Adsense

Sabtu, 27 November 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kelab malam khayalan dijual RM1.98 juta

Posted: 26 Nov 2010 12:00 PM PST

du 06.1 Kelab malam khayalan dijual RM1.98 juta

GAMBAR menunjukkan suasana di dalam Kelab Malam Neverdie di alam khayalan Entropia Universe.


LOS ANGELES – Seorang selebriti di alam siber, Jon Jacobs mengejutkan pakar-pakar apabila dia berjaya menjual kelab malam dunia khayalan di Internet pada harga AS$635,000 (RM1.98 juta) dalam bentuk wang tunai sebenar kepada seorang pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia merancang untuk menggunakan wang itu bagi memulakan usaha niaga dan mencari cara untuk membuat keuntungan dengan media tradisional melibatkan produser Hollywood.

Jacobs yang dilahirkan di London, Britain pada mulanya menyertai permainan dalam talian di dunia khayalan Entropia Universe dengan membeli Resort Angkasa Lepas Asteroid pada harga AS$100,000 (RM311,999) pada 2005.

Jacobs memajukan asteroid itu yang turut dikenali sebagai kelab malam Neverdie dan menjualnya pada harga AS$635,000.

Dia terpaksa memajakkan rumahnya di alam nyata untuk mendapatkan wang tunai bagi membeli resort angkasa lepas itu.

Resort angkasa lepas itu turut dilengkapi dengan sebuah stadium, apartmen dan sebuah pusat beli-belah yang membolehkan dia memperoleh pendapatan AS$200,000 (RM623,999) dalam bentuk wang tunai setiap tahun daripada pengguna alam maya yang membeli barang dan perkhidmatannya.

Menurut majalah Forbes, jualan itu mungkin yang paling tinggi dalam dunia siber kerana sebelum ini seorang pemilik watak Erik Buzz Lightyear di Entropia Universe membeli Stesen Angkasa Lepas Crystal Palace pada harga AS$330,000 (RM1.02 juta) pada 2009.

Seorang lagi pelajar sebuah sekolah tinggi, Mike Everest dari Durango di Colorado dan ibunya memperoleh AS$35,000 (RM109,200) dengan membina dan menjual senjata di dunia khayalan Entropia pada 2006. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.