Adsense

Selasa, 9 November 2010

Zon Artis

Zon Artis


Gambar Majlis Hari Jadi Anak Que Haidar & Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar

Posted: 09 Nov 2010 05:51 AM PST

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

Pada 26 Oktober lalu, genaplah setahun umur anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar. Tak sedar kan?

Dan pada sabtu lalu (06 Nov) pula, telah diadakan majlis hari jadi Tengku Ratu Haidar dan kat bawah ni ada beberapa gambar sekitar majlis hari jadi tu. So, tunggu apa lagi? Jom layan..

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

GAMBAR ANAK QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, TENGKU RATU HAIDAR

+ Pic credit to mStar

Psstt: Inilah akibatnya kalau parking kereta ikut suka hati je

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rabecca Perjelas Gosip Kahwin Duda

Posted: 09 Nov 2010 08:06 PM PST

Inilah lelaki yang dikaitkan dengan Rabecca.

PETALING JAYA: Pelakon seksi, Rabecca Nur Al-Islam menafikan khabar angin yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan duda anak dua pada Januari tahun depan.

Menurut Rabecca, dia enggan memberikan sebarang komen mengenai perkahwinannya itu dan menganggap ia sekadar gosip biasa sahaja.

"Apa-apa pun, dalam masa terdekat ini saya tak mahu komen. Saya akan beritahu semuanya bila tiba masa," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Selasa.

Sementara itu, gambar Rabecca bersama seorang lelaki yang dikatakan kekasihnya itu telah pun tersebar di Internet.

Anak Rabecca, Adam, dikhabarkan turut selesa dengan bakal ayahnya.

Difahamkan, lelaki tersebut begitu rapat dengan anak angkat Rabecca, Adam, berdasakan gambar yang dipaparkan.

Bagaimanapun, Rabecca yang popular menerusi drama Legasi 43 Karat itu berkata lelaki berkenaan bukan kekasihnya seperti yang didakwa.

"Saya belum lihat lagi gambar yang disebarkan itu. Tapi saya percaya mungkin gambar-gambar itu adalah abang saya. Saya mempunyai lima orang abang," jelasnya.

Ditanya pula adakah dia kini sedang dilamun cinta dengan seseorang, katanya: "Tunggulah nanti saya beritahu."

Hasrat Ramlah Ram Bertudung Sudah Lama Dipendam

Posted: 09 Nov 2010 08:05 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.

Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. dan Ketentuan.

Kata Ramlah, ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.

"Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.

"Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini," katanya.

Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.

"Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.

"Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini," katanya.

Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.

"Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini," katanya.

Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.

"Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.

"Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai," ujarnya.

Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.

Ammar Alfian Tolak Kepala Puteri Sarah

Posted: 09 Nov 2010 08:03 PM PST

Ammar dan Sarah.

PETALING JAYA: Aktor Ammar Alfian Aziz, 23, yang pernah dilanda kontroversi kerana mencerca wartawan pada awal tahun lalu mengaku terpaksa bersikap profesional dengan menunjal kepala kekasihnya, Puteri Sarah, 25.

Ini kerana, pertengkaran tersebut dilakukan demi menjayakan watak masing-masing dalam drama Atilia terbitan Astro Prima.

Bagaimanapun, apabila berada di luar penggambaran, Ammar dan Sarah bersikap seperti pasangan kekasih seperti biasa.

"Dalam drama tersebut, Fasha Sandha melakonkan watak seorang tomboi bernama Atilia yang ditakdirkan jatuh cinta seorang lelaki lakonan Zamarul Hisham.

"Sementara saya pula bertemu cinta dengan wanita yang dilakonkan oleh Almy Nadia. Jadi, saya terpaksa menolak cinta Puteri Sarah yang menyintai saya dalam diam.

"Saya bukan sahaja menolak cintanya, malah kami juga bergaduh mulut. Walaupun agak keterlaluan kerana di luar dia merupakan kekasih saya, tetapi saya terpaksa lakukan juga atas dasar profesional. Jadi saya kami hanya mengikut kehendak pengarah," ujar Ammar ketika dihubungi mStar Online.

Bukan sahaja dalam drama Atilia, dia dan Sarah turut bergandingan dalam Sirah Cinta terbitan RTM1.

Walaupun dipertemukan dalam satu drama, mereka turut tidak disatukan sebagai pasangan kekasih.

"Dalam cerita Sirah Cinta, Sarah bercinta dengan Ezany. Walaupun dia melakonkan adegan itu, saya tidak rasa apa-apa jauh sekali hendak bersikap cemburu. Saya faham ia hanya sebuah lakonan," jelasnya.

Mencungkil lebih lanjut tentang hubungan cinta mereka, Ammar berkata dia belum bersedia atau merancang untuk berkahwin.

Ini kerana, dia menganggap usia mereka masih muda.

Biarpun begitu, pasangan ini sentiasa tidak putus untuk berhubung antara satu sama lain.

Kini, Ammar sedang menjalani penggambaran drama Kempink di Perlis untuk TV3. Selain itu, dia baru selesai penggambaran drama Terlepas Pandang untuk RTM1 dan Gamitan Bayu Kasih di RTM2.

Persaingan Sengit Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

Posted: 09 Nov 2010 08:02 PM PST

PETALING JAYA: Separuh akhir Muzik Muzik 25 peringkat pertama, Isnin lalu menyaksikan enam buah lagu mendapat makrah tertinggi yang memberi peluang mara ke Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25).

Lagu tersebut ialah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Sejujur Hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal Tahir).

Semua lagu yang dipertandingkan pada malam separuh akhir itu telah memberi saingan sengit dari segi vokal dan kekuatan lagu masing-masing.

Keputusan 12 buah lagu layak ke AJL25 akan ditentukan pada pusingan ketiga, pada 22 November ini.

Antara 12 buah lagu yang bersaing iaitu Gerak Hati (Azlan & The Typewriter), Inikah Cinta (Akim), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Cinta (Mohd), Noktah Cinta (Hafiz), Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Anna Raffali), Nadiku (Sabhi Sadhi), Cinta Sempurna (Yuna), Oh Juwita (Nubhan), Sejujur Hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal Tahir).

Antara komen artis yang bertanding pada malam itu ialah:

Ana Raffali

"Jika tidak terpilih sekalipun saya berbangga dapat berkongsi pentas separuh akhir ini bersama artis-artis yang jauh lebih berpengalaman daripada saya. Ini merupakan pengalalaman pertama saya sebagai artis ke anugerah yang berprestij ini," ujarnya.

Shahir AF8

"Sebagai pendatang baru dan kali pertama ke pertandingan ini sudah tentu saya berdebar dan gugup. Saya rasa sangat kerdil di atas pentas berbanding dengan penyanyi yang sudah mempunyai nama kukuh seperti Faizal Tahir," kata Shahir.

Azlan & The Type Writer

"Semua yang bertanding mempunyai kelebihan sendiri. Pertandingan ini tidak menilai suara atau penyanyi tapi lagu. Saya pasti semua lagu ada kelebihan sendiri yang mampu memikat hati para juri," ujar Azlan.

Adibah Noor

"Biarpun saya anatara yang paling senior tapi sebenarnya saya juga masih baru. Bagi saya industri muzik kita semakin berkembang. Ramai anak muda yang berbakat mula muncul ke dunia mainstream. Malah masyarakat juga sudah mula menerima mereka sebagai sebahagian dari muzik Malaysia," kata Adibah.

Separuh akhir ini akan mempertandingkan 30 buah lagu untuk tiga pusingan. Kini tinggal dua pusingan lagi iaitu pada 15 November dan 22 November yang akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 10 hingga 11.30 malam.

Enam Bakat Muda Akan Beraksi Di Pentas 'Kamilah Bintang'

Posted: 09 Nov 2010 08:01 PM PST

Dari kiri atas: Aiman, Dayang, Qistina, Faisal, Farhan dan Wani.

KUALA LUMPUR: Sempena musim cuti persekolahan yang akan bermula 20 November ini, Astro Ceria akan menyiarkan program pertandingan nyanyian kanak-kanak, Kamilah Bintang.Ia akan disiarkan pada 19 November ini pada pukul 5.30 petang, menerusi saluran 611.

Menariknya, hanya enam peserta muda yang dipilih untuk menyertai program tersebut dan tiada undian daripada penonton dibuat. Sebaliknya ia diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Adibah Noor, Shafizawati Sharif dan Aznil Nawawi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, Kamilah Bintang juga tidak akan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut sehinggalah ke peringkat akhir.

"Program ini memberi peluang kepada peserta-peserta muda untuk mengasah bakat mereka yang sedia ada sempena musim cuti sekolah. Sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti yang boleh dilakukan

"Kamilah Bintang akan mengajar para peserta mengenai teknik-teknik nyanyian. Beberapa penyanyi profesional seperti Hujan, Farah Ashikin, Stacy, Amy Search dan Aizat akan menjadi artis yang akan memberi tunjuk ajar kepada mereka dan akan dilatih selama lima minggu.

"Peserta diberi "kuasa bintang" untuk memperbaiki persembahan mereka pada konsert mingguan.

"Kuasa Bintang ibaratnya seperti talian hayat. Jika mana-mana peserta mendapat markah terendah, mereka boleh memilih sama ada mahu kelas tambahan vokal, mendapatkan khidmat penyanyi latar atau peralatan pentas," katanya pada pelancaran program Kamilah Bintang di Fullhouse Cafe, Isnin.

Beritahu juri Shafizawati atau lebih dikenali sebagai cikgu Shafi, dia berpuas hati dengan peserta-peserta yang dipilih kerana mereka memiliki bakat nyanyian yang hebat.

"Cuma mereka perlu diajar pendidikan muzik dan bagaimana cara untuk menghasilkan ton vokal yang bagus," katanya.

Enam bintang muda yang terpilih terdiri daripada Dayang (Dayang Nazillah Awang Astillah), 14, Wani (Syazwani Sapari), 10, Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz), 14, Faisal (Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim), 13, Farhan (Muhammad Fathullah farhan Muhammad Rosdi), 12, dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad),13.

Juara Kamilah Bintang akan menerima hadiah pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia sekeluarga, komputer riba VAIO, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.

Bagi naib juara pula akan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Taman tema Hong Kong bersama keluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.

Manakala tempat ketiga akan membawa hadiah pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura sekeluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.

Anugerah Profima 2010 Hargai Pengiat Belakang Tabir

Posted: 09 Nov 2010 07:54 PM PST

PETALING JAYA: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) akan menganjurkan Majlis Anugerah Profima 2010 (MAP 2010), pada 23 Disember ini di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Majlis Anugerah Profima atau sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Oskar merupakan penganjuran kali pertama di atas nama Profima sejak mula diperkenalkan pada tahun 2002.

Menurut presidennya, Khir Mohd Noor, anugerah ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan pekerja belakang tabir dan pengiat industri filem tanah air.

"Anugerah ini adalah bagi meraikan pencapaian mereka dalam lapangan kerja masing masing.

"Ia akan bermula pada pukul 4 petang dengan gerai pameran penaja berkaitan industri perfileman tanah air," katanya.

Selain itu, MAP 2010 ini juga akan menampilkan anugerah Ikon Profima 2010.

"Anugerah khas ini akan mengiktiraf individu belakang tabir yang bermula dari bawah sehingga berjaya menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam industri sehingga kini," ujarnya.

Sebanyak 51 kategori dipertandingkan dan penglibatan tenaga kerja profesional filem Malaysia khususnya ahli Profima di dalam MAP 2010.

Antara kategori Anugerah Profima 2010 ialah Sinematografi Filem Terbaik, Pengarah Seni Terbaik, Pengurus Produksi Terbaik dan Editor Filem / Drama Terbaik.

Penjurian Anugerah Profima akan bermula pada 1 Disember 2010 selama 7 hari di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Tetamu kehormat bakal hadir pada Anugerah Profima 2010 ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun DR. Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Tarikh akhir bagi setiap penyertaan pada 30 November 2010. Profima mengenakan bayaran RM50 bagi setiap penyertaan. Maklumat lanjut hubungi Urusetia MAP 2010 – Cik Sara di talian 03-4106 0116 / 013-339 3412.

Ntv7 Siar Siri 'Dr Daisaku Ikeda' Sempena Cuti Sekolah

Posted: 09 Nov 2010 07:53 PM PST

PETALING JAYA: Bermula 13 November hingga 25 Disember ini, sebanyak lima anugerah siri animasi terbaik berjudul, "Seperti Aku, Seperti Engkau : Dunia Dalam Hatimu" yang diadaptasi dari cerita kanak-kanak terkenal Dr Daisaku Ikeda akan disiarkan di ntv7, setiap Sabtu, pada pukul 2 petang.

Dr Daisaku Ikeda merupakan pengasas dan Presiden SOKA Gakkai International.

Dr Daisaku Ikeda.

Siri-siri tersebut ialah The Snow Country Prince bahagian 1 ditayangkan pada 13 November, bahagian 2 (20 November) manakala bahagian 3 (27 November).

Sementara The Two Princes (4 Disember), The Princess and the Moon (11 Disember), The Prince and the White Horse (18 Disember), dan The Flower and the Phoenix (25 Disember).

Ini merupakan kali kedua ntv7 bekerjasama dengan Soka Gakkai Malaysia untuk menyiarkan siri ini.

The Flower and the Phoenix.

Ia mendapat respons positif dari kanak-kanak serta ibu bapa serata dunia.

Dengan nilai-nilai moral yang disertakan, siri animasi Dr Ikeda bukan sahaja akan menyentuh hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Ceritanya akan menyampaikan mesej yang penting untuk penontonnya seperti ciri-ciri keberanian, harapan, persahabatan, dan keamanan.

Nilai-nilai seperti kebijaksanaan dan keadilan juga diterjemahkan dalam watak-watak siri animasi ini berserta dengan jalan cerita yang menarik.

Filem-filem animasi ini yang dihasilkan dalam Bahasa Jepun, dialih suara dalam sembilan bahasa dan telah disiarkan di 23 buah negara termasuk Malaysia, Iceland, Panama, Filipina dan Singapura.

Di Malaysia, siri ini dialih suara dalam Bahasa Mandarin dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia.

Astro Naik Taraf Sistem Maklumat Pelanggan

Posted: 09 Nov 2010 07:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Stesen berbayar, Astro sedang mengemaskinikan sistem informasi pelanggan bermula dari 11 hingga 17 November ini.

Menurut jurucakap Astro, para pelanggan digalakkan untuk mengemukakan maklumat berkaitan kepada bahagian khidmat pelanggan sebelum 10 November ini dengan menghubungi talian 1-300-82-3838 atau emelkan kepada wecare@astro.com.my.

Sebagai alternatif lain, para pelanggan juga boleh maklumat melalui laman web www.astro.com.my.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Astro.

Penghijrahan Ramlah Ram

Posted: 09 Nov 2010 07:50 PM PST



Kemunculannya pada separuh akhir Muzik-Muzik 25 malam kelmarin memberi kejutan kepada ramai, terutama peminatnya. Ramlah Ram, penyanyi kecil molek ini tampil dengan imej bertudung ketika menjadi artis undangan pada malam tersebut.

Penghijrahan dalam hidupnya ini membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu 'Ketentuan' lebih yakin untuk meneruskan aktiviti nyanyiannya.

Mengikut jejak rakan artis yang lain seperti Anne Ngasri, Farah AF, Aida Khaleeda, Aishah dan ramai lagi menambahkan warna dalam industri hiburan tanah air. Biarpun masih aktif dalam industri tetapi perubahan mereka sedikit pun tidak mengurangkan aktiviti seni mereka.

Ramlah yang pernah memenangi anugerah Juara Lagu 1988 menerusi lagunya 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' hadir menyanyikan dua buah lagu, 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' dan 'Ketentuan'.

"Sebenarnya sudah lama saya berniat untuk memakai tudung terutamanya apabila melihat orang bertudung, jadi saya bermula secara perlahan-lahan memakai tudung.

"Keputusan yang saya ambil ini bukan atas dorongan mana-mana pihak. Ia lahir daripada hati saya dan saya rasa perkara seperti ini tidak perlulah diheboh-hebohkan, bimbang mengundang salah faham masyarakat.

"Selepas Malam Gala 25 Tahun yang diadakan pada awal Oktober lalu, saya mengambil keputusan untuk benar-benar memakai tudung. Apa yang boleh saya katakan, kini saya rasa lebih selesa dan tenang. Saya juga berharap ia akan berkekalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, dia tidak menganggap imej bertudung akan menghalang dirinya untuk terus aktif dalam bidang seni. Malah fesyen tudung serta baju yang memenuhi tuntutan Muslimah kini mudah didapati.

"Saya tidak rasa jika kita bertudung ia akan menghalang untuk terus aktif di dalam bidang seni. Saya juga rasa peminat sekarang tahu menilai dan boleh menerima.

"Malah, semenjak saya bertudung, rata-rata memberi respons positif dan memberi sokongan padu kepada saya," kata penyanyi yang sudah 25 tahun menceburi bidang seni suara.

Katanya lagi, masih ramai yang tidak menyedari dirinya sudah bertudung dan pada malam Separuh Muzik-Muzik kelmarin, kebanyakan artis yang berjumpa dengannya pada sesi raptai turut tidak menyedari dia sudah bertudung.

"Ketika saya bersalam dengan beberapa artis seperti Adibah Nor dan Shahir, mereka seperti tidak mengenali saya. Apabila saya sudah duduk, baru mereka perasan saya adalah Ramlah Ram," katanya sambil tertawa.



Tampil single terbaru

Bukan hanya berimej baru, malah artis kelahiran Johor ini turut tampil dengan single terbarunya yang berjudul Cinta Gila. Lagu ciptaan Ziemie ini bakal diperdengarkan dalam masa terdekat ini.

"Saya harap peminat dapat menerima lagu ini. Saya tak akan lari daripada konsep sebelum ini. Dalam masa yang sama saya sedang mengumpul bahan untuk lagu seterusnya," katanya lagi.

Masih berminat untuk menerbitkan album, namun menurut Ramlah, tidak mahu terburu-buru kerana perlu memilih lagu yang benar-benar sesuai.

"Siapa yang tak mahu terbit album. Cuma buat masa ini, saya hanya akan melahirkan single," katanya yang kini selesa hidup sendirian selepas bercerai tahun lalu.

Pierre Andre kembali bersama MMP

Posted: 09 Nov 2010 07:49 PM PST



Kehadirannya ke persada seni mendapat respons yang positif. Bermula sebagai pelakon, dia kemudian mengorak langkah sebagai penulis skrip, seterusnya ke bidang pengarahan. Pemilik nama Pierre Andre ini semakin meniti di bibir penggiat seni tempatan.

Tidak banyak kontroversi yang melibatkan anak bujang pelakon Khatijah Tan ini, namun paling memeritkan dirinya apabila dikaitkan bercinta dengan gadis dari alam maya. Lupakan kisah derita bagi Pierre.

Katanya segala 'kesakitan' itu mahu diluputkan daripada ingatannya.

Setelah hampir dua tahun mendiamkan diri, Pierre kembali ke pentas seni dengan penuh strategi. Terbaru, Pierre dikatakan menandatangani kontrak bersama pihak pengurusan lamanya, Metrowealth Movies Productions (MMP) milik David Teo. Bukan satu tetapi Pierre dikatakan telah menandatangani 10 buah filem bersama MMP.

"Memang betul, saya sudah menandatangani kontrak 10 buah filem bersama mereka. Saya amat berterima kasih kepada David Teo kerana masih memberi kepercayaan kepada saya.

"Walaupun saya mempunyai kisah silam bersama mereka, rupa-rupanya masih ada ruang untuk saya.

"Dibukakan ruang buat kali kedua, saya akan memberikan komitmen dan akan buat yang terbaik. Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

"Ruang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk terus berkarya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.

Pierre yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya Tiramisu bersama aktres Sharifah Amani memberitahu akan memulakan tugas bersama MMP bermula tahun 2011.

Katanya lagi, walaupun 10 buah filem, namun ia bukanlah bermakna perlu disiapkan dalam tempoh setahun.

"Kontak ini bergantung pada diri saya juga. Sekiranya saya boleh berkarya lebih daripada 4 buah filem setahun, mungkin kerjasama saya bersama MMP hanya memakan masa kurang tiga tahun.

"Bukan sahaja peluang 10 buah filem, tetapi saya juga gembira pihak pengurusan MMP tidak memberi had kepada saya untuk menyiapkannya.

"Saya diberi kelonggaran untuk mengambil masa bagi menyiapkan satu-satu projek. Tambahan saya perlu lebih memberi penelitian kepada setiap hasil kerja saya agar ia memberi kepuasan kepada semua," kata penulis skrip filem Congkak ini.



Kurangkan berlakon

Jejaka yang pernah dikaitkan bercinta dengan aktres jelita, Julia Ziegler ini turut menambah akan mengurangkan aktiviti lakonan bermula tahun hadapan.

"Memandangkan saya akan sibuk di lokasi sebagai pengarah, jadi saya ambil keputusan untuk menyekat diri saya daripada terus mengambil sebarang tawaran berlakon. Saya akan memberi sepenuh perhatian terhadap pengarahan.

"Lagi pula, saya tidak boleh membuat kerja dalam satu masa. Tapi, kalau skrip dan arahan saya sendiri, tak jadi masalah. Takut nanti tak terbawa pula dan hasilnya tidak memuaskan.

"Jadi, untuk tidak memeningkan kepala, ada lebih elok saya tidak menerima apa-apa tawaran," katanya lagi.



David Teo beri peluang Pierre betulkan kesilapan

Sementara itu penerbit MMP, David Teo ketika dihubungi berkata, kontrak 10 buah filem yang diberikan kepada Pierre merupakan pembuka ruang kepada pelakon itu.

Menurut David, walaupun ada sejarah hitam yang ditinggalkan oleh Pierre suatu ketika dahulu, ia sedikit pun tidak menakutkan David, malah percaya Pierre sudah berubah.

"Saya yakin dengan Pierre selepas dia datang dan mengakui kesilapannya sebelum ini. Jadi, saya berikan peluang ini untuknya. Tidak timbul soal jumlah filem kerana Pierre ada bakat.

"Sedangkan pengarah muda yang tidak ada pengalaman, saya beri mereka 5 buah filem. Manusia memang sentiasa berubah. Jangan kata kalau dah tandatangan kontrak, mereka tidak akan buat hal.

"Tapi bagi saya, Pierre sudah mengakui kesilapannya dan bersedia untuk berubah. Kalau tidak diberikan peluang kepada Pierre, bermakna industri perfileman tidak akan maju. Pierre ada bakat, jadi jangan kerana perkara lama, bakatnya disia-siakan," katanya.

Tambah David lagi, dia percaya dengan kematangan Pierre itu, tidak akan berlaku lagi perkara seperti sebelum ini.

"Saya sudah anggap Pierre macam anak saya sendiri. Saya akan sentiasa menegur dan membimbing dia agar dia tidak lagi membuat kesilapan yang boleh memakan dirinya," katanya.

Pemuda amal ilmu salah tetak ibu

Posted: 09 Nov 2010 07:46 PM PST



PEKAN – Seorang anak tergamak menetak kepala ibunya sehingga maut selepas dipercayai terpengaruh dengan buku mengenai makhluk halus yang sering dibaca sejak sebulan lalu.

Mangsa, Che Wa Isa, 57, maut ditetak anak lelakinya ketika sedang mengangkat kain di beranda selepas pulang dari kedai runcit miliknya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya, di Felda Chini Timur 1.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, suspek lelaki berusia 23 tahun itu menetak bahagian belakang kepala ibunya dengan sebilah kapak besi yang digunakan untuk pemotong kelapa sawit.

Ketua Polis Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, tetakan itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala sebelum dibawa ke Klinik Desa berhampiran.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus sampai di klinik dan mayat dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat jam 9 pagi semalam.

"Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, suspek dipercayai menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya kerana mendakwa ibunya itu telah lama mati.

"Suspek juga mendakwa dirinya adalah toyol dan sanggup membunuh ibunya yang dikatakan hanya jasad yang dihantui oleh saka dan santau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Yahaya berkata, suspek yang menjalani ujian air kencing dan disahkan positif ganja kini ditahan reman selama seminggu dan kes berkenaan sedang disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

Penganggur tetak ibu guna kapak

Posted: 09 Nov 2010 07:45 PM PST


Halim Ismail (kiri) mengangkat jenazah isterinya untuk dibawa pulang ke Felda Chini Timur 1 selepas prosedur bedah siasat di Hospital Pekan semalam.


PEKAN – Seorang wanita maut selepas cedera parah di kepala akibat ditetak oleh anak lelakinya menggunakan kapak di Felda Chini Timur 1 di sini pukul 10.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat tetakan tersebut.

Yahaya berkata, polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun ketika dia sedang bersembunyi di dalam sebuah reban ayam yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Dia ditahan sejam selepas kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menetak kepala ibunya menggunakan kapak besi yang biasanya digunakan untuk memotong buah kelapa sawit.

"Tetakan menyebabkan pendarahan teruk di kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Pekan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Strategi guna pelanggan misteri

Posted: 09 Nov 2010 07:44 PM PST


BUKAN semua orang yang mengunjungi bank adalah pelanggan tulen, malah ada di antara mereka merupakan pegawai BNM yang menyamar untuk mengesan salah laku bank. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengamalkan kaedah menghantar para pegawai mereka untuk menyamar sebagai pelanggan misteri bagi mengesan dan bertindak ke atas salah laku kakitangan bank terhadap pelanggan mereka.

Jika wujud unsur yang meragukan, pihak pengurusan bank itu akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, tindakan seumpama itu terpaksa dilakukan kerana pihaknya masih belum berpuas hati dengan prestasi keseluruhan institusi perbankan di negara ini.

"Selain menghantar 'pelanggan misteri', kami juga akan memantau prestasi unit aduan sesebuah bank.

"Jika aduan terhadap bank terbabit terlalu banyak, kita akan panggil mereka untuk beri penjelasan,'' katanya kepada Kosmo!.

Lesen bas dua syarikat dibatal

Posted: 09 Nov 2010 07:42 PM PST


SEMUA bas Ekspres Delima tidak lagi dibenarkan beroperasi selepas lesennya ditarik balik ekoran nahas yang mengorbankan 13 orang penumpang bulan lalu.


KUALA LUMPUR - Lesen operasi kesemua 11 bas ekspres milik syarikat Kuala Lumpur-Malacca Express Sdn. Bhd. (SKLME) dan sebanyak 99 lesen bas sewa khas milik syarikat Taipan Suria Sdn. Bhd. (Taipan Suria) dibatalkan serta-merta semalam ekoran dua nahas yang mengorbankan 20 nyawa bulan lalu.

Serentak dengan pembatalan lesen itu, semua operasi kedua-dua syarikat tersebut juga dihentikan dan jika ingkar, tindakan sita premis akan dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang mengadakan pertemuan kelmarin.

Pesakit semakin kurang, pendapatan doktor merosot

Posted: 09 Nov 2010 07:41 PM PST

KUALA LUMPUR - Pengamal perubatan am yang pernah dianggap sebagai golongan profesional berpendapatan tinggi di negara ini kini merosot pendapatan berikutan jumlah pesakit yang semakin berkurangan, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Rencana pengarang terbaru buletin terbitan persatuan itu berkata, trend tersebut membimbangkan kerana profesion itu mungkin pupus satu masa nanti hingga para pesakit menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan.

Rencana pengarang itu berkata, pengamal perubatan am di Malaysia merupakan amalan pilihan yang laris dan banyak doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai sektor swasta sebaik sahaja perkhidmatan wajib mereka selesai.

"Seorang pengamal perubatan am terkenal di Lembah Klang boleh melihat lebih daripada 150 pesakit sehari semasa waktu yang baik tetapi sekarang ia menurun kepada kira-kira 20 orang,'' katanya.

BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

Posted: 09 Nov 2010 07:40 PM PST


KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.


LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Saerah nikah senyap-senyap

Posted: 09 Nov 2010 07:39 PM PST

KUALA LUMPUR - Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.


SAERAH bersama suami yang kini tersebar dalam laman sosial Facebook.


Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.

"Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang.

"Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Getah naik harga, pekebun raih RM4,000 sebulan

Posted: 09 Nov 2010 07:38 PM PST

KUALA LUMPUR - Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara kelmarin membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram itu menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, peningkatan harga itu begitu memberangsangkan serta melonjak dengan begitu cepat berbanding harga pasaran empat bulan yang lalu iaitu kira-kira RM10 sekilogram.

"Antara harga komoditi yang stabil harganya yang kita dapat lihat adalah industri getah dan saya yakin harga getah ini akan terus melonjak naik.

"Peningkatan ini juga dapat menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara sekali gus dapat membantu kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Hari Inovasi dan Anugerah Kualiti RISDA 2010 di Ibu Pejabat RISDA di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hasan.

Menurut Shafie, program tanam semula RISDA dengan peruntukan sebanyak RM217 juta pada tahun ini untuk kawasan seluas 131,528 hektar membabitkan 52,000 orang pekebun kecil getah.

Kata beliau, sehingga September lalu, seluas 96,215 hektar atau 73 peratus program berkenaan sudah dilaksanakan.

Dituduh bunuh remaja OKU

Posted: 09 Nov 2010 07:38 PM PST


ELIZABETH sedih ketika hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang pekerja di pusat kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang remaja kelainan upaya (OKU) dua minggu lalu.

Tertuduh S. Tirupathi, 26, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Ibu kepada mangsa autisme terbabit, Elizabeth Chin, 50, yang hadir semasa prosiding menangis teresak-esak ketika pertuduhan itu dibacakan terhadap tertuduh hingga memaksa ahli keluarga yang lain untuk menenteramkannya.

Mengikut pertuduhan, Tirupathi didakwa membunuh Brian Goh Kah Heng, 19, di alamat No. 38, Jalan 18/19, Taman Kanagapuram, di sini, antara pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi pada 24 Oktober 2010.

UiTM perkenal program untuk pelajar lemah

Posted: 09 Nov 2010 07:36 PM PST


MOHAMED KHALED (tiga dari kiri) melawat Galeri Inovasi dan Kreativiti UiTM selepas merasmikannya di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan satu program pengajian diploma dua trek khusus untuk pelajar yang lemah dalam bidang akademik sehingga menghadapi masalah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, program itu memberi peluang kepada pelajar kursus berasaskan teknologi yang memperoleh nilai gred mata (GPA) rendah untuk menghadiri kelas-kelas praktikal yang disediakan pihak industri.

Katanya, pemilihan akan dibuat berdasarkan keputusan GPA yang diperoleh pada semester ketiga pengajian.

"Kita akan tentukan tahap pencapaian akademik pelajar pada semester ketiga dan jika GPA berada di tahap rendah, maka pelajar itu digalakkan untuk memberi perhatian dalam bidang keusahawanan dan latihan praktikal di industri.

Ashton pembawa tuah

Posted: 09 Nov 2010 07:35 PM PST




BAHAGIA kini menerkam jiwa supermodel Malaysia, Amber Chia bersama suaminya Adrian Wong apabila buah cinta mereka, Ashton Wong selamat dilahirkan pada 28 September lalu. Kini, setelah genap sebulan usia Ashton, dia diraikan dalam parti bulan penuh yang merupakan adat kaum Cina menyambut kelahiran bayi.

Dalam parti yang ditaja oleh S2 Slimming yang berlangsung di Hotel Sheraton Imperial, Ashton yang menjadi tumpuan utama dilihat tidak banyak meragam meskipun didukung ke hulu-hilir dan lensa kamera tidak henti merakam momen pertamanya muncul di khalayak.

Ashton juga dilihat mempunyai bakat seperti ibunya apabila bijak memberikan gaya di hadapan kamera meskipun baru berusia sebulan.

"Dia memang suka berada depan kamera dan pandai bergaya. Saya sendiri pun terkejut dan tidak sangka kerana dia masih terlalu kecil. Biasanya dia hanya akan tutup mata, tetapi hari ini bila depan kamera pandai pula dia buka mata dan tidak menangis" jelas Amber sambil tersenyum.

Bercerita lebih lanjut mengenai Ashton, kata Amber nama Ashton dipilih olehnya dan suaminya berdasarkan karakter anak sulungnya itu.

"Sebelum beri nama, saya lihat karakternya dulu, suami saya mempunyai senarai nama pilihannya yang agak panjang tetapi Ashton paling sesuai, tambahan pula nama Ashton jarang digunakan di Malaysia, jadi ia nama yang unik. Ashton sesuai dengan kami kerana nama saya dan Andrian bermula daripada huruf A, jadi selepas ini kalau dapat anak lagi saya akan letak nama yang bermula daripada huruf A juga," tuturnya.




Tambah Amber, sejak bergelar ibu kehidupannya bertukar sebanyak 360 darjah. Dia juga semakin matang dan banyak berubah sejak kelahiran Ashton. Jika dulu kerja menjadi keutamaannya, kini anaknya menjadi cinta nombor satu Amber.

Sebelum ini, Amber tidak biasa melakukan tugas-tugas ibu, kini dia mengakui telah menjadi seorang ibu profesional. Sebut apa sahaja barangan dan perkara berkaitan bayi semuanya disimpan kemas dalam mindanya. Selain banyak membaca, Amber juga sering dinasihati oleh orang sekeliling terutama keluarga dalam hal penjagaan bayi.

"Selepas bersalin secara automatik saya berubah, saya rasa semua wanita yang bergelar ibu akan melalui pengalaman yang sama. Dulu saya tidak pandai jaga bayi, mahu tukar lampin bayi pun saya tidak biasa. Sekarang saya suka melakukan semua rutin kerja itu dan segala kerja menjaga Ashton dibahagikan bersama suami saya," tuturnya.

Selain itu, dia kini terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kerja lewat malam atau kerja di luar negara yang mengambil masa yang lama sementelah anaknya menyusu badan. Dia masih Amber yang dulu, seorang yang gila pada kerja tetapi fikirannya sentiasa melayang teringatkan anak kecilnya di rumah.

"Saya sudah mula bekerja tetapi tidak boleh sesibuk dulu. Jika sebelum ini saya boleh melepak dengan rakan-rakan sampai lewat malam, sekarang saya ada anak yang harus dijaga dan diberi susu. Sekarang anak saya kecil lagi, tunggu usianya mencecah setahun lebih baru saya boleh melakukan kerja di luar negara seperti dulu, buat masa ini kalau ada kerja memerlukan saya terbang ke mana-mana saya akan pastikan saya balik ke Malaysia pada hari itu juga.

"Masalahnya saya sendiri yang tidak sanggup berpisah lama dengannya kerana rasa rindu ketika kerja. Jadi, masa saya agak terhad, ada masanya saya harus menolak tawaran fotografi atau kerja sebab mahu cepat balik rumah. Saya harap semua pihak memahami keadaan saya," ucapnya.

Ujar model kelahiran Ipoh, Perak yang membesar di Tawau, Sabah itu, dia merancang untuk menyusukan anaknya selama dua tahun sebelum memberi sebarang susu formula. Justeru, ke mana sahaja dia pergi, dia akan membawa satu set botol susu untuknya mengepam susu meskipun ketika sibuk bekerja.


RUMAH TANGGA yang dibina Amber dan Adrian kini disempurnakan lagi dengan kelahiran anak sulung mereka, Ashton.


"Bila jadi ibu, tangggungjawabnya sangat besar, saya sibuk dan letih tetapi tidak boleh abaikan anak saya. Ada dalam satu acara, saya terpaksa duduk dalam tandas selama satu jam untuk mengepam susu dan menyimpannya untuk diberi kepada Ashton.

"Pengalaman menjadi ibu memang sungguh menyeronokkan, walaupun baru sebulan, saya sudah mula seronok dan biasa dengan tugas seorang ibu. Saya mahu tambah anak lagi sebelum usia 30 tahun, kalau boleh mahu anak perempuan pula," katanya yang kini berusia 28 tahun.

Duta produk

Walaupun usianya baru sebulan, nampaknya Ashton sudah mula meraih pendapatannya sendiri apabila banyak pihak berminat untuk mengambilnya bersama Amber sebagai duta produk mereka.

Kini, Amber dan Ashton secara rasmi menjadi duta rangkaian produk bayi, Philips Avent dan beberapa produk lain. Malah, sehingga kini, dia masih menerima panggilan daripada beberapa buah syarikat yang berminat untuk mengambil mereka berdua sebagai duta.

"Ashton sangat bertuah dan tuah kami berdua. Lihatlah, walaupun baru sebulan dia sudah mula buat duit sendiri, bila usianya tiga bulan dia akan mula 'bekerja' apabila sesi penggambaran untuk produk Philips Avent akan dijalankan.

"Sejak dia lahir, banyak barangan dia adalah ditaja, daripada baju sehingga ke lampin pakai buang, kecuali susu kerana dia menyusu badan. Sebelum ada anak, tiada siapa yang berminat untuk ambil saya sebagai duta produk bayi dan ibu. Kelahirannya memang satu rezeki buat kami sekeluarga.


AMBER tidak kisah mengenai jenis karier yang bakal dipilih oleh anak sulungnya ini.


"Dia tidak susah dijaga, malah sudah pandai 'menyara' dirinya sendiri. Sehingga kini, saya masih dalam proses perbincangan menjadi duta dengan beberapa buah produk lain," tuturnya.

Apabila ditanya tentang masa depan anaknya, baik Amber mahupun Adrian, masing-masing menyerahkan kepada Ashton membuat pilihan masa depannya sendiri. Sebagai ibu bapa, Amber dan Adrian akan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Ashton kelak.

"Saya tidak kisah dia ingin bekerja dalam bidang apa pun bila dia dewasa nanti. Kalau dia berminat pada dunia hiburan dan peragaan seperti saya, sudah pasti saya dengan berbesar hati menyokong pilihannya.

"Jika dia mahu jadi ahli perniagaan seperti bapanya, saya juga sokong. Tidak kisahlah, apa sahaja yang ingin dia pelajari kami tidak akan membantah dan akan memberi panduan. Bagi saya apa yang paling penting adalah minat, tidak guna memaksanya melakukan sesuatu perkara yang dia tidak minat," luahnya.

Kanye dakwa cetus populariti Taylor

Posted: 09 Nov 2010 07:34 PM PST


KANYE WEST berharap peminat muzik menerima kemunculan semula dirinya selepas kontroversi yang dicetuskannya pada VMA Awards pada tahun 2007 sehingga memalukan Taylor Swift yang kini antara penyanyi paling popular di dunia.


SELEPAS lima tahun tiada sebarang album muzik yang berjaya mencecah tahap jualan 1 juta unit dalam tempoh seminggu di pasaran, nampaknya pada tahun ini penyanyi jelita, Taylor Swift berjaya melakar sejarah.

Album terbaru penyanyi country-pop yang berjudul, Speak Now itu berjaya terjual mencecah 1.047 juta unit pada minggu pertama ia berada di pasaran yang berakhir pada tarikh 31 Oktober lalu.

Ia merupakan jualan album terlaris sejak album rapper 50 Cent, The Massacre terjual sebanyak 1.141 juta unit dalam tempoh masa yang sama pada 2005.

Album ketiga Taylor, 20, yang turut meraih kritikan positif pengkritik muzik itu juga mencatat sejarah sebagai album kedua terlaris pada minggu pertama berada di pasaran bagi album country sejak tahun 1991.

"Sungguh, saya tidak percaya. Terima kasih kepada peminat saya di luar sana yang menjadikan ia suatu realiti," ulas Taylor menerusi Twitter.

Pencapaian album terbaru Taylor itu dilihat sebagai kejayaan hasil kerja keras promosi album tersebut di sebalik kejatuhan merudum jualan album selepas pasaran album di seluruh dunia dikuasai lanun cetak rompak.

Taylor memenangi empat Anugerah Grammy pada tahun ini hasil daripada album keduanya, Fearless yang merupakan album terlaris 2009.

Menerusi album Speak Now, dia mendendangkan lagu-lagu yang menyentuh mengenai pengalamannya yang dilaluinya bersama beberapa selebriti lain termasuk John Mayer, Joe Jonas, rapper Kanye West serta bintang Twilight, Taylor Lautner. Mayer, Jonas dan Lautner antara lelaki yang pernah menjalinkan percintaan dengan Taylor.

Kanye dan Taylor pula pernah terbabit dalam kontroversi di pentas majlis Video Music Awards 2007 apabila Kanye meluru dan merampas trofi serta mikrofon yang dipegang Taylor sejurus Taylor mahu membuat ucapan ekoran kemenangannya untuk kategori Video Penyanyi Wanita Terbaik.

Dalam pada itu, Kanye West dalam kenyataan terbarunya mendakwa kontroversi yang dibikinnya di pentas VMA 2007 itulah yang telah menyebabkan Taylor semakin bertambah popular sekarang ini.

"Saya berasa simpati terhadapnya yang terpaksa melalui momen pada VMA yang sebenarnya telah menyebabkan dia berpeluang menjadi penghias muka depan menerusi sejuta majalah dan menjadi artis paling popular di dunia. Momen itu merupakan suatu pengalaman pahit buatnya, dan saya berasa bersalah kerana menjadi pencetusnya," ujarnya.

Biarpun meminta maaf kepada Taylor, namun Kanye menegaskan gangguan di pentas majlis anugerah sentiasa berlaku.

"Saya ada berjumpa Taylor dan berkata kepadanya, "Apa perasaan anda?" dan saya mohon maaf kerana bersikap kurang ajar di pentas VMA 2007. Saya menghalang dia membuat ucapan, tetapi bukankah muzik (sebagai isyarat untuk memendekkan ucapan kemenangan) juga sentiasa menghalang pemenang anugerah daripada meneruskan ucapan?" tegas Kanye.

Penyanyi berusia 33 tahun yang tidak aktif menyanyi selepas dikecam ramai berikutan insiden tersebut mengakui dia kini menaruh harapan untuk kembali aktif.

"Secara peribadinya, saya berada dalam keadaan yang lebih baik sekarang ini. Saya cuba memperbaiki imej saya pada mata masyarakat dan diri sebagai artis yang menjadi tumpuan mereka," ujarnya.

Ramlah kini bertudung

Posted: 09 Nov 2010 07:33 PM PST


SUDAH lama memendam hasrat untuk berhijrah imej, Ramlah berazam untuk mengekalkan imej barunya ini.


DULU lain sekarang lain. Penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu, Ramlah Ram sebelum ini pernah tampil dengan imej berambut pendek dan pelbagai gaya rambut.

Namun ketika membuat kemunculan sebagai artis jemputan pada acara Muzik-Muzik Separuh Akhir yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin lalu, Ramlah tampil dengan imej bertudung.

Ramlah yang sebelum ini yang mendapat liputan meluas berikutan perceraiannya setelah 10 tahun berkahwin, kelihatan tenang tatkala ditemui untuk menjelaskan mengenai perubahan imej itu.

Menurut Ramlah, dia sudah lama berminat untuk bertudung tetapi baru sekarang dia mampu melunaskan hasratnya itu.

"Masa untuk saya bertudung sudah sampai dan ini merupakan satu penghijrahan ke arah imej yang lebih baik dan mungkin sesuai dengan lagu-lagu yang saya bawakan," beritahunya.

Tambah Ramlah, keluarganya tidak pernah memaksa dirinya untuk memakai tudung dan majoriti peminatnya menerima dengan terbuka imej barunya itu.


RAMLAH RAM bersama Ogy Ahmad Daud pada konsert Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram baru-baru ini.


"Saya mula pakai tudung selepas konsert Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober lalu. Sejak pakai tudung ini ramai juga rakan-rakan yang tidak perasan pada mulanya," ujarnya.

Jelasnya lagi, dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang impak seandainya ada kemungkinan penganjur menarik balik tawaran nyanyian untuknya kerana dia telah bertudung.

"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti itu. Insya-Allah saya akan kekalkan imej begini.

"Saya bersyukur sangat kerana Allah banyak memberi saya rezeki selama ini dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya," jelasnya yang turut popular dengan lagu Ketentuan.

Penyanyi berusia 43 tahun itu juga kini sudah mula mengumpulkan koleksi tudung-tudung.

"Ketika membuat persembahan saya harus membuat penampilan yang sesuai dengan lagu. Lagipun pada masa sekarang ini banyak fesyen tudung yang boleh digayakan. Itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting imej ini saya akan kekalkan," ujarnya.

Obama ucap assalamualaikum

Posted: 09 Nov 2010 07:33 PM PST


BARACK OBAMA (tengah) dan Michelle Obama (di belakangnya) berdiri tegak dalam majlis meraikan kedatangan mereka di Istana Merdeka, Jakarta semalam.


JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Jakarta semalam untuk melakukan lawatan dengan sasaran bagi meningkatkan hubungan perdagangan dan keselamatan dengan Indonesia mengucapkan assalamualaikum serta terima kasih semasa bercakap di depan wartawan di Istana Merdeka.

Dalam ucapan itu, Obama banyak memberikan sokongan terhadap Indonesia, antaranya dalam usaha-usaha memerangi rasuah dan keganasan.

Semasa berucap, Obama sempat mengimbas kemajuan di Indonesia dengan menyatakan semasa beliau kecil, cuma terdapat sebuah bangunan yang tinggi tetapi kini bilangannya semakin bertambah.

Beliau turut menyentuh mengenai hubungan perdagangan antara Indonesia dan Amerika Syarikat, pelaburan serta kerjasama bilateral termasuk dalam bidang ekonomi atau sosial.

Jakarta merupakan tempat tinggal Obama semasa zaman kanak-kanak pada 1960-an.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan barisan anggota Kabinetnya menyambut ketibaan Obama dan isterinya, Michelle di Istana Merdeka.

Setelah berkenalan dengan para menteri, Obama dan Michelle bergambar dengan Susilo dan isterinya, Ani Yudhoyono.

Obama kemudian bercakap dalam bahasa Indonesia. "Apa khabar? Selamat sore.'' Semasa bergambar pula Obama memegang tangan Susilo.

Kira-kira 15,000 anggota polis dan tentera dikerah untuk mengawal ketenteraman semasa lawatan Obama di Indonesia.

Obama tiba di Jakarta dengan menggunakan pesawat rasmi Air Force One dari India. Lawatan itu yang dilihat oleh Obama sebagai satu destinasi penting untuk pelbagai sebab strategik dan peribadi telah ditangguhkan dua kali.

Menurut White House, lawatan itu mungkin dipendekkan kerana letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa yang meletus sejak 26 Oktober lalu.

Gempa bumi dekat Gunung Merapi

Posted: 09 Nov 2010 07:32 PM PST


BEBERAPA anggota tentera mengangkat mayat mangsa Gunung Merapi di Kampung Ngepringan, Sleman semalam.


YOGYAKARTA - Gunung Merapi di Pulau Jawa menghamburkan asap semalam semasa angka kematian akibat letusannya meningkat kepada 151 orang.

Kira-kira 320,000 orang tinggal di dalam kawasan perlindungan sementara yang padat dengan mangsa selepas mereka diarahkan untuk meninggalkan zon bahaya di sekitar gunung tersebut.

Gunung Merapi itu meletus pada 26 Oktober lalu buat kali pertama.

Gas panas dan serpihan batu Gunung Merapi menyebabkan sejumlah orang terbunuh semasa mereka sedang tidur pada Jumaat lalu.

Sementara itu, gempa bumi sekuat 5.4 pada skala Richter yang berpusat 94 kilometer dari bandar ini pada tengah hari semalam mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.

Gempa bumi itu mencetuskan memori kejadian gempa bumi besar yang melanda Yogyakarta pada 2006 yang menyebabkan 5,782 orang terbunuh namun setakat ini tidak ada laporan mengenai kecederaan dan kematian.

"Ibu bapa dan saya berlari keluar dari rumah. Saya berasa takut kerana saya masih trauma dengan gempa bumi besar yang berlaku di sini pada 2006," kata seorang penduduk, Deru Waskita, 33.

Agensi Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan pusat gempa bumi itu 94 kilometer ke barat daya bandar Yogyakarta.

Bandar Yogyakarta ketika ini diliputi debu Gunung Merapi yang meletus.

Seorang ahli vulkanologi pemerintah, Surono menyatakan, Gunung Merapi masih mengeluarkan awan panas semalam tetapi tidak sekuat seperti hari sebelumnya.

"Kekuatan letusan semakin berkurangan sejak kelmarin tetapi aktiviti gunung itu masih lagi tinggi. Status gunung itu masih berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya.

Seorang jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho menafikan khabar angin bahawa sejumlah orang sedang meninggalkan bandar Yogyakarta yang terletak 26 kilometer ke selatan Gunung Merapi.

"Kami belum melihat sejumlah orang meninggalkan bandar Yogyakarta setakat ini," katanya.

Setakat ini, negara itu turut menghadapi kesan akibat tsunami yang melanda kampung-kampung di Kepulauan Mentawai, di perairan Sumatera pada 25 Oktober lalu yang menyebabkan lebih 400 orang terbunuh.

Penerbangan ke Jakarta kembali seperti biasa kelmarin tetapi debu Gunung Merapi menyebabkan lapangan terbang di Yogyakarta masih ditutup termasuk candi Borobudur.

Penjaga candi Borobudur, Iskandar berkata, terdapat kebimbangan bahawa debu Gunung Merapi akan merosakkan candi yang dibina pada abad ke-9 itu.

Candi itu terletak 40 kilometer ke barat daya Gunung Merapi.