Adsense

Isnin, 29 November 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Rapunzel versi maskulin

Posted:

Rapunzel versi maskulin

Rapunzel versi maskulin



SELEPAS kegagalan serta mendapat kritikan hebat untuk filem animasi The Princess And The Frog pada tahun lalu yang hanya mengutip AS$270 juta seluruh dunia, pihak Disney percaya kegagalan filem tersebut berpunca daripada watak puteri yang mejadi tunjang utama. Akibatnya, kanak-kanak lelaki tidak berminat untuk menonton.

Sebagai langkah drastik, Disney telah menukar tajuk filem Rapunzel kepada Tangled. Dengan penukaran tajuk, Disney berharap ia dapat menarik bukan sahaja penonton kanak-kanak perempuan tetapi kanak-kanak lelaki untuk datang menonton.

Bukan itu sahaja, Disney juga telah menjadikan karakter Flynn Ryder, watak lelaki dalam filem ini lebih dominan. Tindakan tersebut telah dikritik oleh pesara juruanimasi Disney dan Pixar, Floyd Norman.

"Tindakan Disney menukar tajuk filem daripada Rapunzel ke Tangled adalah tindakan yang terdesak untuk mendapat golongan penonton tertentu," kritiknya mengenai tindakan drastik Disney itu.

Malah, Rapunzel yang kerap digambarkan sebagai karakter yang lemah-lembut dan naif diubah seratus peratus. Kali ini, Rapunzel menjadi remaja yang memberontak, lincah dan bijak.


RAMBUT panjang mengurai Rapunzel adalah kekuatan kepada Mother Gothel.


Menurut pengurus produksi Tangled, Doeri Welch Greiner, skrip asal filem ini adalah berdasarkan sambungan filem Enchanted.

Dalam sambungan tersebut, Rapunzel bertukar menjadi seekor tupai dan akan menjadi seorang budak perempuan ketika berada di alam realiti.

Penerbit eksekutif Tangled, Glen Keane berkata Disney sudah terkenal dengan filem-filem kisah dongeng yang hebat dan penuh keriangan.

"Saya fikir sekarang adalah masanya Disney membuat sebuah lagi kisah dongeng (Tangled). Tiada siapa yang boleh membikin kisah dongeng sebaik yang kami lakukan. Disney tidak perlu malu atau mencipta alasan untuk tidak melakukannya," katanya ketika ditemu ramah oleh media.

Glen juga menambah gaya visual filem ini, lukisan tiga dimensi adalah inspirasi daripada lukisan The Swing oleh pelukis Perancis aliran Rococo, Jean-Honore Fragonard.

"Dunia kisah dongeng perlu mempunyai suntikan romantik dan mewah seperti sebuah lukisan," jelas Glen yang menerima Anugerah Winsor McCay pada tahun 2008.

Bagi merealisasikan idea Glen, juruanimasi telah membuat salinan lukisan tersebut kepada tiga dimensi untuk mendapatkan syot yang mengandungi dimensi dan kedalaman. Menjadikan Tangled, filem kisah dongeng pertama Disney yang menggunakan Imej Janaan Komputer (CGI).

"Teknik tersebut menghasilkan karakter manusia yang amat meyakinkan dan latar belakang yang begitu indah," ulasnya yang yakin Tangled mampu menarik perhatian penonton.

Sementara itu, Glen Keane memuji juruanimasi Kyle Strawitz kerana berjaya mendapatkan animasi dengan gaya lukisan seperti dia impikan dalam Tangled.

"Kyle telah memberi gaya lukisan Frogonard dengan mengambil animasi rumah daripada filem Snow White and the Seven Dwarfs yang diterbitkan pada tahun 1937 dan seterusnya menggunakan teknik CGI menjadikan lukisan dua dimensi itu bertukar menjadi tiga dimensi.

"Kyle membuatkan saya percaya bahawa impian saya bukanlah sesuatu yang mustahil," tambah Glen yang terlalu teruja dengan teknologi baru filem animasi yang ditunjukkan dalam Tangled.


ANTARA babak-babak bibit cinta antara Puteri Rapunzel dan Flynn Rider yang bakal menarik perhatian kanak-kanak lelaki dan perempuan.


Menariknya, disebabkan banyak peralatan dan teknik yang diperlukan untuk memenuhi kualiti sebuah filem yang menjadi impian Glen masih lagi tidak wujud ketika filem ini memulakan produksi, semua juruanimasi Disney terpaksa menjadi lebih kreatif dalam mencipta kaedah atau alatan sendiri.

Pada peringkat awal, Glen Keane dan Dean Wellins adalah pengarah Tangled. Bagaimanapun kerana terikat dengan banyak komitmen, mereka terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada Byron Howard dan Nathan Greno.

Sinopsis

Terdapat sebuah kerajaan di mana raja dan permaisuri sedang menantikan kelahiran bayi pertama mereka.

Ketika sedang sarat mengandung, permaisuri jatuh sakit dan situasi ini meletakkan dirinya dan bayi yang dikandungnya dalam situasi bahaya.

Dalam keadaan yang terdesak, orang suruhan diraja telah diarahkan untuk mencuri sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai kuasa penyembuh dari taman seorang ahli sihir jahat bernama Mother Gothel.

Gothel kerap menggunakan bunga itu untuk mengembalikan keremajaannya supaya dia dapat hidup kekal abadi.

Bunga tersebut berjaya menyembuhkan permaisuri dan memberikan puteri mereka, Rapunzel, kuasa penyembuh yang berada terletak dalam rambut Puteri Rapunzel yang berwarna keemasan.

Sebagai membalas dendam dan keinginan untuk memiliki semula kuasa tersebut, Mother Gothel telah menculik dan mengurung Rapunzel di sebuah menara yang jauh daripada pandangan manusia.

Rapunzel meningkat remaja dengan memiliki rambut yang panjang mengurai yang mencecah 70 kaki. Disebabkan hanya berada dalam kurungan, dia memiliki perasaan ingin tahu yang sangat kuat.

Setiap tahun pada tarikh hari lahirnya, Rapunzel pasti dapat melihat cahaya yang terapung daripada tempat yang dia tidak pasti.

Sebenarnya, cahaya tersebut datang daripada festival yang adakan oleh raja dan permaisuri pada tarikh kelahiran Repunzel.

Pada suatu hari, seorang penjahat bernama Flynn Rider telah menceroboh menara tersebut. Menggunakan kesempatan itu, Rapunzel telah berpakat dengan Flynn untuk melepaskan diri dan membawanya ke festival cahaya tersebut.


Stabbington Brother (Ron Perlman) - Penjahat yang bersekongkol dengan Flynn Ryder.


Rapunzel melarikan diri dengan seekor sumpah-sumpah, Pascal dan seekor kuda, Maximus. Dia melalui pengembaraan yang hebat serta menarik yang tidak pernah dia lalui sepanjang hidupnya sehingga membawanya ke festival tersebut. Ketika melihat cahaya tersebut di sebuah tasik, Rapunzel dan Flynn jatuh cinta.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Mother Gothel berjaya menangkap Rapunzel dan membawanya ke menara. Manakala, Flynn pula telah ditangkap oleh pengawal istana.

Flynn berjaya melepaskan diri dan pergi menyelamatkan Rapunzel. Dia sampai ke menara tetapi telah ditikam oleh Mother Gothel. Sebagai pertukaran, Rapunzel berjanji akan bersama dengan Mother Gothel selama-lamanya jika dia dibenarkan menyembuhkan Flynn, Mother Gothel bersetuju.

Sebelum sempat Rapunzel menyembuhkan Flynn, Flynn berjaya memotong rambut Rapunzel menyebabkan Mother Gothel bertukar menjadi debu. Flynn masih boleh disembuhkan dengan air mata Rapunzel.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Diana takut rancang soal kahwin

Posted:

Diana takut rancang soal kahwin

Diana takut rancang soal kahwin

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


DIANA enggan meletakkan tarikh perkahwinan dalam jadual hidupnya.


SELAGI bernama manusia, pasti setiap hati berdetik untuk menamatkan zaman bujang dan merancang detik-detik sejarah itu dengan baik agar semuanya berjalan dengan lancar. Bagaimanapun buat gadis manis bernama Diana Danielle, dia takut untuk merancang soal perkahwinan dirinya.

Diana yang ditemui ketika sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19 di Musa Fashion & Dine, Avenue K, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu bahawa dia tidak pernah pun menetapkan tarikh hari bahagianya.

Jelas pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson itu, dia tidak mahu merancang kerana tidak mahu terlepas cakap. Ada kegusaran dalam hatinya memikirkan sesuatu yang masih lagi jauh dalam perancangan hidup yang dilaluinya kini.

"Banyak perkara yang berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih berhati hati.

"Mungkin saya akan kahwin esok, siapa tahu? Tetapi saya memang tidak ada perancangan untuk berkahwin Januari seperti yang dicakapkan umum. Kerana semua perkara ini melibatkan jodoh," kata pelakon yang pernah dikhabarkan kelihatan keluar bersama pelakon dan pengarah, Farid Kamil. Bukan hanya kelihatan berdua, mereka juga dikatakan intim dan dilihat seperti merpati dua sejoli.

Pelakon dan penyanyi yang baru menghabiskan program persediaannya dalam jurusan Biosains di Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor berkata, dia bimbang jika terlalu awal membuat perancangan kerana tidak tahu apa apa yang bakal terjadi kelak.

"Saya paling takut buat perancangan. Tidak pernah meletakkan sasaran tentang kahwin," luah pelakon utama filem Magika ini. Mungkin juga faktor usia membuatkan dia masih lagi berjauhan dengan perancangan tersebut.

Dalam majlis yang diadakan sehari sebelum tarikh lahirnya pada 22 November 1991, 100 peminat daripada laman peminat Diana di Facebook telah dipilih bersama-sama menyambut hari kelahirannya.

Tambah Diana lagi, dia terkejut dan terharu kerana terdapat peminatnya dari Singapura, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang sanggup hadir pada malam tersebut.

"Pada mulanya saya ingat yang datang hanyalah dari kawasan sekitar Kuala Lumpur sahaja tetapi ada yang datang dari jauh rupanya.

"Mereka buat saya terkejut dan sangat gembira kerana dapat meraikan hari lahir saya," senyumnya.

Jelas Diana lagi, majlis itu telah dirancang kira-kira dua minggu sebelum ia berlangsung.


MENYANYIKAN lagu Sinaran nyanyian asal Sheila Majid sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa menyinar dalam hati sanubarinya selama ini.


"Semuanya diuruskan oleh peminat. Pemilihan mereka dibuat berdasarkan kuiz slogan yang diadakan di Fan Page Facebook saya.

"Sebenarnya saya rasa lebih bermakna kerana dapat memberi peluang kepada peminat untuk menyambut hari lahir saya," katanya.

Jujurnya, sebelum ini, dia kurang gemar untuk menyambut hari jadinya.

"Tetapi acara hari ini membuatkan saya berasa untuk mengadakan majlis seperti ini sekali lagi," luahnya penuh kegembiraan.

Dalam waktu yang sama, Diana sempat meluahkan hasrat untuk memasuki kelas lakonan kerana merasakan mutu lakonannya masih kurang baik.

"Memandangkan pada tahun hadapan saya bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, saya merancang untuk mengikuti kelas lakonan ketika cuti semester," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.