Adsense

Khamis, 2 Disember 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Adakah kereta ini milik Jejai & Fasha?

Posted: 02 Dec 2010 04:37 AM PST

Lisa Surihani ditegur Astro gara-gara 'Gila Babi'

Posted: 02 Dec 2010 04:36 AM PST


Lisa mengakui niat sebenar ungkapan "gila babi" ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.

lagi......"Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi". Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh."

"Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya," katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

(GAMBAR) Kekasih Ronaldo Nafi Bergambar Bogel

Posted: 02 Dec 2010 04:33 AM PST

Sumber dari majalah CQ edisi sepanyol

KEKASIH pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo iaitu model Irina Shayk, baru-baru ini menghiasi muka depan majalah GQ edisi Sepanyol..........

Model berusia 24 tahun itu dengan berani beraksi dalam keadaan bogel tanpa sebarang busana dan hanya memakai stokin berwarna hitam.

Bagaimanapun, wanita berketinggian 1.78 meter itu menafikan berbogel sebaliknya mengakui hanya memakai coli.

Dia juga memberitahu majalah berkenaan telah mengedit gambar tersebut sehingga dirinya kelihatan seperti berbogel.

Seperti dipetik Styleite, Rabu, Majalah QC itu turut tampil memberi kenyataan bahawa mereka mempunyai bukti persetujuan kedua-dua belah pihak mengenai aksi berkenaan.

Irine dan Ronaldo mula menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun ini. Mereka berkenalan ketika terlibat dalam promosi Armani Exchange.

Gambar pelakon Miera Leyana

Posted: 01 Dec 2010 10:31 PM PST

Miera Leyana ni merupakan seorang pelakon wanita yang berasal dari Johor. Usia masih muda lagi, 17 tahun (8 Ogos 1993). Miera juga merupakan pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau di dalam dunia lakonan. Memang berbakat besar katanya, ditambah pula dengan kemanisan dirinya dan juga bentuk badan yang menarik. Semoga berjaya Miera dalam dunia hiburan, pas ni siap-siaplah kot-kot ada gosip yang bakal melanda.. Hehe.

lagi.......



Farid Kamil akan tergugat jika DD dan RI bercinta?

Posted: 01 Dec 2010 10:29 PM PST




Dengar khabar FK atau Farid Kamil bakal tergugat apabila RI atau Remy Ishak sedang hangat menjalani rehearsal adegan cinta panas bersama DD atau Diana Danielle auntuk filem "BARAJIWA". Dalam filem ni juga ada digandingkan pelakon FF atau Fizz Fairuz dan BP atau Bront Palarae. Melihat filem/drama Gundorowo lakonan DD dan RI, ternyata diorang berdua ni tersangatlah cocok berlakon bersama. Mungkinkah hubungan mesra pasti akan melekat semasa di lokasi filem ni.
 

Mungkinkah DD akan beralih cintanya terhadap RI selepas menyampah dengan sikap mulut lancang FK dalam FFM23 baru-baru ini? Mengikut daripada apa yang orang pandang, RI ni merupakan seorang pelakon lelaki yang tersangatlah menjiwai watak hingga buat heroinnya mudah jatuh cinta! layan...

(TAHNIAH) Ngangkung nama pelik tapi dah kaut RM3.2 juta

Posted: 01 Dec 2010 10:26 PM PST






Filem Ngangkung telah mencatat RM3.2 juta untuk 6 hari tayangannya, jauh berbeza dengan tiga filem lain yang ditayangkan sepanjang November. Kutipan bagi tiga filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang bulan ini kurang memberangsangkan apabila Estet yang diramalkan menang besar di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) hanya mencatat RM350,000 diikuti Krayon (RM30,000) dan 2 Alam (RM230,000) pada minggu pertama tayangan.

lagi......



Bagaimanapun, sinar baru mula diberikan filem Ngangkung yang ditayangkan sejak 25 November lalu apabila mencatat kutipan RM3.2 juta untuk tempoh enam hari tayangan. Lebih membanggakan, filem ke-42 terbitan MIG Productions Sdn Bhd ini dikatakan bakal mengatasi rekod filem paling tinggi kutipannya setakat ini, Adnan Sempit (RM7.8 juta) juga terbitan MIG yang ditayangkan pada Januari lalu dengan kutipan RM500,000 sehari dan RM1.5 juta untuk hari Sabtu dan Ahad.



Sinopsis...
"Ngangkung merupakan perbuatan memuja nombor ekor sambil bercangkung. Kami percaya perkara ini walaupun tidak banyak tetapi merupakan realiti kepada mereka yang hidup di kalangan medium berpendapatan rendah

Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.

Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.

Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.

Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.



(VIDEO) Main Skateboard Pakai Jari

Posted: 01 Dec 2010 04:19 PM PST

Skill menggunakan jari plus apply dekat skateboard kecik.Memang hebat hasil persembahannya.Kitorang rasa aktiviti ni selamat lagi dari main secara biasa.Paling dasyat pun patah jari je pun.Lihat video