Adsense

Selasa, 14 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Sarimah Ibrahim Mengaku Tidak Boleh Menyanyi Lagu Sendiri

Posted: 14 Dec 2010 03:03 AM PST


PETALING JAYA: Pengacara dan penyanyi Sarimah Ibrahim mengakui tidak boleh menyanyikan semula lagu-lagu dari album pertamanya berjudul Kini Kau Tiada.

Menurut Sarimah, setelah 10 tahun meninggalkan bidang nyanyian suaranya kini sudah berubah menjadi lebih matang.

"Saya tidak boleh membawa lagu-lagu lama kerana suara saya kini sudah berubah menjadi lebih besar. Lagu-lagu lama memerlukan saya menjerit dan bernada tinggi

"Mungkin dengan peningkatan umur menyebabkan suara saya turut berubah. Jika ada permintaan menyanyi saya lebih selesa membawakan lagu-lagu nyanyian penyanyi lain," ujarnya.

Jelas Sarimah, dia juga sedang mengikuti kelas vokal daripada Siti Hajar bagi mendapatkan teknik nyanyian yang betul.

"Saya juga ada mendapat undangan nyanyian dari situ saya rasa perlu menghadiri kelas vokal. Justeru saya mengikuti kelas vokal dari cikgu Siti Hajar.

"Dari situ juga saya mengetahui teknik nyanyian yang betul dengan suara kini," katanya yang sedang dalam perancangan untuk kembali menyanyi.

Bagaimanapun, Sarimah memberitahu ramai peminatnya yang mahu dia kembali semula ke bidang nyanyian. Malah dia sendiri sedang dalam perancangan ke arah itu.

"Walaupun sudah 10 tahun berlalu, masih ada yang meminta saya menyanyikan lagu-lagu seperti Kini Kau Tiada dan Damai.

"Peminat juga sering bertanyakan tentang lagu baru saya, tapi sejak 10 tahun lalu saya rasakan terlalu banyak penyanyi baru yang muncul dan rezeki saya bukan di bidang tersebut.

"Namun Insya-Allah saya akan keluar dengan lagu baru bagi mengubati peminat dan secara tidak langsung saya juga boleh menyanyikan lagu sendiri apabila menerima undangan nyanyian," katanya.

Diusik dengan pertanyaan mengenai jodoh, Sarimah memberitahu dia kini lebih selesa bersendiri.

"Saya rasa saya bukan seorang yang bertuah dalam sebuah hubungan percintaan. Bukan saya tidak mahu tetapi ada sahaja dugaannya.

"Buat masa ini biarlah saya bercinta dengan diri sendiri dan kerjaya sahaja," jelasnya.

google: sarimah ibrahim, sarimah ibrahim lagu baru, sarimah ibrahim single terbaru, album baru sarimah ibrahim, mp3 download lagu sarimah ibrahim, sarimah ibrahim lyrics, sarimah ibrahim lirik

Zaquan Puji Badan Ayu Semakin Langsing

Posted: 14 Dec 2010 03:01 AM PST


KUALA LUMPUR: Selepas menjalani rawatan badan dan muka di pusat kecantikan AsterSpring, ramai yang menegur perubahan wajah dan bentuk badan aktres Ayu Raudhah.

Selain rakan dan ahli keluarga terdekat, tunangnya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak turut memuji bentuk badan Ayu yang lebih langsing berbanding sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pemain bola sepak kebangsaan dari Negeri Sembilan itu juga memuji wajah Ayu yang lebih berseri pada hari pertama dia membuat rawatan di pusat kecantikan yang mempunyai cawangan di Bangsar itu.

Pelakon drama dan filem Nur Kasih ini dipelawa untuk menjadi rakan AsterSpring pada November lalu dan mengikuti program rawatan muka dan badan Beautiful Bride dalam tempoh setahun.

Adik kepada aktres Rozita Che Wan ini membuat rawatan sebagai persediaan sebelum menempuhi majlis pernikahannya yang akan berlangsung pada 20 Januari depan.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setar Kedah manakala majlis resepsi pula akan berlangsung sehari selepas itu di lokasi yang sama.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.


Ayu di samping Pengurus Besar AsterSpring, Michelle Lam, Raja Farah dan pereka fesyen, Qudyn.

Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor.

"Saya diberitahu oleh perunding AsterSpring bahawa saya mempunyai kulit kering dan mencadangkan supaya saya mendapatkan rawatan Balancing Facial sebelum melakukan rawatan melembap dan menyegarkan muka serta menggunakan beberapa produk Dermalogica.

"Sementara rawatan badan kegemaran saya adalah Burn & Break Fat dan Drain & Detoxify dalam program Healthy Body Therapies," kata aktres jelita ini yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari.

Selain Ayu, aktres Raja Farah yang telah selamat diijabkabulkan pada 12 November lalu dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria turut terpilih untuk mengikuti program ini selama setahun.

AsterSpring melancarkan pakej tersebut di AsterSpring Suria KLCC, Khamis.

google: ayu raudhah, ayu raudhah badan langsing, ayu raudhah badan kurus, ayu raudhah badan mantap, ayu raudhah badan solid, ayu raudhah seksi, ayu raudhah hot, ayu raudhah terkini, ayu raudhah bogel

Shuib (Sepah) Mengaku Bertunang Dengan Siti Sarah

Posted: 14 Dec 2010 02:59 AM PST


SEPANG: Ahli kumpulan Sepah iaitu Shahmira Muhammad, 26 atau Shuib akhirnya mengakui sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Siti Sarah Raisudin pada 16 November lalu.

Bekas juara program Raja Lawak musim ketiga itu membuat pengakuan tersebut bagi menjawab desas-desus berita perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung pada Januari depan.

Menurut Shuib yang ditemui pada acara Amazing Race ala Bujang Sepah di Golden Palm Tree Resort, Sepang, Jumaat, perkara tersebut terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan media demi menghormati permintaan kekasihnya itu.

"Saya akui kami sudah bertunang pada 16 November lalu di Kuala Selangor dan perkara itu terpaksa dirahsiakan demi menghormati permintaan Sarah.

"Kegagalan pertunangannya yang lalu membuatkan Sarah lebih selesa jika perkara itu tidak dihebohkan selagi belum tiba masanya," katanya yang sudah mengenali Sarah sejak setahun dua bulan yang lalu.

Tambah Shuib, perancangan awal mereka untuk melangsungkan perkahwinan pada 16 Januari depan juga terpaksa ditangguhkan ekoran jadual kerjanya yang terlalu padat kini.

"Kalau ikut perancangan awal, kami akan berkahwin pada 16 Januari depan tapi jadual kerja saya yang terikat dengan penggambaran hingga 15 Januari depan menjadikan perancangan itu terpaksa ditangguhkan.

"Kami masih belum dapat tentukan tarikh perkahwinan buat masa ini tapi mungkin selepas saya tamat penggambaran," katanya yang mengakui persiapan sedang rancak disiapkan oleh keluarga masing-masing.

google: siti sarah, siti sarah bertunang, hantaran siti sarah bertunang, tarikh kahwin siti sarah, gambar pertunangan siti sarah, foto pertunangan siti sarah, terkini siti sarah, terbaru siti sarah, siti sarah dan shuib sepah

Muzikal Tun Mahathir: Pengurusan Dakwa Zizan Nin Dieksploitasi

Posted: 14 Dec 2010 02:57 AM PST



Zizan Nin

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, Syarizan Isa mengaku meminta bayaran RM40,000 untuk aktor Zizan Nin menyertai teater Muzikal Tun Mahathir MTM) musim kedua yang akan dipentaskan di Istana Budaya dari 21 hingga 30 Januari akan datang.

Katanya, alasan dia meminta bayaran setinggi itu kerana mahu menolak tawaran itu atas beberapa sebab.

"Saya sengaja meminta RM40,000 sebagai alasan untuk mengelak Zizan Nin berlakon teater itu. Saya tahu jumlah RM40,000 itu banyak dan tentu sekali penerbitnya tidak mampu membayar.

"Tindakan itu disebabkan pihak penerbit langsung tidak berbincang dan bertolak-ansur tentang bayaran yang harus diberikan kepada pelakon.

Semua perbincangan hanyalah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) termasuk menetapkan bayaran sebanyak RM12 ribu untuk Zizan.

"Bayaran tersebut kurang dari bayaran teater Tun Mahathir yang pertama iaitu RM15 ribu," katanya ketika sidang media tergempar di pejabat Aquila Emas di Bandar Tun Razak, di sini, Jumaat.

Sebab kedua pula katanya apabila adalah pihak produksi teater muzikal itu mengeksploitasi Zizan dengan menjual poster, cekera padat lagu dan buku autograf teater yang pertama tanpa memberikan apa-apa royalti kepada pelakon itu.

"Jadi apabila bayaran kali kedua kurang daripada teater pertama, saya menganggap seolah-olah pelakon kami tidak dihargai.

"Sebagai orang berniaga, saya rasa bayaran itu memang tidak berbaloi kerana setiap artis kami ada bayaran minimumnya," katanya.

Biarpun terkejut dengan reaksi penerbit teater itu, Siti Rohayah Attan kerana menghebahkan perkara yang sepatutnya dirahsiakan itu kepada pihak media, namun dalam masa yang sama Syarizan hanya tersenyum kerana Zizan yang menjadi topik utama berbanding teater tersebut.

Dalam pada itu, Zizan yang turut menghadiri sidang media tersebut hanya akur dengan keputusan pihak pengurusannya.

"Saya tak kisah dan tak kecewa dengan keputusan ini serta bersikap profesional kerana hal ini antara pihak pengurusan dan pihak produksi. Kalau boleh, saya memang nak bayaran lebih," kata Zizan yang memegang watak Tun Dr. Mahathir Mohamad pada usia muda dalam teater itu sebelum ini.

Selain Zizan, pelakon Erra Fazira yang memegang watak Tun Dr. Siti Hasmah juga tidak dapat menyertai pementasan tersebut.

google: zizan nin, isu zizan nin, bayaran zizan nin, zizan nin tun mahathir  muzikal, kontroversi zizan nin, jumlah bayaran zizan nin, isu terbaru zizan nin, isu terkini zizan nin