Adsense

Rabu, 1 Disember 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gossip) Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9

Posted: 01 Dec 2010 09:01 PM PST

amy03 (Gossip) Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9

Berpengalaman luas, pernah jatuh bangun dalam dunia seni. Tak asing lagi, Amy Search telah diperkatakan akan menduduki kerusi panas sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9). Setiap tahun, ramai yang bersuara mengenai Akademi Fantasia sudah tidak revelan. Tetapi, kami tengok produk-produk yang keluar daripada AF makin lama menguasai pasaran. Tengok sahaja, Aizat, Shahir & Akim kini boleh dikatakan amat popular dengan mempunyai jumlah peminat yang ramai.

Masih relevan, cuma kami sudah bosan dengan gimik yang hampir sama setiap tahun. Boleh dikatakan, remote control ini dengan senang bertukar siaran setiap kali rancangan ulangan AF ditayangkan.

Mungkin Amy Search akan melakukan pembaharuan, pelajar-pelajar perlu lebih rock dan jiwa kental. Yargh! Kami nak tengok gimik gitar pecah, jeritan suara yang lebih rock selepas ini.

pixel (Gossip) Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Aku, Kau & Dia: Sayangkan Rakan Wanita, Belikan Bra Pink?

Posted: 01 Dec 2010 06:22 PM PST

Screen shot 2010 12 02 at 12.02.03 PM Aku, Kau & Dia: Sayangkan Rakan Wanita, Belikan Bra Pink?

Pembetulan : Bukan drama Ayoub, tetapi drama Aku, Kau & Dia. Aduh, confuse betul drama banyak sangat sekarang. Sorry!

Malam tadi, drama Aku, Kau & Dia membariskan 3 pelakon tanah air seperti Wan Elyas, Wan Sharmila & Ryzal Jaffar.

Al-kisahnya, semasa kami menonton drama ini, ada satu babak di tepi pantai di mana 2 lelaki & seorang wanita sedang menunjukkan keakraban mereka dengan memberikan hadiah berupa sehelai bra pink yang dibalut cantik dalam kotak.

Kami ada sedikit terkejut, sebab pakaian dalam wanita dijadikan bahan jenaka oleh salah seorang lelaki tersebut. Kata'nya, 'kalau kau sayangkan dia, aku pun nak tunjuk yang aku sayangkan dia. (sambil menghadiahkan bra pink)" Lebih kurang begitu'lah bunyi dialognya.

Dan yang paling kurang menyenangkan, apabila si lelaki (yang hadiahkan bra pink) ingin memakaikan bra tersebut pada wanita, yang konon'nya merupakan rakan karib'nya. Dialog'nya berbunyi seakan begini, "kau boleh pakaikan dia rantai, aku pun nak juga pakaikan untuk dia."

Memang kami akui, sex sells. Tetapi, kalau pakaian dalam wanita pun boleh dijadikan jenaka, apatah lagi bahagian sulit wanita? Cuba bayangkan, sewaktu babak tersebut di'mainkan, satu keluarga yang punya anak-anak kecil sedang menonton. Tiba-tiba, anak yang berumur 7 tahun bertanya, "abah, apa benda benda bulat-bulat warna pink tu?" Tak ke haru si bapa nak menjawab, tak kan'lah nak cakap air filter pula?

Kami pun makin ralat dengan badan penapisan televisyen swasta, sepatut'nya lebih peka dengan isu-isu sensitif macam ini. Ha, anda yang bergelar wanita, sila jawab isu ini!

pixel Aku, Kau & Dia: Sayangkan Rakan Wanita, Belikan Bra Pink?
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.