Khamis.

    Para penganjur konsert Sonu Niigam 1 Malaysia In Concert akan memastikan ia adalah konsert terbaik pada tahun ini.

    Tambahnya, Sonu juga akan menyanyikan lagu khas 1 Malaysia 1 World, yang diciptakan khas oleh komposer terkenal Datuk Wah Idris.

    "Datuk Wah akan ke Mumbai untuk menyiapkan lagu tersebut bersama pengarah musik Bollywood, Monty Sharma.

    "Jadi pada malam itu, Sonu akan menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Malaysia khas buat para peminatnya di sini," ujar Gina.

    Dalam pada itu, komposer terkenal, Wah Idris akan menjadi artis undangan dengan memimpin persembahan Malaysia Drum Symphony.

    Tiket menyaksikan konsert tersebut dijual dengan harga RM100 sehingga RM1,000.

    Isteri Mahu Bersalin, John Travolta Tinggalkan Majlis

    Posted: 14 Nov 2010 09:02 PM PST

    John Travolta

    SYDNEY: Bintang Hollywood John Travolta, 56, terpaksa memendekkan lawatannya ke Australia dan terbang pulang ke Amerika Syarikat selepas isterinya juga pelakon Kelly Preston dimasukkan ke bilik bersalin lebih awal daripada jangkaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur acara, Travolta dijadualkan untuk hadir di satu acara yang melibatkan syarikat penerbangan Qantas di Perth, di sini, Ahad.

    Namun, berita mengejut mengenai isterinya yang bakal melahirkan anak telah memaksa pelakon itu terbang pulang ke AS dengan serta-merta.

    "Dia (Travolta) dalam penerbangan pulang ke AS kerana isterinya sudah terlalu hampir hendak melahirkan anak.

    "Keutamaannya sudah tentulah kepada isterinya dan kami menghormati sepenuhnya keputusan itu," kata jurucakap pelakon itu yang dipetik sebagai berkata kepada AFP.

    Pelakon filem Pulp Fiction dan Saturday Night Fever itu dilantik sebagai duta kepada Qantas dan merupakan seorang juruterbang profesional.

    Travolta dan Preston berkahwin pada tahun 1991 dan pernah melalui kehilangan anak sulung, Jett, 16, seorang penghidap penyakit autisme selepas mendapat serangan penyakit itu ketika mereka bercuti di Bahamas pada Januari 2009.

    Pasangan itu turut mempunyai seorang anak perempuan Ella Bleu yang berusia 10 tahun.

    'Michael', Ubat Kerinduan Peminat MJ

    Posted: 14 Nov 2010 09:01 PM PST

    Kulit album terbaru Michael Jackson berjudul Michael bakal dipasarkan pada 14 Disember ini.

    SEMBILAN tahun berselang selepas kali terakhir muncul dengan album studio Invincible (2001), raja pop dunia Michael Jackson kembali dengan album terbaru berjudul Michael bagi mengubati kerinduan jutaan peminatnya di seluruh dunia.

    Album yang bakal menjengah pasaran pada 14 Disember ini cukup istimewa kerana ia bukan saja memuatkan lagu-lagu terbaru yang belum pernah diterbitkan, malah ia juga merupakan satu perkongsian rasa Jackson bersama para peminat.

    Bagi menyemarakkan kemunculan album studio ke-11 itu, single Breaking News yang dirakamkan di New Jersey pada 2007 sedang dipromosikan di internet dan boleh didengar menerusi laman web rasmi http://breakingnews.michaeljackson.com/ROW/.

    Lagu single rasmi pertama untuk album yang memuatkan 10 lagu itu, Hold My Hand akan dipasarkan pada 15 November ini.

    Peminat yang ingin mendapatkan album Michael boleh membuat tempahan awal menerusi laman web rasmi, www.michaeljackson.com.

    Menariknya, kulit album terbaru ini memaparkan lukisan oleh Kadir Nelson yang dihasilkan pada tahun 2009. Lukisan minyak oleh pelukis tersohor ini menceritakan tentang saat-saat kegemilangan dan individu-individu penting dalam hidup Jackson sepanjang hayatnya.

    Pemilik nama sebenar Michael Joseph Jackson ini dilahirkan pada 29 Ogos 1958 dan meninggal dunia pada 25 Jun 2009 pada usia 50 tahun.

    Memulakan karier nyanyian pada 1964, penyanyi kelahiran Gary, Indiana, Amerika Syarikat ini menyertai adik-beradiknya sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5.

    Jackson mengorak langkah sebagai penyanyi solo pada 1971 dan tampil dengan album solo pertama Got To Be There pada tahun yang sama.

    Album Thriller (1982) melakar rekod tersendiri sebagai album terlaris penyanyi itu apabila terjual lebih 100 juta unit di seluruh dunia.

    Sepanjang hayatnya, bapa kepada Prince Michael, Prince Michael II dan Paris Jackson ini telah menerima pelbagai jenis penganugerahan dan jualan album yang mencecah 750 juta unit di seluruh dunia.

    Antara pengiktirafan yang diterimanya termasuk pengurniaan Hollywood Walk of Fame pada 1980 (bersama The Jackson 5) dan 1984 (sebagai penyanyi solo), anugerah Penyanyi Lelaki Terlaris Abad ke-20, 13 Anugerah Grammy dan 24 Anugerah Muzik Amerika (American Music Awards), selain 13 lagu singles yang menduduki tangga pertama dalam carta.

    Lenyapkan Stigma Masyarakat Terhadap Pesakit HIV

    Posted: 14 Nov 2010 09:00 PM PST

    "SAYA tak malu dengan awak, jadi awak tak perlu rasa malu atau rendah diri." Ayat keramat itu sering diulang Muhamad Abdullah, 34, kepada penghuni Darul Ukhuwah setiap kali dia membawa mereka ke majlis kemasyarakatan dengan harapan ia mampu membina kembali keyakinan mereka.

    Sebagai tonggak utama penubuhan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah, Muhamad bersama Yayasan Al-Ijabah mempunyai misi yang cukup ringkas namun mampu memberi 1001 makna terhadap pesakit Aids/HIV terutama yang disisih keluarga.

    "Saya mahu mereka diterima dan masyarakat sedar mengapa golongan ini perlu diterima," ucapnya ketika ditemui Mingguan mStar.

    Muhamad atau lebih popular dengan sapaan Ustaz Amin terlibat dengan kerja kebajikan sejak 2003. Dia pernah ke Pakistan dan Indonesia bagi membantu mangsa bencana di sana.

    Muhamad Abdullah

    Pada 2005 pula, Rumah Anak Yatim Dan Tahfiz Al-Ijabah ditubuhkan dengan jumlah penghuni seramai 80 orang.

    Berbicara tentang Darul Ukhuwah yang mula beroperasi pada Ogos 2009, idea menubuhkannya timbul selepas Muhamad memberi ceramah kepada 14 pesakit HIV Muslim yang berlindung di sebuah penempatan pesakit HIV di Batu Arang, Selangor yang dikendalikan oleh pekerja kebajikan beragama Kristian.

    "Sesi ceramah akhirnya jadi sesi suai kenal sahaja. Nak bagi ceramah apa? Islam dan kasih sayang?

    "Kalau topik itu, kenapa bukan kita yang jaga mereka?," katanya yang mengaku tergamam pada masa itu.

    Melihat senario itu, tiada rasa marah di hati Muhamad, baik kepada keluarga pesakit, mahu pun kepada masyarakat yang menganggap pesakit HIV sebagai golongan yang tidak wajar dibantu.

    Mempunyai sarjana dalam bidang Undang-Undang Syariah dari sebuah universiti di Mesir, dia sedar dengan kemarahan dan menyalahkan antara satu sama lain, nasib pesakit Aids/HIV tidak akan terbela.

    Justeru, dia bertindak segera menubuhkan sebuah penempatan berkonsep sama, tetapi menggunakan pendekatan lebih Islamik.

    "Saya tak nafikan dulu kita pernah terlepas pandang terhadap mereka. Tapi kita tak perlu marah dengan sesiapa. Saya pun tak marah dengan masyarakat.

    "Sebab itu misi kita mahu bantu masyarakat supaya lebih faham kenapa pesakit HIV tak patut dipinggirkan," jelasnya.

    Muhamad mengaku dia juga pernah berasa takut-takut ketika berdepan dengan pesakit Aids/HIV yang ramai di awal penubuhan Darul Ukhuwah dulu.

    "Tak banyak pengetahuan tentang penyakit ini yang saya ada. Saya macam orang lain juga, tetap ada stigma. Mahu salam pun rasa takut, rasa macam nak basuh tangan.

    "Bila tengok mereka menderita dan fikir tentang nasib mereka kalau tak dibantu, rasa takut lenyap sedikit demi sedikit," katanya.

    Kini, Muhamad yang juga Timbalan Pengerusi 2 Yayasan Al-Ijabah lebih memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak yatim dan pesakit HIV di bawah yayasan tersebut berbanding menghulurkan sumbangan di luar negara seperti yang dilakukannya sebelum ini.

    Ketika menghulurkan bantuan di Pakistan.

    Antara misi dan 'gila glamor'

    Misi Muhamad, walau ringkas diucap namun tidak mudah dilaksanakan. Muhamad perlu 'menahan telinga' mendengar ungkapan sinis apabila dia membawa penghuni keluar dari rumah perlindungan untuk berdamping dengan komuniti.

    "Ada yang marah saya sebab bawa pesakit HIV datang majlis mereka. Saya tak kisah. Alah bisa tegal biasa," ujarnya.

    Lebih teruk lagi apabila Muhamad memberitahu dia pernah difitnah oleh penghuni yang pernah berlindung di Darul Ukhuwah sendiri, juga pernah berdepan dengan konflik dalaman yang agak 'hebat'.

    Muhamad juga tidak terlepas dicop sebagai 'gila glamor' oleh beberapa rakan kerana kesanggupan melakukan kerja kebajikan.

    Bagi Muhamad yang tidak menjangka Darul Ukhuwah akan berkembang seperti hari ini, sebaik rumah itu ditubuhkan dia hanya memikirkan tanggungjawab membantu pesakit HIV yang difatwakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai golongan Reqab.

    Menganggap dirinya bersendirian pada mulanya, dia juga tidak menyangka ramai pihak menyokong dan sudi membantu termasuklah pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Aids Malaysia (MAC) dan hospital.

    "Kalau betul saya nak glamor, lebih baik saya tumpu kepada kebajikan di Rumah Anak Yatim Al-Ijabah sahaja. Bantu anak yatim lebih mudah.

    "Kita boleh tengok perkembangan mereka dan mereka membesar depan mata. Ada anak-anak kita yang sudah berjaya melanjutkan pelajaran di Mesir, Turki dan universiti tempatan. Itu akan lebih membuatkan saya lebih gembira dan dapat tumpang glamor," jelasnya sambil berseloroh.

    Mereka ada perasaan, bukan robot

    Menurut Muhamad penerimaan keluarga paling mendorong pesakit untuk pulih sepenuhnya.

    Pun begitu dia bersyukur kerana kebanyakan penghuni gembira kerana berasa mereka disayangi dan dihargai apabila tinggal di Darul Ukhuwah walau keluarga sendiri tidak dapat menerima mereka.

    Jika melihat pesakit yang pernah hidup merempat tetapi kemudiannya sihat dan pulih adalah kegembiraannya, kepiluan Muhamad tidak dapat disembunyi apabila melihat penghuninya dibuang keluarga.

    Misalnya, baru-baru ini seorang penghuni meninggal dunia tetapi keluarganya langsung tidak datang menjenguk sehingga pengurusan jenazah dilakukan sepenuhnya oleh pihak Darul Ukhuwah.

    "Tapi tak apalah sekurang-kurangnya kita tahu di mana kubur arwah dan jenazah diuruskan ikut cara kita.

    "Tahun lepas pula seorang penghuni telah beli tiket bas untuk balik beraya dengan keluarga. Bila dia telefon ke rumah, mak-ayah tak benarkan dia balik. Sebab terlalu kecewa, dia telan segenggam pil.

    "Apa yang berlaku menunjukkan mereka masih ada perasaan macam kita. Mereka bukan robot. Malah saya pernah tengok mereka menangis kerana insaf, tetapi keluarga pula tak dapat menerima mereka," katanya.

    2011 dan harapan

    Dengan 400,000 virus yang terkandung dalam badan setiap pesakit HIV, Muhamad sering berdoa agar mereka sentiasa sihat dan dapat menjalani hidup seperti insan biasa.

    Selain itu, dia bersama Pengurus Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah yang juga sahabat baiknya, Khairul Azmy sentiasa mencari jalan supaya nasib pesakit HIV di negara ini terbela.

    "Kita mengharapkan yang terbaik pada masa akan datang. Insyaallah, penghujung tahun ini kita akan buka rumah perlindungan khusus untuk wanita HIV sahaja yang terletak berhampiran dengan Darul Ukhuwah sedia ada.

    "Keputusan untuk buka rumah perlindungan untuk wanita dibuat sebab ramai wanita tak tahu ke mana mahu pergi selepas disahkan ada HIV. Kita tengok kebanyakan mereka yang ada penyakit ini sebab teraniaya kecuali pekerja seks.

    "Sebuah lagi rumah perlindungan yang terletak di Puchong juga sedang dalam proses pembinaan. Kita harap ia dapat disiapkan segera kerana rumah itu mampu memuatkan lebih ramai penghuni," ucapnya penuh syukur.

    Welcome Home Community Kembalikan Harapan Pesakit HIV

    Posted: 14 Nov 2010 08:59 PM PST

    Di bangunan inilah pesakit-pesakit HIV pelbagai kaum dan agama yang disisih keluarga berlindung.

    SEBUAH lagi penempatan yang ditubuhkan dengan matlamat membantu memulihkan pesakit Aids/HIV ialah Welcome Community Home yang terletak di Batu Arang, Selangor.

    Sama seperti Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah, kedua-dua penempatan ini bukan sahaja menawarkan perlindungan, malah turut mementingkan penjagaan sempurna pesakit terutama yang hilang arah serta tiada tempat berteduh.

    Gerard

    Walaupun masing-masing giat memperjuangkan hak pesakit HIV, sedikit perbezaan wujud di antara Darul Ukhuwah dan Welcome Community Home.

    Di Darul Ukhuwah penghuninya dibiasakan dengan gaya hidup Islamik manakala Welcome Community Home pula mengetengahkan konsep bebas dan bersifat universal.

    "Kita membuka pintu untuk semua pesakit HIV tidak kira bangsa dan agama. Ini sebagai tanda kita amat menghormati sesama manusia dan tidak membeza-bezakan antara satu sama lain," kata Pentadbir Welcome Community Home, Anthony Gomez ketika ditemuramah Mingguan mStar.

    Pesakit yang pulih sepenuhnya bertanggungjawab menjaga rakan-rakan lain.

    Rumah perlindungan HIV yang terbesar di Malaysia ini mula menerima pesakit HIV secara rasminya pada 1998 lantaran 10 penagih dadah yang dilindungi selama lima tahun sebelum itu tiada tempat untuk meneruskan hayat masing-masing.

    "Mereka yang ketika itu berlindung di sebuah pusat perlindungan di Bukit Nenas, Kuala Lumpur dipindahkan ke sebuah rumah di Batu Arang.

    "Melihat penderitaan mereka menghidap HIV, selain jumlah pesakit bernasib sama semakin bertambah, mereka dipindahkan ke bangunan ini pada 2008," Anthony menceritakan sejarah dan latar belakang penubuhan pusat perlindungan ini.

    Dua insan yang bertindak sebagai pengasas dengan memulakan aktiviti kebajikan ini ialah Anthony Rogers dan Alex Arokiam.

    Seiring dengan prinsip dan ajaran Katolik yang dianuti, amat penting sekali untuk mereka mempraktikkan fahaman tersebut dengan memberi kasih-sayang kepada pesakit dan menjaga maruah sesama manusia.

    Menurut Anthony, terdapat lima pendekatan yang diterapkan terhadap semua penghuni di sini iaitu mengutamakan Tuhan, kesihatan, makanan, senaman dan kepentingan mengambil berat antara satu sama lain.

    Setiap penghuni digalakkan melakukan kerja-kerja ringan.

    Setiap hari, penghuni bebas bergaul dan melakukan aktiviti harian selain digalakkan menunaikan ibadat mengikut agama masing-masing.

    "Hari Jumaat kita akan hantar dan jemput mereka yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid," katanya.

    Namun, aspek penjagaan kesihatan dan mengambil ubat mengikut jadual paling dititik beratkan oleh pengurusan pusat perlindungan ini.

    Sehingga kini, pusat perlindungan ini mempunyai 38 penghuni yang terdiri daripada kaum Cina, India, Melayu dan lain-lain.

    Penghuni diberi makanan yang baik dan menyihatkan.

    Cabaran tetap ada

    DI bangunan dua tingkat yang terletak di tanah berkeluasan dua ekar itu, setiap penghuni perlu melakukan kerja-kerja ringan seperti menyapu dan membersihkan kediaman.

    "Setiap penghuni ada tugas masing-masing walau tidak tetap. Melakukan kerja-kerja, walaupun ringan penting untuk perkembangan minda," katanya.

    Satu perkembangan positif apabila terdapat juga penghuni yang telah pulih 'dilantik' sebagai salah seorang sukarelawan di situ bagi membantu rakan-rakan lain.

    "Kita juga buat projek khas bagi membuka peluang pekerjaan buat penghuni yang mampu bekerja. Projek seperti penternakan ayam dibuat memandangkan mereka sukar diterima bekerja oleh majikan di luar sana," katanya.

    Anthony (berdiri dua dari kiri) sedang beramah mesra dengan penghuni-penghuni.

    Berdasarkan pemerhatian, Anthony tidak menafikan masyarakat hari ini masih sukar menerima pesakit-pesakit HIV walaupun mereka telah pulih dan mampu hidup normal.

    Malah, timbul juga masalah dalam mencari sukarelawan dan pekerja yang sanggup berkhidmat dengan badan kebajikan itu.

    "Tetapi kita amat beruntung kerana ramai juga doktor yang menganut fahaman Katolik. Mereka sudi membantu faham tentang kerja kebajikan," katanya yang juga berkhidmat secara sukarela di situ selepas bersara.

    Welcome Home Community dikendalikan oleh tiga jururawat berkelayakan, lima penjaga dan doktor serta kaunselor yang datang mengikut jadual.

    Selain itu, terdapat juga pasangan suami-isteri dari Perancis, Gerard dan Beatrice yang menghulurkan khidmat secara sukarela di negara ini.

    Secara purata, pusat perlindungan ini membelanjakan lebih daripada RM500 ribu setahun bagi menampung keperluan makan minum, penjagaan dan operasi.

    Peruntukan diterima daripada Majlis Aids Malaysia (MAC) dan komuniti Katolik itu sendiri.

    MIFW 2010: BDA Dedah Potensi Terbaik Tanah Air

    Posted: 14 Nov 2010 08:58 PM PST

    Amir Luqman (depan) mengetuai catwalk memperagakan koleksi anggunnya pada BDA: Fashion Obsession.

    MINGGU Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) 2010 melabuhkan tirainya minggu lalu, setelah berlangsung selama lima hari bermula 2 November.

    Disulami glamor dan kehalusan buatan tempatan, para pereka handalan tanah air berjaya membuktikan kesungguhan masing-masing dengan gaya tersendiri menerusi fiesta fesyen terbesar negara pada tahun ini.

    Presiden BDA, Mahani Awang.

    Para penonton dihiburkan dengan kepelbagaian koleksi rekaan dari fesyen avant-garde dan himpunan unik haute couture sehinggalah rangkaian busana sedia dipakai yang moden, praktikal dan selesa untuk fashionista masa kini.

    Salah satu acara yang mendapat sambutan hangat sepanjang berlangsungnya MIFW adalah slot Persatuan Pereka Bumiputra (BDA) yang menampilkan jenama tersohor Amir Luqman, Sasha Rowena, Bella 'LaBelle, Rico Rinaldi, Wan Huzairil, Wanpa dan ramai lagi.

    Cosmic oleh Wanpa rekaan Ridzuan Ismail dan Rashid Omar dengan suntikan interpretasi moden.

    Menurut Presiden BDA, Mahani Awang, sehingga kini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mewakili lebih 200 pereka fesyen bagi membantu golongan itu meningkatkan lagi potensi rekaan sehingga menubuhkan label sendiri apabila kukuh kelak.

    "Namun tidak semua mempunyai butik sendiri, ramai juga yang hilang begitu sahaja apabila gagal memenuhi perubahan trend dan inovasi fesyen. Hari ini mereka bernasib baik apabila diberi peluang muncul di MIFW dan acara seumpamanya seperti Stailo," katanya.

    Mahani juga mengakui bahawa peningkatan portfolio para pereka muda hari ini mampu berkembang dengan lebih pantas apabila diberi peluang mendedahkan hasil rekaan masing-masing bagi membuktikan saingan di negara serantau dan seterusnya peringkat antarabangsa.

    Bagi Naib Presidennya, Bon Zainal, harapan terhadap bakat tempatan semakin memuncak bukan sahaja dalam menampilkan idea dan trend baru malah dalam menghasilkan rekaan berkualiti tinggi agar mampu bersaing di pentas dunia.

    "Yang penting jangan lupa 'have fun' (bergembira) kerana 'fashion is fun' (fesyen menyeronokkan), apabila kita gembira maka idea itu akan membayangi rekaan dengan kemasan menarik, rona-rona ceria yang menambat perhatian dan banyak lagi!" kata beliau yang mementingkan struktur pada koleksi sut lelakinya.

    Bon Zainal

    Seramai 30 pereka bumiputra menghangatkan pentas MIFW dengan koleksi hebat antaranya previu sut wanita oleh Bon Zainal (turut menampilkan Amir Luqman sebagai model) dengan kemeja kasual seksi untuk lelaki sebenar selain keanggunan koleksi avant-garde dari 5Stars iaitu sahabat baik - Zery Zamry, Hatta Dolmat, Hazwani Osman, Rizman Ruzaini dan Nik Erwan Roseli.

    Sebelum itu, Bella 'LaBelle mempesonakan penonton dengan persembahan busana anggun, sofistikated dengan siluet ringkas tanpa mengabaikan glamor pada koleksi praktikal untuk wanita moden bekerjaya selain Amir Luqman sendiri, dibawah jenama yang sama tidak mengecewakan dengan busana ala French chic termasuk kemasan renda Perancis melengkapinya.

    Persediaan Sebelum Hadapi Peperiksaan

    Posted: 14 Nov 2010 08:57 PM PST

    Tengku Asmadi.

    PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penting kerana ia bakal menjadi satu pengukur aras masa depan seseorang remaja.

    Ini kerana pelbagai urusan seperti permohonan kemasukan ke universiti mahupun untuk mendapatkan kerja, sijil itu adalah menjadi keutamaan untuk dinilai.

    Tanpa sijil itu, masa depan remaja mungkin akan gelap dan menyebabkan kehidupan mereka terkandas di satu tahap yang mungkin akan kekal buat selama-lamanya.

    Atas dasar itu, persediaan rapi diperlukan untuk memastikan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dan tidak hanya sekadar membaca semata-mata.

    Pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, terdapat beberapa elemen yang perlu diberikan perhatian oleh pelajar menjelang peperiksaan penting itu.

    Menurut Tengku Asmadi, paling utama calon perlu memberikan penekanan terhadap persediaan seperti fizikal, mental, emosi dan rohani.

    Katanya, aspek fizikal adalah paling perlu diberikan penekanan kerana pelajar memerlukan kesihatan yang baik bermula dari membuat persediaan mengulang kaji sehinggalah ke dewan peperiksaan kelak.

    Katanya, aspek fizikal yang perlu diberikan penekanan adalah seperti pemakanan, tidur yang cukup, aktiviti riadah dan keselamatan diri.

    Tengku Asmadi berkata, pemakanan seimbang penting kerana ia bakal membantu pelajar terus cergas dan bertenaga sebelum dan semasa mengambil peperiksaan.

    "Sebaik-baiknya perlu mengambil banyak makanan seperti kurma, kismis dan makanan bijiran dan susu serta membuang terus tabiat pemakanan yang tidak sihat," katanya ketika ditemui Mingguan mStar baru-baru ini.

    Tambahnya lagi, pelajar juga perlu sentiasa melatih diri untuk sentiasa bangun dan tidur awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum peperiksaan itu supaya pelajar terbiasa dengan keadaan itu ditambah dengan aktiviti riadah yang boleh membantu pelajar sentiasa cergas.

    "Ironinya tidur awal adalah supaya pelajar mendapat rehat yang secukupnya setelah menjalani pelbagai aktiviti dan bangun awal kerana tidur berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.

    "Apabila bangun awal gunakan masa itu untuk bersolat dan mengimbas apa yang dipelajari hari sebelumnya kerana pada awal pagi otak akan lebih mudah menyerap maklumat," katanya.

    Tengku Asmadi juga turut menyarankan pelajar memberi perhatian mengenai aspek emosi dengan tidak terlalu mengikut perasaan dalam melakukan sesuatu dan bimbang dengan peperiksaan yang bakal menjelma.

    Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah dengan sentiasa berfikiran positif dan jangan membelenggu fikiran dengan kegagalan kerana ia akan memberi kesan kepada tumpuan terhadap pelajaran.

    "Berfikiran positif tidak kira kecil atau besar kejayaan itu tidak penting. Yang paling penting kita sentiasa berfikiran positif kerana ia akan memberi kesan yang baik ketika belajar," katanya.

    Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan terutamanya pelajar perempuan supaya tidak terlibat dalam cinta monyet.

    Katanya, pengalaman dalam bidang motivasi telah menemukannya dengan pelbagai kes berkaitan dengan cinta monyet dan rata-rata daripada mereka telah menghancurkan masa depan mereka.

    "Biasalah remaja, bila terperangkap dalam cinta monyet ini mereka akan bertindak di luar batasan dengan jiwa mereka yang memberontak dan akhirnya membawa kehancuran kepada masa depan mereka," katanya.

    Tengku Asmadi berkata, antara elemen lain yang perlu diberi perhatian sebelum peperiksaan adalah mengelak daripada semua konflik terutama dengan guru dan ibu bapa.

    Katanya, ia penting kerana guru dan ibu bapa adalah komponen penting dalam kejayaan seseorang pelajar dan restu daripada mereka adalah penting sebelum menduduki peperiksaan.

    Sementara itu, bagi yang beragama Islam, beliau berkata aspek kerohanian penting dengan menjaga solat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan bagi diberkati dan dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.

    "Puasa sunat, berzikir dan bangun pada malam untuk melakukan sembahyang hajat adalah disarankan dan ajak ahli keluarga lain untuk bersama-sama melakukan bersama-sama.

    "Ia juga dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga," katanya.

    Beliau juga turut meminta semua pelajar memaafkan semua orang yang telah melakukan kesalahan kepada diri mereka dan memohon maaf kepada orang lain terutama ibu bapa dan guru.

    "Restu daripada ibu bapa amat penting dan bukan sekadar meminta maaf, tetapi berhadapan dengan setiap guru satu persatu-satu.

    "Nyatakan penyesalan dan minta semua halalkan ilmu dan makan minum serta meminta mereka mendoakan kejayaan kita ketika menghadapi peperiksaan," katanya.

    Jangan desak anak-anak

    Sementara itu, Tengku Asmadi berkata, ibu bapa tidak seharusnya obses dengan keputusan cemerlang dan menekan anak-anak mereka demi kepuasan diri yang akhirnya akan memberi kesan kepada anak mereka.

    Ini kerana katanya, ibu bapa memainkan peranan penting kerana kebiasaannya anak-anak akan melihat dan mengambil ibu bapa mereka sebagai contoh dalam menempa kejayaan.

    "Anak-anak akan melihat ibu bapa mereka sebagai idola. Permintaan ibu bapa tidak akan dipandang rendah dan jika permintaan itu melampaui kemampuan mereka dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka," katanya.

    Katanya, paling penting ibu bapa perlu memberi dorongan supaya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan menghargai usaha mereka walaupun keputusan yang dicapai tidak mengikut kehendak mereka.

    "Anak-anak apabila didesak akan menambahkan ketakutan dan kebimbangan dalam diri mereka.

    "Menerima kemampuan dan sentiasa memberi galakan adalah lebih mulia dan itu juga adalah satu kejayaan," katanya.

    Sebagai alternatif katanya, ibu bapa disarankan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak mereka dengan memberitahu apa yang didoakan untuk mereka supaya anak-anak lebih menghargai apa yang dilakukan.

    "Anak-anak akan lebih terharu dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Jangan kita paksa mereka, biar mereka usaha sendiri cuma beri galakan kepada mereka," ujarnya.

    Jelasnya, apa yang bakal mereka peroleh dalam keputusan peperiksaan nanti adalah bukti usaha mereka dan ibu bapa harus terima dan terus memberi galakkan kepada mereka untuk terus berjaya.

    "Tetapi jangan sesekali memaksa mereka kerana akhirnya anak-anak itu sendiri yang akan memilih apa yang terbaik untuk diri," katanya.

    Cari Kaedah Terbaik Bantu Pelajar - Pengetua

    Posted: 14 Nov 2010 08:16 PM PST

    Rashidah Mohd Arif

    NAMA Sekolah Seri Puteri (SSP) memang tidak perlu diperkatakan lagi. Setiap tahun nama sekolah elit ini pasti tersenarai sebagai sekolah cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Penilaian Menengah Rendah (PMR).

    Di sebalik kejayaan cemerlang sekolah berprestasi tinggi ini, ramai yang tidak tahu bukan mudah untuk mengekalkan prestasi tersebut.

    Menurut Pengetua SSP, Rashidah Mohd Arif, kejayaan yang dicapai adalah berkat usaha daripada sikap proaktif tenaga pengajar dan pelajar sekolah itu sendiri.

    "Kejayaan yang dicapai pada hari ini tidak akan datang bergolek, ia adalah usaha berterusan semua pihak. Kita sentiasa menanamkan dalam diri semua warga SSP bahawa untuk cemerlang kita perlukan kerjasama daripada guru-guru dan para pelajar," katanya kepada Mingguan mStar di pejabatnya baru-baru ini.

    Beliau berkata, tenaga pengajar amat komited ketika menjalankan tugas tanpa mengira waktu dan bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan matlamat yang disasarkan dapat dicapai.

    "Tidak dapat dinafikan seluruh warga sekolah termasuk pelajar gembira dengan pencapaian SSP. Kini apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengatur dan memperkemaskan perancangan untuk mengekalkan prestasi cemerlang sekolah ini," katanya.

    Mengenai sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada peperiksaan SPM pada tahun ini, Rashidah berkata SSP meletakkan sasaran untuk mencapai keputusan 100 peratus semua A dalam setiap mata pelajaran.

    "Kita mahu mengekalkan Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 1 peratus. Bila sasaran ini tidak capai, kita akan tumpukan perhatian pelajar yang tidak mendapat keputusan A+ dalam subjek tertentu. Peranan kita adalah mencari kaedah terbaik untuk membantu pelajar yang tidak mendapat semua A dalam subjek-subjek tertentu," katanya.

    Post-mortem, perfect score

    Bagi merealisasikan perkara itu, Rashidah berkata, pihak sekolah akan membuat post-mortem selepas keputusan peperiksaan percubaan SPM keluar.

    "Di peringkat panitia, guru yang terlibat akan mencari formula yang sesuai untuk membantu pelajar yang tidak mencapai sasaran dalam peperiksaan percubaan yang lalu.

    "Pada masa yang sama, pihak sekolah turut mengadakan program mentor dan bimbingan khusus kepada pelajar yang tidak mendapat A dalam subjek tertentu," katanya.

    Jelasnya, melalui program ini sekolah akan menyusun jadual pertemuaan pelajar dengan guru supaya mereka dapat berbincang mengenai kaedah terbaik untuk pelajar tersebut mendapat A dalam subjek yang mereka lemah.

    "Tidak semua pelajar lemah dalam setiap subjek sebaliknya ada antara mereka hanya tidak dapat menguasai topik-topik tertentu dengan baik. Dengan adanya program ini masalah tersebut dapat diatasi.

    "Setiap pelajar akan dibekalkan dengan kad temu janji selepas mereka telah selesai mengadakan pertemuaan maka guru mereka akan tandatangan dalam kad tersebut," katanya.

    Menurutnya, jika pihak sekolah mengadakan kelas tambahan pada waktu ini ia sudah tidak relevan kerana tempoh peperiksaan sudah semakin hampir.

    "Bukan itu sahaja, pihak sekolah turut mengadakan program Perfect Score. Program ini membolehkan pelajar yang cemerlang akan membantu pelajar yang lemah dalam subjek tertentu.

    "Ia bagi membantu pelajar mendapat A dalam semua subjek. Tumpuan kita kepada subjek elektif. Soalan yang kita gunakan adalah program Perfect Score kebangsaan dan soalan peperiksaan daripada sekolah lain.

    "Sasaran utama adalah bukan untuk memaksa mereka menjawab semua soalan. Kita adakan program ini selepas sesi persekolahan sebaik sahaja mereka seleasai menduduki peperiksaan percubaan," katanya.

    Pada masa yang sama, pihak pengurusan SSP turut menjemput penceramah luar untuk memberikan ceramah dan tips motivasi kepada pelajar supaya tahap motivasi mereka tidak turum menjelang minggu terakhir peperiksaan sebenar.

    "Sebelum peperiksaan percubaan pihak sekolah telah mengadakan program solat hajat dan bacaan Yasin bersama ibu bapa dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

    "Ini merupakan program tahunan sekolah. Kita juga menerima maklum balas yang memberansangkan apabila ramai ibu bapa yang hadir pada program tersebut," katanya.

    Atasi tekanan

    Percaya kepada prinsip usaha tangga kejayaan, pengetua SSP ini tidak memberikan tekanan terhadap pelajar-pelajarnya yang akan akan menduduki SPM kurang seminggu sahaja lagi.

    "Sebagai pengetua kita perlu ada keyakinan terhadap mereka. Perasaan takut itu memang apa namun apa yang lebih penting adalah kita memberikan ilmu dan latihan yang secukupnya.

    "Jadi kita serahkan sepenuh kepercayaan kepada mereka pada hari peperiksaan nanti," katanya yang telah menjadi pengetua SSP sejak empat tahun lalu.

    Menjelang minggu terakhir ini, beliau berkata, pelajar SSP diberikan ruang mengadakan perbincangan kumpulan mahupun belajar sendiri bagi membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan.

    "Saya sentiasa tekankan kepada mereka jaga kesihatan diri. Selebihnya saya ingatkan mereka supaya bertawakal dan serahkan kepada Tuhan. Insya-Allah mereka akan memperoleh keputusan yang cemerlang," katanya.

    Tidak menafikan tekanan yang dirasai setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, Rashidah berkata semuanya berlaku kerana SSP sebuah sekolah elit di negara ini.

    "Tekanan sentiasa ada kerana kita tidak boleh rasa seronok dengan apa yang kita telah capai sebaliknya, kita perlu fikirkan kaedah untuk mengekalkan keputusan yang cemerlang pada tahun depan," katanya.

    Enam bakat muda terpilih sertai Kamilah Bintang

    Posted: 14 Nov 2010 08:15 PM PST

    Sempena musim cuti persekolahan yang akan bermula 20 November ini, Astro Ceria akan menyiarkan program pertandingan nyanyian kanak-kanak, Kamilah Bintang yang mula bersiaran pada 19 November ini pada jam 5.30 petang, menerusi saluran 611.

    Kamilah Bintang memberi kelainan apabila hanya enam peserta muda yang dipilih untuk menyertai program tersebut dan tiada undian daripada penonton dibuat. Sebaliknya ia diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Adibah Noor, Shafizawati Sharif dan Aznil Nawawi.

    Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh berkata, Kamilah Bintang juga tidak akan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut sehinggalah ke peringkat akhir.

    "Kamilah Bintang akan mengajar para peserta mengenai teknik-teknik nyanyian. Lima penyanyi ternama seperti Hujan, Farah Ashikin, Stacy, Amy Search dan Aizat akan menjadi artis yang memberi tunjuk ajar kepada mereka dan akan dilatih selama lima minggu.

    "Peserta juga diberi tiga 'kuasa bintang' untuk memperbaiki persembahan mereka pada konsert mingguan. Kuasa Bintang ibaratnya seperti talian hayat," katanya pada pelancaran program Kamilah Bintang di Fullhouse Cafe, baru-baru ini.

    Enam bintang muda yang terpilih terdiri daripada Dayang (Dayang Nazillah Awang Astillah), 14; Wani (Syazwani Sapari), 10; Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz), 14; Faisal (Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim), 13; Farhan (Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi), 12; dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad),13.

    Juara Kamilah Bintang akan menerima hadiah pakej percutian sekeluarga ke Taman Tema Gold Coast, Australia, komputer riba VAIO, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan iPod Sudffle.

    Bagi naib juara pula akan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Taman tema Hong Kong bersama keluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan iPod Sudffle.

    Manakala tempat ketiga akan menerima hadiah pakej percutian sekeluarga ke Pulau Sentosa Singapura, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan iPod Sudffle.

    Bukan merajuk, tapi gusar

    Posted: 14 Nov 2010 08:14 PM PST

    Lagu-lagunya sentiasa menjadi siulan ramai. Tidak mengira usia pasti ramai yang menggemari bait-bait lirik dalam nyanyiannya.

    Itulah kelebihan M Nasir. Sejak awal kemunculannya, dia berjaya memukau pendengar. Bukan hanya penyanyi, malah anak kelahiran kota Singa ini juga seorang pengarah, penerbit, pelakon, dan pelukis.

    Sudah agak lama M Nasir tidak muncul dengan album terbaru. Namun, suami kepada pelakon Marlia Musa ini hanya mampu tertawa saat diajukan soalan mengenai kononnya ayah kepada tujuh cahaya mata ini seakan merajuk untuk menerbitkan album terbaru.

    "Bukan merajuk. Lebih tepat, takut dan ada sedikit kegusaran untuk saya terbitkan album pada waktu begini. Saya rasa ini bukan masa yang sesuai untuk saya terbitkan album. Terlalu banyak 'penculikan' lagu yang berlaku di alam maya membuatkan saya rasa tidak senang.

    "Walaupun saya tahu zaman sekarang itulah risikonya buat kami penggiat dalam bidang seni. Hasrat nak lahirkan album tu memang ada, cuma, rasanya nanti dululah.

    "Kalau nak terbitkan album memang dah boleh sangat. Lagu-lagu pun sudah ada. Tapi untuk terbitkan album, biar saya ambil masa dahulu.

    "Nak siapkan album ni sebenarnya tak makan masa yang lama. Kalau betul-betul buat kerja dalam masa dua minggu pun boleh siap," katanya yang pernah menjadi pengetua untuk program Akademi Fantasia bagi musim ketiga.

    Sebati dengan gelaran sifu dalam kalangan artis tempatan, M Nasir baru sahaja muncul dengan lagu duetnya bersama Salleh Yaakob menerusi lagu 'Pening Raya' pada Aidilfitri lalu. Pun begitu, dia tidak menolak jika albumnya akan dipasarkan pada masa terdekat.

    "Lagu-lagu sudah saya rakamkan. Boleh dikatakan separuh perjalanan album ini sudah disiapkan. Jadi kalau saya rasa nak terbitkan, boleh sahaja," tambahnya lagi.

    M Nasir yang turut berlakon dalam filem Magika bagaimanapun akur sekiranya lagu-lagunya sukar mendapat tempat di pasaran sekarang kerana faktor muzik yang berubah dengan begitu cepat.

    "Arus dunia muzik sekarang lain. Setiap saat, ada sahaja yang baru akan muncul. Inilah kemodenan yang berlaku.

    "Banyak muzik kontemporari. Ini semakin menjadi kegilaan ramai. Kadang-kadang saya tak terikut," katanya yang popular dengan lagu-lagu seperti Andalusia, Tanya Sama Itu Hud Hud dan Mantera Semerah Padi.

    Pengarah urusan Luncai Emas Sdn Bhd ini mengakui begitu merasai kehilangan sahabat baiknya, Allahyarham Loloq yang meninggal dunia tahun lalu.

    "Mungkin kerana ketiadaan Allahyarham juga membuatkan saya agak lambat dalam penerbitan album. Kami kenal dah lama.

    "Empat tahun mengenali dan bekerjasama dengannya membuatkan saya rasa begitu kehilangan. Tapi ada beberapa lirik lagi peninggalan Allahyarham. Mungkin akan dimuatkan di dalam album saya nanti," katanya.

    Isu seksi di pentas MIFA

    Posted: 14 Nov 2010 08:13 PM PST



    Selepas 20 tahun, Didie Alias kembali ke pentas peragaan. Terbaru, Didie muncul dalam Malaysian International Fashion Awards 2010 (MIFA). Namun di sebalik kemunculannya itu, ada cerita kurang enak mengenai pelakon dan pengacara ini.

    Didie yang mengenakan busana paras lutut berwarna hitam dikatakan tidak sesuai dengan usianya hingga menimbulkan rasa kurang enak dalam kalangan peminatnya.

    Dalam usianya yang sudah meniti angka 40 itu, Didie dikritik di internet hanya kerana penampilannya itu.

    "Bagi saya, fesyen tidak mengikut usia. Kalau berani mencuba, sesiapa pun boleh berfesyen. Yang penting kita tahu jenis pakaian yang hendak dipakai.

    "Saya tak kata saya bijak dalam berfesyen, tapi saya suka mencuba sesuatu yang baru. Lagi-lagi fesyen yang pelik. Saya sukakan kelainan. Tapi jangan pula sampai menjolok mata. Setakat ini, saya menerima respons yang baik.

    "Cuma mulut orang kita tak boleh nak tutup. Mereka bebas nak cakap apa mengenai saya. Mungkin ada yang cakap kalau usia dah 40an tak boleh nak berfesyen. Saya tak kisah kerana saya tahu apa yang saya lakukan," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

    Didie yang mengenakan busana rekaan PLU Creative berkata, pakaian yang digayakan tidaklah terlalu seksi seperti tanggapan sesetengah pihak.

    "Memang pada mata kasarnya ia nampak seperti seksi. Tambahan dengan pakaian itu yang terdedah sebelah bahu, orang yang melihat akan merasakan saya terlalu seksi.

    "Sebenarnya tidak. Saya memakai stoking nipis berwarna hitam dan baju nipis rona kulit. Kalau tengok betul-betul memang tak seksi. Saya ambil kira itu semua. Lagi pun, saya masih waras dan tak mahu dikatakan tak sedar diri," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

    Didie yang sebelum ini dikritik hebat semasa mengenakan pakaian pada majlis anugerah anjuran sebuah akhbar harian berkata, keberanian yang ditunjukkan masih ada batasnya memandangkan dia sudah bersuami.

    "Dalam soal berpakaian ini, saya menghormati suami saya. Selain melakukan perbincangan dengan pereka fesyen, saya akan meminta izin daripada suami terlebih dahulu.

    "Saya akan beritahu apa pakaian yang akan saya pakai kepadanya. Jadi, dia tak akan terkejut sekiranya ada tanggapan negatif yang dilemparkan kepada saya," katanya lagi.

    Pengacara program hiburan 1 vs 0 ini mengakui tidak ramai selebriti yang berani tampil mengenakan fesyen yang pelik-pelik.

    "Saya perhatikan ramai selebriti yang berhati-hati untuk berfesyen. Bagi saya, ini adalah fesyen sahaja. Bukannya nak pakai pergi majlis atau kenduri. Ia hanya di pentas sahaja. Saya berterima kasih kepada mana-mana pereka fesyen yang mahu bekerjasama dengan saya," katanya yang baru menamatkan penggambaran sketsa Gila Gila dan Ada Aku Kisah untuk siaran Astro.

    Belanja sambutan lebih rendah

    Posted: 14 Nov 2010 08:13 PM PST


    SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan memancing anjuran Yayasan Selangor di Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam semalam.


    SHAH ALAM - Yayasan Selangor meraikan sambutan ulang tahun ke-40 semalam dengan menganjurkan pertandingan memancing di sini bagi menggantikan majlis makan tengah hari yang terpaksa dibatalkan.

    Kos bagi menganjurkan pertandingan memancing itu sangat rendah berbanding program asal mengadakan majlis makan tengah hari yang menelan belanja RM300,000.

    Kira-kira 1,200 peserta menyertai pertandingan itu yang diadakan di Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7 di sini bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

    Tempat pertama pertandingan itu dimenangi oleh Muhammad Affendi Harun yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi masing-masing oleh Wasli Ismail dan Mohd. Farid Napie dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

    Pertandingan memancing itu turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai RM40,000 kepada para peserta.

    Pasangan nikah sindiket diserbu

    Posted: 14 Nov 2010 08:12 PM PST


    ANTARA tetamu yang ditahan pada majlis pernikahan yang didalangi Pak Hashim di Pantai Dalam, Kuala Lumpur malam kelmarin.


    KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket nikah palsu apabila menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di kawasan setinggan Pantai Dalam di sini malam kelmarin.

    Ketika serbuan dibuat, sindiket berkenaan disyaki sedang berurusan untuk menikahkan secara haram satu pasangan kekasih dengan menggunakan khidmat jurunikah palsu.

    Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa Jawi menahan sepasang kekasih yang kedua-duanya merupakan warga Indonesia yang mempunyai status penduduk tetap berumur lingkungan 30-an yang berhasrat untuk melangsungkan pernikahan secara haram.

    Turut ditahan 25 orang yang terdiri daripada lelaki dan wanita dipercayai warga Indonesia yang berada di dalam rumah itu bagi membantu siasatan.

    Pasangan tersebut telah didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menikah tanpa kebenaran pendaftar, menikah tanpa jurunikah bertauliah dan gagal memberi penjelasan mengenai lokasi pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.

    Sindiket tersebut dipercayai didalangi oleh seorang jurunikah yang tidak bertauliah dan lebih dikenali oleh penduduk setempat dengan gelaran Pak Hashim yang merupakan warga Indonesia.

    Bagaimanapun, Pak Hashim berjaya meloloskan diri dalam serbuan itu menerusi pintu belakang rumah tersebut.

    Tabung khas bantu Melayu PP

    Posted: 14 Nov 2010 08:12 PM PST


    NOR MOHAMED (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan lembu korban kepada kariah masjid di Tasek Gelugor semalam.


    TASEK GELUGOR – Kerajaan telah menubuhkan dua tabung khas bagi membantu golongan bumiputera di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai terhimpit ketika ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kedua-dua tabung berkenaan melibatkan peruntukan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berjumlah RM150 juta untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula 2011.

    Jelasnya, tabung berkenaan akan memberi tumpuan kepada projek pembangunan hartanah dan perumahan serta modal insan yang menjadi antara permasalahan utama orang Melayu di negeri itu.

    "Untuk tabung pembangunan sektor hartanah dan perumahan, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dengan fokus utamanya kepada pembinaan rumah mampu milik terutama di bahagian pulau bagi memastikan orang Melayu berkemampuan memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan.

    "Sementara RM50 juta lagi diperuntukkan untuk sektor pembangunan modal insan yang akan menumpukan kepada peningkatan penguasaan kemahiran di kalangan orang Melayu," katanya.

    Maut ditetak kekasih isteri

    Posted: 14 Nov 2010 08:11 PM PST


    ANGGOTA polis memeriksa rumah yang menjadi lokasi pembunuhan Haryadi di Taman Desa Ria, Taman Medan, Petaling Jaya kelmarin.


    PETALING JAYA - Hasrat seorang pemuda yang datang dari Indonesia untuk melepaskan rindu terhadap isterinya yang bekerja di negara ini berakhir dengan dia mati dibunuh oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di Flat Taman Desa Ria di PJS 4, Taman Medan di sini malam kelmarin.

    Lebih tragis apabila mangsa yang hanya dikenali sebagai Haryadi, 24, dipercayai diserang oleh kekasih isterinya dan rakan-rakan suspek itu.

    Mayat Haryadi yang baru empat hari berada di negara ini ditemui berlumuran darah di tingkat dua rumah flat itu selepas dia diserang di rumah sewa isterinya di tingkat lima.

    Mangsa menemui ajalnya akibat ditetak di kepala dan keseluruhan badannya.

    Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, sebelum kejadian pada pukul 11.30 malam mangsa dikatakan berada di dalam rumah bersama isterinya yang berusia 22 tahun.

    Menurut beliau, mangsa telah memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dipercayai untuk melawat isterinya yang bekerja sebagai buruh di sini sejak tiga tahun lalu.

    "Ketika berada dalam rumah, pasangan suami isteri itu didatangi oleh sekumpulan enam lelaki yang masing-masing bersenjatakan parang dan pisau," kata beliau di sini semalam.

    Berikutan kemunculan enam lelaki itu, Omar memberitahu, tercetus pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan suspek keenam-enam tersebut.

    Pasukan khas siasat penyelewengan

    Posted: 14 Nov 2010 08:10 PM PST




    SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat penyelewengan wang sumbangan berjumlah RM660,000 yang kononnya mahu digunakan bagi majlis mesra Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri namun ia tidak dilaksanakan.

    Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim (gambar) berkata, penubuhan pasukan khas tersebut bertujuan untuk menyiasat kes berkenaan secara menyeluruh.

    Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya meminta mana-mana individu dan syarikat yang telah menghulurkan sumbangan sempena majlis yang tidak diadakan itu supaya tampil membantu siasatan.

    "Kita sedang menjalankan audit ke atas akaun Kelab Sukan dan Kebajikan JPJ Negeri Sembilan bagi mengetahui ke mana wang itu disalurkan.

    "Mana-mana pihak yang menyumbangkan wang diminta tampil memberi keterangan," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

    Kelmarin, SPRM menahan lima lelaki termasuk dua kakitangan JPJ negeri ini kerana disyaki meminta dan menyalahguna wang berjumlah RM660,000 yang dikutip kononnya untuk menganjurkan satu majlis jabatan tersebut.

    Dua kakitangan JPJ itu ialah seorang pegawai berusia 45 tahun dan seorang lagi kerani berusia 53 tahun. Mereka direman sehingga 18 November ini.

    Mayat pekerja projek mega hilang ditemui

    Posted: 14 Nov 2010 05:10 PM PST


    NORLAILA bersama empat orang anaknya menunggu jenazah Mohd. Nor di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru semalam.


    JOHOR BAHRU – Selepas dilaporkan hilang lebih 48 jam lalu, mayat seorang operator jentera pengorek pasir, Mohd. Nor Miskam ditemui pagi semalam kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa tenggelam di kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini.

    Mayat Mohd. Nor, 36, ditemui pada pukul 7.30 pagi oleh pasukan penyelamat yang menjalankan kerja-kerja mencari sejak malam Jumaat lalu.

    Pegawai Bomba Tinggi (Operasi), Balai Bomba Johor Bahru, Aminah Saiman berkata, ketika ditemui mayat Mohd. Nor berada dalam keadaan terapung berhampiran pelampung penyedut pasir.

    "Pasukan bomba pergi ke kawasan tersebut dan menemui mayat mangsa yang telah kembung tapi lengkap berpakaian.

    Menurut beliau, mayat Mohd. Nor kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

    Menurut beliau, jentera pengorek pasir yang tenggelam bersama Mohd. Nor juga telah ditemui namun ia belum dinaikkan.

    Sementara itu, bapa mangsa, Miskam Yusof, 68, berkata, dia tidak menyangka anak bongsu daripada tiga beradik itu akan menemui ajal dengan cara demikian.

    Kata warga emas itu, 20 hari sebelum kejadian, Mohd. Nor terlibat dalam kemalangan jalan raya di Simpang Renggam.

    "Dalam kejadian itu, Mohd. Nor tidak mengalami kecederaan parah walaupun kereta yang dipandunya remuk teruk," katanya.

    Miskam memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian arwah menghubunginya kerana mendakwa menghadapi masalah berkaitan wang untuk membayar sewa rumah.

    Dua sahabat maut digilis kereta api

    Posted: 14 Nov 2010 05:08 PM PST


    SEORANG penduduk, Omar Mohd. Top (kiri) dan rakannya menunjukkan landasan kereta api yang meragut mangsa di Kampung Maju Jaya, Senai, Kulaijaya semalam.


    KULAIJAYA - Dua sahabat yang dipercayai melepak di landasan kereta api maut digilis dalam kejadian di Kilometer 733.5 landasan kereta api Johor Bahru-Kulai di Kampung Maju Jaya, Senai di sini kelmarin.

    Dalam kejadian pada pukul 12.30 malam itu, mangsa, Mohamad Syaril Basseri, 18, dan rakannya, Johari Jumbrey, 31, dipercayai berehat di landasan terbabit selepas makan bersama di gerai berhampiran.

    Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

    Beliau berkata, sejurus kejadian, pemandu kereta api terbabit segera menghubungi pegawai bertugas di Stesen Kereta Api Kulai dan memaklumkan dia melanggar sesuatu sebelum menghubungi polis.

    "Ketika kejadian kereta api Senandung Ekspress Mutiara itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, sebelum menggilis dua sahabat terbabit.

    "Hasil siasatan awal mendapati lokasi kejadian sering dijadikan tempat melepak di kalangan remaja yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

    Kes tersebut, katanya, diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

    Menurut Zulkefly, kedua-dua mangsa tinggal di rumah saudara masing-masing di Kampung Maju Jaya. Mohamad Syaril berasal dari Felda Tenggaroh, Mersing manakala Johari merupakan pemuda yatim piatu dari Taman Perling, dekat sini.

    Anak teman bapa beli nombor ekor

    Posted: 14 Nov 2010 05:06 PM PST


    SEORANG lelaki (dua dari kiri) yang membawa anak lelakinya untuk membeli nombor ekor ditahan dalam satu serbuan di Bahau kelmarin.


    BAHAU – Seorang bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak tetapi lain pula cerita seorang kaki judi di sini yang membawa anaknya ketika membeli nombor ekor.

    Tabiat buruk bapa berusia 40-an tersebut terbongkar apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama sekumpulan 16 lelaki beragama Islam dan seorang wanita di sebuah premis judi di sini kelmarin.

    Kesemua mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Majlis Keselamatan Negeri dan polis.

    Penyelaras Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, lelaki berkenaan membawa bersamanya anak lelaki yang baru berusia lima tahun ketika ditangkap membeli nombor ekor.

    "Anggota penguat kuasa terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke premis berkenaan.

    "Lelaki tersebut pada mula cuba memberi alasan hanya berjumpa kawan tetapi selepas disiasat dia mengaku membawa anaknya untuk membeli nombor ekor," katanya di sini semalam.