Adsense

Sabtu, 13 November 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Party Masquerade Media Hiburan

Posted: 13 Nov 2010 09:36 PM PST

Media Hiburan, majalah paling popular di Malaysia akan menganjurkan Masquerade Party Media pada 30 Disember 2010, jam 8 malam.

Pembaca Sensasi Selebriti juga dijemput untuk join party paling meriah ini yang akan diadakan di Menara Kuala Lumpur ini.

Caranya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan menghantar gambar korang dengan mana-mana cover (muka depan) Media Hiburan. Kemudian jadikan gambar itu sebagai gambar profile Facebook anda.

Peserta yang paling aktif dengan mendapat LIKE paling banyak akan terpilih untuk enjoy di party paling happening ini. Kerana itulah, Media Hiburan hanya mencari anda yang happening untuk join party ini.

Untuk join fanpage Media Hiburan, sila layari dan cari 'Media Hiburan' di Facebook.

mediahiburanparty

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trivia: Siapa Nama Penyanyi Ni?
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Gambar Selebriti di Party GLAM Swinging 60′s
  • Party Pajama Red FM A Rudy Awakening
  • BUDIEY SANA SINI: INDIANA JONES, STIRRING ODISSI, MEDIA TEA PARTY
  • Fasha Sandha Bodek Wartawan?
  • Gambar Sekitar Tea Party Glow & Glamour di Amcorp Mall
  • Sarimah Ibrahim di Media Launch Party The Biggest Loser Asia
  • Jemputan Ke Tea Party Glow & Glamour
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Revolusi Baru MyTV3 Bersama Aidid Marcello

    Posted: 13 Nov 2010 08:08 PM PST

    REVOLUSI BARU, MANFAAT SEMUA
    Kini Bersiaran 30minit Bersama Aidid Marcello

    MyTV3 kini berwajah baru dengan kelahiran program 30 minit yang telah mula bersiaran pada 7 November 2010, setiap hari Ahad jam 6.00 petang. Lebih padat dengan perisian program-program baru, MyTV3 juga mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahlinya di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini.

    Pelancaran wajah baru MyTV3 telah diadakan di gerai MyTV3 bersempena dengan Karnival Jom Heboh di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 7 November 2010 jam 6.00petang. Ahli-ahli MyTV3 dijemput untuk meraikannya bersama krew MyTV3, MyTV3 Roverz dan juga artis-artis jemputan seperti Intan Ladyana, Erry Putra, Comel Hotel Mania dan Munir.

    mytv3

    Dihoskan oleh personaliti TV yang tidak asing lagi, Aidid Marcello, MyTV3 memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi 4 segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyDAY dan MyZONE. Sejak memulakan operasinya secara tidak rasmi di Karnival Sure Heboh (kini dikenali sebagai Jom Heboh) pada tahun 2004, sesi pendaftaran dan pengambilan ahli-ahli baru MyTV3 rancak dijalankan selama 7 tahun. Sehingga kini, MyTV3 masih berdiri kukuh dengan jumlah keahlian hampir 1 juta orang.

    Menerusi program 30 minit tersebut, MyDREAMS merealisasikan impian ahli MyTV3 yang terbuku di dalam hati mereka seperti mahu melancong ke luar negara, ingin memandu kereta mewah, beramah mesra dengan pujaan artis dan sebagainya.

    Dalam segmen MyMEMBERS, ia memaparkan keunikan kisah hidup ahli MyTV3 untuk dijadikan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing. Seterusnya dalam MyDAY, krew MyTV3 akan menerjah ahli-ahli MyTV3 tanpa dijangka dan memberi kejutan yang tidak dijangka seperti meraikan hari jadi dan menjalankan aktiviti-aktiviti spontan bersama MyTV3 Roverz.

    Manakala dalam MyZONE pula, ia memaparkan pelbagai informasi dan paparan buletin tentang ahli-ahli MyTV3 yang terlibat dalam acara-acara yang dianjurkan oleh TV3 seperti Karnival Jom Heboh, MyTV3 Campus, School Attack, Kids Parade, Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.

    Selain itu, MyTV3 juga mewujudkan interaksi dua hala dengan ahli-ahli MyTV3 menerusi laman web MyTV3, laman sosial Facebook dan Twitter untuk berkongsi informasi-informasi terkini serta menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada mereka. Malahan, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menjawab soalan mingguan.

    Menurut Dato' Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, "Penubuhan keahlian MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3. Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

    Mereka bukan sahaja berpeluang menghadiri acara berprestij stesen seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan juga acara padang seperti Jom Heboh, School Attack, Kembara TV3, Seminar Untukmu Wanita dan sebagainya, mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran. Ini merupakan satu inisiatif ideal dan bermakna kepada para penonton setia kami khususnya ahli-ahli MyTV3."

    "Sepanjang penubuhannya, kami amat berbesar hati kerana MyTV3 masih terus menerima jumlah pendaftaran ahli baru yang membanggakan di gerai MyTV3 menerusi Karnival Jom Heboh, aktiviti bersama kolej dan universiti serta pendaftaran SMS. Dengan pembaharuan yang dilakukan dengan menukar konsep siaran daripada kapsul 5 minit, sehari dua kali kepada siaran program penuh selama 30 minit, kami berharap dapat memberi manfaat maksimum kepada ahli-ahli My TV3 di seluruh Malaysia."

    Krew penerbitan program MyTV3 diketuai oleh Aidid Marcello selaku Penerbit Eksekutif merangkap pengacara, Faizal Affendy Roos Affendy selaku Penerbit dan dibantu oleh Roziela Rusli.

    Teruskan memberi sokongan anda kepada program keahlian MyTV3 dan jangan lupa untuk mengikuti siaran program MyTV3 setiap hari Ahad jam 6.00petang di TV3 mulai 7 November 2010. Sebarang maklum balas, sila hubungi talian MyTV3 03-77242485, melalui Facebook www.facebook.com/mytv3 dan emel kepada mytv3@tv3.com.my

    mytv3

    mytv3

    mytv3

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • MyTV3 Kini Berwajah Baru
  • Artis Peraga Baju T Rekaan Finalis Rekatee TV3
  • Profile Ally Iskandar
  • Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Melaka Petang Ini
  • Gambar Aidid Marcello dan Yatt Hamzah Pengacara Pop Kuiz
  • Senarai Pelakon Filem Setem
  • Raikan 2010 Dengan Program Menarik di TV3
  • Berjayakah Revolusi Rombakan 2011 Memperkasakan Radio Hot FM
  • Program Menarik Sempena Hari Raya 1430H di TV3
  • Gambar Diana Danielle @ Pelancaran Filem Revolusi KL Drift
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Jawapan AC Mizal Terhadap Dakwaan ‘Gelang RM78′ & Testimoni Copy Paste

    Posted: 13 Nov 2010 01:21 PM PST

    JAWAPAN AC MIZAL TERHADAP DAKWAAN MENIPU

    Ekoran pembongkaran serta pendedahan yang dibuat oleh pemilik blog www.aididmuaddib.blogspot.com mengenai perniagaan gelang AC Mizal yang bagi kami sudah cukup layak untuk dikategorikan sebagai 'story of the year', AC Mizal akhirnya tampil membuat kenyataan media (setelah memadam akaun facebook'nya) bagi menjawab dakwaan-dakwaan yang ditimbulkan oleh pemilik blog yang dikenali dengan nama Aidid Mu'addib itu.

    Berikut adalah jawapan AC Mizal terhadap beberapa dakwaan yang ditimbulkan. Anda baca dan anda tentukan.

    1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

    Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

    2) Tiada Lesen Jualan Langsung

    Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

    3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

    Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

    4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

    Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

    5) Gelaran Datuk

    Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

    Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.

    + Disalin dari AC jawab dakwaan – Harian Metro

    Psstt: Dapatkan gelang ber'magnet pada harga tak sampai RM1000 DI SINI

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Hubungan Cinta Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah & Uncle Seekers Terbongkar!

    Posted: 13 Nov 2010 06:59 PM PST

    uncleseekersaishah4 Hubungan Cinta Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah & Uncle Seekers Terbongkar!

    Ini bukan kami yang bawa cerita, kisah ini benar-benar diambil daripada blog milik Uncle Seekers yang secara terang mengakui bahawa bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah sedang dilamun cinta dengan beliau! Wah, cerita panas. Malah, Uncle Seekers sudah bersedia untuk bertanggungjawab dengan kandungan setiap artikel yang ditulis sekiranya ia mengandungi fitnah. Kami sarankan anda melihat kes ini daripada pelbagai perspektif sebelum menghantar komen, Siti Aishah pun manusia juga, punya perasaan. TQ

    5 cerita cinta yang membabikan Uncle Seekers & Siti Aishah sudah dibongkarkan, siap beserta gambar. Antara pengakuan paling mengemparkan dimana Uncle Seekers mendedahkan bahawa Siti Aishah memperkenalkan dirinya sebagai suami. Fuh, entah macam-macam lagi perkara yang terbongkar.

    Disebabkan perkara kisah cinta ini melibatkan VVIP yang berprofil tinggi, maka kami akan tutup ruangan komen. Tetapi, anda masih boleh LIKE artikel ini, tak susah kan? Ada urat takut juga kami ini.

    Baca pengakuan Uncle Seekers & kisah cinta bekas Permaisuri Agong di Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5.

    pixel Hubungan Cinta Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah & Uncle Seekers Terbongkar!
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang, Anyone?

    Posted: 13 Nov 2010 06:19 PM PST

    34fNe (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang, Anyone?

    Ini cerita basi, namun kami tetap keluarkan selepas berputus asa mencari koleksi gambar Mizz Nina & Noh Hujan bertunang walaupun sudah dikerahkan tenaga ini ke Facebook, dan men-google.

    Mizz Nina & Noh Hujan sah bertunang pada 6 November lepas dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh 15o jemputan. Majlis bertunang diadakan di rumah keluarga perempuan di kawasan Ampang Jaya, Selangor. Dan, kami difahamkan juga mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

    Tak sangka juga, dalam senyap pandai mereka berdua menyembunyikan kisah cinta. Tetapi lebih bagus macam tu, sekurang-kurangnya Noh & Mizz Nina boleh menumpukan perhatian kepada kareer daripada dihentam dengan pelbagai gossip cinta.

    Tahniah! Dan, sekali lagi, ada gambar tunang Mizz Nina & Noh Hujan?

    pixel (Gambar) Mizz Nina & Noh Hujan Bertunang, Anyone?
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    AC jawab dakwaan

    Posted: 13 Nov 2010 09:39 PM PST

    JELAS... AC Mizal ditemani jurucakap AC Konsortium, Khai menunjukkan surat penganugerahan gelaran Datuk yang diterima daripada Setiausaha Pejabat Negeri Pahang.
    JELAS... AC Mizal ditemani jurucakap AC Konsortium, Khai menunjukkan surat penganugerahan gelaran Datuk yang diterima daripada Setiausaha Pejabat Negeri Pahang.

    SELEPAS beberapa hari membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya diugut, malah menjadi bahan cacian di Internet, pelakon, penyanyi dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau AC Mizal tampil memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang ditimbulkan penulis blog, forum tertentu dan laman sosial Facebook, antaranya mendakwa harga gelang AC cuma AS$25 (RM78) tetapi dijual pada harga RM1,000, penjualan gelang AC di gedung Marks & Spencer di London, tiada lesen jualan langsung dan gelaran Datuk tipu.

    Beliau yang kini bergelar ahli perniagaan selaku Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd (AC Konsortium) menyifatkan dakwaan terbabit sebagai fitnah dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik dan menjatuhkan perniagaannya.

    Akibat keselamatannya turut diancam, AC terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi bagi melindungi keluarga dan kakitangannya.

    Sambil mencabar pihak yang menyerangnya itu tampil, terutama penulis blog yang menggunakan nama Aidid Mu'addib, AC menganggap mereka sebagai pengecut. Atas dasar 'berani kerana benar', AC dengan tenang menghabiskan masa hampir dua jam ditemubual wartawan Metro Ahad, ISMA ISMAIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan FIRDAUS SAHAT di pejabatnya di Ampang, baru-baru ini. Ikuti luahan AC."SAYA tidak menaruh dendam berhubung fitnah yang dilemparkan kepada saya. Ia sedikit pun tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan perniagaan AC Konsortium.Saya akan meneruskan tugas selaku Pengarah Eksekutif AC Konsortium. Walau apa saja fitnah dilemparkan, saya ada tanggungjawab terhadap keluarga, kakitangan dan ribuan ahli AC Konsortium.

    Saya tidak mahu membuat tuduhan siapa memulakan semua itu, tetapi berdasarkan penggunaan ayat dan maklumat disebarkan itu, terutama membabitkan hal perniagaan, saya dapat agak siapa dalangnya.

    Jika diikutkan, serangan terhadap saya bermula sejak tahun lalu tetapi ia semakin menjadi-jadi selepas saya terlepas daripada hukuman penjara berkaitan kes syariah baru-baru ini. Mungkin individu itu tak puas hati sebab saya tidak dipenjarakan.

    Jika saya dipenjarakan, barangkali individu itu puas kerana dia memang mahu melihat saya menderita. Apa pun, saya membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan biar pihak berkenaan melakukan siasatan.

    Cuma, kepada penulis blog yang mencetuskan serangan kepada saya, sila tampil ke depan dan dedahkan identiti. Jangan jadi pengecut! Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.

    Jangan sekadar menunjukkan keberanian dengan penulisan. Saya sendiri tampil memberi kenyataan dan membalas dakwaan yang ditimbulkan. Saya bukan mahu meraih simpati, tetapi apa yang dilakukan terhadap saya adalah keterlaluan. Bukan saya seorang yang terpaksa menanggung kesan fitnah, termasuk ugutan dilemparkan, tetapi juga keluarga dan kakitangan AC Konsortium.

    Kenyataan 'elok sembelih saja kot' bukan kenyataan yang boleh dibuat main-main. Walaupun penulis blog yang mengeluarkan kenyataan itu mengatakan ia hanya metafora sehari selepas saya buat laporan polis, saya tidak boleh terima.

    Penulis yang buat kenyataan itu boleh menganggapnya perkara kecil tetapi tidak bagi sesiapa saja yang ditujukan ayat seperti itu. Terus terang saya katakan, saya, keluarga dan kakitangan AC Konsortium hidup dalam ketakutan.

    Saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi. Sudah pasti apabila saya mengupah pengawal peribadi, ada nanti yang mengatakan saya berlagak dan mahu tunjuk hebat, tetapi tiada langsung niat seperti itu kerana saya hanya mahu menjaga keselamatan diri, keluarga dan kakitangan seramai 33 orang.

    Akibat fitnah yang dilemparkan, saya akui perniagaan saya merosot dalam tempoh sebulan, tetapi kini ia perlahan-lahan bangkit kembali kerana dalam pada ada yang membenci, masih ramai mengetahui situasi sebenar dan memberi sokongan.

    Di sini saya mahu menjawab pelbagai dakwaan yang ditimbulkan:

    1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

    Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

    2) Tiada Lesen Jualan Langsung

    Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

    3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

    Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

    4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

    Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

    5) Gelaran Datuk

    Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

    Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti."

    Keajaiban Besar Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun

    Posted: 13 Nov 2010 06:13 PM PST

    Raja Farah dan Megat Bashirun dinikahkan pada 12 November 2011, Jumaat, di Tropika, Bukit Jelutong.

    BUKIT JELUTONG: Bagaikan suatu keajaiban yang besar dirasai oleh pasangan pengantin baru, Raja Farah Raja Aziz, 22, dan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 25, setelah selesai diijabkabulkan.

    Pasangan ini dinikahkan pada 12 November 2011, Jumaat, di Tropika, di sini. Sebelah malamnya, keluarga pengantin perempuan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan puteri tunggal daripada empat beradik itu.

    Biarpun semuanya dilalui dalam masa yang singkat, namun majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

    Bayangkan, perkenalan Farah dan Megat bermula pada Februari tahun ini dan selepas lapan bulan pasangan ini mengambil keputusan untuk diijabkabulkan. Lantas mereka terus membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Puasa lalu.

    Walaupun terburu-buru, Farah agak bernasib baik kerana mendapat banyak tajaan daripada beberapa pihak seperti pelamin, dekorasi dan gubahan hantaran daripada Reka Teemor, Photo Signature (gambar), Inai, Daya Warisan Collection (kain batik untuk pengiring hantaran) dan Syahrir Nurdin (pakaian akad nikah dan majlis kesyukuran).

    Farah dan Megat mengenakan dua persalinan iaitu berkonsepkan tradisional Melayu dan Inggeris moden.

    "Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah. Tarikh perkahwinan ini juga seperti telah ditetapkan oleh-Nya. Selain itu kami memilih hari ini sebagai simbolik urutan nombor yang begitu cantik iaitu 12/11/10.

    "Seperti yang diketahui, kami juga mengejar hari sebelum tiba Hari Raya Haji kerana Megat berniat untuk membawa saya pulang ke kampungnya di Pasir Mas, Kelantan pada perayaan itu nanti," kata Farah yang mengambil cuti selama tiga hingga empat hari pada Hari Raya Haji ini.

    Farah dan Megat memilih untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada awal tahun depan bagi kedua-dua belah pihak di Kuala Lumpur.

    Selepas berkahwin, Farah dan Megat akan tinggal di rumah keluarga Farah di Tropika, di sini, buat sementara waktu mereka mencari rumah sendiri.

    "Saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri daripada ibu seperti memasak dan cara menjaga hati suami," kata Farah.

    Menyentuh tentang karier, Farah akan meneruskan karier seninya seperti biasa tetapi lebih merujuk watak lakonannya kepada suami.

    Mempelai bersama-sama keluarga Farah.

    "Saya akan kurangkan watak antagonis seperti perempuan gedik. Kalau ada pihak yang menawarkan suami saya berlakon sama-sama, kami akan pertimbangkan. Jika bersesuaian dengan skrip, apa salahnya. Tetapi buat masa ini, biar saya sahaja yang menceburi bidang ini.

    "Pada masa akan datang, kita belum tahu jadi saya tak berani nak cakap bagaimana," ulas Farah yang akan menyambung semula penggambaran drama rantaian Kau & Aku 2 pada 14 November ini.

    Sementara Megat menganggap perkahwinan di usia muda bukan menjadi suatu isu besar buat mereka kerana apabila sudah sampai jodoh, lebih baik ia dipercepatkan.

    "Keserasian antara satu sama lain menguatkan perasaan kami untuk cepat-cepat berkahwin. Mungkin orang kata kami belum cukup mengenali hati budi masing-masing, tetapi terus-terang, kami bersedia untuk menempuhi apa sahaja dugaan yang akan dilalui selepas ini," ujar Megat.

    Siapa sangka, rupa-rupanya dalam diam Megat sebenarnya amat meminati lakonan Farah terutama menerusi drama Intan Asmara.

    "Saya memang minat Farah sebab dia boleh lakonkan watak yang membuatkan orang benci kepadanya. Apabila saya mengenalinya, saya dapati dia berlainan daripada lakonannya. Kiranya dia benar-benar pandai berlakon.

    Giliran bergambar dengan keluarga Megat.

    "Selain itu, saya tertarik dengan sikapnya yang manja, penyayang, senang dengar kata, bertanggungjawab dan memiliki sifat seorang isteri yang saya inginkan," tutur anak sulung daripada tujuh beradik ini yang bekerja dalam perniagaan melibatkan bidang korporat milik bapanya, Datuk Zakaria Ibrahim.

    Sementara Farah pula menyenangi sikap romantik, kuat agama, penyayang dan memahami yang dimiliki oleh Megat.

    Pasangan yang pernah dilanda gosip hamil anak luar nikah ini merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah dan Pulau Raja Ampat, Indonesia.

    Mereka menyerahkan kepada kuasa Allah untuk menetapkan rezeki anak dan sebolehnya mereka merancang memiliki tidak lebih daripada empat orang anak. Kebetulan Farah juga mempunyai empat adik-beradik dan dia merupakan anak ketiga.

    'Kau Dan Aku 2' Kurang Elemen Cinta

    Posted: 13 Nov 2010 06:12 PM PST

    Aril, Anith, Hafiz dan Akim ketika menjayakan showcase Kau Dan Aku 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Sabtu.

    SHAH ALAM: Pelakon utama drama bersiri Kau Dan Aku musim kedua (KDA2) mengakui drama tersebut menonjolkan kelainan dengan mengurangkan elemen cinta berbanding musim terdahulu.

    Aril, Akim, Hafiz dan Anith berkata perubahan yang dilakukan dalam drama menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian pada kali ini lebih menerapkan nilai persahabatan dan muzik.

    Pengunjung memenuhi ruang legar Plaza Alam Sentral untuk menyaksikan pelakon KDA2 dengan lebih dekat.

    Biarpun begitu, tidak bermakna jalan ceritanya menjadi bosan sebaliknya karakter setiap pelakon dan kejutan yang ditampilkan pada setiap episod dijangka bakal menjadi tarikan kepada penonton setia yang mengikuti KDA musim pertama.

    Lebih-lebih lagi, drama 26 episod ini dibikin oleh tiga pengarah yang mempunyai idea yang berbeza. Seperti kata Aril, apabila kombinasi idea tiga pengarah itu bergabung, pastinya mencetuskan jalan cerita yang lebih menarik.

    Aril menghiburkan penonton dengan lagu Biar Begini.

    "Kalau KDA1, saya merupakan seorang yang ego tetapi kali ini perangai saya berubah menjadi seorang yang rendah diri. Ini kerana cerita ini menerapkan kerjasama dan sikap ambil berat antara rakan serta kehidupan pelajar kolej.

    "Setiap episod akan menampilkan satu cerita. Oleh itu, apabila satu episod itu memaparkan cerita tentang diri saya, jadi saya perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk kelihatan lebih menonjol berbanding pelakon lain," kata Aril ketika sidang media selepas showcase drama tersebut di Hotel Quality, di sini, Sabtu.

    Showcase di Plaza Alam Sentral, di sini, diadakan bertujuan untuk mempromosikan drama KDA2 yang akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mulai 23 November ini, setiap Selasa, pukul 9 malam.

    Akim menyanyikan lagu Bawa Ku Pergi.

    Sementara Akim berpendapat watak lakonannya lebih bebas berbanding dahulu. Selain itu, dia menganggap setiap episod KDA2 yang baru selesai penggambaran sebanyak 60 peratus itu memberikan pengajaran kepada penonton berbanding dahulu memfokuskan tentang konflik cinta.

    "Dalam KDA1, saya menjadi tertekan dengan hubungan cinta bersama-sama Mila, kali ini kehidupan saya tertumpu kepada cita-cita dan masa depan.

    "KDA2 juga memberikan banyak kesan dan pengajaran kepada hidup saya di luar. Misalnya, lagu terbaru saya berjudul Bawa Kau Pergi yang dinyanyikan dalam drama ini dan jalan ceritanya membuatkan saya lebih bersemangat dan yakin untuk mencapai cita-cita sebagai seorang komposer," kata Akim yang turut bercita-cita untuk memiliki sebuah rumah dan menyenangkan ibu dan bapanya.

    Hafiz mendendangkan lagu Noktah Cinta dan Awan Nano.

    Dalam pada itu, Hafiz yang baru pertama kali menyertai KDA menceritakan tentang watak yang dilakonkan.

    "Dalam cerita ini, saya melakonkan watak seorang pelajar yang baru pulang dari luar negara dan sudah melupakan budaya timur.

    "Jadi, saya yang dipaksa oleh nenek (Khaty Fauziah) untuk mengubah diri menjadi seorang yang lebih bersikap kemelayuan," ujarnya.

    Seperti Akim, Hafiz akui turut meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya untuk lebih menjadi diri-sendiri.

    Juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini akui lagu terbaru berjudul Lebih Dewasa yang dinyanyikan dalam drama tersebut mengubah dirinya agar menjadi dewasa berbanding keanak-anakan.

    Anith ketika mendendangkan lagu Kau Ku Temu.

    Bagi Anith pula, dia akui menyampah dengan watak Elena lakonannya yang sentiasa bercita-cita besar dan bersemangat tinggi.

    Kelebihannya yang memukau dan sikapnya yang mudah mesra menyebabkan dia disenangi ramai terutama tenaga pengajar.

    Namun, situasi ini tidak disenangi oleh sebahagian pelajar yang menganggapnya sebagai ancaman apatah lagi dengan statusnya sebagai pelajar junior.

    KDA2 turut menampilkan pelakon popular Tony Eusoff, Kathy Fauziah, Zulkifli Zain, Alif, Raja Farah, Farish, Amar, Mimi, Ika Nabila, Anita Baharom, Puteri Fateen, Riezman dan Sabrina Ali.

    Badan Maiza Susut Setelah Hamil Hampir Tiga Bulan

    Posted: 13 Nov 2010 06:11 PM PST

    PETALING JAYA: Berlainan berbanding sesetengah wanita, model Maizawati Zainal (gambar) akui badannya susut sedikit setelah hamil hampir tiga bulan.

    Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza, 35, ini berkata badannya susut kerana kurang selera makan sebaliknya banyak mengamalkan minum susu untuk ketahanan badan.

    Paling mengejutkan, Maiza turut mengalami masalah pendarahan baru-baru ini tetapi setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan perkara itu biasa berlaku kepada mana-mana wanita hamil pada peringkat permulaan.

    "Mungkin kerana saya ni jenis suka bergerak aktif jadi sebab itu berlaku sedikit pendarahan. Tetapi alhamdulillah, doktor beritahu bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Dia juga memberikan vitamin untuk menambah darah.

    "Jadi, sekarang ini doktor nasihatkan saya tidak banyak bergerak dan mengurangkan aktiviti luar. Selepas kandungan sudah besar, mungkin saya boleh memulakan semula kerja. Suami banyak membantu menjaga saya dan anak-anak selain menguruskan perniagaan sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online.

    Dalam masa yang sama, Maiza turut meuar-uarkan tentang perniagaan katering mini secara dalam talian yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur.

    "Sekarang saya, suami dan kawan sedang membuat bisnes nasi ayam pandan, nasi jagung ayam pandan dan kuih bakar istimewa. Apabila ada tempahan, kami akan turun ke Kuala Lumpur.

    "Biasanya, peniagaan ini menjadi tumpuan mereka yang membuat majlis rumah terbuka dan hari jadi," ujarnya.

    Maiza dan pasangannya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, bernikah pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak.

    Pemenang Anugerah Fotogenik dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 ini sedang hamil anaknya ketujuh selepas mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

    Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada pada 15 Julai tahun lalu.

    Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

    Normah Damanhuri Tidak Pilih Bulu

    Posted: 13 Nov 2010 06:08 PM PST

    Normah Damanhuri hadir pada sesi pratonton filem terbarunya ... Dalam Botol di Finas, baru-baru ini.

    KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Normah Damanhuri, 57, tidak pernah mengamalkan sikap memilih atau selektif terhadap sebarang tawaran lakonan yang diterimanya, tidak kiralah di bawah arahan pengarah baru ataupun yang berpengalaman.

    Jelas Normah, dia tidak pernah memandang rendah kebolehan mana-mana pengarah baru termasuk pengarah filem terbarunya ... Dalam Botol iaitu Khir Rahman walaupun sudah berlakon lebih 30 tahun dan sering bekerja dengan pengarah-pengarah hebat sebelum ini.

    Normah yang begitu sinonim dengan filem-filem arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Shaari seperti Jogho, Perempuan, Isteri dan ...? dan terbaru Hanyut, menyangkal dakwaan yang melabelnya sebagai pelakon yang bersikap pilih bulu dan hanya ingin bekerja dengan pengarah dan naskhah yang hebat saja.

    "Saya begitu menghormati mana-mana pengarah filem atau drama yang pernah saya bintangi. Walaupun sudah berpengalaman dalam bidang lakonan lebih 30 tahun, saya tiada masalah untuk menerima arahan daripada pengarah atau produksi baru.

    "Apabila menerima tawaran tidak kiralah besar atau kecil sekalipun peranannya, saya akan buat kerja sedaya upaya agar lakonan yang dipersembahkan itu meninggalkan impak kepada penonton," katanya yang ditemui pada sesi pratonton filem ... Dalam Botol di Studio Digital Mixstage Finas di Kompleks Merdeka, Hulu Kelang, baru-baru ini.

    Mengulas tentang pertanyaan selama mana akan terus berlakon, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2008 ini berkata, lakonan bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya dan tidak pernah terfikir untuk bersara selagi khidmatnya masih diperlukan.

    Walaupun mengakui sering kepenatan ekoran faktor usia yang kian meningkat, Normah memperolehi kekuatan dan motivasi untuk terus bekerja kerana minat yang terlalu mendalam terhadap bidang itu.

    "Kalau diikutkan memang saya penat kerana masih aktif berlakon pada usia begini. Namun, minat dan cinta yang mendalam terhadap bidang lakonan adalah kekuatan dan motivasi saya untuk terus bekerja.

    "Walau letih sekalipun, saya seronok dengan kerja ini dan akan terus berlakon selagi diperlukan," katanya yang baru saja selesai penggambaran filem Songlap bersama produksi Red Films.

    ‘Pada Zaman Dahulu’ Angkat Cerita Penglipurlara

    Posted: 13 Nov 2010 06:08 PM PST

    Burhanuddin Md Radzi ketika sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, baru-baru ini.

    SHAH ALAM: Berniat tidak mahu cerita penglipurlara pupus begitu sahaja, Les' Copaque Production (LCP) mengambil inisiatif menghasilkan kartun animasi Pada Zaman Dahulu untuk siaran TV Al-Hijrah.

    Pada Zaman Dahulu merupakan animasi kedua selepas Upin & Ipin yang dipopularkan oleh LCP.

    Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi, Pada Zaman Dahulu berlainan sama sekali berbanding Upin & Ipin. Jadi, pastinya tidak adil untuk membanding-bandingkan antara dua animasi tersebut.

    Pada Zaman Dahulu menceritakan tentang seorang datuk menceritakan tentang cerita penglipurlara kepada dua orang cucunya yang tinggal di bandar.

    "Saya dapati ramai anak-anak sekarang tidak suka membaca cerita penglipurlara, jadi sebab itu saya menghasilkan Pada Zaman Dahulu. Misalnya, kita selitkan cerita kancil dan buaya.

    "Selain itu, terdapat 10 orang pekerja animasi 2D tidak mempunyai projek sejak enam bulan lalu. Dengan terhasilnya animasi terbaru ini, pastinya memberikan kerja kepada mereka," katanya ketika sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

    Bagaimanapun, dia tidak menjangkakan animasi terbaru ini akan menjadi sebesar Upin & Ipin.

    Namun begitu, dia juga berharap animasi keluaran LCP boleh kekal lama memandangkan Doraemon telah berjaya mendominasi animasi dunia selama 40 tahun.

    Setelah Upin & Ipin telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan India, LCP sedang mengatur langkah untuk ke Korea atau Jepun pula.

    Gwyneth Paltrow Dipuji Ketika Menyanyi 'Country Song'

    Posted: 13 Nov 2010 06:06 PM PST

    AKTRES Hollywood Gwyneth Paltrow (gambar) mendapat pujian hebat ketika membuat penampilan sulungnya sebagai penyanyi secara langsung di Country Music Awards ke-44.

    Dia mengaku mempelajari nyanyian daripada rakan-rakannya dari kalangan penyanyi wanita senior.

    Majlis yang berlangsung di Nashville, Rabu lalu itu, menyaksikan pemenang anugerah Oscar itu menyanyikan lagu Country Song, runut bunyi dari filem terbarunya yang berjudul sama, yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

    "Saya bertanya dan meminta nasihat daripada Fith Hill dan Beyonce," ujarnya.

    "Saya banyak belajar daripada Beyonce dan menonton konsert-konsertnya untuk meyakinkan diri, dan saya beruntung mengenali penyanyi-penyanyi seperti itu," tambahnya.

    Access Hollywood melaporkan, ramai penyanyi country yang hadir malam itu memuji Paltrow.

    Sementara pemenang anugerah Entertainer of The Year sekaligus pengacara majlis itu, Brad Paisley mengaku terkejut dengan penampilan perdana bintang filem Shakespeare in Love tersebut.

    Adila's Angel bersantai di Genting

    Posted: 13 Nov 2010 06:04 PM PST



    Baru-baru ini penyanyi yang sedang meningkat naik dengan lagu berjudul 'Bidadari Cinta', Adila meluangkan masa bersama 20 peminat bersantai dan menikmati suasana kemeriahan taman tema Genting Highlands.

    Adila berkata, dia sering meluangkan masa berbual bersama peminatnya di laman sesawang Facebook setiap kali ada masa luang namun kali ini aktiviti yang dirancang lebih menyeronokkan.

    Rancangan ke Genting Highlands sudah direncanakan lebih awal dengan kelab peminatnya yang menggelar diri mereka Adila's Angel.

    Bagaimanapun, pada saat akhir, hanya 20 orang yang mempunyai masa terluang dan ke Genting Highlands bersama Adila.

    "Adila memang gemar meluangkan masa bersama peminat dan bagi Adila mereka adalah tulang belakang dan nadi Adila dalam industri ini.

    "Adila pernah bersama-sama kelab peminat Adila yang menggelar diri mereka Adila's Angel membuat aktiviti bersama seperti bermain boling.

    "Kami ke Genting Highlands menaiki kereta dan berkumpul di kaki bukit terlebih dahulu sebelum sama-sama konvoi ke atas. Sepanjang berada di sana, kesemua peminat Adila mendapat peluang menjadi pasangan Adila bermain pelbagai permainan," kata Adila girang.

    Tambah Adila, selepas ini dia teringin untuk bercuti ke Indonesia dan sedang merancang bersama Adila's Angel agar perancangan itu akan terlaksana dalam masa terdekat.

    Katanya lagi, dia bersyukur kerana mempunyai peminat yang sporting dan sentiasa sudi meluangkan masa bersamanya.

    Facebook lancar perkhidmatan e-mel

    Posted: 13 Nov 2010 06:01 PM PST

    PALO ALTO - Laman sesawang rangkaian sosial Facebook mempunyai lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia dan kebanyakan individu tersebut meluangkan lebih banyak masa melayari akaun Facebook mereka berbanding laman pengendali Internet lain, termasuk Google dan Yahoo.

    Kini, ternyata syarikat laman sosial popular itu ingin penggunanya mempunyai 'hubungan yang lebih rapat' dengan laman itu.

    Ini kerana Facebook dijangka mengumumkan perkhidmatan e-mel terbaru syarikat itu, esok.

    Perkhidmatan terbaru itu dilihat bakal menandingi Gmail, Yahoo Mail dan Hotmail sebagai pengendali perkhidmatan e-mel dalam talian paling popular.

    Perkhidmatan yang disediakan syarikat itu bakal membolehkan penggunanya menggunakan alamat e-mel '@facebook.com' yang akan digabungkan dengan perisian Office keluaran syarikat komputer Microsoft.

    Laporan terbaru itu muncul selepas persaingan sengit antara Facebook dan Google, pengendali enjin carian Internet yang menaikkan gaji pekerja bagi menghalang mereka menyertai Facebook dan menghentikan akses Facebook daripada perkhidmatan e-melnya.

    3 ahli Geng Minyak ditembak mati

    Posted: 13 Nov 2010 06:01 PM PST


    BEBERAPA anggota polis memeriksa kereta Proton Waja digunakan tiga penjenayah yang ditembak mati di Jalan Kerjaya, Glenmarie di Shah Alam semalam.


    SHAH ALAM - Tiga lelaki termasuk seorang yang berusia 16 tahun hanya sempat melarikan barangan hasil samun daripada sebuah stesen minyak sejauh dua kilometer sebelum ditembak mati oleh polis di Jalan Kerjaya, Glenmarie di sini pagi semalam.

    Kumpulan penjenayah rakyat tempatan itu yang digelar Geng Minyak sangat dikehendaki polis kerana menjadikan stesen-stesen minyak di kawasan terpencil di sekitar Lembah Klang sebagai sasaran samun.

    Kira-kira lima minit sebelum ditembak, tiga anggota kumpulan itu yang turut membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun dan rakannya berusia 22 tahun menyamun sebuah stesen minyak di Jalan Glenmarie U1/1 di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.

    Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka bertindak memecahkan cermin pintu stesen minyak itu sehingga mengejutkan dua pekerja warga Bangladesh yang sedang tidur.

    Ujarnya, salah seorang daripada pekerja itu sempat mengunci diri di dalam stor manakala rakannya dikepung dan diugut dengan parang.

    "Selepas mengambil sejumlah wang, rokok serta telefon bimbit milik seorang pekerja itu, suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang di Jinjang kira-kira enam bulan lalu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

    Anak Pengarah Kesihatan Kedah maut nahas di India

    Posted: 13 Nov 2010 05:56 PM PST


    MUHAMMAD AKMAL


    SUNGAI PETANI - Impian Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi, 19, untuk menjadi seorang doktor berkecai apabila dia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Selatan India, petang Khamis lalu.

    Kemalangan itu berlaku apabila Muhammad Akmal, pelajar tahun pertama di JJM Medical College di Davangere, di negeri Karnataka sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh seorang pelajar lain.

    Ketika kejadian rakannya itu cuba mengelak beca bermotor lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang.

    Muhammad Akmal yang merupakan anak kepada Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Marzukhi Md. Isa, 57, cedera parah di kepala dan meninggal dunia pada hari yang sama di sebuah hospital tempatan. Rakannya bagaimanapun terselamat.

    'Ini mungkin balasan Tuhan'

    Posted: 13 Nov 2010 05:55 PM PST


    AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet.


    KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, mendakwa ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga.

    Sambil menafikan gambar aksi bercium mulut itu dirinya serta wanita itu Nik Zarith Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, Nabil menganggap apa yang berlaku mungkin balasan Tuhan ke atas dirinya yang semakin lalai.

    "Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.

    "Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki," katanya ketika dihubungi semalam.

    Nabil bagaimanapun belum membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

    Projek mega telan nyawa

    Posted: 13 Nov 2010 05:54 PM PST


    SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru semalam.


    JOHOR BAHRU – Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.

    Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.

    Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.

    Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.

    Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

    "Dia (Mohd. Nor) sudah merancang hendak melawat ibu kami yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat barah leher tetapi tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

    Bilal, lepasan kolej turut menoreh getah

    Posted: 13 Nov 2010 05:51 PM PST


    HARUN menoreh getah di Kampung Kuala Akob, Hulu Terengganu semalam.


    HULU TERENGGANU - Kenaikan harga getah mendorong ramai individu yang sebelum ini tidak pernah memegang pisau penoreh mula berjinak dengan pekerjaan itu.

    Seorang daripadanya bilal masjid Kampung Kuala Akob dekat sini, Harun Salleh, 43, yang mula menoreh getah sejak setahun lalu dengan mengambil upah menoreh di kebun getah milik orang lain.

    Menurut Harun, pendapatan menoreh getah mulai pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi setiap hari boleh mencapai lebih RM1,000 sebulan.

    "Dalam sebulan dua ini pendapatan menoreh lebih baik di mana pada minggu lepas saya dapat RM600 untuk empat hari," katanya ketika ditemui semalam.

    Menurutnya, penduduk kampung yang memiliki kebun sendiri akan meraih pendapatan lebih lumayan kerana tidak perlu berkongsi hasil jualan getah.

    Sementara itu, di Jeli, Kelantan, kenaikan harga getah turut menarik minat seorang lepasan kolej swasta untuk menceburi bidang yang sebelum ini tidak diberi perhatian langsung.

    Daftar sebelum 28 Nov.

    Posted: 13 Nov 2010 05:49 PM PST


    BEBERAPA orang sukarelawan membasuh perkakas rumah penduduk yang ditenggelami banjir di Taman Fajar, Alor Setar semalam.


    ALOR SETAR - Semua keluarga mangsa banjir di Kedah diminta mendaftar menerusi satu borang khas bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan dengan lebih teratur selain memastikan tidak ada pihak yang tercicir daripada menerimanya.

    Borang itu boleh diambil mulai hari ini di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) serta pejabat parti komponen BN.

    Pengerusi Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, borang berkenaan harus dikembalikan selewat-lewatnya 28 November dan perlu diisi oleh semua keluarga mangsa banjir sama ada mereka berpindah ke pusat pemindahan atau tidak, menumpang rumah saudara-mara, menetap di hotel dan sebagainya.

    Beliau berkata, selain penghuni rumah kediaman, penghuni rumah kedai yang terjejas akibat banjir juga perlu mendaftar.

    "Semua yang terlibat dianggarkan 60,000 keluarga. Kita akan gerakkan semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di kawasan terlibat banjir bagi memastikan setiap keluarga mendaftar," katanya selepas mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam.

    Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharom.

    Ahmad Bashah berkata, mereka yang telah mendaftar dengan JKM semasa berpindah tidak perlu mengisi borang tetapi mangsa banjir yang hanya membuat laporan polis ataupun belum mendaftar dengan mana-mana pihak, perlu mengisi borang berkenaan.

    Elyana ratah usia remaja

    Posted: 13 Nov 2010 05:48 PM PST




    KURANG seminggu atau lebih tepat, tinggal lima hari lagi sebelum dia bertukar status menjadi isteri orang.

    Gerbang bahagia sudah tersergam menunggu detik untuk dilangkahi.

    Segala perancangan sudah hampir selesai dipenuhi, diukur dan diberi perincian tetapi selaku manusia yang tidak pernah habis daripada keraguan, sampai ke hujung waktu sekali pun, tetap ada yang bersarang mahukan jawapan.

    "Bukan malam-malam sahaja, bahkan bila celik mata sekalipun, saya mula terfikirkan banyak benda.

    "Benarkah apa yang sedang saya dilakukan ini, mampukah saya menjadi isteri yang baik, tepatkah pilihan saya, tepatkah berkahwin pada usia ini?

    "Itu semua perkara yang tidak seharusnya saya fikir tetapi bermain juga di fikiran," letus suara daripada tubuh berdarah manis bernama Elyana ini.

    Si pelantun Tapak Sulaiman ini sengaja diselak isi sanubarinya. Sebenar juga, lihat daripada hujung ulas bibirnya sahaja, perasaan berkuntum-kuntum di dada sudah jelas terpancar tanpa perlu dia bersuara.

    Namun, bukan itu yang mahu dipinta daripadanya. Di sebalik bahagia yang diramal banyak mata, Elyana tetap menyimpan gundah.

    Dia juga seperti wanita-wanita lain, selagi belum tiba waktu yang dinanti-nanti, selagi itulah proses 'terapi' dan persediaan diri tidak berhenti.

    "Saya tidaklah terlalu beria-ria atau drastik membuat persediaan mental dan fizikal. Saya banyak membaca, melayari Internet dan lihat perkara-perkara yang membahagiakan.

    "Setahu saya, manusia mudah terdorong oleh emosi, lihat perkara sedih, kita juga akan berasa sedih. Jadi, saya cuba mencari perkara yang indah dan membahagiakan sepanjang tempoh ini.


    SEDAR dengan tanggungjawab dan risiko sesebuah perkahwinan, Elyana hanya mampu berharap, perkahwinan pertamanya ialah yang terakhir.


    "Ibu ialah orang paling banyak membantu, banyak menasihati saya tentang pembawaan diri menjadi isteri.

    "Sejak tujuh bulan lalu, saya berpindah ke rumah ibu bapa di Shah Alam. Saya mengelak diri daripada keseorangan atau berfikir perkara yang bukan-bukan.

    "Sejak beberapa bulan lalu, setiap hari adalah hari yang sibuk buat saya, sibuk dengan persiapan," katanya meminjam semangat ibu untuk menguatkan hati sebelum bergelar isteri kepada Khairul Anuar Husin, 36.

    Cabang seronok

    Kaki terdorong badan merasa, lidah terasuh emas padahnya, wanita semuda usia 23 tahun itu cukup pasti.

    Nasib badan bergelar artis apa sahaja yang berlaku dalam hidup atau perkahwinannya kelak, baik atau buruk pasti akan perhatian masyarakat.

    Lihatlah rumah tangga artis, bergoyang sedikit riuhnya mudah diketahui orang.

    "Saya tidak takut untuk berkahwin semata-mata bimbang perihal rumah tangga saya akan menjadi perhatian media.

    "Sebagai artis semua perkara akan mendapat perhatian. Jadi itu bukan isu yang perlu saya takutkan," katanya yang akan melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini.

    Terheret dengan usul pernikahan pada usia mentah, penyanyi serta pelakon berusia 23 tahun itu tampak jelas.

    Keinginan menamatkan zaman bujang terzahir untuk melengkapkan sebuah fasa kehidupan, itu penegasan oleh pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal.

    Dia tidak terdesak mengikut trend rakan-rakan yang sudah berkahwin.

    Kata Elyana, dia sendiri sudah memulakan karier seawal usia 14 tahun.

    Seperti memasuki alam dewasa ketika masih kanak-kanak, faktor itu antara pendorongnya untuk pantas matang dan sedia beralih fasa seterusnya dalam hidup.

    Dia juga sudah puas meratah segala keseronokan dan kebebasan sepanjang melalui usia remaja dan zaman bujang.

    "Cara saya berseronok dan bergaul semasa saya remaja dan bujang mungkin tidak sama seperti yang dibayangkan orang.

    "Saya berada di sekeliling orang dalam dunia seni dan kawan-kawan. Dalam umur sekarang, saya sudah ada karier, kereta, rumah serta sedikit aset masa depan.

    "Berkahwin pula akan memberikan satu lagi cabang keseronokan buat saya di samping menambah bilangan ahli keluarga," katanya.

    Berbunyi bernas dan serius atas setiap pegangan yang dipertuturkan, penyanyi yang diperkenalkan dengan lagu Niat dan popular menerusi sitcom Dunia Baru itu tidak merasakan satu kerugian berkahwin pada usia sekarang.

    Menganggap takdir dan jodoh sudah sampai ke bahagian hidupnya, Elyana berkongsi gembira bakal menjadi pelengkap kepada Khairul.

    Selepas salam perkenalan bertaut rapi pada 9 April 2006, mereka mengikat pertunangan pada 25 Julai 2009.

    Menyingkap pertembungan dua jiwa itu, penyanyi yang sedang berkira-kira untuk tampil dengan single terbaru, Waktu Dulu-Dulu menjelang Disember ini membuat pengakuan.

    "Kami berdua berbeza secara total. Khairul lebih matang berbanding saya, mungkin sebab itulah dia arif menangani emosi saya yang sering tidak menentu.

    "Dia lebih rajin dan saya agak pemalas. Mungkin disebabkan sudah berusia, hidupnya lebih rileks, lepas kerja terus balik rumah dan saya pula jenis yang aktif.


    SERI pengantin naik ke muka sehingga wajah Elyana nampak girang menjelang pernikahannya pada 19 November nanti.


    "Jadi, saya menyumbangkan sedikit warna ke dalam hidupnya dan dia menjadikan saya seorang yang lebih rileks.

    "Sikap penyayang melampau Khairul terhadap budak-budak membuatkan saya semakin menyukainya.

    "Satu lagi, kami berkongsi minat yang sama. Kami suka membeli-belah terutama untuk dihadiahkan kepada orang lain.

    "Jadi, untuk lokasi berbulan madu nanti, kami kena pilih tempat yang menjadi syurga beli-belah," ujarnya.

    Menggunakan khidmat Saidatulnisa Aminuddin, Fahmi dan Amy Janz selaku jurusolek untuk majlis pernikahan dan persandingannya, kongsi Elyana, dia bakal mengenakan persalinan yang disediakan oleh Hatta Dolmat, Zery Zamry dan Haswani Osman.

    "Persiapan perkahwinan dilakukan bersama-sama keluarga dan teman-teman, tetapi saya yang memutuskan sendiri setiap inci agenda hari besar saya," katanya.

    Elyana menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ari Wedding Couture untuk melakarkan pelamin ratu seharinya bertempat di Duchess Place, Jalan Ampang, 19 dan 20 November nanti.

    Publisiti murahan Fatini atau Erma cengeng?

    Posted: 13 Nov 2010 05:47 PM PST


    SATU babak dalam teater Natrah yang menyaksikan remaja itu dipisahkan daripada keluarga angkatnya.


    PERTEMBUNGAN falsafah membabitkan Datin Seri Fatini Yaacob yang menghasilkan buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata dengan Erma Fatima di garisan akhir sebelum bermulanya pementasan pusingan kedua teater Natrah di Istana Budaya (IB) tidak ubah seperti buku bertemu ruas.

    Fatini menyelar pelakon dan pengarah terkenal itu sebagai tidak menghormati nilai sejarah dan Islam serta dangkal ilmu untuk mementaskan kisah Natrah.

    Bingkas mempertahankan diri, Erma dengan prinsip kepengarahannya mendakwa dia menilai Natrah sebagai pembikin teater bukannya penulis buku.

    Kecewa dan terguris dengan kecaman tanpa henti oleh Fatini, Selasa lalu, Erma membuat pengumuman.

    Seolah-olah dalam nada merajuk, Erma tiba-tiba enggan terlibat sebagai pengarah teater yang dijadualkan menemui penonton pada 25 November hingga 5 Disember ini.

    Bukan sekadar peminat yang terkejut malah para pelakon teater berkenaan termasuk Umie Aida, Maya Karin, Remy Ishak serta ramai lagi menyifatkan keputusan drastik Erma itu satu kemenangan kepada Fatini.

    Selama tiga hari pelakon berlatih tanpa kehadiran pengarah, Erma mula merasa 'dayus'.

    Khamis lalu, Erma hadir lagi dengan satu pengakuan. Dia bangkit daripada kebingungan, kembali gagah untuk menghabiskan teater Natrah.

    'Drama' luar pentas Natrah itu memperlihatkan satu obsesi Fatini dan sifat cengeng Erma, 40, yang seakan-akan melatah dengan selaran orang terhadap karyanya.

    Sensasi Bintang: Adakah anda seorang yang cengeng dan mudah melatah dengan kritikan?

    ERMA FATIMA: Lebih 13 tahun dalam industri, saya pernah kena hentam lebih teruk daripada ini. Masa menerbitkan filem Embun pun saya kena hentam.

    Tapi yang buat saya tak suka, cara Fatini hentam saya itu seolah-olah saya ini bukan Islam, ini soal mengaibkan saya.

    Masa teater Natrah yang pertama, ramai orang besar dalam industri yang kritik cara saya tapi saya okey. Mereka kritik depan-depan, bukan panggil media dan buat sidang akhbar untuk hentam saya.

    Saya bukannya sengaja cari malapetaka, lebih baik saya kerja dengan jiwa yang tenang.

    Dia yang sengaja jolok saya dan dapat nama busuk adalah saya, orang kata saya cengeng, pengarah kontroversilah, bukannya dia (dapat publisiti negatif).

    Pernah anda bersemuka atau bercakap dengan Fatini berhubung isu yang diperkatakannya?

    Dia sendiri tidak pernah bercakap dengan saya walaupun sekali.

    Jadi macam mana pula dia dakwa itu teguran daripada seorang kakak kepada adik. Saya anggap dia ambil kesempatan untuk raih publisiti.

    Apa agaknya yang menimbulkan kemarahan Fatini terhadap anda?

    Saya bukan buat filem sejarah. Teater Natrah adalah kisah cinta, macam cerita (filem) Titanic, ia berdasarkan sejarah tetapi cinta yang diangkat sebagai subjek utama, sejarah kapal itu hanya latar.

    Saya tak lacurkan apa-apa pun dalam Natrah dan Fatini tidak boleh paksa saya mengikut kehendaknya dalam karya saya. Saya yang tulis skrip, bukan dia.

    Fatini mungkin tidak faham apa itu adaptasi?

    Ini bukan soal adaptasi. Penulis sejarah tidak sama dengan penulis skrip dan saya bukan buat dokumentari (sejarah).

    Khabarnya Fatini marah kerana anda tidak menggunakan skrip Natrah seperti yang ditulis dan dibetulkannya.

    Dia ada tulis satu monolog serta minta dimasukkan dua babak iaitu babak Natrah memanjat pokok jambu dan babak wartawan yang tidak dibenarkan oleh paderi menemu ramah Natrah di gereja.

    Tentang monolog, bukan setakat saya sahaja yang tidak berkenan dengan penulisannya, bahkan pelakon saya, Sofea Jane sendiri tidak mahu membaca monolog yang ditulis itu.


    FATINI


    Bahasanya terlalu berterus-terang seperti bahasa buku, tiada keindahan untuk pementasan.

    Babak Natrah mengajak kawan-kawannya memanjat pokok jambu pula tidak penting begitu juga dengan wartawan di gereja.

    Anda masih marahkan Fatini?

    Industri ini kecil, buat apa kita mahu bermusuhan tetapi saya benar-benar tidak berkenan dengan cara Fatini yang kononnya bercakap tentang perjuangan dan Islam tetapi tindakan yang dilakukannya, dia mengaibkan saya, menuduhkan saya tidak ada ilmu dan tak faham sejarah, adakah itu sifat orang Islam yang berilmu.

    Tahun lepas dia mengata saya, tahun ini, bila saya nak buat teater sama, dia mengata lagi. Ini sudah melampau.

    Fatini mahu bikin teater dan filem Natrah versinya, apa komen anda?

    Buatlah, lebih banyak karya lebih bagus, lebih senang orang mahu membuat perbandingan. Macam dokumentari Tan Sri P. Ramlee versi Datuk Shuhaimi Baba dan Muzikal P. Ramlee versi Datin Tiara Jacquelina. Kedua-duanya ada beza.

    Masihkah ada ruang untuk anda dan Fatini berdamai?

    Cukuplah saya sudah memaafkan dia. Lebih elok jika saya elakkan diri daripada berdekatan dengan dia. Saya bukan orang berilmu yang ada (ijazah) sarjana sepertinya.

    Bapa dan anak kaki kritik

    Posted: 13 Nov 2010 05:46 PM PST


    SALING memuja. Dua beranak ini juga menjadi pengkritik nombor satu kepada karya masing-masing.


    BARANGKALI, perumpamaan mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi sudah tidak asing di telinga semua. Hakikatnya, ayat itu masih relevan menghurai dua individu, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof yang meladeni bidang sama yakni pengarahan selepas pernah likat dalam aliran lakonan pada awal pembabitan seni mereka.

    Si bapa pernah dibalut jolokan pengarah bernilai RM6 juta selepas kejayaan filem Sembilu kira-kira 15 tahun lalu. Sementelah anak terunanya yang sedang mengulit diri sebagai sutradara, baru diberi pengiktirafan tertinggi gelanggang perfileman - Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) baru-baru ini.

    Berlatar teguhnya Darul Haslam di atas bukit Taman Melawati, Hulu Klang, Sensasi Bintang sengaja melontarkan bicara terarah kepada seni pengarahan. Sejauh mana Yusof dan Syamsul yang muncul daripada dua dimensi berbeza saling mencanai idea dalam pembikinan filem, bingkisan itu diperincikan buat umum.

    Bagaimana langkah Syamsul selepas menggondol gelaran Pengarah Terbaik?

    YUSOF HASLAM (YH): Saya nampak dia lagi kuat dan bersemangat. Kemenangan ini jadi perangsang untuknya berkarya dengan lebih baik. Selepas FFM23, kami tidak tidur kerana berborak panjang. Jelas Syamsul, dia bukan hendak buat filem untuk tujuan komersial. Sebaliknya berkarya secara serius. Jika pecah panggung, dia cukup bersyukur. Dia ingin memberi sumbangan kepada industri. Biarpun buat empat atau lima filem setahun, seboleh-bolehnya kena ada sebuah filem bernilai seni.

    SYAMSUL (S): Umum tahu saya anak Datuk Yusof Haslam, secara tidak langsung, mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik. Awalnya, ia memberi tekanan tapi lama-kelamaan, saya ambil perkara itu cabagai cabaran. Saya anggap anugerah itu satu penghormatan dan pembakar semangat. Selepas menang FFM23, tanggungjawab jadi lebih besar. Tidak hanya kepada diri, sebaliknya kena bekerja keras untuk Skop Productions, industri dan negara.

    Pernah sangka atau tidak Syamsul akan mencapai sukses ke tahap sekarang?

    YH: Memang tidak sangka sama sekali sebab saya fikir kejayaan mengambil masa panjang tambahan pula tidak semua anak seni boleh berjaya. Perkara ini (pengarahan) datang spontan. Cuma, saya nampak, Syamsul sejak kecil minat kamera dan penyuntingan. Pada usia 18 tahun dia sudah beli kamera sendiri untuk belajar merakam video dan menyunting klip video. Saya pernah menyuarakan keinginan untuk menghantar dia sambung belajar kursus perfileman di Australia. Tetapi, pada waktu itu, dia tengah seronok mengarahkan beberapa episod Gerak Khas dan Sembilu Kasih. Syamsul ada cakap untuk menangguhkan pengajian. Jika ada kelapangan, barulah dia hendak buat kursus jangka pendek di Hollywood selama tiga atau enam bulan.

    S: Saya tidak pernah termimpi memenangi anugerah Pengarah Terbaik pada usia 26 tahun. Saya rasa itu pencapaian luar biasa. Tetapi, biasalah, kita sebagai manusia ada perancangan dan wawasan. Usia muda bukan penghalang untuk saya tidak perlu bekerja keras. Alhamdulillah, apa yang saya dilakukan ini berbaloi. Usia bukan penghalang untuk berjaya tetapi apa yang penting, kena ikhlas.

    Bercakap tentang pengarahan, apakah Syamsul bekerja dengan stail tersendiri atau terikut gaya Datuk?

    YH: Saya nampak Syamsul ada cara tersendiri. Kalau hendak cakap terikut cara saya, memang tidak sama sekali. Ada waktunya, saya tidak boleh baca atau menggambarkan bentuk pengarahannya. Apa yang ada dalam minda orang tua dan muda tidak selalunya sama. Boleh dikatakan bahawa Syamsul ambil semangat saya yang sentiasa menerbitkan filem bertemakan isu sosial tetapi dia berikan dimensi baru dalam teknik sinematografi. Saya jumpa ramai pengarah iklan yang memuji hasil kerja Syamsul kerana punya sentuhan filem iklan.

    S: Penonton punya pendapat tersendiri. Kalau tanya saya, apa yang dipelajari baik buat skrip atau mengarah, saya tidak hanya belajar daripada papa. Tapi saya juga ada melihat hasil kerja Tan Sri P. Ramlee, Datuk Shuhaimi Baba dan pengarah lain. Begitupun, saya ada cara sendiri apabila tibanya soal kerja.

    Adakah kalian sependapat semasa berbincang tentang pengarahan?

    YH: Banyak perkara kami tidak sehaluan. Syamsul merupakan pengkritik mutakhir filem-filem saya seperti Sembilu 2005 dan Gerak Khas The Movie 3. Dua filem ini menerima kritikan paling pedas daripadanya. Seingat saya, waktu itu, dia sedang belajar mengarah drama. Dia kata filem saya sangat klise. Tidak hanya itu, dia mula kritik cara pengarahan saya. Tapi saya tak melatah, saya biarkan dia beri komen. Selepas itu, saya suruh dia bikin drama. Biarpun skrip saya tapi saya nampak gaya pengarahan Syamsul ada elemen baru. Ini yang membuatkan saya kagum. Dia juga menasihati saya agar tidak buat karya yang terang-terangan mahu menyekolahkan penonton. Isi cerita yang penting dan tak perlu berkhutbah panjang lebar.

    S: Tolak soal kerja, papa merupakan seorang ayah yang baik di rumah. Tetapi, kalau bercakap hal kerja, dia cukup profesional. Dia boleh marahkan saya sama macam dilakukannya kepada pekerja lain. Ada waktunya saya yang lebih teruk dikenakan. Papa ialah pengkritik nombor satu saya.

    Nasihat bagaimana yang selalu Datuk beri kepada Syamsul?

    YH: Saya selalu mengingatkan dia agar bekerja keras, berdisiplin dan timba pengalaman daripada orang lama, bukannya cedok idea orang lama.

    S: Papa selalu bercakap tentang situasi bidang seni dan bagaimana saya sebagai pengkarya muda ingin bawa diri dalam industri yang penuh cabaran. Dia pesan supaya gunakan psikologi apabila berdepan kemarahan tapi papa juga sukar hendak menerima idea orang lain termasuk anak-anak muda yang belum ada kejayaan.

    Ramai mendakwa Syamsul sebenarnya banyak dibantu bapa semasa berada di lokasi penggambaran, betulkah?

    YH: Bila saya cakap hendak meninjau ke set penggambaran, Syamsul terus tak mahu mulakan penggambaran. Ketika filem pertamanya, Evolusi KL Drift di lokasi, saya dan isteri (Datin Fatimah Ismail) sengaja menjenguk dia buat kerja. Sampai saja di sana, dia boleh melambatkan aktiviti penggambaran. Disebabkan mula naik angin, saya cakap biarkan saja saya mengarah. Tanpa pengetahuan saya, dia bercakap kepada emaknya, meminta kami pulang kerana tidak boleh bekerja. Bila filem sudah siap, saya tidak percaya dengan hasilnya. Benarlah kata Syamsul, kalau saya campur tangan dengan ideanya, Evolusi KL Drift akan menjadi filem Yusof Haslam. Untuk filem pertama, dia yang masih budak baru belajar, saya nampak luar biasa hasil garapannya.

    S: Saya agak keliru, tidak faham dan terkejut apabila ada sebilangan pihak cakap saya tidak buat kerja di lokasi penggambaran dan meminta pertolongan papa untuk menyudahkan filem sendiri. Kata-kata ini timbul sejak saya berumur 22 tahun ketika awal mengarahkan drama-drama Skop Productions Sdn. Bhd. Sejak membikin drama, papa hanya beri nasihat kepada saya. Bahkan, dia jarang turun ke set. Kalau penggambaran memakan masa selama 30 hari, hanya sehari atau dua dia akan menjenguk saya bekerja.

    Apakah filem garapan Syamsul yang menarik perhatian Datuk, begitu juga dengan Syamsul?

    YH: Saya menyukai filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam kerana kandungan cerita dan pendedahan berani yang dilakukan oleh Syamsul. Saya sendiri takut hendak menghasilkan filem genre begitu.

    S: Banyak sebenarnya filem papa yang jadi pilihan saya termasuk Bayangan Maut dan Pemburu Bayang. Tetapi, filem buat saya tidak sabar untuk jadi pengarah adalah Janji Diana. Selain aspek pengarahan, babak dan gabungan pelakonnya, apa jua yang dipersembahkan dalam filem ini dilihat cukup meresapi perasaan saya.


    YUSOF HASLAM (kiri) ketika melawat ke lokasi penggambaran filem Evolusi KL Drift 2 arahan anaknya, Syamsul.


    Komen kalian tentang senario pengarahan tanah air sekarang?

    YH: Saya perhatikan sekarang ramai tokoh muda yang melangkah maju ke depan. Contohnya, adik beradik KRU yang semakin memperlihatkan kehebatan mereka. Kewujudnya institusi pengajian tinggi seperti universiti dan kolej juga telah melahirkan lebih ramai generasi baru dalam bidang pengarahan. Macam Syamsul, dia menimba ilmu dan pengalaman di kolej. Saya harap orang lain tidak memperkecil bakat generasi muda kerana mereka ada keistimewaan sendiri.

    S: Sebagai orang muda, saya lihat ramai pembikin filem tempatan ada idea yang bagus dan hebat. Kadangkala ada yang lebih baik daripada penggiat filem Hollywood dan negara Asia lain. Cuma, kita berdepan masalah utama iaitu bajet. Macam saya yang hendak menghasilkan semula filem Bukit Kepong tidak lama lagi. Sudah pasti ia memerlukan modal besar sekitar RM5 atau RM6 juta. Saya bersuara ini bukan hanya untuk kepentingan diri, ia sebaliknya menyeluruh. Saya berharap kerajaan dapat memberi sokongan padu terutama sumber kewangan. Saya juga kagum dengan semangat adik-beradik KRU yang membangunkan KRU Studios. Sikap positif mereka yang sering mendahului, itu yang harus kita contohi.

    Tulang belakang Kim, K-Dash

    Posted: 13 Nov 2010 05:45 PM PST


    KIM KARDASHIAN


    BIAR ada waktunya adik-beradik glamor Kim, Khloe dan Kourtney dilihat bertikam lidah menerusi program realiti, Keeping Up With The Kardashians, yang pasti mereka sukar menolak perumpamaan - air dicincang tidak akan putus.

    Dalam nada bangga, Kim, 30, memberitahu, Khloe dan Kourtney sentiasa membakar semangatnya untuk bergelar pereka fesyen berjaya pada masa depan.

    Buat permulaan, tiga beradik itu bakal meluncurkan jenama pakaian sendiri pada awal tahun depan.

    Menghurai cerita, Kim mengaku penglibatan Khloe dan Kourtney ibarat kerja berpasukan yang hebat.

    Bahkan, masing-masing sibuk memunculkan idea terbaik dan tidak sabar untuk mempersembahkan koleksi perdana mereka kepada pelanggan.

    "Saya rasa teruja dapat bekerjasama dengan Khloe dan Kourtney kerana setiap daripada kami begitu ikhlas menjalankan tugas.

    "Bayangkan, daripada ilham rekaan pakaian sehingga mencapai keputusan akhir, ia dibuat sendiri oleh kami.

    "Terus terang, saya percaya diri mampu bergelar pereka fesyen berjaya suatu hari nanti atas segala bantuan mereka," jelasnya gembira.

    Tiga beradik penuh ambisi itu akan melancarkan label K-Dash by Kardashian, koleksi merangkumi celana panjang, jaket, pakaian dan beg pada September depan.

    Kim sendiri beria-ria melampiaskan sepenuh kecintaan terhadap dunia fesyen.

    Jessica tolak jadi tumpuan

    Posted: 13 Nov 2010 05:44 PM PST


    JESSICA ALBA


    MENDAPAT jolokan simbol seks, itu bukan bermakna aktres terkenal Jessica Alba selesa dengan gelaran itu.

    Bercakap kepada majalah Elle untuk keluaran Disember ini, wanita berusia 29 tahun itu mengaku dia merupakan seorang pemalu.

    Namun, disebabkan terlibat dalam belantika seni, suka atau tidak dia harus mendepani kemilauan glamor.

    "Apabila terlibat dalam filem komedi, baru saya dapat meluah sebenar diri yang gila-gila dan nakal. Tiada lagi istilah mahu menjaga ketrampilan.

    "Kerana itu, saya lebih suka watak humor berbanding serius," jelasnya.

    Selain sarat sifat pemalu, dia terbiasa dibayangi kebimbangan dengan setiap kritikan dihadapkan kepadanya.

    Baik komen dimunculkan oleh pihak media atau masyarakat, perasaan itu luah Jessica, mula terbit sejak dia kecil lagi.

    "Bayangkan, setiap kali diberi pujian atau kejian, saya akan menganggap ia sebagai sesuatu yang serius. Nasib saya baik kerana lama-kelamaan, sikap ini mula terhakis daripada diri.

    "Pada waktu sama, saya sentiasa memperbaiki diri dalam lakonan agar tidak klise seperti kemunculan sebelum ini.

    "Jika watak yang diperoleh berbaloi ditambah dapat bekerja bersama pengarah hebat, ia sudah dilihat sebagai kejayaan awal."

    Katy malu berbogel

    Posted: 13 Nov 2010 05:43 PM PST


    KATY PERRY


    BAGI sesetengah selebriti, beraksi di hadapan kamera tanpa seurat benang pada tubuh barangkali menjadi perkara terbiasa buat mereka. Bezanya, bagi penyanyi Katy Perry, dia masih berfikiran konservatif soal bergambar bogel.

    Untuk memperlihat sebahagian anggota badannya buat tatapan percuma orang ramai dianggap tidak menjadi masalah kepada Katy. Cuma, dia sentiasa berpegang prinsip tidak mengambil gambar dalam keadaan bertelanjang.

    "Luarannya, saya nampak nakal dan liar. Tetapi, jurugambar tahu saya tidak sesekali akan beraksi untuk majalah Playboy. Kalau tidak punya pilihan dan diarah berbogel, saya akan melakukan stail Dita Von Teese," jelasnya spontan.

    Selepas mendirikan rumah tangga Katy ingin menghabiskan seluruh hayatnya bersama sang suami, Russell Brand, jelas Katy, ia sudah menjadikan dia sebagai wanita paling seksi dalam dunia ini tanpa mampu diganggu gugat.

    Ribuan sambut pembebasan Suu Kyi

    Posted: 13 Nov 2010 05:28 PM PST


    SEBAHAGIAN penyokong pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang berkumpul di hadapan rumahnya di Yangon semalam. - AP


    YANGON - Pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi disambut lebih lima ribu penyokong di luar kediamannya di sini semalam selepas dipercayai dibebaskan daripada tahanan rumah tujuh tahun oleh junta tentera Myanmar.

    Suu Kyi yang memakai jaket tradisional Myanmar, tersenyum sambil melambai kepada para penyokongnya ketika muncul di halaman rumahnya dengan disambut sorakan gamat mereka yang kemudian melaungkan slogan "Hidup Aung San Suu Kyi".

    Beliau kemudian menyeru mereka supaya meneruskan perjuangan ke arah membina demokrasi di Myanmar.

    "Ada masa untuk membisu dan ada masa untuk bersuara. Rakyat perlu bersatu. Hanya dengan cara ini, kita dapat mencapai matlamat kita (demokrasi)," kata Suu Kyi kepada para penyokongnya sebelum masuk semula ke rumah dengan diiringi pegawai-pegawai kanan parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) pimpinannya.

    Dalam ucapannya, ikon demokrasi Myanmar itu turut mengundang orang ramai supaya hadir di ibu pejabat NLD hari ini bagi untuk mendengar beliau berucap.

    "Saya menganggap Suu Kyi sebagai ibu, kakak dan nenek saya kerana beliau ialah anak perempuan pemimpin kemerdekaan kami, mendiang Jeneral Aung San," kata seorang penyokong pemimpin berkenaan, Naing Naing Win, 45.


    PEMIMPIN prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi berdiri di pagar rumahnya di Yangon Myanmar selepas dibebaskan daripada tahanan rumah semalam. - AP


    Terdahulu, pihak berkuasa mengundurkan pasukan polis dan turut membuka sekatan-sekatan di hadapan rumahnya sekali gus membayangkan beliau kini bebas daripada tahanan rumah walaupun tanpa pengesahan rasmi oleh pihak junta.

    Suu Kyi yang pernah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan, menghabiskan 15 tahun kehidupannya dalam tahanan sepanjang 21 tahun lalu.

    Penahanan terbaru Suu Kyi, 65, berlaku pada Ogos lalu apabila sebuah mahkamah mendapati beliau melanggar undang-undang keselamatan negara kerana membenarkan seorang seorang penceroboh warga Amerika Syarikat (AS), tinggal di rumahnya selama dua malam.

    Sementara itu, para pemimpin Barat menyambut baik pembebasan ikon demokrasi Myanmar itu dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron menyifatkannya sebagai 'terlalu lewat' manakala Presiden Perancis Nicholas Sarkozy memberi amaran supaya pihak junta tidak membatasi pergerakan Suu Kyi.

    Turut menanti pembebasan Suu Kyi di Thailand ialah anak lelaki bongsunya, Kim Aris, yang tidak berpeluang melawat ibunya sejak 10 tahun lalu.

    Mendiang suami Suu Kyi, Michael Aris membesarkan dua anak lelaki mereka di England sebelum meninggal dunia akibat kanser pada 1999.

    Dahulu Paul, sekarang Jesicca

    Posted: 13 Nov 2010 05:28 PM PST


    GAMBAR menunjukkan Paul Canning selepas pulang dari bercuti baru-baru ini.


    LONDON - Seorang ketua balai bomba di Britain mengejutkan kakitangannya apabila dia kembali sebagai seorang wanita selepas bercuti, lapor sebuah akhbar semalam.

    Paul Canning, 45, kembali daripada percutian lima minggu dengan memakai mekap dan rambut palsu seterusnya memberitahu:" Mulai hari ini, panggil saya Jessica,".

    Kakitangan balai bomba di sini dipanggil dalam satu mesyuarat oleh pihak atasan bagi memaklumkan mengenai perubahan jantina ketua mereka baru-baru ini.

    Para petugas diberi peringatan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan disiplin jika tidak merujuk ketua mereka dengan menggunakan ganti nama wanita 'she' atau 'cik'.

    Rakan-rakannya berkata, Paul mahu menjalani pembedahan pertukaran jantina sepenuhnya tetapi dia perlu hidup sebagai seorang wanita selama 18 bulan sebelum dibenarkan berbuat demikian menurut undang-undang Britain.

    Difahamkan, ketua balai bomba itu pernah berkahwin dengan mempunyai seorang anak.

    Kereta sport elektrik pertama Britain

    Posted: 13 Nov 2010 05:27 PM PST


    JUTAWAN Dale Vince bergaya di sisi kereta elektriknya yang berharga £1 juta.


    LONDON - Seorang jutawan di Britain, Dale Vince, 48, membelanjakan hampir £1 juta (RM5 juta) untuk membina kereta sport berkuasa elektrik pertama di Britain, lapor sebuah akbar semalam.

    Dinamakan Nemesis, kereta elektrik tersebut yang memiliki 330 kuasa kuda (bhp), mampu memecut 0-160 kilometer sejam (km/h) dalam masa cuma 8.5 saat iaitu lebih laju daripada sebuah Ferrari.

    Vince yang merupakan pengasas sebuah syarikat pembekal tenaga berasaskan kincir angin di Britain, mengupah sepasukan jurutera untuk membina kereta sport itu berdasarkan platform kereta Lotus.

    Ia mampu bergerak sejauh 2,500 kilometer sebelum dicas selama dua jam dengan menggunakan soket pengecas segera atau 8 hingga 9 jam jika dicas di rumah.

    Terowong di bawah sungai

    Posted: 13 Nov 2010 05:26 PM PST




    RASA gerun menyelubungi tatkala kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang dikemudi jurutera muda Ng Hau Wei memasuki salah satu daripada dua muka terowong di Bukit Berapit, Padang Rengas, Perak itu.

    Terowong yang berbentuk seperti ladam kuda dengan diameter sembilan meter lebar dan sembilan meter tinggi itu berjaya ditebuk sepenuhnya 1 November lalu.

    Bagai memasuki sebuah gua, pemandangan di depan hanyalah suasana kelam yang seolah-olah tidak berpenghujung.

    Usai 30 meter pertama, perasaan cuak mulai lenyap dan digantikan keterujaan melihat struktur dinding dan siling terowong.

    Biarpun permukaannya sedikit kasar dan sekadar dilitupi semburan konkrit, namun hasil penggalian terowong yang dimulakan sejak April 2009 lalu itu telah menampakkan kehebatannya.

    100 meter di hadapan, kelihatan sekumpulan petugas berkemahiran tinggi tangkas melaksanakan kerja-kerja mereka.

    Ditemani cahaya lampu limpah yang terpahat kukuh di tepian laluan terowong itu, petugas terbabit langsung tidak mempedulikan kehadiran wartawan Jurnal dan jurugambar Mohd. Najib Mohd. Nor yang pantas merakam momen foto terbaik suasana mereka sedang bekerja.

    Tidak jauh dari situ, air menitis lebat dari siling terowong.

    "Air ini adalah aliran Sungai Batu Pengasah dan kita baru sahaja melalui di bawahnya," ujar Hau Wei, 31.

    Itulah sebahagian gambaran terkini Terowong Bukit Berapit (TBB) iaitu mercu tanda Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar.

    Selain faktor jarak 3.3 kilometer yang bakal melayakkannya berstatus terowong kereta api terpanjang di Asia Tenggara, TBB hakikatnya mempunyai banyak keistimewaan.


    KERJA-KERJA pemasangan rel kereta api sedang rancak dijalankan di dalam terowong.


    Air

    Apabila siap kelak, ia membolehkan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencapai kelajuan sehingga 120 km sejam semasa melalui terowong itu.

    Selain itu, TBB dilengkapi spesifikasi standard keselamatan antarabangsa. Terdapat sembilan laluan penghubung di setiap 350 meter di dalam terowong itu.

    Terowong berkembar ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan kepakaran tempatan. Projek ini sudah pun 70 peratus siap.

    Bakinya pula melibatkan 15 peratus kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan 15 peratus pemasangan sistem di dalam terowong.

    Bagi Hau Wei, perkembangan tersebut merupakan satu kejayaan membanggakan lebih-lebih lagi beliau sendiri bergelar Pengurus Terowong bagi projek berkenaan.

    Menurut graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ini, projek tersebut jelas memperlihatkan bahawa tiada yang mustahil untuk dilakukan.

    "Inilah pertama kali kita membina terowong menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya.

    "Saya menganggapnya sebagai satu cabaran memandangkan ahli-ahli pasukan terowong saya merupakan jurutera baru lepasan universiti," katanya.

    Beliau yang berpengalaman sebagai salah seorang jurutera yang terlibat dalam projek pembinaan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) di ibu negara sebelum ini berkata, cabaran terbesar sepanjang proses pembinaan TBB adalah penggerudian bagi 100 meter pertama.

    "Jarak tersebut merupakan fasa paling penting dalam keseluruhan pembinaan. Kami menghadapi kesukaran yang melampau memandangkan keadaan tanah yang berbatu.

    "Perkembangannya terlalu perlahan, tidak sampai satu meter sehari malah mengambil masa setengah tahun untuk jarak berkenaan.

    "Bahkan pada waktu itu, kami terpaksa mengubah reka bentuk memandangkan pembinaannya dilakukan di bawah laluan air," katanya.


    PEMANDANGAN dari depan terowong berkembar di Bukit Berapit, Perak.


    Terkawal

    Berbanding pembinaan Terowong Smart yang mengguna pakai khidmat dua mesin penggerudi terowong (TBM), Tuah dan Gemilang, TBB sebaliknya menggunakan teknik gerudi dan letupan terkawal bagi kawasan di bawah Bukit Berapit.

    "Menggunakan TBM seumpama menguruskan sebuah kilang. Pengendali mesti memastikan ia berfungsi dengan baik.

    "Namun, di Bukit Berapit ini, kaedah gerudi dan letupan terkawal lebih mendekatkan kita dengan alam semula jadi.

    "Selepas setiap sesi letupan dan penggerudian, kami melihat dengan mata sendiri tanah serta batu yang dikeluarkan. Begitu juga dengan kesan yang tinggal pada struktur terowong," kata Hau Wei.

    TBB turut bersambung dengan dua lagi terowong berasingan yang dibina menggunakan kaedah potong dan tutup di kawasan terbuka dan kerja-kerja mengorek di bawah Lebuhraya Utara-Selatan.

    Kata Hau Wei, kerja-kerja tersebut dibuat secara cermat sehingga pengguna lebuh raya tersebut tidak merasai gegaran letupan dan gerudi.

    Semasa proses gerudi dan letupan, terdapat empat pasukan penggalian terowong menjalankan tugas serentak iaitu melalui empat muka terowong berasingan.

    "Proses membina terowong sangat rumit bahkan kita terdedah kepada pelbagai risiko.

    "Meskipun pakar geologi telah membuat kajian mengenai kandungan tanah di kawasan yang hendak digerudi dan diletupkan, kami tidak boleh menjangka apakah sebenarnya risiko 100 meter di depan," cerita beliau.

    Tidak mahu mendabik dada dengan kejayaan yang diraih, Hau Wei bersyukur kerana beliau diberi peluang mengetuai pembinaan sebuah projek berstatus mega tersebut.

    "Terdapat kira-kira 30 kakitangan di bawah saya yang terdiri daripada jurutera, pakar geologi dan penyelia.


    HAU WEI (kanan) bersama sebahagian daripada 240 pekerja yang terlibat dalam pembinaan terowong.


    "Saya bertuah kerana mereka telah memberi kerjasama yang baik meskipun ada di kalangan mereka lebih berpengalaman daripada saya," katanya.

    Ujar anak kelahiran Kulai Besar, Johor ini, tarikh 1 November lalu merupakan detik istimewa kepada lebih 240 petugas yang terlibat secara langsung dalam pembinaan terowong tersebut.

    Pada hari berkenaan, penggalian terowong dari arah Padang Rengas dan Taiping yang dimulakan sedikit lewat iaitu pada Mac 2010, berakhir secara rasmi.

    "Melihat terowong yang digali berjaya ditembusi adalah matlamat dan impian utama mereka.

    "Secara peribadi, itulah detik yang dinanti-nantikan bahkan ketika itu saya sendiri seperti mahu mengalirkan air mata kegembiraan.

    "Saya seperti nampak ada cahaya dari alam lain menerobos masuk," ujarnya.

    Dengan semangat berpasukan dan komitmen bersungguh-sungguh yang diperlihatkan anak-anak buahnya, Hau Wei yakin TBB tersebut mampu disiapkan sepenuhnya menjelang November 2011 seperti dijadualkan.