Adsense

Sabtu, 27 November 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Lelaki paling seksi

Posted: 26 Nov 2010 11:19 AM PST

Hip

pix_gal0
Wajah, sikap kelakar Ryan Reynolds pikat juri

JIKA dicari pasangan selebriti paling menarik ketika ini, jawapannya mungkin terarah kepada rumah tangga Ryan Reynolds dan Scarlett Johansson. Tidak lama selepas si isteri dinamakan Babe of the Year oleh majalah GQ, si suami pula dinobat sebagai Lelaki Paling Seksi 2010 oleh majalah People.

Pada usia 34 tahun, Ryan yang mencipta nama menerusi filem The Proposal, yang menyaksikan dirinya berganding dengan ratu filem, Sandra Bullock, kini mampu duduk sebaris dengan beberapa aktor ternama Hollywood lain yang sebelum ini diberikan gelaran sama termasuk Johnny Depp, Brad Pitt, George Clooney, Richard Gere, Mel Gibson dan Matt Damon.

Walaupun ketampanan dan susuk tubuhnya mendapat pengiktirafan, aktor dari Kanada itu nyata merendah diri apabila mengulas gelaran yang baru diterima. "Nampaknya, seluruh anggota keluarga bolehlah mengejek sepanjang hayat saya nanti," katanya yang gemar bergurau tatkala ditemubual, sebagaimana didedahkan pasukan penganjur.
Namun begitu, Ryan tetap berasakan wujudnya aspek positif daripada gelaran yang baru disandang. Isterinya, yang sememangnya tidak asing dengan gelaran seksi, kini bolehlah menggunakan gelaran berkenaan untuk menyuruhnya melakukan sesuatu perkara.

Dia membayangkan, Scarlett akan bersuara: "Lelaki paling seksi, sila angkut sampah ini ke luar."

Begitupun, dia juga risau sekiranya perbualan dengan orang asing selepas ini hanya berkisar kepada gelaran terbabit, bukannya mengenai topik lebih serius, mahupun soal kerjayanya.
Anugerah Lelaki Paling Seksi muncul sebagai isu paling popular majalah People sejak 1985. Dan, hos program ABC, 25 Years of Sexy, Kim Kardashian percaya, majalah berkenaan membuat pemilihan yang tepat pada tahun ini.

"Dia begitu kacak dan kelakar. Dia memiliki pakej yang sempurna dan saya berasakan, itulah ciri-ciri yang sebenarnya dicari oleh majalah People," kata bintang realiti itu.

Pada pemilihan kali ini, nampaknya Ryan berjaya mengatasi beberapa nama hebat lain termasuk pelakon Leonard DiCaprio, Jon Hamm, Will Smith dan Patrick Dempsey, begitu juga pereka fesyen dan pengarah filem Tom Ford.

Bagi memberikan kelainan pada edisi kali ini, People turut menyenaraikan lima lelaki yang boleh diundi pembaca serta peminat menerusi Facebook. Wakil khas majalah itu, Julie Jordan, berkata Vin Diesel mendapat undian hebat di kalangan calon Facebook, yang turut mengandungi bintang realiti Jersey Shore, Pauly D; atlit, Chad Ochocinco; penyanyi, Enrique Iglesias; dan bintang Old Spice Guy, Isaiah Mustafa.

Julie turut mendedahkan, Ryan berada pada tangga teratas lelaki seksi yang disenaraikan kerana ciri-ciri yang dimilikinya, selepas setahun pemilihan dilakukan. Selain keyakinan diri yang tinggi, Ryan juga memiliki wajah yang tampan dan berkahwin pula dengan bintang anggun, Scarlett Johansson.

Begitupun, bukan sekadar wajah yang diperhatikan panel pemilih. Mereka nyata mahukan lelaki yang pandai berjenaka, merendah diri, serta berhati mulia. Semua ciri itu, kata Julie, ada pada lelaki yang bertubuh tegap berkenaan.

"Dia nampaknya cukup seronok dengan semua itu, dan dia lelaki yang baik. Itulah lelaki yang kami cari," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

@Sinepleks: Dong-gun baru Hollywood

Posted: 26 Nov 2010 11:18 AM PST

Hip

The Warrior's Way filem aksi kaya elemen CGI

BEBERAPA hari lalu, filem The Warrior's Way yang menampilkan bintang ternama Korea, Jang Dong-gun ditayangkan kepada sekumpulan wartawan di selatan Seoul. Selain pelakon popular Korea itu, filem Hollywood yang diarahkan Sngmoo Lee itu turut dilakonkan aktres terkenal Kate Bosworth.

Diketuai oleh produser tersohor Hollywood, Barrie M Osborne, yang turut terbabit dalam penghasilan filem trilogi The Lord of the Rings (LOTR) dan The Matrix, The Warrior's Way mencipta demamnya sendiri di kalangan peminat apabila ia membariskan ramai tenaga kreatif ternama termasuk pengarah seni, Dan Hennah, yang turut menghulurkan khidmat buat filem King Kong (2005) dan pengarah seni kesan visual, Christian Rivers, yang terbabit dengan filem LOTR.

Bukan sekadar tenaga kerja belakang tabir yang menjadikan filem ini topik perbualan, malah barisan pelakonnya juga tidak kurang menyengat. Selain Bosworth, ia juga dilakonkan bintang Australia, Geoffrey Rush. Bosworth memainkan watak Lynne, seorang wanita yang mengimpikan untuk membunuh musuhnya, manakala Rush pula mendokong watak bekas koboi yang kini hanya seorang pemabuk.

Namun, apa yang membuatkan filem ini sungguh istimewa buat peminat filem Korea ialah kehadiran aktor pujaan mereka, Dong-gun, yang membuat penampilan sulung dalam filem Hollywood menerusi judul terbabit.

Aktor itu memulakan karier lakonan menerusi drama televisyen, Our Heaven, pada 1993. Sejak itu, dia muncul sebagai bintang terkemuka Asia menerusi beberapa projek seperti Tae Guk Gi: The Brotherhood of War (2004) dan Friend (2001).

Lee, pengarah keturunan Korea yang berpangkalan di Amerika berkata, cabaran terbesar dihadapinya ketika menghasilkan The Warrior's Way adalah untuk mencipta dunia yang unik, menggunakan teknologi grafik komputer sepenuhnya.
"Saya tidak mahu membuat penonton teringat pada mana-mana negara apabila melihat latar tempatnya kerana ia sebuah filem fantasi. Kami harus mencipta dunia yang hebat dan seakan mimpi, namun masih boleh dipercayai kewujudannya," kata sutradara terbabit.

Filem ini bercerita mengenai seorang pahlawan yang bergerak sendirian (Dong-gun), yang bersembunyi di sebuah pekan kecil. Di situ, dia mula belajar cara hidup bermasyarakat dengan penduduk tempatan.

Mungkin sebahagian besar peminat beranggapan cabaran paling hebat dihadapi aktor itu adalah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, namun dia mendedahkan cabaran terbesar tentunya untuk memulakan semula langkahnya, kini di Hollywood.

"Sudah tentulah bukan kerja yang mudah untuk berlakon sambil bertutur dalam bahasa asing, tetapi perkara paling mencabar adalah bagi saya untuk membuktikan keupayaan diri, bagi mereka yang langsung tidak mengenali siapa Jang Dong-gun," katanya pada sidang media, sempena tayangan filem terbabit.

Dia bukanlah pelakon Korea pertama yang berjaya menembusi filem terbitan Hollywood. Pelakon Lee Byung-hun memainkan watak tambahan dalam filem G.I. Joe: The Rise of Cobra pada 2009 dan dia dijangka muncul dalam filem susulannya. Seorang lagi pelakon, Rain, yang juga penyanyi terkenal negara itu pula muncul dalam filem Ninja Assassin, juga pada 2009.

Bagaimanapun, dengan watak utama di tangan, tentulah Dong-gun berasa tekanannya. Apatah lagi filem itu sendiri menelan belanja yang tinggi, mencecah RM311 juta.

Dalam filem ini juga, babak seorang lelaki Asia mencium wanita Kaukasia dapat dilihat, sesuatu yang jarang berlaku dalam industri perfileman Hollywood.
The Warrior's Way akan memasuki pawagam negara ini mulai 2 Disember.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.