Adsense

Ahad, 7 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Kontroversi Gelang Magnet AC Mizal : Testimonial Pelanggan Palsu, Hasil Copy-Pasta

Posted: 07 Nov 2010 08:27 PM PST

Perhatian : Artikel ini bukan berniat untuk menghancurkan bisnes, tetapi lebih sebagai pendedahan kepada anda supaya tidak ditipu oleh omongan kosong semata.

Kami terkejut juga bila mendapat tahu kebanyakan testimonial yang dimuatkan dalam laman FB AC Mizal rupanya hasil copy-pasta daripada website-website lain, namun di'claim sebagai testimonial daripada pelanggan sendiri. Hasil pendedahan saudara Aidid, beliau berjaya menyelongkar kisah di sebalik perniagaan yang dijalankan oleh AC Mizal, yang selama ini menggunakan testimonial palsu sebagai dorongan untuk anda di luar sana membeli produk beliau.

Kebanyakan testimonial ini pernah diupload dalam FB AC Mizal, tetapi telah di-delete apabila perkara ini didedahkan oleh saudara Aidid, kami sarankan anda membuka mata dan lihat kes ini daripada pelbagai sudut sebelum hentam keromo.

Testimonial 1 :

acz2 Kontroversi Gelang Magnet AC Mizal : Testimonial Pelanggan Palsu, Hasil Copy Pasta

Menariknya, testimonial diatas bukan daripada Barry Walker, sebaliknya datang daripada sebuah website yang telah wujud lagi lama daripada produk gelang AC Mizal.

acz Kontroversi Gelang Magnet AC Mizal : Testimonial Pelanggan Palsu, Hasil Copy Pasta

Bandingkan kedua-dua screenshot di atas, hanya beberapa perkataan sahaja yang diubah. Aduh AC, sekarang zaman Google, ingat kami ni buta ke?

Itu baru sedikit, ini lagi #ackantoi (twitter trending) dengan testimonial kedua yang lebih mengetarkan jiwa. Hasil copy-pasta teragung tahun 2010!

acz34 Kontroversi Gelang Magnet AC Mizal : Testimonial Pelanggan Palsu, Hasil Copy Pasta

Ini pula testimonial original daripada produk lain. Banding sendiri, dan buat penilaian. Kalau anda masih nak pertahankan, memang dungu tak ingat.

acz43 Kontroversi Gelang Magnet AC Mizal : Testimonial Pelanggan Palsu, Hasil Copy Pasta

Itu baru dengan testimonial palsu hasil copy-pasta, belum dengan dengan harga gelang asal yang kalau anda tahu pun, memang geleng kepala.

Anda boleh ke blog Aidid untuk lebih banyak pendedahan kisah MLM yang selama ini menggunakan konsep agama, melayu tolong melayu, atau simpati demi mendapatkan keuntungan.

1. Aku Suka Berlawak… So Sue Me You Dick!

2.Gelang AC Mizal – Kat Mana Fitnahnya Beb?

3.Gelang AC Mizal – Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh!

4.Gelang AC Mizal – Bayang Bala Di Ufuk Timur

5.Gelang AC Mizal – A Disaster Waiting To Happen

Kami tak salahkan konsep MLM, cuma cara pendekatan yang digunakan oleh orang-orang tertentu MLM ni yang salah. Tweet artikel ini dengan meletakkan #ackantoi sebagai trending!

pixel Kontroversi Gelang Magnet AC Mizal : Testimonial Pelanggan Palsu, Hasil Copy Pasta
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

An Evening To Remember With Yuna : Konsert Yuna Dalam Orkestra

Posted: 07 Nov 2010 07:22 PM PST

77042 1629305286243 1044924686 1747278 2379903 n An Evening To Remember With Yuna : Konsert Yuna Dalam Orkestra

An Evening To Remember With Yuna, sebuah konsert yang menampilkan penyanyi popular, Yuna akan bertemu dengan peminat pada 21 November ini bertempat di Dewan Orkestra Aswara. Konsert yang bermula pada pukul 5 petang ini boleh memuatkan kira-kira 300 penonton, di mana anda boleh membeli tiket pada harga RM20, atau secara walk-in pada harga RM30.

Kalau ikut mood kami, memang mengujakan melihat nyanyian Yuna diiringi kumpulan orkesta. Sebelum ini pun kami pernah lihat persembahan Yuna menyanyikan Gelora Jiwa sambil diiringi orkestra dalam konsert Di Mana Kan Kucari Ganti, sedap babe!

Pada anda yang masih berkira-kira, cepat-cepat book tiket. Setakat 300 tempat duduk, keluar sahaja artikel dekat sini, besok dah habis. Fuh, riak! Ha ha.

pixel An Evening To Remember With Yuna : Konsert Yuna Dalam Orkestra
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.