Adsense

Sabtu, 27 November 2010

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam

Posted: 27 Nov 2010 08:05 PM PST

Salam 1Malaysia, Kelihatan Habuk Tebal Di Sekitar Keyboard Aku Ini Setelah 2-3 Hari Tak MengHupdate Blog.. Bukan Malas, Tapi Cuma Masa Dan Keadaan Yang Tak Mengizinkan <--Alasan... Okey, Berbalik Kepada Tajuk Kita Hari Ini.. Nak Tanya Kepada Sesiapa Yang Ada Menonton Filem 2 Alam, Arahan dR.Rozmey.. Teruk Sangat Ke Filem 2 Alam Ini Hingga Penonton Yang Pergi Tengok Pon Rasa Malu Nak Mengaku Yang Dia Tengok Filem Itu ?? Bukankah Filem Ini Telah Di War-warkan Bakal Menjadi Filem Yang Bakal Dicatat Dalam Sejarah Perfileman Malaysia.. Bukankah Filem Ini Bakal Memecah Punggung Panggung Dengan Hasil Kutipan Sehingga RM40 Juta ?? (adnan Sempit Pon Kalah Beb...!!!) Bukankan Cinta Itu Buta ?, Berapa Banyak "Bukan" Daa...!!! Read More..!!!

Gambar Aaron Aziz Dan Suhaillah Salam Mana Bro ??

Tapi Inilah Kenyataan Yang Harus Di Terima Oleh dR.Rozmey Dan Para Barisan Pelakon Filem Ini Yang Filen Ini Memang Suck Teruk...!!! Pertama Kali Dalam Sejarah Rasanya Sebuah Filem Itu Membuatkan Penonton Berasa Malu Menontonya.. Dan Buat Pertamakalinya Aku Tengok Poster Filem Itu Dihiasi Dengan Muka Produser Filem Itu Sendiri.. (Muka Pelakonya Kurang Atau Langsung Tak Ada) Dan Buat Julung Kalinya Lagi... Produser Filem Itu Sendiri Sendirian Turun Padang Untuk Menandatangani Autograph Kepada Peminat.. (Pelakon Utama Takde Ke ??).

Sunyum Bro..!!!
Sebelum Ini,dR.Rozmey Pernah Membuat Kenyataan Di Akbar Kosmo (Untuk Pengetahuan, Metro Dan Kosmo Telah "Di Beli" Oleh dR.Rozmey) Mengatakan Bahawa Jumlah Kutipan Tiket Daripada Penipuan Filem 2 Alam Di Hari PERTAMA Telah Berjaya Mengumpul Sebanyak RM 2Juta. Padahal,Di Website Finas Menunjukan Jumlah Kutipan Yang Jauh Berbeza.. Hanya RM230 Ribu Berjaya Di Raih Oleh Filem 2 Alam Pada Hari Ke 7 Filem Itu Di Tayangkan..

RM2Juta Atau RM2000 ?
Jadi, Tahniah Di Ucapkan Kepada dR.Rozmey Kerana Berjaya Menipu Kami Semua Mengubah Dunia Perfileman Malaysia <-- Dia Kata, Dan Diharap Filem Ke-2 dR.Rozmey Bersama Pamela Anderson Bakal Mengaut Lebih Banyak Keuntungan.. Mungkin RM100Juta Pula Selepas Ini Sasaran dR.Rozmey.. Siapa Tahu !!!Untuk Berita Penuh, klik "Buka"...

Spoiler:

PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.

Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.

"Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.


"Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.

"Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain," ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.

Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.


Keadaan Panggung Wayang Di One Utama Pada Hari Pembukaan.. Penuh ?


"Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.

"Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja," katanya.

Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.

"Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.

"Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta," ujarnya.

Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja.

Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam.

Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta. - mStar


Di Harap Semua Kritikan Membangun Ini Bakal Membuatkan dR.Rozmey Lebih Matang Dalam Dunia Perfileman Di Malaysia. Dan Udah-Udah Le Menipu Tu.. Zaman Sekarang Ni Orang Boleh Check Online.. Boleh Tahu Mana Satu Panggung Yang Penuh Dan Yang Kosong...Dan Lagi Satu, Kami Sebagai Penonton Yang Membayar Tiket RM9 Layak Bersuara Kerana Kami Mahukan Yang Terbaik Daripada RM9 Yang Kami Keluarkan Itu.. RM9 Pon Duit Maaa.... Hehehe.. Betul Tak...?

Layan Video Hasil Kutipan Filem 2 Alam Yang Lawak Giler... Hehehe...



P.s:Perasaan Korang Selepas Menonton Filem 2 Alam Untuk Di Kongsi Bersama ? Malu, Gembira Atau Berbangga..


LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.