Adsense

Selasa, 5 Oktober 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Close-up) Awal & Lisa Surihani Hos Rancangan Realiti Mari Menari

Posted: 05 Oct 2010 09:51 PM PDT

12 pasangan bakal berentap untuk memenangi sebuah kondominium The Haven yang bernilai RM358 000 bertempat di Ipoh di dalam rancangan realiti terbitan Astro berjudul, Mari Menari. Agak berlainan daripada konsep Sehati Berdansa, Mari Menari tidak menerima pasangan artis sebagai peserta, sebalik'nya rancangan ini bakal menonjolkan sepuluh pasangan suami isteri, sepasang anak & bapa dan juga sepasang adik beradik yang datang'nya daripada segenap tanah air.

Kebolehan dan bakat seni tari yang terpendam dalam diri setiap peserta akan diuji dengan pelbagai cabaran yang telah disusun selama sepuluh minggu bersiaran. Setiap pasangan peserta menerima seorang jurulatih profesional yang akan menunjuk ajar cara tarian yang betul dan menarik sebagai tatapan penonton. Format undian SMS masih menjadi pilihan pertama di mana 50% markah datang'nya daripada penonton, manakala 50% lagi datang'nya daripada juri profesional.

Oh ya, juara Sehati Berdansa musim kedua, Lisdawati telah dilantik sebagai penasihat utuk peserta dengan memberi pandangan mengenai tarian, cara menarik hati penonton dan sebagai'nya. Turut serta sama, Erra Fazira, Ferhad & Zulhuzaimy yang akan melakukan tugas yang sama.

Dalam Mari Menari, Awal Ashaari telah digandingkan bersama Lisa Surihani sebagai hos rancangan realiti ini. Secara jujur'nya, kami masih ragu-ragu dengan kemampuan Lisa mengacarakan program realiti sebegini. Namun, berdasarkan pemerhatian kami di majlis pelancaran tempoh hari, Lisa tampak selesa dan berkeyakinan disamping Awal Ashaari,  good luck!

Mari Menari akan live keudara pada 16 dan 17 Oktober ini jam 9.00 malam. Anda bakal dihidangkan dengan program mingguan seperti Langkah Mari Menari, sesi latihan dan rakaman sebalik tabir, dan sebagai'nya. Lagi gambar Lisa Surihani selepas ini

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Komanwel India 2010 : Kejutan Budaya Intan Suraya Dengan Sukan Angkat Berat

Posted: 05 Oct 2010 11:48 AM PDT

Lama tiada kedengaran cerita mengenai Intan Suraya, malah kami tidak tahu apa perkembangan'nya yang terkini. Senang cerita, memang tak port langsung. Namun, saban hari anda ditadahkan dengan cerita berulang daripada selebriti yang sama pun boleh mendatangkan kebosanan melampau, so kita highlight sedikit selebriti lain.

Sebentar tadi kami berehat sebentar di laman Twitter menanti update-update terbaru daripada para selebriti. Antara yang menarik, Intan Suraya menonton acara angkat berat ketika berlangsung'nya Sukan Komanwel 2010 di India, dan ada perkara yang mengejutkan'nya. Jeng jeng jeng

Dia dah kahwin ke belum ha? Ha ha, get the jokes?

p/s : She likes big thing, really big.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Sensasi

Sensasi


Video Miming Cikgu Shida Waka Waka Ey ey...ada yang tak suka...ada juga yang suka

Posted: 05 Oct 2010 06:38 PM PDT

Okeylah bagi mereka yang ada facebook pasti dah pernah terengar atau tgk Video Miming Cikgu Shida nie..

Nie la Hobi cikgu shida semasa lapang,rekod Video Mimimg lagu-lagu pilihan sambil membuat aksi2 yang kelakar..hehe..

Lokasi pastinya didalam bilik tidur Cikgu shida sendiri...

Ramai yang kurang senang dengan ke-sportingan Cikgu shida membuat aksi2 yang kelakar dan ada yang melabelkan sebagai memalukan...

Kesian Cikgu Shida...kemungkinan Miming Waka waka adalah yang terakhir darinya...tapi mungkin tidak...aha.. :P

nie petikan dari status Facebook Teacher Shida

TIADA LAGI VIDEO-VIDEO MIMING DARIPADA TeacherShida KERANA dia AMAT KECEWA KERANA DITUDUH MEMALUKAN PROFESION PERGURUAN, TAMBAH MENGECEWAKAN KERANA IANYA DATANG DARI GURU-GURU SENDIRI.

bagi Sensasi la,masa mula2 tgk tue mcm ish,tak senonoh pun ader,tp bila pikir2 balik,mcm funny,fun,entertaining...

She's a very sporting teacher,yang meralisasikan minatnya dalam bidang hiburan dgn caranya yang tersendiri...Ramai dikalangan kita yang lebih suka mencemuh dan melihat secara negatif semata2...

Kalau kita tgk bangsa lain...cthnye si Namawee yang sensasi rasa hampeh tue...fames dgn karya kontroversi dulu "Negara ku ku".karya2nya itu tidak dikutuk dicemuh bangsanya,malah mereka memberi sokongan kepadanya...

apa yg sensasi cuba sampaikan is,janganlah bersikap menghukum dan negatif sgt...sifat negatif menyekat dan menghalang seseorng utk maju...

Cikgu Shida nie,kira very sporting dan confidence dgn diri sendiri ...Sensai dulu pernah ada cikgu jenis yang sporting mcm nie...best sbnarnye,cikgu yg sporting,anak-anak murid pun jadi minat dan ceria dgn gelagat cikgu...

Lainla situasinya kalau cikgu tue kat skolah garang,x sporting,kolot...tetiba ada video mcm nie,mesti rasa mcm,,eee gediknye cikgu nie...kekekek

Apa-apa pun,masing2 ada persepsi masing2 ...ada yang suka..ada yang tak suka...

Semoga terhibur...




ada lagi satu Video Cikgu Shida yang funny
klik link utk tgk..sbb dia cume leh tgk dlm youtube saja..

MIMING Yank (Wali Band)

Video kelakar: Dont trust Profile Picture

Posted: 05 Oct 2010 05:54 PM PDT



Haha,funny...

Rita dedahkan kembar suaminya (kekasih Ayu Raudhah) pernah cuba rapat dengannya suatu ketika dulu...Ayu Raudhah menyibuk hal rumahtangga Rita

Posted: 05 Oct 2010 05:37 PM PDT

BERAT hatinya meluahkan apa yang terbuku di hati, apatah ia lagi membabitkan soal peribadi. Sememangnya selama ini pun, dia jarang bercerita mengenai hal ehwal rumah tangga kepada orang lain.

Tapi kali ini, bukan mahu mendedahkan pekung di dada, jauh sekali menyebar kisah rumah tangga, namun tahap kesabaran Rita Rudaini Mokhtar, 34, ada batasan apabila perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 23, sering diuji.

Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta selama ini sebenarnya tidak pernah bermasalah, malah mereka bahagia. Hanya sesekali `bergegar' dek kerana mulut dan campur tangan individu tertentu dan tidak keterlaluan dikatakan, keluarga mentua turut menjadi punca sengketa.

Lebih menyakitkan, timbul gosip kononnya Rita menghalau ibu bapa Aidil sewaktu berkunjung ke rumah mereka, baru-baru ini. Cukup keterlaluan, sedangkan itu hanyalah fitnah semata-mata. Hakikatnya, ibu bapa mentua hanya sekali menjenguk Rita ketika dramatis terkenal itu bersalin anak pertamanya, Airit Rayyan Rizqin di Prince Court, Ampang, setahun lalu.

"Sudah lama saya mendiamkan diri, tetapi kali ini, tahap kesabaran saya ada batasannya. Tidak cukup lagikah memalukan saya dan keluarga selama ini?

"Dulu, bagi saya biarlah anjing menyalak bukit, kerana ia tidak akan runtuh. Tetapi kini keadaan semakin teruk. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi mereka memburukkan saya.

"Kali ini saya terpaksa buka mulut mempertahankan diri, apabila hak dan maruah saya bagai dipijak-pijak.
"Hubungan saya dengan beberapa wartawan terjalin baik sejak lebih 10 tahun. Apa saja cerita baik dan buruk sampai semula ke pengetahuan saya. Saya hairan kenapa pelakon Ayu Raudhah turut campur tangan dalam urusan keluarga saya?" kata Rita sambil merenung jauh, sambil sesekali mengusap air matanya yang bergenang, mungkin terlalu sebak memikirkan apa yang sedang berlaku ketika ini.

Menurutnya, kalau sekalipun mahu mengambil hati bakal keluarga mentua, kenapa perlu mengaitkan dirinya dan menyakiti dirinya dengan menyebarkan fitnah keterlaluan.

"Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia.

"Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama," jelas pelakon ini lagi.

Menurut Rita lagi, tidak perlulah hendak bercerita dan mengungkit kisah peribadinya yang lampau kerana itu semua sudah berlalu kerana yang penting sekarang ialah kehidupan masa depan.

"Suami dan rakan-rakan baik tahu apa yang berlaku. Tidak perlulah ungkit cerita lama. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya nak jelaskan - kalau kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan seperti itu, memang tidak sesuai dengan saya.

"Apa yang dilakukan, lebih mengeruhkan hubungan saya dengan keluarga mentua. Apa yang diceritakan keluarga mentua disebarkan kepada wartawan hingga menjadi gosip dalam beberapa akhbar. Saya cukup terkilan.

"Dia bukan hanya menabur cerita yang bukan-bukan kepada rakan wartawan, malah turut bercerita keburukan saya pada orang produksi (pekerja penerbitan filem atau drama).

"Bagi saya, kalau nak buat fitnah cermin diri dulu. Dia baik sangat ke? Sebelum menjaga tepi kain orang, tengok kain sendiri yang sudah koyak rabak. Bukan orang industri tak tahu perangainya selama ini. Janganlah bersikap lebih sudu daripada kuah," katanya.

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tudung cantik sepadan baju

Posted: 05 Oct 2010 11:05 PM PDT


Manis digayakan ke majlis atau ke pejabat.


PERMINTAAN pelanggan terhadap tudung eksklusif bagi dipadankan dengan baju yang dibeli membuka ruang kepada Hayati Muslim, pemilik Butik T & T untuk menghasilkan tudung sedemikian.

Menurutnya, ramai pelanggan yang menyatakan sukar untuk mencari tudung yang cantik dan sepadan dengan baju yang dibeli di butiknya. Kata mereka, baju yang elegan dan eksklusif haruslah dipadankan dengan tudung yang eksklusif juga.

Walaupun telah memulakan perniagaan butik pakaian sejak 13 tahun lalu namun perniagaan tudung baru sahaja dimulakan oleh Hayati pada tahun ini. Ini katanya, pada mulanya dia mahu menumpukan pada rekaan fesyen sahaja.

Namun kerana ramai yang meminta dan menaruh kepercayaan pada ilhamnya dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang mudah menarik perhatian pelanggan, Hayati memberanikan diri untuk menghasilkan tudung.

Tudung pasang siap atau tudung 'segera' menjadi pilihan ramai pelanggan. Namun keistimewaan tudung T & T ialah dibuat daripada fabrik bermutu seperti lycra dan syifon dan ditambah dengan jahitan manik kecil dan kristal tiruan dengan corak menarik pada bahagian tepi tudung.

Tudung manik bercorak eksklusif ini amat sesuai untuk dipakai pada majlis istimewa seperti ke majlis perkahwinan, makan malam, ke istana dan sebagainya.

Selain itu, tudung seperti ini juga cantik jika digayakan oleh golongan wanita VIP, pengantin atau si gadis yang akan mengikat tali pertunangan.

Pilihan tudung lain seperti selendang syifon, tudung Siti yang sarat dengan jahitan manik atau tudung bawal bersulam dan dijahit dengan kristal.

Tiga ikon seni

Posted: 05 Oct 2010 11:04 PM PDT


Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah bersama pemenang tiga ikon MASIF 2010 iaitu Khatijah Ibrahim (dua dari kanan), Lat (tiga dari kanan) dan Sharifah Kirana (empat dari kiri).


KETIKA rakyat Malaysia berpesta dalam suasana harmoni meraikan Hari Malaysia pada 16 September lalu, tiga anak telah tempatan dinobatkan sebagai ikon dalam industri dan genre seni yang diwakili masing-masing.

Pengiktirafan tersebut diberikan demi menghargai usaha mereka mengharumkan nama Malaysia serta kejayaan mereka.

Pada malam sambutan Hari Malaysia, Music Arts and Style International, Festival Kuala Lumpur 2010 (MASIF 2010), yang dinaungi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menganugerahkan penghormatan kepada tiga tokoh seni; Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih terkenal dengan nama penanya, Lat sebagai Ikon Seni Halus MASIF2010; Datuk Khatijah Ibrahim penyanyi kesayangan atau diva bersuara merdu yang muncul pada tahun 80-an dengan lagu-lagu evergreen kegemaran ramai sebagai Ikon Dunia Muzik Tempatan; dan Datin Sharifah Kirana sebagai Ikon Industri Fesyen.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Sementara itu orang penting di sebalik kejayaan MASIF2010, Adam Saleh, berkata, sebagai salah satu acara yang diterajui oleh masyarakat seni sudah tiba masa bagi MASIF2010 memberikan penghormatan kepada golongan tersebut yang turut membantu menjana pembangunan dan membentuk budaya masyarakat Malaysia melalui bakat dan bidang yang mereka ceburi.

Katanya, seni adalah satu cabang kehidupan yang sangat unik dan mempunya impak yang sangat besar kepada masyarakat.

Sifat global dan universal setiap genre seni mempunyai daya untuk menarik orang ramai berkumpul dan berseronok dalam suasana harmoni dan aman.

"Atas sebab-sebab tersebut maka MASIF2010 merasakan amat tepat untuk menobatkan ikon-ikon ini sebagai satu penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan," katanya.

Menurut beliau, pemilihan Sharifah Kirana adalah bagi mengiktiraf rekaannya yang eksklusif dan unik, sementara Khatijah Ibrahim pula telah mengharumkan nama Malaysia di luar negara bukan sahaja dalam bidang seni suara bahkan 'menjual' negara melalui hidangan-hidangan enaknya.

Sementara itu, sebagai kartunis tersohor, Lat telah meletakkan Malaysia di peta dunia apabila komik 'Kampung Boy dibaca di luar negara dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain serta menjadi satu siri kartun TV yang diminati dalam dan luar negara.

"Mereka telah mengharumkan nama Malaysia dan membuat negara berbangga dengan anak Malaysia yang mempunyai daya kreativiti, kegigihan dan sifat daya saing yang tinggi.

"Inilah anak seni yang kita mahu menjadi contoh kepada generasi muda dan dapat menyumbang kepada negara," tambah Adam lagi

Acara yang dianjurkan oleh Saphire Screen Sdn. Bhd. dan diterajui bersama oleh empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Bumiputra Designer Association, Malaysia Music Council, YOUTH Malaysia dan Yayasan Basmi kemiskinan itu, berlangsung selama lima hari bermula 15 hingga 19 September lalu.

Ia berlangsung dengan gemilang serta mendapat sambutan yang di luar dugaan hingga menjadi tajuk keenam paling dilayari di laman Google tempatan.

Selain acara pertunjukan fesyen dan persembahan muzik daripada penyanyi dan pemuzik tempatan, MASIF2010 turut membawa masuk selebriti terkenal dari negara ASEAN seperti Ruth Sahanaya dari Indonesia, Mint (Thailand), Rachelle Ann Go (Filipina) dan pemain biola terkenal dari Indonesia, Tengku Ryo.

Pada malam pelancaran yang dirasmikan oleh perdana menteri, MASIF2010 telah berjaya menarik lebih 10,000 penonton dan pengunjung luar negara.

Sepanjang acara berlangsung selama lima hari MASIF2010 telah melibatkan kira-kira 1,000 masyarakat seni termasuk pemuzik, pereka fesyen, peragawati, peserta pertunjukan silat dan seni kebudayaan daripada semua bangsa yang bergelar rakyat Malaysia.

Menariknya tentang MASIF2010, ia telah mempertontonkan kepada semua bahawa seni dapat menjadi satu jaringan yang cukup berkesan untuk menyatupadukan rakyat dalam erti kata tersendiri.

Charles & Keith di Fahrenheit88

Posted: 05 Oct 2010 11:03 PM PDT


Para tetamu pada sesi pembukaan butik Charles & Keith di Fahrenheit88 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


JENAMA Charles & Keith pastinya cukup sinonim dengan wanita yang menggemari fesyen kasut, beg dan aksesori.

Ini kerana, jenama itu bukan sahaja mengetengahkan koleksi unik, cantik, menarik, terkini dan berkualiti untuk kaum hawa tetapi juga berbaloi dengan harga yang dibayar.

Ditubuhkan pada 1996, jenama itu sehingga kini ditempatkan di lebih 25 buah negara dengan memiliki lebih 180 cawangan butik.

Terbaru, ia mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan terkini yang juga butik ketujuhnya di Malaysia bertempat di pusat membeli-belah terkemuka, Fahrenheit88.

Bertepatan dengan lokasi Fahrenheit88 yang baru dibina di tengah-tengah ibu negara iaitu di Jalan Bukit Bintang yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai, pengurusan Charles & Keith yakin cawangannya itu pasti menerima sambutan.

Pengarah Charles & Keith dan Pedro West Malaysia, Lavina Melwani Valiram berkata, jenama itu menerima permintaan daripada penggemarnya di Malaysia supaya membuka cawangan di sekitar Bukit Bintang yang sememangnya terkenal dengan barisan butik terkemuka.

"Cawangan terbaru ini dibuka bertujuan meluaskan empayar perniagaan kami dan memperkenalkan produk terbaik kami kepada orang ramai.

"Kami juga membukanya di Fahrenheit88 bagi menghargai pelanggan dan pengguna setia produk kami yang sentiasa menyokong sehingga jenama Charles & Keith popular.

"Dengan pembukaan butik itu, orang ramai berpeluang membeli pelbagai produk kami termasuk kasut, beg dan aksesori seperti tali pinggang serta cermin mata," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Butik Charles & Keith di Fahrenheit88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menariknya mengenai butik berkeluasan 1,669 kaki persegi itu, ia dibina menggunakan dinding kaca serta cermin yang mana membuatkan dekorasinya bertambah unik, selain produknya boleh kelihatan dari luar.

Sementara itu, pada pelancaran berkenaan, Charles & Keith turut memperkenalkan kempen koleksi 'edisi merah jambu terhad' bagi menyokong Persatuan Tindakan Reben Merah Jambu (Pride).

Badan bukan kerajaan itu diasaskan pada 2005 sebagai penghargaan kepada Allahyarham Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser payu dara di atas keberanian, kekuatan dan semangat jitunya dalam melawan penyakit itu sehingga ke akhir hayat.

PRIDE juga diasaskan bagi membantu masyarakat terutama golongan wanita meningkatkan kesedaran berhubung kanser payudara, langkah rawatan pemulihan, menyediakan sokongan kepada rawatan serta supaya mereka memberikan perhatian terhadap kanser payu dara.

Lavina Melwani berkata, kempen itu adalah pertama kali seumpamanya dijalankan Charles & Keith Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat serta menunjukkan jenama berkenaan amat prihatin dengan perjuangan Pride.

Katanya, koleksi itu akan mula berada di seluruh cawangan Charles & Keith di Malaysia mulai 23 September 2010 dan sebahagian daripada jualannya akan disalurkan kepada persatuan berkenaan.

Lima bentuk keganasan

Posted: 05 Oct 2010 11:02 PM PDT

Keganasan fizikal

Antara contoh keganasan fizikal ialah tindakan lelaki memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang, menggunakan senjata dalam tindakan dan sebagainya.

Selain itu tindakan suami atau lelaki yang menghalang isteri atau mana-mana wanita daripada mendapatkan keperluan asas manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga dianggap perlakuan di bawah kategori keganasan fizikal ini.

Keganasan psikologi/emosi

Secara umumnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa keganasan berbentuk psikologi atau emosi ini lebih mendatangkan impak yang mendalam dalam kehidupan mereka.

Tindakan lelaki yang berbentuk ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita atau isteri boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita yang akhirnya akan hidup dalam suasana 'berendam air mata'.

Perlu ditekankan dalam Islam, menyebabkan darar syarie (kecelakaan pada tubuh badan isteri), yang boleh menjadi alasan perceraian, adalah juga mencakupi aspek kecelakaan berbentuk psikologi atau emosi ini.

Keganasan seksual

Memandangkan isu-isu berbentuk seksual adalah sesuatu yang tabu (terlarang) dalam masyarakat kita, ramai juga mangsa di kalangan wanita berasa malu ingin menzahirkan hakikat bahawa mereka telah diganasi melalui perlakuan atau tindakan berbentuk seksual yang ganas.

Ada juga persepsi di kalangan wanita mengatakan bahawa perkara tersebut adalah hak seorang suami dalam perkahwinan dan sang isteri mestilah tunduk menurutinya.

Antara contoh perlakuan, suami atau lelaki memaksa isteri atau wanita melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut.

Selain itu segala bentuk perlakuan suami yang menyakiti isteri ketika melakukan hubungan seksual juga dikategorikan sebagai keganasan seksual yang termasuk perlakuan liwat, memasukkan sebarang objek ke dalam kemaluan isteri dan lain-lain.

Keganasan sosial

Keganasan atau penganiayaan berbentuk sosial ini juga sering berlaku tanpa disedari kaum wanita, terutama mereka yang telah dikaburi dengan pemahaman agama yang tidak tepat berkenaan hak suami dan isteri dalam rumah tangga.

Keganasan berbentuk sosial ini boleh berlaku apabila Isteri atau wanita itu sering didorong untuk bergantung bulat-bulat kepada suaminya.

Sifat kebergantungan antara suami isteri adalah sifat yang mulia yang seharusnya diterapkan dalam kehidupan berumah tangga.

Namun jika kebergantungan ini didorong oleh sikap untuk memeras dan menindas hak seseorang wanita, ia adalah satu tindakan yang salah dan menyalahi hukum syarak sendiri.

Keganasan kewangan

Keganasan aspek ini boleh berlaku apabila seseorang wanita itu dihalang daripada mencari pekerjaan dan juga dinafikan hak nafkah yang mana adalah mutlak milik isteri dalam perkahwinan.

Ada juga banyak kes yang mana isteri itu tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri, ini menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada suami walaupun keperluan asas beliau.

Justeru, berdasarkan penjelasan yang diberikan di atas, keganasan terhadap wanita itu adalah perbuatan yang menganiayai wanita dalam pelbagai cara, bukan hanya semata-mata fizikal, yang semua lapisan masyarakat perlu akur dan menerima bahawa ia tidak boleh diterima sebagai satu daripada cara hidup dalam rumah tangga masyarakat yang bertamadun.

Segeralah cari pertolongan, laporkan kepada pihak berkuasa dan hentikanlah kitaran keganasan yang telah, sedang atau yang akan berlaku dalam rumah kita sendiri. Mendiamkan diri bermakna kita menerima perlakuan jenayah yang berlaku, dan ingat jika ini berlaku tidak mustahil ia boleh berlaku dalam rumahtangga kita sendiri.

Ingat, perkahwinan, percintaan dan kasih sayang itu tidak boleh dan tidak sepatutnya disulami dengan keganasan dan penindasan.

Tasawuf dan isu-isu berbangkit

Posted: 05 Oct 2010 11:00 PM PDT

PERSOALAN tentang wasitoh atau mengambil perantaraan antara kita dengan Tuhan adalah hanya satu daripada pelbagai persoalan yang sering menimbulkan perselisihan di kalangan sesama umat Islam.

Mereka yang dilihat sebagai pendokong tasawuf atau 'orang sufi' sering menjadi sasaran tuduhan sesat dan menyeleweng oleh kerana sikap mereka dalam isu-isu ini.

Menyedari hal ini, kita akan meninjau beberapa isu seumpama ini dalam minggu-minggu yang mendatang dengan bimbingan pandangan kitab Mafahim Yajib an Tusohhah karya Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi al-Maliki.

Pelbagai Kelompok Pendakwa

Dalam menentukan benar atau salah sesuatu perkara, ramai orang yang mengaku atau mendakwa bahawa mereka berada di atas hamparan kebenaran, tetapi kebenaran itu sendiri berlepas diri daripada mereka dan tidak mengiktiraf penisbahan atau pengakuan mereka kepadanya.

Ibarat kata seorang penyair: "Setiap orang mengaku mempunyai hubungan dengan Laila; tetapi Laila sendiri tidak pernah mengaku mempunyai hubungan dengan mereka".

Ini kerana, mereka telah memberikan gambaran dan penjelasan yang buruk dan tidak elok didengar tentang hakikat tasawuf. Mereka inilah orang yang telah melayakkan diri mereka menerima gelaran yang disifatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya: "Orang yang kenyang dengan apa yang tidak diberikan kepadanya, bagaikan orang yang memakai dua helai baju palsu."

Sesungguhnya kita umat Islam, telah ditimpa bala bencana yang banyak akibat perbuatan mereka. Mereka telah mencemari kesucian umat Islam dan memporak-perandakan kesatuan jemaah umat Islam. Bahkan, mereka telah menyumbang kepada berlakunya permusuhan di antara seorang saudara dengan saudaranya, bahkan seorang anak dengan kedua orang tuanya.

Mereka telah masuk memperbaiki fahaman Islam melalui pintu penderhakaan. Mereka berjalan di atas jalan paksaan, kononnya untuk berpegang dengan kesan-kesan dan jejak-jejak ulama salaf.

Mereka telah menukar cara berdakwah yang sepatutnya dilakukan secara berhikmah, memberikan nasihat yang baik melalui sifat belas dan kasih sayang, dengan cara kekerasan, kekasaran, adab yang buruk dan tidak berperasaan.

Satu golongan pendakwa yang lain adalah orang yang mengaku diri mereka sebagai ahli tasawuf. Padahal, merekalah orang yang paling jauh daripada hakikat dan permata tasawuf.

Mereka telah mengotori gambaran tasawuf, menajisi kemuliaannya, merosakkan perjalanannya, mengheret kritikan yang tajam dan pedas terhadap tasawuf dan tuduhan yang tidak berasas kepada imam-imam (tokoh-tokoh) tasawuf yang terdiri daripada kalangan penghulu-penghulu arifin dan guru-guru murabbin.

Sesungguhnya, kita tidak mengenali tasawuf sebagai ilmu yang khurafat, tahyul, batil, dajjal atau pun sihir. Kita juga sama sekali tidak pernah mengenali tasawuf sebagai suatu teori falsafah, pemikiran asing, akidah kesyirikan, hulul atau pun ittihad.

Sesungguhnya kita berlepas diri kepada Allah daripada fahaman-fahaman seperti itu. Kita menganggap bahawa setiap akidah yang bertentangan dengan al-Quran dan sunnah, serta tidak menerima takwil, adalah akidah yang bohong belaka; akidah yang menyusup ke dalam ajaran Islam dan menempel ke dalam wilayah akidah Islam, menerusi tangan-tangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan angkara jiwa-jiwa yang lemah.

Pelajar Kolej Shahputra pamer bakat

Posted: 05 Oct 2010 10:59 PM PDT


Pelajar SMK Paya Besar mewarna dinding Terminal Makmur di bawah pemantauan pelajar Kolej Shahputra jurusan Komunikasi dan Media di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 5 Okt. - Setelah tiga hari melukis dan mewarna, akhirnya seramai 10 pelajar Kolej Shahputra berjaya mengubah pemandangan hentian bas Terminal Makmur di sini menjadi menarik dan tidak lagi kusam.

Sebelum ini, tiada siapa merasakan Terminal Makmur sebagai tempat yang menarik.

Namun kini, semua tanggapan itu boleh dipadamkan apabila terminal itu yang menjadi tempat mengambil dan menurunkan penumpang bertukar wajah menjadi ceria dan mampu menarik perhatian orang ramai termasuk pelancong asing.

Mereka yang bertanggungjawab menceriakan hentian bas berkenaan ialah para pelajar semester akhir jurusan Diploma Komunikasi dan Media Kolej Shahputra di sini.

Usaha murni para pelajar tersebut turut dibantu oleh pelajar jurusan Seni Reka Kolej Shahputra dan pelajar dari tiga sekolah menengah di sini.

Bagi menjayakan projek mural itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Chempedak menghantar 34 pelajar, 25 orang dari SMK Paya Besar dan 25 orang dari SMK Air Putih.

Kesemua pelajar sekolah berkenaan adalah pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran seni.

Pengarah projek, Mohd. Haikal Abd. Aziz, 21, yang berasal dari Johor Bahru berkata, idea bagi melaksanakan projek tersebut tercetus menerusi satu perbincangan bersama ahli kumpulannya.

''Saya berbincang tentang idea tersebut bersama ahli kumpulan dan kemudian sebulat suara memilih lokasi Terminal Makmur bagi projek ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Haikal memberitahu, pihaknya mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan kertas kerja dan berurusan dengan pihak yang berkaitan bagi memastikan projek lukisan mural itu berjalan lancar.

''Semua lukisan mural yang dilukis di dinding Terminal Makmur ini menggambarkan destinasi pelancongan di Pahang.

''Ia memaparkan semua tempat menarik yang terdapat di Pahang seperti Pantai Teluk Chempedak dan Taman Gelora di sini," jelasnya.

Menurut Mohd. Haikal, lukisan tersebut juga melambangkan semangat 1Malaysia iaitu masyarakat Melayu, Cina, India dan etnik lain.

''Objektif utama projek ini adalah untuk menyemai semangat 1Malaysia di kalangan rakyat negeri ini dan salah satu cara ialah dengan menjemput pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

''Tanpa bantuan mereka kami mungkin tidak dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual," katanya.

Menurutnya, semua pelajar sekolah berkenaan diberi kebebasan untuk mewarna mengikut kreativiti masing-masing tetapi dipantau dan dibantu oleh pelajar jurusan Komunikasi dan Media Kolej Shahputra supaya lukisan tersebut menjadi lebih cantik.

Seorang pelajar jurusan Komunikasi dan Media Kolej Shahputra, Mohd. Redzuan Muharam, 21, berkata, tema 1Malaysia itu mewakili kebudayaan negeri ini.

''Kami memilih komunikasi seni mural ini kerana daripada gambar tersebut terdapat mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai.

''Melalui lukisan ada penceritaannya dan untuk lukisan ini ia lebih berbentuk santai dan menunjukkan kehidupan masyarakat Kuantan," ujarnya.

Mohd. Redzuan menambah, mereka memilih Terminal Makmur sebagai lokasi bagi projek akhir kerana terminal tersebut merupakan tempat tumpuan orang ramai.

Guru Seni Grafik SMK Paya Besar, Siti Azrulnaim Hadi berkata, pelajar yang dipilih bagi projek seni mural itu adalah daripada kalangan mereka yang mengambil mata pelajaran seni dan mempunyai asas dalam seni grafik.

''Projek seperti ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran mewarna dan harus diteruskan kerana bukan sahaja dapat memantapkan kemahiran malah mereka seronok melakukan aktiviti yang mereka minati," jelasnya.

Mohd. Faiz terima Pingat Emas MB Johor

Posted: 05 Oct 2010 10:58 PM PDT


Mohd. Faiz Abdul Rahman menerima ciuman tahniah daripada ibunya, Jamilah Karim sambil diperhatikan oleh adiknya, Mohd. Rahim di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 5 Okt. - Memikul tanggungjawab sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tidak menjadi penghalang bagi Mohd. Faiz Abdul Rahman untuk cemerlang dalam pelajaran.

Malah, beliau muncul sebagai penerima Pingat Emas Menteri Besar Johor pada Majlis Konvokesyen Ke-13, Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) di Pusat Islam Iskandar di sini, Sabtu lalu.

Mohd. Faiz, 21, yang merupakan graduan Diploma Perbankan Islam berkata, tanggungjawabnya sebagai Presiden MPP Kolej Islam Johor (KIJ) tidak sesekali membuatkannya alpa kepada pelajaran malah perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kokurikulum.

Selain aktif dalam MPP, beliau turut menjadi Pengerusi Kelab Eko Bank KIJ, Pengerusi Hari Perintisan Usahawan 2009 dan bergiat aktif di dalam kelab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Angkatan Wira Malaysia Cawangan KIJ.

''Tanggungjawab sebagai Presiden MPP, pengerusi kelab dan aktiviti kokurikulum lain banyak mendorong saya untuk menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.

''Ini kerana untuk menjadi seorang pemimpin, kita haruslah menjadi contoh yang baik kepada semua dan itulah yang menjadi pendorong kepada saya untuk berjaya dalam pelajaran," katanya kepada pemberita selepas tamat majlis konvokesyen berkenaan di sini, baru-baru ini.

Majlis penyampaian anugerah berupa sebuah loket emas, plak dan wang tunai RM1,000 kepada Mohd. Faiz telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KPYPJ.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Alim Abdul Shukor.

Menurut Mohd. Faiz, sebaik menamatkan pengajian April lalu, beliau telah menimba pengalaman sebagai Penyelia Banci dan bakal menyambungkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Perbankan Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sementara itu, Abdul Ghani dalam ucapannya mengalu-alukan inisiatif KPYPJ menaik taraf prasarana dan kemudahan kolej berkenaan mengikut spesifikasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Beliau berkata, perkembangan itu adalah selaras dengan kedudukan negeri Johor sebagai hab pendidikan serantau di mana lebih banyak institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan bertaraf antarabangsa sama ada dari dalam dan luar negara akan bertapak di Iskandar Malaysia.

Pada majlis konvokesyen kali ini, seramai 493 graduan kolej-kolej KPYPJ menerima diploma dan sijil masing-masing.

IKM jadi pilihan generasi muda

Posted: 05 Oct 2010 10:58 PM PDT


Yusof Yacob (dua dari kanan) mengucapkan tahniah kepada Mohd. Hafiz Talib (dua dari kiri) sambil disaksikan ibu bapa pelajar itu di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 5 Okt. - Kewujudan Institut Kemahiran Mara (IKM) di Kota Kinabalu pada Julai 2002 telah membuka lembaran baru kepada arus pendidikan di negeri ini.

Kewujudan institut kemahiran itu telah memberi peluang kepada generasi muda negeri ini menguasai bidang kemahiran seterusnya mencorak masa depan yang lebih baik.

Tidak hairanlah majlis konvokesyen kali keenam yang disambut baru-baru ini berlangsung dengan meriah, menyaksikan 172 pelajar menerima sijil masing-masing.

Sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan ibu bapa itu menunjukkan institut berkenaan terus mendapat tempat di kalangan masyarakat negeri ini.

Pelajar terbaik keseluruhan sesi Julai-Disember 2009, Mohd. Hafiz Talib, 21, berkata, keputusannya memasuki institut berkenaan amat tepat sekali.

Mohd. Hafiz yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK), 3.84 berkata, pilihannya ke institut berkenaan telah mencorak masa depan yang cerah kepadanya.

"Saya memilih IKM selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana amat meminati bidang kemahiran berbanding teori.

"Saya bersyukur kerana dengan usaha selama ini saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang seterusnya dapat meneruskan lagi pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi," katanya di sini baru-baru ini.

Mohd. Hafiz yang berasal dari Lawas, Sarawak berkata, selepas ini dia merancang menyambung pengajian dalam bidang seni bina di Kolej Yayasan Sabah.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, Marirwan Redwan, 28, berkata, kewujudan IKM telah memberi banyak pilihan kepadanya untuk membentuk kerjayanya.

"Saya tidak menyesal apabila nekad berhenti kerja dan memasuki IKM kerana banyak peluang ada di sini.

"Selepas mengikuti kursus di sini saya boleh bekerja atau pun memulakan perniagaan sendiri malah, boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya yang mendapat PNGK 3.67.

Menurutnya, pada masa ini dia telah mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat diploma di sebuah institut pengajian tinggi tempatan.

Bagi Roslanah Assneh, 21, IKM telah memberi harapan baru kepadanya untuk meneruskan pembelajaran.

"Selepas SPM saya amat kecewa kerana tidak mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi bagaimanapun ia terubat apabila saya mendapat peluang belajar di sini dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini," katanya.

Sementara itu, Talib Jamaluddin, 65, berkata, kejayaan anak bongsunya, Mohd. Hafiz mendapat keputusan cemerlang amat membanggakan mereka sekeluarga.

Talib yang terharu dengan kejayaan anaknya itu berkata, dia sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada anaknya untuk belajar di IKM.

"Saya yakin dengan mengikuti latihan di sini akan memberi masa depan yang cerah kepada anak saya dengan pelbagai peluang pekerjaan yang ada dalam bidang kemahiran.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana menerima anak saya belajar di sini meskipun kami berasal dari Sarawak," ujarnya.

UTeM anjur Minggu Tanpa Tembakau

Posted: 05 Oct 2010 10:57 PM PDT


SEBAHAGIAN pelajar UTeM tertarik pada bahan pameran mengenai tabiat merokok sempena penganjuran Minggu Tanpa Tembakau di PPP, Durian Tunggal, Melaka.


MELAKA 5 Okt. - Selaras dengan saranan kerajaan menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan masyarakat dan kenaikan harga rokok baru-baru ini, sekumpulan pelajar serta kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan Minggu Tanpa Tembakau sepanjang minggu ini.

Program yang bermula kelmarin itu dianjurkan bersama Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Unit Kaunseling Pelajar dan Klinik Pelajar dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM.

Penyelaras program, Musliha Yusoff berkata, program yang akan berakhir Jumaat ini berlangsung di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) kampus induk Durian Tunggal, dekat sini.

Menurutnya, objektif program itu bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh warga UTeM dan masyarakat mengenai kesan negatif amalan merokok.

"Kita menekankan aspek kemudaratan dan penyakit yang dialami oleh perokok sekiranya terus mengamalkan tabiat merokok dan pada masa yang sama, kita cuba mengetengahkan usaha yang diambil oleh kerajaan dalam mencegah amalan ini," katanya di sini hari ini.

Kelmarin, kerajaan menaikkan harga sekotak rokok yang mengandungi 20 batang daripada RM9.30 kepada RM10.

Selain itu, menurut Musliha, pihaknya menggunakan tema 'UTeM Bebas Asap Rokok' bagi menjayakan program tersebut.

Kata beliau, pihaknya berharap melalui penganjuran program itu, ruang udara kampus UTeM yang sebelum ini dicemari oleh asap rokok akan berkurangan.

Ujarnya, antara aktiviti yang disediakan sepanjang program itu adalah pameran, ceramah dan seminar manakala perasmian program itu akan disempurnakan Dekan HEPA, Prof. Dr. Marizan Sulaiman.

"Kita berharap usaha menganjurkan program ini dapat mewujudkan kesedaran kepada pelajar dan masyarakat khususnya golongan perokok agar menghentikan tabiat merokok," katanya.

Beliau turut menasihatkan pelajar supaya tidak memulakan tabiat merokok bagi memastikan kesihatan yang berkekalan dan menghindari daripada pelbagai risiko penyakit.

Katanya, pelajar perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya menjadi masyarakat yang cergas antaranya mengambil makanan yang seimbang dan melakukan senaman.

Ini kerana, ujar beliau, tabiat merokok tidak mendatangkan sebarang faedah malahan ia menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Karnival kerjaya tonjol kebolehan pelajar

Posted: 05 Oct 2010 10:56 PM PDT


Sebahagian daripada pelajar yang menyertai Karnival Kerjaya, Pendidikan dan Keusahawanan anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dungun, kelmarin.


DUNGUN 5 Okt. - Karnival Kerjaya, Pendidikan dan Keusahawanan anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang berakhir hari ini merupakan sebahagian daripada usaha membimbing pelajar merancang kerjaya mereka.

Ketua Unit Kerjaya dan Latihan institusi berkenaan, Yusma Yusuff berkata, karnival tiga hari itu memberi pendedahan kepada mereka mempersiapkan diri untuk menentukan hala tuju kehidupan kelak.

"Sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan yang memenuhi permintaan pasaran, karnival ini membantu para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi cabaran merebut peluang pekerjaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya lagi, karnival yang berorientasikan praktikal dan teori iaitu kursus dan temu duga merupakan gabungan yang efisien dalam melahirkan graduan PSMZA yang berkebolehan dan diyakini majikan.

"Selain itu, turut mengisi ruangan karnival ini ialah program Dialog Alumni Keusahawan untuk mencungkil hasil kejayaan bekas para pelajar PSMZA yang telah mencipta nama dalam sektor keusahawanan," ujarnya.

Yusma berkata, empat kursus telah dianjurkan bagi menyerapkan ilmu keusahawanan kepada peserta termasuk Kursus Keterampilan Diri dan Solekan, Kursus Usahawan Siber dan Kursus Jahitan serta Fesyen.

Jelasnya, memandangkan 80 peratus pelajar PSMZA merupakan dari bidang kejuruteraan, Akademi Binaan Malaysia turut diundang bagi memberi taklimat berkaitan prospek kerjaya dalam bidang berkenaan.

"Ia juga bagi memastikan sasaran sifar pengangguran berjaya dicapai selaras dengan pelan transformasi Jabatan Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

Beliau berkata, bagi mendekatkan para pelajar dengan sektor industri beberapa syarikat korporat turut dijemput untuk menyampaikan ceramah dan program pra-temuduga.

Ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Proton Edar Sdn. Bhd., Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (Tesdec).

"Karnival ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kebolehan diri serta memasarkan pakej terbaik kepada bakal-bakal majikan," katanya.

UiTM lancar program Jom Berbasikal kurangkan pencemaran alam sekitar

Posted: 05 Oct 2010 10:55 PM PDT


PENUNTUT UiTM Perak berbasikal mengelilingi kampus ketika pelancaran program Jom Berbasikal di Seri Iskandar, kelmarin.


IPOH 5 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak melancarkan program Jom Berbasikal sebagai satu usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengarah Kampus UiTM, Prof. Dr. Zainab Mohamed berkata, program tersebut diharap bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan tempat letak kereta di kawasan kampus tetapi juga menggalakkan budaya berbasikal di universiti.

"Budaya berbasikal terkenal di negara China terutamanya di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bandar-bandar besar seperti Peking dan Shanghai yang kurang deruman enjin kenderaan bermotor.

"Program yang dianjurkan oleh Kelab XC-Riders UiTM ini wajar diteruskan memandangkan IPT lain seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sudah mula menggalakkan mahasiswa untuk berbasikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Jom Berbasikal UiTM Perak yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Mohd. Fisal Ishak di sini semalam.

Zainab yang turut sama menyertai konvoi berbasikal mengelilingi kampus sebelum itu melakukan aktiviti regangan senamrobik di padang.

Dalam pada itu, beliau berkata, UiTM Perak merancang untuk menyediakan ruang tempat letak basikal bagi kegunaan mahasiswa berhampiran bangunan universiti.

Beliau berharap basikal yang bakal disediakan pihak universiti, akan dapat diguna semula oleh generasi mahasiswa pada masa akan datang.

"Kalau boleh kita mahu hanya staf sahaja yang berkenderaan sementara mahasiswa berbasikal," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, ketika ini, UiTM Terengganu dan Johor sudah mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai satu budaya di kampus.

Katanya, ia bersesuaian dengan dengan bentuk muka bumi kedua-dua kampus tersebut yang rata dan selamat untuk berbasikal.

400 pelajar SPM sertai program motivasi KUIM

Posted: 05 Oct 2010 10:55 PM PDT

MELAKA 5 Okt. - Kira-kira 400 pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menyertai Program Pecutan Terakhir dan Motivasi anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang berlangsung di kampus Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, di sini baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor KUIM, Dr. Baharudin Puteh berkata, program sehari itu diadakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Menurutnya, kesemua pelajar terbabit dipilih daripada tujuh buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) JAIM dengan diiringi pengetua, guru kanan dan kaunselor sekolah.

"Objektif program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang hala tuju dan peluang menyambung pengajian di dalam dan luar negara.

"Kita merasakan pelajar perlu diberi pendedahan awal tentang hala tuju mereka pada masa akan datang secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh menyambung pengajian di luar negara," katanya di sini baru-baru ini.

Pada program itu, Dr. Baharudin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIM, Mozaimi Mohamad menyampaikan beberapa ceramah berkaitan pendidikan motivasi kepada pelajar.

Naib Canselor KUIM, Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hashim merasmikan program tersebut.

Menurut Dr. Baharudin, pelajar aliran agama sewajarnya diberi pendedahan tentang pelbagai maklumat mengenai peluang menyambung pengajian di luar negara.

"Walaupun mereka menjurus dalam bidang keagamaan, mereka perlu menyedari pelbagai kemudahan untuk menyambung pengajian di luar negara banyak disediakan, misalnya di KUIM sendiri.

"Sesuai dengan statusnya sebagai 'Gerbang Pengajian Psikologi Insan', kita menawarkan pelbagai program pengajian agama pada peringkat diploma dan ijazah," katanya.

Pada masa yang sama, kata Dr. Baharudin, tumpuan KUIM kini adalah pada bidang psikologi dan ia sesuai untuk pelajar yang meminati subjek usuludin, syariah dan tahfiz.

"Di KUIM, kita menyediakan peluang menyambung pengajian dalam jurusan agama di Mesir, Jordan dan negara Asia Barat lain," katanya.

19,297 calon duduki PMR di N.Sembilan

Posted: 05 Oct 2010 10:53 PM PDT

SEREMBAN 5 Okt. - Seramai 19,297 pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh negeri ini bermula hari ini hingga 12 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Mohammad berkata, kesemua calon akan menduduki peperiksaan itu di 149 pusat sekitar negeri ini.

"Kesemua 149 pusat peperiksaan telah pun ditetapkan termasuklah melibatkan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah kerajaan dan sekolah swasta. Ia meliputi juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Abdullah, calon berkenaan menduduki peperiksaan tersebut selama lima hari bermula hari ini.

Katanya, jumlah calon yang menduduki peperiksaan PMR di negeri ini meningkat berbanding tahun lalu.

"Jumlah calon meningkat kepada lebih kurang 100 pelajar disebabkan pembukaan sekolah baru.

"Pada masa sama, pusat peperiksaan turut bertambah menjadi 149 berbanding 148 sebelum ini," jelasnya.

HICNursing legasi adik-beradik

Posted: 05 Oct 2010 10:52 PM PDT


HICNursing diterajui oleh empat beradik iaitu (dari kiri) Yasrizal Yahya, Mohd. Firdous, Mohd. Azhar dan Mohd. Asri.


Perkhidmatan jururawat dan fisioterapi bergerak dari rumah ke rumah dewasa ini amat diperlukan dalam usaha mendapatkan penjagaan dan rawatan pesakit yang kondusif.

Soal kewangan kini sudah menjadi nombor dua, apa yang penting kebanyakan anak-anak mahukan ibu bapa mereka yang uzur mendapatkan rawatan dan penjagaan yang intensif sepanjang berada di rumah.

Jadi dengan adanya perkhidmatan jururawat dan fisioterapi yang dibekalkan oleh Home Intensif Care Nursing (HICNursing) , memudahkan individu yang mahukan tahap penjagaan 'super class' untuk orang tua mereka dengan biayaan yang berpatutan.

HICNursing ditubuhkan pada hujung tahun 2008. Uniknya pengendali syarikat berteraskan kesihatan ini diterajui oleh empat adik-beradik iaitu Yasrizal Yahya, 30, (bertindak selaku pengurus) Mohd. Asri Yahya (pengurus pemasaran dan kewangan), 27, Mohd. Azhar Yahya (perunding jururawat), 25, dan Mohd. Firdous Yahya, 24, (perunding fisioterapi).

Berasal dari Pahang, dua antara mereka yang mempunya kerjaya lain sebelum ini akhirnya berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap syarikat pengendali perkhidmatan kejururawatan ini.

Menurut Yasrizal, agensi itu berpusat di Ampang dan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

''Walaupun syarikat ini masih baru, namun kami sudah menerima ramai permintaan pelanggan yang mahukan perkhidmatan HICNursing.

"Seorang jururawat kami akan bergilir-gilir menjaga sehingga enam ke tujuh pesakit setiap hari (24 jam). Perkhidmatan ini bukan sahaja terhad kepada warga emas yang uzur, kanak-kanak yang mempunyai kecacatan malah juga kepada mereka yang mengalami kemalangan dan memerlukan bantuan fisioterapi dan penjagaan secara klinikal dan jururawat profesional.

''Kini syarikat ini mempunyai 13 orang jururawat dan juru fisioterapi yang berkemahiran dan dipercayai,'' katanya.

Melihatkan kepada prospek bidang perniagaan ini yang sangat cerah pada masa depan, Yasrizal sentiasa memastikan syarikatnya menerajui pasaran perkhidmatan kesihatan ini untuk memberikan hanya yang terbaik kepada semua pesakit dan masyarakat yang memerlukan.

Katanya, perkhidmatan kejururawatan bergerak seperti ini bukanlah satu fenomena baru kepada masyarakat kerana telah terdapat beberapa syarikat kesihatan yang menjalankan perkhidmatan sedemikian, tetapi tidak banyak syarikat ini yang diterajui oleh bangsa Melayu yang kesemua jururawat dan kakitangannya berbangsa Melayu.

Bercerita lebih lanjut, Yasrizal memberitahu kisah permulaan penubuhan HICNursing ini bermula dengan perbincangan dia dan adik-adiknya.

''Adik saya, Mohd. Azhar dan Mohd. Firdous memasuki kolej kejururawatan swasta sebagai bidang pembelajaran mereka. Pada masa yang sama mereka turut menghadiri kursus fisioterapi bagi menambahkan pengetahuan dalam bidang ini.

''Kebetulan pada tahun 2008, datuk kami telah jatuh sakit kerana strok dan kedua-dua mereka telah merawat datuk sehingga pulih. Dari situ kami melihat prospek penjagaan fisioterapi ini sangat cerah dan amat diperlukan,'' katanya.

Dalam pada itu tambah Yasrizal, permintaan bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan daripada kedua-dua adiknya sebagai jururawat peribadi daripada beberapa orang kenamaan sungguhpun pada ketika itu mereka belum habis kolej lagi.

Dalam pada itu Mohd. Asri berkata, pada masa depan HICNursing ingin melebarkan sayap mereka untuk memberikan perkhidmatan ke seluruh negara.

''Sekarang kita tumpu sepenuhnya di dalam Lembah Klang dan Selangor, tetapi pada masa akan datang, kita akan bina cawangan di beberapa negeri.

''Namun sekarang pun sudah ada pesakit kita yang datang dari negeri-negeri lain, tetapi mereka akan dirawat di rumah anak-anak mereka di sekitar Lembah Klang,'' katanya.

Rawatan katanya, dijalankan menerusi pakej-pakej perkhidmatan dan perubatan tertentu yang ditentukan sejurus bertemu dengan pesakit di rumah mereka.

Dalam pada itu tambahnya, pada masa depan, HICNursing bercadang untuk membina resort kesihatan bagi menempatkan warga emas atau sesiapa sahaja yang memerlukan untuk dirawat dalam keadaan lebih kondusif, belaian secara sihat di tempat yang amat merehatkan.

Pesakit perlu persekitaran positif

Posted: 05 Oct 2010 10:51 PM PDT


Jururawat membawa pesakit mengelilingi taman untuk mencari ketenangan.


HOME Intensive Care Nursing (HICNursing) merupakan sebuah agensi perkhidmatan jururawat profesional dan fisioterapi bergerak dari rumah ke rumah.

Perkhidmatan ini disediakan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pesakit menerusi bantuan jururawat profesional dan sokongan ahli keluarga yang berada di sisi.

Perkhidmatan seperti ini boleh dianggap baru di negara ini kerana kebanyakan pesakit hanya menggunakan khidmat hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Perunding Kejururawatan HICNursing, Mohd. Azhar Yahya, kebanyakan pesakit yang telah keluar dari hospital, masih memerlukan rawatan susulan atau penjagaan.

''Mereka selalunya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan jadi HICNursing menawarkan perkhidmatan seperti house call, respite care, geriatrik dan palative care serta sewaan peralatan yang merangkumi pelbagai cara penjagaan dan lawatan susulan sehingga pelan penjagaan komprehensif seperti pemakanan, fisioterapi, latihan penjagaan hingga pemulihan serta khidmat nasihat.

''Dengan adanya sokongan moral serta penjagaan khusus di rumah, ia mewujudkan persekitaran yang positif untuk pesakit. Merawat pesakit di rumah dapat memberikan sokongan psikologi kerana dengan adanya keluarga mewujudkan suasana yang lebih ceria,'' tambahnya.

Jelasnya, tujuan HICNursing menjalankan konsep jururawat dan fisioterapi bergerak adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan terhadap pentingnya mengetahui penjagaan dan rawatan susulan setelah pulang ke rumah.

''Kami turut mempunyai beberapa ahli panel yang arif dalam pelan penjagaan pesakit strok, keluarga boleh mempelajari kaedah rawatan berbentuk aktiviti fizikal yang akan ditunjuk ajar oleh kami.

''Ini terbukti setelah hampir 80 peratus pesakit strok kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa. Selain hospital, rumah boleh menjadi tempat rawatan yang boleh membangunkan psikologi pesakit,'' katanya.

Menurut Perunding Fisioterapi HICNursing, Mohd. Firdous, melalui pengalaman mereka, ada segelintir anak-anak pesakit yang uzur tidak tahu menguruskan rutin harian pesakit termasuk bagaimana mereka menguruskan pesakit untuk membuang air.

Bukan itu sahaja, penjagaan pemakanan pesakit juga terabai.

''Perlu diingat, pesakit yang uzur memerlukan makanan seperti sayur serta buah-buahan segar.

''Kebanyakan pesakit uzur mengalami kesan melecet di belakang badan ini kerana pesakit itu tidak banyak bergerak sebaliknya hanya dibiarkan terlantar di atas katil. Persepsi itu perlu diubah kerana pesakit perlu menyedut udara segar.

''Dengan adanya penjagaan eksklusif di rumah walaupun pesakit itu sentiasa diberi perhatian dengan penuh kasih sayang dan layanan yang secukupnya tetapi penjaga kurang arif bagaimana hendak mengendalikannya dengan betul,'' tambahnya.

Katanya, kebanyakan orang tua dan uzur banyak menghabiskan masa di rumah dengan berbaring di atas katil. Terlalu sedikit aktiviti yang dilakukan.

Pesakit sebenarnya boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan, berenang atau berbual-bual bersama keluarga untuk menjadikan kehidupan pesakit lebih berkualiti.

''Layanan dan kasih sayang yang tulus ikhlas dapat memberikan pesakit harapan untuk sembuh, bersesuaian dengan konsep yang diserapkan oleh HICNursing terhadap pesakit iaitu pesakit adalah keluarga kami.

''Petugas yang terlatih ini akan menjalankan tugas dari rumah ke rumah di samping memberi tunjuk ajar. Selain itu HICNursing membantu pesakit membersihkan diri melakukan senaman kesihatan, memberi makan dan penjagaan selepas bersalin,'' katanya.

HICNursing menekankan kualiti dalam perkhidmatan yang diberi dan rawatan dibayar dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran luar untuk meringankan beban keluarga pesakit bagi menampung kos perbelanjaan. Tidak ketinggalan HICNursing mendapat khidmat nasihat dan kerjasama daripada pihak doktor.

Latihan Perang TLDM

Posted: 05 Oct 2010 10:49 PM PDT


Ostex Subfit 2010 berjaya menguji kesiagaan TLDM dalam menjaga kedaulatan negara.


SEBAGAI tonggak pertahanan maritim negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keselamatan kedaulatan perairan negara.

Walaupun kemelut kegawatan ekonomi negara masih tidak menentu, umum mengetahui aspek keselamatan dan kedaulatan negara tiada kompromi dan tidak boleh dipandang remeh.

Justeru, mengambil kira kekangan ekonomi dan peruntukan yang terhad, TLDM menggabungkan siri latihan kemahiran laut bersama kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman dalam latihan yang diberi nama Operational Sea Training Exercise/Submarine Fleet Integration Training 2010 atau ringkasnya sebagai Ostex Sub Fit 2010.

TLDM telah mengambil inisiatif untuk menggabungkan latihan yang kelazimannya dilaksanakan secara berasingan mengikut markas wilayah. Latihan yang digabungkan kali ini telah dilaksanakan di perairan Laut China Selatan dan Gugusan Semarang Peninjau.

Latihan itu merupakan latihan gabungan armada TLDM yang pertama dilaksanakan oleh TLDM melibatkan aset strategik kapal selam negara yang pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman.

Ia juga merupakan latihan peperangan terbesar TLDM yang melibatkan 10 buah kapal TLDM yang berpangkalan di Lumut, Kuantan dan Kota Kinabalu.

Turut mengambil bahagian adalah aset udara TLDM iaitu pesawat Super Lynx dan Fennec, dua Pasukan Khas Laut (Paskal) iaitu KD Sri Semporna dan satu pasukan Penyelam daripada Markas Wilayah Laut 2.

Selain itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut menyumbang dalam kejayaan latihan peperangan terbesar TLDM itu dengan membabitkan pesawat pejuang Hawk 200, pesawat rondaan maritim B200T dan helikopter Nuri.

Kapal selam tembak tepat

Terdahulu sebelum latihan dilakukan, KD Tunku Abdul Rahman dalam Eksesais Taming Sari 15/10 telah berjaya melancarkan peluru berpandu dari bawah permukaan ke permukaan jenis EXOCET SM 39.

Penembakan ini telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran permukaan berukuran 40 meter. Kejayaan ini telah membuktikan kesiagaan dan keupayaan TLDM dan kapal selam negara KD Tunku Abdul Rahman menjalankan sebarang misi apabila diperlukan.

Selain kapal selam KD Tunku Abdul Rahman, 10 buah kapal TLDM yang terlibat adalah kapal pemerintah KD Sri Indera Sakti, dua buah kapal Frigate (penangkis kapal selam), KD Lekiu dan KD Lekir; empat buah kapal ronda generasi baru TLDM, KD Pahang, KD Kedah, KD Perak dan KD Terengganu; dua kapal penangkis periuk api KD Mahamiru dan KD Ledang, sebuah kapal pengangkut trup laju, KD Sri Gaya dan sebuah bot tempur.

Ketua Staf Markas Armada, Laksamana Pertama Mior Rosdi Mior Mohd. Jaafar telah memikul tugas sebagai Komander Angkatan Tugas 34 (KAT 34) selaku Pegawai Pengendali Eksesais.

Beliau bertanggungjawab kepada Panglima Armada TLDM dalam memastikan latihan yang dirancang dan dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

"Kehadiran kapal selam dalam inventori TLDM tidak dapat disangkal telah meningkatkan keupayaan TLDM. Dengan adanya kapal selam sendiri, TLDM tidak lagi perlu bergantung pada penglibatan kapal selam tentera laut negara sahabat untuk melatih kapal-kapal penangkis kapal selam TLDM dalam melaksanakan taktik dan prosedur peperangan bawah permukaan untuk mengesan dan memusnahkan kapal selam.

"Melalui latihan bersama kapal selam ini, kapal-kapal di permukaan dapat merasai saat sukar bagaimana untuk mengesan kapal selam yang berada di dasar laut.

"Pada masa yang sama perlu sentiasa berwaspada serangan oleh KD Tunku Abdul Rahman yang amat senyap menyebabkan kedudukannya sukar dikesan,'' katanya.

KD Tunku Abdul Rahman, jelas Mior Rosdi, mempunyai kelebihan penderia yang canggih dan berupaya mengesan bunyi (signal akuastik) kapal-kapal di permukaan dengan cepat dan berjaya melaksanakan serangan dari bawah air dengan tepat.

Dengan kelebihan tersebut, kapal-kapal permukaan tidak tahu arah ancaman dari bawah permukaan akan berlaku dan perlu sentiasa bersedia mengatasinya.

"Latihan secara gabungan ini juga dapat digunakan oleh KD Tunku Abdul Rahman dan kapal-kapal permukaan dalam memantapkan lagi prosedur dan taktik masing-masing dalam melaksana dan menangkis serangan.

"Selain itu, melalui latihan ini juga, semua sistem kawalan dan pemerintahan markas-markas operasi dalam TLDM juga turut diuji dan dinilai khususnya aspek saluran pemusatan maklumat, pemerintahan dan kawalan.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari hasil pelaksanaan latihan ini, keupayaan merancang dan mengatur gerak armada dalam melaksanakan serangan telah dinilai baik dan segala kelemahan telah dikenal pasti untuk ditambah baik,'' ujarnya.

Dalam latihan ini, 10 buah kapal TLDM yang terlibat dibahagikan kepada dua gugusan iaitu Gugus Biru (Sahabat) dan Gugus Jingga (Musuh).

Setiap gugus diberi misi tertentu seperti mencari dan memusnahkan pihak lawan, mempertahankan kedudukan dan menceroboh kawasan lawan berdasarkan maklumat perisikan yang diberi oleh pengendali eksesais.

Gugus tugas kapal-kapal, pesawat dan kapal selam akan berkomunikasi antara satu sama lain dalam merancang dan menyampaikan arahan serta mengatur strategi dalam menyelaraskan sesuatu pergerakan atau serangan.

Kahwin bukan untuk sehari dua

Posted: 05 Oct 2010 10:48 PM PDT


SERASI... Nabil dan Irma sepakat untuk melangsungkan perkahwinan tahun depan namun masih belum mencari tarikh yang sesuai.


HUBUNGAN cinta juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dengan buah hati pengarang jantungnya, Irma Hasmie bukan lagi satu rahsia.

Umum pun sudah mengetahui betapa seriusnya hubungan mereka berdua sehinggakan peminat mereka sendiri pun menggesa agar mereka segera berkahwin bagi mengelakkan cerita buruk terus menghimpit mereka.

Baik Nabila atau Irma, masing-masing sudah pun mengakui memang ada memikirkan soal rumah tangga dan perancangan untuk masa depan mereka berdua.

Kalau semuanya sudah lengkap serba-serbi, memang tiada masalah untuk berkahwin dengan segera.

"Tetapi, saya dan Irma mahu melengkapkan diri kami dengan mengumpul duit sebanyak yang mungkin sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Semuanya demi melengkapkan diri kami untuk kehidupan selepas berkahwin itu nanti.

"Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi ia adalah ikatan suci yang perlu dijaga sehingga ke akhir hayat.

"Kalau ditanya kepada saya, memang saya sudah bersedia tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, saya perlu bekerja keras untuk menyiapkan diri saya terlebih dahulu," demikian luahan jujur Nabil ketika ditemui baru-baru ini.

Anak jati Negeri Sembilan ini memang tidak berselindung tentang soal perkahwinan dan dia sendiri mengakui dia bakal menamatkan zaman bujangnya tahun depan.

Namun, dia dan Irma masih lagi belum memutuskan tarikh yang sesuai untuk hari bahagia mereka itu.

Memperkatakan mengenai perkahwinannya, seboleh-bolehnya dia mahu melakukannya secara kecil-kecilan dan melaksanakan perkara yang wajib sahaja.

Tetapi, pemuda ini cukup sedar. Dengan kedudukannya sebagai selebriti ternama, mana mungkin untuk dia mengadakan majlis sedemikian rupa.

"Susah juga apabila difikirkan tentang perkara ini khususnya senarai jemputan. Kalau kita buat majlis yang kecil, pasti akan dipersoal. Begitu juga kalau dibuat secara besar-besaran, orang akan mula mengatakan kita cuba menunjuk-nunjuk dan bersikap riak.

"Saya dan Irma pun masih belum duduk berbincang tentang perkahwinan kami kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Apa yang pasti, kami berdua tidak mahu membazir dalam menyempurnakan majlis perkahwinan kami," kata Nabil bersungguh.

Menyebut tentang perkahwinan, Nabil sebenarnya memiliki satu impian yang sudah lama dipendam walaupun dia tahu memang mustahil untuk dilaksanakannya.

"Saya selalu fikir kalaulah saya ini seorang hartawan yang memiliki wang yang banyak, saya akan menjemput semua anak-anak yatim di seluruh Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan saya," ujarnya lagi.

Tidak buat rawatan di London

Posted: 05 Oct 2010 10:26 PM PDT


SITI tidak mampu untuk menolak permintaan stesen televisyen yang mahu menerbitkan program raya untuknya.


SEJAK mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006, sudah tidak terhitung jumlah soalan mengenai cahaya mata yang diajukan kepadanya.

Setiap kali disoal mengani anak, jawapan Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berubah.

"Masih belum ada rezeki. Insya-Allah, kalau diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, saya akan mengumumkan kepada semua pihak. Tiada apa yang perlu hendak saya rahsiakan."

Itulah antara jawapan yang sering diberikan Siti kepada sesetengah pihak yang tidak pernah henti bertanyakan soalan itu kepadanya.

Terfikir juga, adakah mereka tidak mengerti atau sengaja buat-buat tidak faham dengan jawapan Siti itu.

Sebagai seorang bintang ternama negara, Siti tidak mungkin akan merahsiakan dan pasti akan memberitahu kepada semua pihak seandainya dia diberikan rezeki untuk menimang zuriatnya sendiri.

Lewat ini, berita kononnya Siti kini sedang hamil kembali menjadi bualan gara-gara dia membatalkan sebuah konsert di Pulau Pinang yang sepatutnya berlangsung pada 25 September lalu.

Ia dikuatkan lagi dengan surat sokongan daripada doktor pakar sakit puan dari Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur yang menyatakan Siti perlu berehat dan tidak dibenarkan menjalani aktiviti berat.

Terbaru, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikatakan telah bertemu dengan seorang doktor pakar bagi mendapatkan nasihat ketika berbulan madu sebelum bulan Ramadan lalu.

Bukan itu sahaja, penyanyi popular itu juga dikatakan telah diberikan dengan ubat kesuburan bagi membantu mempercepatkan lagi proses kehamilannya

Semuanya adalah usaha Siti dan Khalid yang tidak pernah lelah untuk terus mencuba menimang cahaya mata mereka sendiri.

Bertemu dengan tuan punya badan sewaktu majlis rumah terbuka anjuran SimplySiti di Restoran Saloma Bistro di ibu negara, baru-baru ini, Siti hanya tersenyum apabila diminta untuk mengesahkan berita tersebut.

Dengan nada berhemah, Siti menafikan bahawa dirinya telah mendapatkan rawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan.

"Sewaktu bercuti ke sana, saya dan suami sempat berkunjung ke sebuah pusat akupunktur untuk mendapatkan rawatan alternatif.

"Saya rasa tidak salah untuk kita mencuba rawatan lain selain daripada bertemu dengan doktor pakar. Seperti mana yang kita tahu juga, akupunktur ini memang baik untuk kesihatan dan kita dapat tahu masalah yang dihadapi.

"Apatah lagi, kebaikan ubat dan akar kayu yang sering kali digunakan dalam rawatan itu juga dapat membantu melancarkan sistem dalam badan. Itu yang sebenarnya berlaku ketika di London dan bukannya mendapat rawatan kesuburan itu," luah penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Cindai ini tanpa selindung.

Sudah menjadi seorang isteri selama empat tahun, untuk memegang portfolio sebagai ibu memang cukup diinginkan Siti.

Sebagai hamba Allah, dia cukup sedar dan akur dengan Qada dan Qadar apabila membicarakan tentang soal cahaya mata.

Terfikir juga tidak pernahkah Siti berasa bosan untuk menjawab soalan tentang anak daripada pihak yang seolah-olah tidak faham bahasa yang berterusan bertanyakan soal itu walaupun sudah dijawab berkali-kali oleh Siti.

"Saya cukup sedar dan akur dengan kedudukan saya sebagai seorang artis dan apa sahaja tentang diri kita, masyarakat mahu ambil tahu.

"Namun, saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana ini jalan yang saya pilih dan saya harus menghadapinya dengan tabah serta tenang.

"Jadi, saya tidak boleh berasa marah mahupun geram apabila soal anak sering kali diajukan kepada saya. Apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu gelodak di dalam hati saya.

"Insya-Allah, sampai waktu dan ketikanya, saya pasti akan mengumumkannya sebab ia adalah perkara yang baik. Teruskan berdoa untuk saya," pinta juara Bintang HMI 1995 ini dengan maksud yang cukup mendalam.

Siti juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriatnya.

Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan masa apabila difikirkannya perlu untuk mencubanya.

Hentikan kisah tidak benar

Posted: 05 Oct 2010 10:24 PM PDT


ZIZIE dan Bung Mokhtar kini bahagia melayari rumah tangga mereka.


RIAK wajah dan bahasa tubuhnya sudah cukup menggambarkan dia sedang menjalani kehidupan yang benar-benar menjadikannya seorang wanita sempurna.

Senyuman dan ketawa yang tidak lekang dari wajah mulusnya itu membuktikan pelakon kulit gebu, Zizie Ezette, 32, cukup bahagia dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Meskipun pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51, telah mencetuskan perdebatan dan polemik, Zizie enggan ambil pusing tentang perkara itu.

Cuma, Zizie memohon kepada semua pihak agar untuk hentikan menyebar berita yang kurang manis berhubung rumah tangganya kerana tidak mahu ada pihak yang terluka lagi.

Aktres popular itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang mengatakan dia kini satu-satunya isteri Bung Mokhtar selepas wakil rakyat itu dikatakan telah menceraikan isteri pertamanya.

"Cukup-cukuplah memperkatakan dan mensensasikan kisah rumah tangga kami. Jujurnya, keadaan semuanya telah dan berjalan dengan baik sekali. Saya tidak mahu cerita sebegini akan mengeruhkan kembali keadaan.

"Jika ada yang berterusan mahukan komen saya lagi selepas ini tentang madu saya, minta maaf kerana saya tidak akan menjawabnya. Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Apa yang boleh saya katakan, semuanya dalam keadaan yang baik," katanya berkali-kali lalu mematikan terus topik hangat itu.

Zizie berkata demikian ketika ditemui pada malis rumah terbukanya yang diadakan di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor, malam Sabtu lalu.

Kehadiran dua orang anak Bung Mokhtar pada majlis itu sekali gus membuktikan mereka memang tidak mempunyai sebarang masalah apabila masing-masing begitu mesra antara satu sama lain.

Apabila diminta untuk bergambar bersama, Zizie dengan penuh diplomasi menolaknya dengan mengatakan biarlah dia dan suaminya sahaja yang menjadi titik tumpuan pada malam itu.

Bagi Zizie, apa yang penting buatnya kini adalah untuk meneruskan perjalanan hidupnya bersama suami tercinta yang benar-benar membuatkannya bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa.

"Alhamdulillah, selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga, terasa hidup saya begitu lengkap dengan adanya seorang suami di sisi. Tidak pernah saya membayangkan kebahagiaan yang saya kecapi seperti hari ini.

"Saya harus akui kehidupan saya sekarang memang sudah jauh berbeza ketika saya bujang dulu. Sekarang saya harus menumpukan fokus kepada suami dan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa buat masa ini," luah Zizie jujur.

Kekok

Menyambung bicara, Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Ezette Abd. Samad ini memberitahu kesibukannya sebagai seorang isteri membuatkannya jarang berada di ibu negara.

Ini kerana katanya, setiap dua minggu dia akan menemani suaminya pulang ke Sabah selama dua minggu.

Dua minggu lalu dihabiskan di Kuala Lumpur.

Zizie juga mengakui di awal perkahwinannya dia agak kekok dengan perubahan hidupnya terutama apabila melihat skop kerja suaminya sebagai seorang wakil rakyat.

"Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya tahu rangkuman kerja seorang wakil rakyat itu dan saya pun memang tidak pernah ambil tahu sebelum ini.

"Namun, selepas bernikah dan memerhatikan kerja suami saya, barulah saya tahu kesibukan seorang wakil rakyat itu. Skop kerja mereka tidak ubah seperti seorang selebriti yang perlu bertemu dengan masyarakat hampir setiap hari.

"Secara tidak langsung, dunia kami berdua memang tidak banyak bezanya. Saya bersyukur dalam kesibukannya itu, dia tetap menjaga dan melayan saya dengan baik lalu membuktikan dia seorang suami yang bertanggungjawab," ujar aktres yang mula menempa nama menerusi filem Kekasih Awal dan Akhir ini bersungguh.

Rezeki

Bukan hendak meninggi diri atau mahu menggambarkan perkahwinannya adalah sempurna, tetapi bagi Zizie, suaminya itu seorang yang cukup baik dan menjalankan tugasnya sebagai suami dengan penuh dedikasi.

Mengenai cahaya mata pula, kakak kepada aktor Shaheizy Sam ini memang sudah benar-benar bersedia untuk bergelar seorang ibu.

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah untuk mengurniakan rezeki kepada kami berdua," katanya sambil menafikan dirinya kini sudah berbadan dua.

Pada majlis itu, Zizie memang menarik perhatian ramai terutama pihak media yang kagum dengan penampilannya yang semakin langsing.

Zizie hanya ketawa besar apabila ada seorang wakil media mengusiknya dengan mengatakan dia kurus kerana melakukan penyedutan lemak.

"Saya tidak akan buat perkara-perkara yang membahayakan itu. Saya kini banyak mengikuti kelas senaman dan aktiviti lasak seperti latihan angkat berat, kickboxing dan hot yoga.

"Hasilnya, saya kini menghampiri berat badan ideal saya iaitu 55 kilogram. Berbanding ketika berkahwin, berat badan saya mencecah 65 kilogram sehingga semua baju saya tidak muat lagi. Kerana itu, saya berazam untuk menguruskan badan," katanya optimis.

Senyum misteri

Posted: 05 Oct 2010 09:43 PM PDT

Malique
Malique
Adakah single terbaru Malique menggambarkan kemesraan bekas anggota Too Phat ini?

Kalau kita senyum semua orang berjangkit. Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit

Itulah antara sebahagian seni kata untuk single terbaru Malique dengan menampilkan Najwa. Daripada bait seni kata itu menggambarkan keramahan dan kemesraan yang lahir daripada penulis seni katanya.

Lagu itu diterbitkan dan dihasilkan oleh Malique dan D'Navigator. Malique juga penulis seni kata lagu Senyum.

Bagaimanapun, kalau diikutkan keadaan semasa, susah untuk membayangkan Malique seorang yang mesra dan ramah seperti seni kata lagu yang ditulisnya itu. Tak tahulah pada orang lain, tetapi dikalangan wartawan, dia memang susah dan tidak mahu ditemui media.
Sejak bergerak secara solo daripada Too Phat bersama Joe Flizzow, dunia seni Malique dianggap misteri. Dia tiba-tiba hilang begitu saja.

Malique sukar dihubungi atau ditemui oleh wartawan. Susah untuk mendapatkan penjelasan berkaitan berkaitan dengan dirinya.

"Saya tidak mendengar atau cuba apa-apa gosip," jawab Malique apabila ditanya mengapa dia mengelakkan diri daripada ditemui wartawan.

Jawapan itu tidak memberikan penjelasan sebenar mengapa enggan ditemubual oleh wartawan secara langsung.

Menerusi jawapan yang dikirimkan menerusi emel kepada Hip, penyanyi itu berkata, dia dan isterinya, Melissa Maureen Rizal saling menyokong pembabitan mereka dalam dunia seni. "Saya sentiasa memberi sokongan seratus peratus. Begitu juga sebaliknya," jelasnya.

Malique ketika ini giat mengadakan promosi album Best of Malique Too Phat di Indonesia kerana akan diedarkan di negara itu tidak lama lagi.

"Ia adalah gabungan ketiga-tiga album solo saya iaitu OK, K.O The Mixtape dan TKO. Telinga pendengar Indonesia berbeza dari sini. Oleh itu, single yang dipromosikan juga berbeza mengikut tempat di Indonesia.

"Contohnya di Jawa. Mereka memainkan lagu Kau Yang Punya dan 2010 Masih Hip Hop. Di Sumatera, lebih cenderung pada lagu Senyum dan Cerita Kedai Kopi," katanya.

Kalau tidak kerana mempromosikan album, Malique memang selesa menghabiskan masa di Indonesia, terutama Bali. Bagaimanapun, dia menegaskan, tidak ada niat untuk berhijrah dan menetap di negara itu.

"Tiada rancangan untuk bermastautin tetap di sana (di Indonesia). Cuma saya bergiat berada di sana kerana kita baru buka cawangan Qarma Musiq di Bali. Dari situ, kami merancang untuk menandatangani artis Indonesia yang pertama di bawah label Qarma Musiq.

"Tapi tidak semestinya bakat baru yang diambil itu akan menyanyikan muzik hip hop. Muzik hip hop sebenarnya tidaklah begitu mudah diterima di Indonesia. Peminatnya tidaklah besar sangat.

"Penerimaannya sama saja seperti di Malaysia. Tapi bilangan penduduknya sepuluh kali ganda, jadi penjualan mengikut unit pastinya lebih tinggi,' kata Malique menjelaskan kenapa dia bersungguh-sungguh mengembangkan kerjayanya di Indonesia.

Di tanah tumpah kelahirannya pula, Malique sedang mempromosikan single terbaru berjudul Senyum dengan penampilan istimewa, Najwa. Ringan dan mesra radio, Senyum mencantumkan rentak hip hop dan reggae yang catchy.

Menerusi lirik yang senang difahami tetapi sangat bererti, Senyum serta merta dijangka menjadi kegemaran ramai apabila versi unmastered lagu ini dimuat naik ke laman YouTube bulan lalu.

Sebanyak 12,000 tontonan dicatatkan untuk beberapa hari pertamanya. Ini sekali gus membawa Senyum ke corong radio utama serata Malaysia dan Indonesia. Senyum diterbitkan oleh Malique dan adunan lagunya disusun oleh D'Navigator.

Sudah bekerjasama sejak lagu Alhamdulillah oleh Too Phat (2004), mereka adalah nama yang cukup dikenali dalam produksi muzik dan sering memenangi anugerah dan pengiktirafan.

Seni kata Senyum ditulis sepenuhnya oleh Malique. Terkenal dengan metafora dan rap yang bernas, Senyum menyuntik lirik yang mesra dan lebih peribadi disulam mesej yang dapat dikait rapat oleh semua.

Senyum dipetik daripada album ketiga Malique yang juga album solo terakhir penyanyi ini bertajuk TKO (Peace Out). Album ini masih lagi dalam proses pembikinannya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Najwa, Malique berkata dia mengenali penyanyi berbakat besar itu hampir 10 tahun lalu dan mereka sering bertukar-tukar pesanan menerusi laman sembang sosial di internet.

"Ketika itu, saya tidak tahu dia boleh menyanyi. Pada tahun 2007 saya terdengar suara dia di rakaman lagu orang lain ketika saya berada di studio. Saya terus tahu itu suara seorang legend.

"Jadi kami bekerjasama dalam lagu Kau Yang Punya (daripada album OK, 2008) dan seterusnya dalam single lagu Senyum yang baru ini. Tiada apa-apa di sebalik lagu itu. Lagu single Senyum itu hanya bercerita seadanya saja," katanya.

Tiada pujuk memujuk

Apabila single Beradu Mentera yang menampilkan Malique berpasangan dengan M Nasir ke udara di radio, ramai juga tertanya-tanya bagaimana anak muda ini boleh berduet dengan penyanyi, komposer dan pemuzik hebat itu.

Kebetulan pula lagu-lagunya yang berkumandang di radio, cepat pula diterima oleh pendengar. M Nasir, seperti yang diketahui bukan mudah untuk menyanyi berpasangan secara sembarangan. Tambahan pula muzik yang dibawakan oleh Malique daripada genre hip hop.

"Mantera Beradu adalah ciptaan saya yang datang dari idea saya sendiri. Ramai yang ingat lagu itu dipunyai atau dicipta oleh M Nasir, termasuk publisher sekali. Tapi bukan.

"Prosesnya mudah. Tidak ada pujuk memujuk. Saya tanya dia (M Nasir), dia kata ok. Lepas itu, saya hantar lagu pada M Nasir. Dia rekod di studionya di Luncai Emas, kemudian hantar balik pada saya.

"Ada sekali dia jemput saya ke studionya untuk mendengar buat kali pertama. Memang saya ada minta M Nasir buat beberapa pengubahsuaian sikit pada lagu itu. Kemudian apabila saya dapat vokal M Nasir, saya dan D'Navigator pun edit dan jadikan lagu Mantera Beradu," katanya sambil menjelaskan dengan lagu Mantera Beradu juga, tanggapan orang Melayu terhadap muzik hip hop dan rap berubah.

"Tapi kalau saya ceritakan rahsia dan tekniknya, nanti ramailah orang boleh kalahkah saya," kata Malique lagi dengan nada bergurau.

Satu lagi single yang kini menjadi siulan ialah Cerita Kedai Kopi. Lagu itu yang seni katanya kedengaran mudah diterima dan difahami tetapi penuh dengan sindiran walaupun disampaikan secara berjenaka.

"Cerita Kedai Kopi digubah dalam masa dua jam selepas berborak dengan teman saya, Salam yang balik bercuti daripada belajar di Amsterdam," katanya

Ugut bakar isteri kedua

Posted: 05 Oct 2010 09:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rahsia perkahwinan pertama yang terbongkar dan perebutan anak menyebabkan seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak di luar kawalan apabila menyimbah petrol serta mengugut mahu membakar isteri keduanya hidup-hidup, kelmarin.

Difahamkan, suspek mendirikan rumah tangga dengan wanita itu sejak dua tahun lalu, namun sepanjang setahun pertama perkahwinan mereka, mangsa yang berusia 26 tahun tidak tahu suaminya sudah mempunyai isteri serta enam anak.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila perkahwinan mereka memasuki tahun kedua selepas wanita itu mengetahui dia isteri kedua.

Menurut sumber, sejak rahsia itu terbongkar pasangan terbabit sering bertengkar dan suspek sering memukul wanita itu menyebabkan dia membawa anak tunggalnya berusia setahun keluar dari rumah serta tinggal di rumah kakaknya di Cheras, di sini.

"Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, suspek pergi ke rumah kakak iparnya dan meminta mangsa menyerahkan semula anak mereka.

"Akibatnya, berlaku lagi pertengkaran. Kali ini suspek seperti hilang kawalan mengugut membakar semua barang di rumah itu dan mangsa ditampar beberapa kali," katanya.Menurutnya, apabila kakak mangsa dan ahli keluarganya campur tangan bagi mengelakkan mangsa terus dikasari, suspek semakin berang, lantas mengugut untuk membakar isteri keduanya itu.


"Suspek pergi ke kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah kakak mangsa sebelum berpatah balik dengan memegang sebuah botol. Suspek menyimbah cecair dipercayai petrol ke arah mangsa sambil berteriak mahu membakar isterinya hidup-hidup," katanya.Sumber itu berkata, keadaan tegang itu bagaimanapun berjaya ditenangkan ahli keluarga mangsa selepas mengancam hendak menghubungi polis jika suspek berkeras untuk meneruskan niatnya.


Menurutnya, suspek meninggalkan kawasan itu, namun mengugut tidak akan membiarkan isteri keduanya itu hidup tenang.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields semalam, sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan

Maut sebelum ambil PMR

Posted: 05 Oct 2010 09:41 PM PDT

LEDANG: Seorang pelajar berusia 15 tahun tidak sempat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula semalam apabila terbunuh dalam kemalangan sejurus selepas membeli alat tulis sebagai persiapan terakhir menghadapi peperiksaan itu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.50 malam kelmarin, Samsul Hadi Salam, 15, dari Sengkang, dekat sini, dan bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Gambir, membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kemalangan berlaku di Batu 19, Sengkang, dekat sini, ketika mangsa bersama bapa saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli alat tulis di pekan Bukit Gambir.

Menurutnya, motosikal dinaiki Samsul Hadi dan bapa saudaranya bertembung sebuah motosikal lain dari arah bertentangan. Kemalangan itu turut meragut nyawa penunggang motosikal terbabit.

"Penunggang terbabit, S Shamuganathan, 37, mati di tempat kejadian manakala Samsul Hadi meninggal dunia setibanya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Semua mangsa dibawa terlebih dulu ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke HPSF ," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian Shamuganathan dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Sengkang.Harun berkata, bapa saudara Shamsul Hadi, Rashid Lias, 38, cedera parah di kaki dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPSF.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

Isteri kedua suspek

Posted: 05 Oct 2010 09:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Wanita dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal, 27, yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosila wati dan tiga individu lain dikatakan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.

Dia yang juga isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam itu dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sumber polis berkata, wanita terbabit adalah individu yang mengetahui mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan kejam itu.

"Dia (Jesyntha) yang mengetahui dirinya sedang diburu pihak berkuasa meninggalkan rumahnya di Banting dan bersembunyi di lokasi yang masih belum diketahui," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya. Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.


Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

Lif sering menjunam

Posted: 05 Oct 2010 09:37 PM PDT


PETALING JAYA: Bukan satu, sebaliknya lif di empat blok Pangsapuri Impian Baiduri, di sini, rosak teruk menyebabkan penduduk bimbang kejadian lif terhempas yang berlaku di Blok A kediaman itu, minggu lalu berulang.

BIMBANG...kanak-kanak terpaksa menuggu penjaga untuk menaiki lif di Pangsapuri Impian Baiduri.
BIMBANG...kanak-kanak terpaksa menuggu penjaga untuk menaiki lif di Pangsapuri Impian Baiduri.
Malah, beberapa penduduk mendakwa sering berhadapan masalah lif rosak dan menjunam tiba-tiba, tetapi bernasib baik kerana tidak cedera seperti yang menimpa empat penduduk di Blok A terbabit.


Mereka mendakwa kerosakan lif berlaku lebih lima bulan lalu, tetapi tidak diendahkan kerana penduduk menganggapnya perkara biasa, tetapi selepas kejadian minggu lalu yang mencederakan empat mangsa di Blok A, ia kini menjadi mimpi ngeri.


Tinjauan Harian Metro di kawasan terbabit mendapati, hanya satu lif setiap blok boleh digunakan menyebabkan penduduk perlu menunggu lebih sejam untuk naik ke rumah.


Suri rumah, Nur Farhana Hayati Abd Hamid, 42, yang tinggal di Blok D mengakui lebih 10 kali dia mengalami detik lif terhempas dari tingkat lima ke bawah, tetapi tidak cedera. Katanya, pengalaman itu mengerikan kerana boleh meragut nyawa penduduk lebih-lebih lagi kanak-kanak.


"Jika sebelum ini, penduduk buat tak tahu dengan lif terhempas dan menganggapnya perkara biasa, tetapi selepas apa yang terjadi pada rakan membuatkan kami trauma untuk menghadapi situasi ini.


"Kami mahu pihak terbabit membaiki kerosakan lif yang semakin meruncing yang berlarutan sejak empat tahun lalu," katanya ketika ditemui di Pangsapuri Impian Baiduri, di sini, semalam.


Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pengurusan, tetapi tidak diendahkan dan mereka memberi alasan tiada wang atau peruntukan.


Pesara swasta, N Sivam, 60, berkata setiap blok didiami lebih 1,000 penduduk sedangkan satu lif saja berfungsi hingga menyusahkan kerana perlu menunggu giliran untuk naik ke rumah.


"Kami menunggu lebih satu jam untuk menggunakan lif dan mengalami masalah apabila ia dinaiki lebih lima orang kerana lif akan terhempas tiba-tiba.


"Setiap hari kami perlu menghadapi situasi berkenaan yang membosankan kerana masalah ini tiada penghujung," katanya.Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah itu daripada pihak berwajib tidak berhasil kerana mereka masih menyiasat hal itu termasuk pengurusan serta Lembaga Perumahan dan Hal Tanah Selangor.

Julia tekad bangkit semula

Posted: 05 Oct 2010 09:33 PM PDT

INSIDEN tarik rambut di sebuah pusat beli-belah terkemuka negara tiga tahun lalu meninggalkan kesan mendalam pada perjalanan karier seni pelakon dan bekas anggota kumpulan X-pose, Julia Hana Kamaruddin atau Julia.

pix_middle
pix_topright
Bukan hanya menjejaskan karier malah mengaibkan nama keluarga pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu. Biarpun insiden berlaku tiga tahun lalu, kesannya masih terasa buat Julia.

Akibat peristiwa itu, Julia patah semangat untuk meneruskan pembabitannya dalam seni. Namun, dorongan daripada keluarga dan rakan membuatkan dia bangun semula malah semangat mahu berusaha gigih dan tidak kenal erti putus asa membuatkan dirinya masih membabitkan diri dalam dunia seni.


Walaupun jarang kelihatan muncul di televisyen dan layar perak, Julia berasa bertuah kerana masih mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah tempatan.

Menurut Julia, hendak diikutkan dia memang kecewa kerana akibat insiden itu ramai melabelkan dirinya bermasalah dan gadis kontroversi walaupun kejadian itu sudah berlalu.


"Orang tidak tahu bagaimana saya menanggung derita terhadap apa yang berlaku. Sehingga sekarang kesannya masih terpahat di lubuk hati. Memang sukar untuk melupakan kejadian itu.

"Saya juga terkilan apabila setiap kali keluar berita mengenai saya, pasti insiden itu dikaitkan. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, biarlah insiden itu menjadi pengajaran buat kita semua.

"Kalau ikutkan, saya tidak mahu lagi berbicara mengenai insiden itu. Begitupun, bagaimana hendak melupakannya jika tanggapan orang luar mengenai insiden itu tetap sama. Tidak dinafikan, sehingga kini saya masih malu. Saya jarang keluar rumah jika tidak terbabit di lokasi penggambaran," katanya.


Kata Julia, hatinya tambah kecewa apabila diberitahu peguamnya yang mereka tidak dapat mengesan lelaki yang menyamar sebagai Datuk S bersama isterinya itu. Jadi, kes berkenaan tidak dapat didakwa ke mahkamah dan kes itu terpaksa tutup begitu saja.


"Saya percaya mereka sudah melarikan diri selepas mengetahui mereka bakal didakwa di mahkamah. Baik suami mahupun isterinya sama saja, penipu besar dan menyamar sebagai orang ternama. Saya hanya berharap tiada lagi insan yang terkena seperti saya.

"Pada mulanya memang saya kecewa apabila insiden ini berakhir begitu saja tanpa keadilan memihak pada diri saya. Namun, saya pasrah dengan apa yang berlaku. Mungkin ini ujian yang ditentukan Tuhan.

"Saya tidak menyimpan dendam dan boleh melupakan serta memaafkan mereka, namun parut di hati tetap ada. Boleh dikatakan ini ujian paling besar terpaksa saya tempuhi sepanjang lebih sedekad terbabit dalam dunia seni," katanya.


Julia memaklumkan, dia masih aktif berlakon tapi mungkin penampilannya tidak disedari kerana terbabit dalam beberapa drama tertentu dan memainkan peranan kecil.

Begitupun, Julia yang membawa watak Hana dalam filem Senario Asam Garam yang ditayangkan di pawagam sepanjang Aidilfitri memberitahu, dia kini lebih selesa membawa watak perempuan matang dan sopan berbanding imej seksi yang cukup sinonim dengan dirinya suatu masa dulu sesuai dengan usia mencecah 33 tahun.


Pelakon yang membintangi filem Remp-It ini agak kecewa dengan senario industri seni tanah air yang kurang prihatin mengenai bayaran artis.


"Saya masih berlakon dalam drama televisyen. Mungkin drama berkenaan tidak disiarkan pada waktu puncak disebabkan itu tidak ramai yang perasan kemunculan saya.

"Memang tidak dinafikan saingan dalam dunia seni cukup sengit. Saban hari ada saja bakat baru dan bintang realiti yang muncul. Secara tidak langsung ini turut mempengaruhi bayaran untuk setiap watak yang diberikan.

"Ada penerbit dan produksi tempatan masih membayar harga yang rendah kepada pelakon lama atau yang sudah ada nama. Situasi ini cukup mengecewakan. Buat masa ini saya perlu selektif mengenai pemilihan watak. Pemilihan watak memainkan peranan penting supaya kerja yang dilakukan berbaloi.

"Tidak dinafikan kualiti artis sekarang tidak sama seperti dulu. Cuba kita membuat perbandingan nama pelakon legenda suatu masa dahulu seperti Noorkumalasari dan Noreen Nor sehingga kini sukar mencari pengganti mereka," katanya.


Sisi peribadi Julia juga tidak pernah sepi daripada perhatian umum. Tidak cukup dengan pernah menjalinkan hubungan dengan seorang bergelar Datuk, selain menjalinkan hubungan dengan warga Inggeris, Julia dikatakan sudah berkahwin secara senyap-senyap pada pertengahan tahun lalu.


Begitupun, dia menafikan dakwaan itu, sebaliknya memberitahu memang dia mempunyai seorang teman istimewa, namun mereka masih dalam peringkat mengenal hati budi masing-masing. Perkenalan hampir enam bulan itu menerbitkan bibit cinta antara mereka. Begitupun masih terlalu awal untuk bercerita lanjut mengenainya. Malah dia berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka.