Adsense

Rabu, 29 Disember 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!

Posted: 29 Dec 2010 06:07 AM PST

Screen shot 2010 12 29 at 9.56.42 PM Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!90 minit yang mendebarkan, Malaysia menang aggregate 4-2 dengan kelebihan 1 gol di tempat lawan sempena final AFF Suzuki Cup yang berlangsung di Jakarta, malam tadi.

Segulung tahniah buat Harimau Malaya, dan jurulatih Rajagopal yang berjaya menyemarakkan kembali semangat bola di kalangan peminat Malaysia. Jujur kata, bukan mudah sebenarnya nak melawan pasukan Indonesia, namun berkat sokongan peminat, Malaysia akhirnya berjaya juga membawa pulang gelaran juara.

Safee, telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang berlangsungnya AFF Suzuki Cup, tak silap kami 5 gol.

Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan serangan Indonesia. Kehebatan beliau mula diperkatakan sehingga menduduki tangga ke 5 twitter trend, worldwide. Kalau selama ini tiada siapa yang perasan kelibat Khairul Fahmi & Safee, nampaknya nasib mereka berdua sudah berubah. Nora Danish mula jatuh cinta dengan kedua-dua lelaki ini, siap suruh call! Ehem, boleh tahan selera.

Screen shot 2010 12 29 at 10.23.46 PM Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!

Yang meminati atau jatuh cinta dengan Khairul Fahmi, sukacita kami maklumkan ini adalah blog kekasih Khairul Fahmi bernama Aimie Hermelia. LOL!

Ramai selebriti tidak putus-putus memberikan sokongan di laman Twitter, memang meriah habis. Kali ini, kami kurang terima komen-komen yang tidak enak daripada peminat fanatik Indonesia, mungkin mereka sudah boleh menerima kenyataan.

Sekali lagi, tahniah buat Harimau Malaya, Malaysia Boleh!

pixel Malaysia Menang AFF Suzuki Cup, Tahniah Harimau Malaya!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.