Adsense

Selasa, 19 Oktober 2010

Sensasi

Sensasi


Nokia C3 dengan Plan Celcom Exec,berbaloi baloi

Posted: 19 Oct 2010 09:48 PM PDT

Pada 15 hb yang lepas ,Nokia berkolaborasi dengan Celcom telah mengadakan Launching produk terbaru mereka iaitu Nokia C3…Apa yang menariknya kali ini,Handphone ini merupakan sebuah handphone jenis smartphone tetapi dtg dengan harga yang amat berbaloi dan sungguh murah ..

Pada Pelancaran tersebut yang berlangsung di Pavillion La Bodega,100 Pembeli pertama yang dtg mendapat harga istimewa pada RM99 utk 50 pembeli awal,dan RM199 utk 50 pembeli seterusnya..Pelancaran terebut bermula pada pukul 2.30 pm hingga 5.00pm..

Gambar-gambar dibawah diambil dengan menggunakan Camera 2Mega pixel Nokia C3




Dengan RM520,anda sudah mampu memiliki Nokia C3,sensasi telah diberi sebuah unit handphone C3 utk mengeksplorasi fungsi dan applikasi Nokia C3 ini…dan sensasi rasa handphone nie memang user friendly.

Handphone ini sememangnya mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang menginginkan applikasi bijak tetapi dengan harga yang cukup berpatutan..

Bayangkan harga dipasaran RM520,tatpi kalau anda mendaftar dengan Plan Celcom exec..

Lagi murah …ok jom usher plan Celcom executive ini..






Bentuknya yang cantik dan bergaya seperti handphone mahal yang harga ribuan ringgit..Keypad qwerty yang membolehkan anda menaip dengan laju tanpa memenatkan jari menekan keypad berulang2 kali seperti handphone biasa.skrin Handphone ini bersaiz 2.4", dengan premium metallic finishing.ringan dan nipis.


Menghubungkan anda dengan social network seperti Facebook ,twitter YM,MSN.Dan anda juga boleh setkan push email sehingga 10 akaun email ,haa blackberry pun 9 email je..boleh digunakan untuk melayari internet…Sensasi cuba melayari blog My-sensasi..pun boleh takda masalah..









Dilengkapi dengan internet berkelajuan 2g dan ada Wifi build in,lepak dimana sahaja yang ada perkhidmatan Wifi percuma,korang boleh la surf dengan kelajuan wifi tersebut…

Handphone Nokia C3 dilengkapkan dengan kamera berpixel 2 Mega pixel ..


Selain pelbagai applikasi menarik seperti yang sensasi sebut diatas…
Handphone Nokia C3 nie jugak boleh digunakan utk tune in radio kegemaran anda.Boleh simpan lagu Mp3 dan dengar lagu ,boleh memuatkan sehingga 8GB memory dengan memory card,dan mempunyai 55MB internal memory…

So tunggu apa lagi…dapatkan Nokia C3 dengan plan Celcom..memang terbaik..
Murah,bijak,dan sungguh berbaloi baloi…

Untuk info lanjut click sini http://www.celcom.com.my/celcomexec/promotions/nokiac3_features.php

Christina dan Jordan berpisah kerana Christina sebenarnya seorang Lesbian

Posted: 19 Oct 2010 04:16 PM PDT


Kalau korang mengikuti blog sensasi mesti korang tahu cerita tentang pergolakan rumah tangga Christina Aguilera...

Ok,cerita terbaru yang sampai ke telinga Sensasi baru-baru nie memang pelik dan tak disangka-sangka la..

Perkahwinan Christina dan Jordan dikatakan diambang perpisahan atau mmg dah berpisah sebab Christina cenderung menyukai perempuan(Lesbian)....Beberapa wanita telah tampil memberitahu ttg hal ini..

Baru-baru nie "sumber" seorang wanita mendakwa telah didekati oleh Selebriti terkenal Christina Aguilera di dalam kelab Lesbian ...kata wanita tersebut "Bodyguard Christina memberitahu saya bahawa Jordan tahu tentang kesongsangan Christina dan OK dengan situasi itu"

"saya bertemu Chritina dlm tandas dan dia memberitahu yang dia suka berasmara dengan perempuan.Namun akhirnya saya dan Christina tidak membuat apa-apa kerana saya merasakan situasi itu sgt kekok dan pelik,tetapi christina kelihatan seperti berharap sy akan berasmara dengannya"

Menurut sumber yang lain pula,Jordan sebenarnya tidak tahu yang Christina selalu membawa pulang perempuan utk berasmara,jadi apabila perkara ini sudah bocor,Rumahtangga meeka pun bergolak dan sudah tidak seperti dulu...


hmmm...entah betul ke tak cerita nie..atau saja2 je org nak men sensasikan kisah rumahtangga Christina..Tp nothing is impossible di Hollywood...mereka hidup tanpa batasan pun...

Nasha Aziz nak masuk 40 tahun ,Tak Jadi Kahwin dan pergi Umrah

Posted: 19 Oct 2010 03:55 PM PDT



Sensasi:Seriously Nasha dah nak masuk 40???dah boleh panggil mak cik dah nie..Ok fine,dalam drama dia nampak masih muda remaja,tatapi matang...wajah nasha masih nampak muda,tapi tangan Nasha agak berkedut seribu...adui..tak jaga tangan ker cik kak..

Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.

Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.

Ketika menemui Nasha pada majlis sidang media sempena tajaan Rafflesia untuk Festival Filem Malaysia ke-23, di Hotel Park Royal, Selasa, dia agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media.

Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk meminta dirinya berkongsi cerita mengenai status hubungan mereka, kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih.

"Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalm segala hal. Dia (Iman) membuatkan saya seorang manusia tahu memilih yang baik dan buruknya.

"Saya rasa Allah S.W.T sentiasa bersama saya dan saya sabar menunggu deminya (Iman).

"Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin. Mungkin anugerah itu (kahwin) saya belum terima lagi daripada Allah S.W.T.

"Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan buat. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya.

Mengenai perancangan menunaikan Umrah, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia dan dia sedia menanti untuk Iman benar-benar bersedia untuk mengerjakan umrah.

"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan.

"Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia.

"Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh.

"Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa.

"Saya pun tak mahu terlalu merancang, takut tak menjadi pula. Untuk perancangan umrah nantii, saya memilih Visa Ziarah," katanya yang kini banyak aktiviti peragaan di Shah Hai, China.

ha

Konsert Super Awesome Paramore di Bukit Jalil

Posted: 19 Oct 2010 03:51 PM PDT





Sensasi:
Comelnyer Hayley William nie kan...walaupun badan kecik tapi suara tetap mantap..

Mantap!!Hampir 8,000 orang membanjiri Bukit Jalil semata-mata untuk melihat kumpulan kesayangan mereka ini, Rasanya agak lama peminat di Malaysia menanti kehadiran kumpulan pop-punk yang berasal dari Franklin, Tennessee, Amerika Syarikat ini semenjak ia ditubuhkan enam tahun lalu iaitu tahun 2004.

Paramore yang dianggotai oleh Hayley Williams (vokal), Josh Farro (gitar), Taylor York (gitar), Jeremy Davis (bass) dan Zac Farro (dram) memulakan persembahan mereka buat pertama kali di Malaysia sekitar jam 8.30 malam dengan lagu "Ignorance" yang diambil daripada album ketiga mereka, "Brand New Eyes". Peminat dihiburkan dengan lagu-lagu popular mereka seperti "CrushCrushCrush", "That's What You Get", "Decode", "Fences", "Brick By Boring Brick" dan persembahan hampir satu jam setengah itu diakhir dengan lagu "Misery Business". Mereka juga turut mempersembahkan beberapa buah lagu seperti "When It Rains" dalam versi akustik.

Kelihatan juga beberapa artis seperti Noh (Hujan), Mizz Nina, Youk (Bunkface) dan juga pengacara "Bang Bang Boom" Ahmad Azahari yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan isteri orang.

Memey berlakon Siri Awan Dania 3

Posted: 19 Oct 2010 03:31 PM PDT

Nampaknya Rezeki Memey semakin murah selepas bergelar tunangan Org..huhu..

Terbaru Memey berlakon siri Awan Dania 3..Ramai peminat Awan Dania rasa annoyed sbb kehadiran Memey dalam Siri kegemaran mereka...








Comic Romantis: Cinta yang di uji

Posted: 19 Oct 2010 03:18 PM PDT



Credit to blog Realiti Konspirasi...Lama dah tak jenguk blog Zack Zuhairi which slalu de kartun2 comel..

So ceduk dri Blog beliau ...Layan..













Rita Labelkan Ayu Raudhah "busuk dan berperangai macam bangkai"

Posted: 19 Oct 2010 03:10 PM PDT

Sensasi:Fuh....bakal biras berdua yang mencintai 2 lelaki berwajah sama...(same taste la Rita ngan Ayu nie..ehe) kini berbalah..

Ayu Raudhah mencanangkan tentang keluarga Zaquan akan meminangnya lepas raya,tapi sampai skrg takda khabar berita pun...mungkin lepas raya ,tapi tahun bila tue tak tau lagi la.. :P

Hmmm,bagi sensasi Ayu mmg tak patut masuk campur urusan keluarga Rita dan Aidil,sebab dia pun belum ada apa-apa ikatan dgn Zaquan...bukan apa takut nanti termalu diri kan..

Skrg nie Rita dah Hamil anak kedua dah,keluarga mertua pula dah nak berbaik nak dtg melawat keluarga Rita di Perlis utk menjernihkan keadaan,Aidil pula,masih syg Rita sepenuh hati dan tak pernah berniat menceraikan Rita...

So skrg tinggal Ayu jer terkial-kial tunggu si buah hati Zaquan masuk meminang...

Mungkin ayu tak puas hati ngan Rita sebab dulu Zaquan pun nak tekel Rita...

huhu..nasehat sensasi,mintaklah maaf kalau dah buat salah,berbaik baiklah...kalau nama busuk,malu juga..

Cume sensasi rasa kelakar dgn kenyataan rita.."berperangai mcm bangkai?" agaknya mcm mana lah perangai bangkai yer....aha






"Apa yang ditekankan sebenarnya bukan kes pergolakan rumah tangga saya. Antara saya dan Aidil tiada masalah besar, kalau ada sekalipun ia dapat diselesaikan dengan baik. Masalah timbul apabila saya difitnah. Individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah memberitahu menerima maklumat daripada keluarga mentua.

"Sebab itulah saya mengatakan rumah tangga saya jadi huru-hara disebabkan campur tangan individu tertentu dan keluarga mentua. Apabila masing-masing nak mempertahankan diri dan menyalahkan satu antara lain, jadi terkeluar cerita yang selama ini dipendam. Saya terpaksa membuka mulut apabila tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

"Bagaimanapun, kisah rumah tangga saya pula jadi isu utama sedangkan cerita fitnah dan individu yang bertanggungjawab berlalu begitu saja. Kepada keluarga mentua, tak perlulah bercerita hal-hal yang berkaitan dengan keluarga kepada orang lain, inilah jadinya... Perkara keruh semakin bertambah keruh, benda yang dingin jadi bara. Rumah tangga saya dan Aidil jadi mangsa. Saya dan Aidil jarang bergaduh tetapi disebabkan itu tak kena, ini tak kena pasal keluarganya, kami pula bermasam muka," katanya dalam nada sebak.

Baginya, Tuhan Maha Adil dan percaya Tuhan akan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menabur fitnah dan menganiayai dirinya apatah lagi kini sedang berbadan dua. Rita mengharapkan mereka yang menyebarkan fitnah itu supaya cerminlah diri sendiri terlebih dulu sebelum mengata pada orang lain.

"Jaga maruah diri dan kaum wanita. Diri sendiri pun `busuk', rasanya satu industri sudah tahu perangai pelakon wanita itu mengalahkan bangkai, tak payahlah nak berlakon baik macam dalam drama. Janganlah sibuk tengok kain orang, pandanglah kain sendiri yang sudah lama reput dan busuk.

"Saya bukan minta simpati apatah lagi meraih belas kasihan suami. Saya sedar saya terpaksa menepis segala tohmahan dan fitnah. Saya kena pertahankan maruah sebagai seorang isteri dan ibu. Cuma saya berdoa supaya Tuhan memberi balasan dan petunjuk pada mereka yang menabur fitnah dan menganiaya wanita yang mengandung," katanya.

Saya tidak tahan mendengar fitnah, disebabkan itu saya keluarkan kenyataan yang terbuku di hati. Dan fitnah yang disebarkan oleh bakal menantu mereka menyebabkan saya hilang sabar. Saya malu dan kecewa apabila wartawan dan orang dalam industri bertanya, seolah-olah perangai saya buruk sangat!

"Saya tahu Aidil tidak akan mengetepikan keluarganya, saya juga tidak mahu Aidil berbuat demikian, tetapi bagi peluang pada saya dan anak. Saya bukannya nak rampas Aidil, tetapi saya hanya menumpang kasih sayang dan mahu berkongsi suka duka.

"Permintaan saya tak banyak, fahami saya. Dia boleh pulang ke rumah ibu bapanya bila-bila masa, saya tidak pernah menghalang tetapi pada masa sama, jangan kecilkan hati saya. Jika masalah tidak berlarutan, saya dengan rela hati akan mengajak Aidil pulang ke rumah keluarganya, suatu ketika nanti.

"Saya nak rasa bahagia macam wanita lain yang berkeluarga. Saya bangga dengan suami dan saya rela mengalah tetapi saya perlukan masa, biarlah apabila bertemu nanti, hati saya benar-benar ikhlas bukan paksaan," katanya.

Rita Hamil anak kedua,Aidil tak pernah berniat menceraikan Rita

Posted: 19 Oct 2010 02:50 PM PDT




BAGI Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak cinta dan kasihnya pada isteri dan anak tidak pernah luntur meskipun ketika ini berlaku krisis rumah tangga akibat sesuatu yang tidak dijangkanya.

Aidil berkata, dia terlalu sayang isteri dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin, malah apa yang berlaku tidak sedikitpun merubah kasih sayang dan perhatiannya pada keluarga.

"Saya dan Rita bahagia, malah saya lebih bahagia apabila mendapat tahu Rita hamil anak kedua. Kami sudah mengenali hati budi sejak lima tahun lalu, malah saya tahu perangai isteri saya. Dia mungkin agak keras hati, tetapi Rita seorang yang penyabar. Disebabkan keras hatilah menyebabkan kami masih hidup bersama.

"Saya tahu isteri saya tertekan apabila berdepan dengan fitnah yang keterlaluan tetapi biarlah, asalkan saya tahu siapa isteri saya. Kalau kita terlalu memikirkan soal kata-kata orang, hidup tidak akan aman. Apa yang penting hari ini adalah kebahagiaan rumah tangga dan keluarga saya.

"Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya.

"Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan.

"Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet.

"Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali," katanya tenang.

Kisah Benar: Bahana Cinta di Alam Siber...

Posted: 19 Oct 2010 01:50 PM PDT


"TELEFON dan komputer alat penghubung dan lambang kemajuan. Namun alat itulah juga punca segala-galanya, menghubungkan dan memutuskan. Ada orang bercerai melalui telefon, ada yang berkenalan melalui Internet. Begitulah yang berlaku pada saya, bukan bercerai tetapi dapat kawan.

''Mula-mula chatting, tak sangka pulak lama-kelamaan jadi seronok akhirnya jatuh cinta dengan lelaki bernama Sam yang mengaku bujang. Peristiwa ini berlaku kira kira lapan tahun lalu. Walaupun perkenalan di alam maya dan berjauhan, tapi kami serius dalam masa tak sampai setahun.'' Demikian cerita Nooratila dalam emelnya.

''Bila dah seronok chatting mulalah nak ajak jumpa, seorang di utara seorang di selatan. Tapi kata Sam itu semua bukan masalah, kita boleh naik kereta, bas ataupun keretapi untuk berjumpa. Zaman ini semua dah canggih yang jauh boleh didekatkan.

''Dipendekkan cerita KL jadi destinasi lokasi pertemuan kami. Bila empat mata bertemu maka ikatan cinta kami menjadi semakin kuat. Ketika itu tidak ada siapa boleh memisahkan kami.

''Bila dah berjumpa terasa macam serasi pulak, ketika inilah telefon menjadi alat pilihan pertama. Malangnya telefon juga jadi alat merosakkan hubungan kami.

''Sangkakan cinta kami ibarat panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari. Semuanya bermula bila gelora cinta memaksa saya menghubungi Sam. Nak jadi cerita panggilan saya hari itu dijawab oleh seorang wanita. Sepantas kilatsaya kenalkan diri sebagai teman sepejabat, apabila wanita itu bertanya.

''Di talian saya terdengar tangisan anak-anak. Wanita itu menjawab suaminya masih mandi. Nak pitam saya cuba kawal perasaan marah, sebab dah kena tipu. Sam rupanya suami orang. Malam itu saya menangis kerana sedih ditipu.

''Esoknya saya serang Sam di telefon, mengaku bujang konon rupanya dah beranak pinak. Sam ajak jumpa di KL nak terangkan semuanya. Nak pujuklah tu.Cinta punya pasal saya pergi jumpa dia di KL.

''Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terus percayakan Sam sedangkan saya tahu dia dah kahwin.

''Satu hari entah macam mana saya terkantoi, isteri Sam dapat nombor telefon saya, apa lagi sebu perut saya kena sumpah seranah. Saya terpaksa diam, dah tahu salah sendiri layan suami orang. Tapi bukan salah saya seorang, Sam yang mengaku bujang, kalau dari awal saya tahu dah kahwin, tak ada pasal saya nak layan dia.

''Tetapi kalau hati dah suka nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih berhubungan, dah tak boleh berpisah lagi. Bayangkan kini dalam diam tak diam hubungan kami mencecah lapan tahun. Dulu duduk berjauhan kini dah dua tahun saya berpindah dekat dengan negeri Sam. Dan sudah pasti kami sering berjumpa.

''Lepas kerja dia ikut saya balik kami makan malam bersama. Kecuali kalau ada hal. Hujung minggu Sam datang jumpa saya. Dia buat alasan ada kerja lebih masa, kerja luar daerah dan macam-macam asalkan dapat bersama saya.

''Dek kerana dah frust isteri Sam pun layan komputer, dia cerita pasal suaminya curang. Dari situ saya dapat emelnya, kami berhubung, dia tak tahu saya, sebab saya menyamar. Melalui komputer saya dapat tahu dia bencikan suaminya, dia kutuk suaminya curang, dia dah bosan dan tak kisah kalau berpisah pun.

maki hamun

''Sebenarnya hubungan saya dengan Sam dah erat, malah kami pernah pergi bercuti ke luar negara bersama selama dua minggu tanpa pengetahuan isterinya. Banyak gambar kami bersama, kalau isterinya tengok pasti dia minta cerai, tetapi saya masih sabar dan lihat apa tindakan dia dan Sam sendiri.

''Sam tak tinggalkan saya sebab dia tahu siapa yang banyak bantu dia selama ini. Jadi biarlah dia buat keputusan. Siapa yang belikan laptop untuk anaknya masuk kolej, siapa bayar yuran kolej dan asrama anaknya. Dan siapa yang banyak bantu Sam yang sering kekurangan duit untuk menguruskan kehidupan keluarganya.

''Isteri Sam tak pernah ambil tahu daripada siapa suaminya dapat duit untuk membiayai perbelanjaan anaknya melanjutkan pelajaraan. Dia tak pernah peduli dalam banyak hal urusan rumahtangga, sebab semua Sam uruskan. Tiap-tiap minggu saya dan Sam akan belikan barang keperluan dapur mengikut kehendak isterinya.

''Kami pernah terlanjur, sebab itu susah nak berpisah, saya pernah ajak Sam kawin, tapi alasan dia takut tak boleh berlaku adil. Malangnya saya tak boleh berpisah dengan Sam. Dan saya tak nampak lelaki lain kecuali Sam.

Sam banyak habiskan masa dengan saya. Setiap hari dia balik ke rumahnya jam 10 malam. Kami makan tengah hari dan malam bersama. Jadi berapa jam sangat dia dengan isterinya di rumah selepas ditolak waktu bekerja?

''Kalau difikirkan memang saya bodoh layan suami orang dan habiskan banyak wang tanggung anak bini orang, tapi saya tak ada teman lelaki lain. Tak tahu sampai bila saya mesti hidup begini, menagih cinta suami orang dan janji kahwin yang belum pasti.

''Kadang tu bila tidur sendirian saya sering terfikir bila agaknya Sam mahu ambil saya sebagai isterinya yang sah. Kerana saya sudah menunggu terlalu lama, umur pun semakin meningkat, jadi sampai bila saya mesti bersabar?"

Demikian luahan hati Nooratila bercinta dengan suami orang.


Sensasi:Ya Allah ..kurang bijak nyer pompuan nie...
Ade ke patut 8 tahun bersama tak kahwin2 sah2 dibodoh bodohkan oleh si Sam tue,tuk kikis duwet dan guna body jer...dah tue ckp taknak kahwin sebab takut tak boleh adil...ape kejadah nye sume nie????

Kalau nak bercinta thru siber boleh,tapi make sure la kenal rakan2,keluarga,dan siasat latar belakamg dahulu..jangan main redah je...pompuan nie,nanti bila laki tue mati ke apa,dia langsung takde hak..memang sah sah outsider yg dipergunakan sahaja..haiya...

habis ke tua tak de anak la kau..kalau ade anak pun ,anak luar nikah kalau tak kahwin kan..huhu...pelik la
Lelaki tue pulak memang tak guna betul...

Katy Perry & Russel Brand Elak Melakukan Seks Sebelum Kahwin

Posted: 19 Oct 2010 01:37 PM PDT

Russel dan Katty bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka di India pada 23 Oktob

PENYANYI Katy Perry yang bakal berkahwin dengan pelakon komedi Russel Brand menghentikan seketika hubungan intim bersama kekasihnya itu sehingga mereka bergelar suami isteri.

Menurut sumber terdekat Katy, permintaan itu adalah untuk membolehkan malam pertama perkahwinan mereka adalah sesuatu yang istimewa.

"Katy mahu perkahwinan mereka akan jadi lebih istimewa termasuk pada malam pertama. Dia telah meminta kekasihnya itu tidak mengadakan sebarang hubungan seks sebelum hari perkahwinan mereka pada 23 Oktober ini," ujarnya seperti dipetik Contactmusic.

Russel yang dikenali sebagai buaya darat di kalangan penggiat industri hiburan Hollywood akur dan menuruti permintaan bakal isterinya itu.

"Russel bersetuju dengan idea Katy, mereka yakin perkara tersebut bakal menjadi yang paling istimewa pada malam pertama mereka selepas kedua-duanya secara rasmi menjadi pasangan suami isteri," kata sumber tersebut.

Upacara pernikahan penyanyi lagu I Kissed a Girl itu bakal mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan konsep ala Hindu di Hotel Taj Rambagh Palace, Jaipur, India.

3 Selebriti Indon Murtad

Posted: 19 Oct 2010 01:25 PM PDT

Sensasi:Inilah yang terjadi di Indonesi skrg,byk benda-benda pelik berlaku disana...Bukan nak kata Indon je sbnarnye Malaysia pun ada berlaku kes-kes Murtad ,menghina Islam dan byk lagi...cuma bezanya Di Malaysia undang-undang syariah masih kuat,dan tidak sewenang wenangnya nak murtad atau sebagainya...Tpi kat Indon sebab undang-undang yg tak kuat semakin byk benda-benda pelik kita tengok..

Ramai Artis Indon berkahwin Islam dgn bukan Islam tanpa masing-masing menukar agama,ada yang Isteri Islam,suami kritian,jadi kat rumah ada gambar salib dan sebagainya...

yang kelakarnya dlm Drama Indon,kelaurga yang baik ,bersolat ,berdoa ,tp dlm rumah ada bar yang dipenuhi botol-botol arak..

teringat kisah Lina Joy (perempuan Islam Malaysia) yang murtad ,lawan kes kat Malaysia dia tak menang,jadi dia bawa kes ke Indonesia baru menang...huhu,..habis tue pegi la duduk indon,jgn duduk Malaysia..
Cis haram jadah betul..

Kes Murtad Dato Azhar Mansor,dia skrg dah duduk oversea sbb dia tahu dia tidak akan diterima duduk di negara Islam,Malaysia...




SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.


Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.


Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

"Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta," kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

"Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu," katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya," kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

Kembar Lisa Surihani atau memang Lisa Surihani

Posted: 19 Oct 2010 01:07 PM PDT

Sensasi tengok gambar-gambar nie dari blog hiburan BN..
ramai yg kata muka gadis sebelah kanan seiras Lisa Surihani...
Gambar belah kiri sememangnya Lisa la kan..

Bukan apa,Lisa pernah ckp dia takkan pakai seksi gitu..

Tapi hakikatnya Lisa dulu memang agak seksi jugak,Lisa mula dikenali selepas Filem pertamanya Im not Single...

Sensasi plak dah minat Lisa berkurun sebelum Lisa Famous lagi..masa tue lisa selalu dalam Iklan TV,masuk majalah remaja,dan pernah berlakon dalam 3R,dulu Lisa tak kurus mcm sekarang dia agak berisi tapi tak gemuk,and she's super duper gorgeous time dia berisi...skrg sensasi tgk dia kurus sgt and pipi tembam,,ada inbalance sikit disitu..
..memang sensasi rasa Lisa nie lawa sgt2....tapi yang herannya masa tue Lisa takla famous pun...

Selepas beberapa tahun kemudian ,bila Filem Im not single keluar barulah dia Famous...maybe for few years tue Lisa takde dlm iklan semua sebab dia smbg study kan..

sebelum nie,lisa memang jenis yang modern,pakai short sume...so tak hairan kalau gambar seksi dibawah nie adalah Lisa...memang seiras sgt kan..

Lagipun Lisa bukan tinggi sangat,dan bila tengok gambar baju merah tue,dat girl pun tak tinggi sgt,seriously mcm Lisa ..rambut "V" shape kat dahi lisa pun sama ngan gambar yg dikatakan seiras Lisa..i think dats her la..

maybe for her own personal photos ker...who knows..


gambar pakai boots memang akan menampakkan seseroang tue tinggi atau berkaki panjang...its fashion trick guys..

Berkongsi pengalaman :Surah Al-Ikhlas

Posted: 19 Oct 2010 12:55 PM PDT


Teringat saat rakan seofis sensasi dulu dia cina,kami bercakap-cakap tentang agama masing2..
Dan masa tue kwn sensasi nie pun tanya la,mcm mana rupa tuhan kamu?

Sensasi pun membacakan surah Al-ikhlas..

dan memberikan maksudnya

Qulhu Allahu ahad,Allahussomad,Lam yalid walam yulad,Walam yakul lahu kufuan ahad.

Allah yang Esa, Allah tempat ku berlindung dan meminta pertolongan, DIA tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada suatu pun di dunia ini yang menyerupaiNYA...

Sensasi pun jelaskan yang tiada satupun benda atau rupa yang kita boleh lihat di dunia ini yang menyerupaiNYA,hanya apabila kita mati dan masuk Syurga je kita berpeluang utk menemui Allah yg Esa...

Lagipun logicly,kalau tuhan nie ada form seperti rupa manusia,takla perfect,sebab manusia nie ada pelbagai rupa,bangsa dan warna...mcm hindu,tokong dia berupa bangsa hindu dan ada rupa haiwan juga,seperti Ganesha yg menyerupai gajah,pastu ada yang menyerupai monyet,dan ular...

Buddha pula, patungnya menyerupai bangsa cinawpun buddha asalnya dari India,dan dewa kekayaan utk org cina berbadan besar (boroi)..zaman dahulu org yg gemuk dikatakan byk wang..tp kalau ikut peredaran zaman ,org kaya skrg nie pegi gym dan slimming dah.. :P

Jepun pulak,matahari,which kita belajar dari sains matahari hanyalah sebuah bintang yang paling dekat dengan galaksi Bima Sakti.

Kristian sedikit sebanyak berkait dengan Islam sendiri kerana mereka menggunakan kitab Injil dimana Injil dibawa oleh nabi kita Isa,seperti yang umat Islam tahu Injil Kristian telah diubah dari Injil sebenar Islam.beza paling ketara islam dan kristian ialah,bagi mereka Jesus anak tuhan,manakala bagi kita Nabi Isa tue adalah nabi Allah.

Lagipun sensasi pernah tanya pada sahabat sensasi yg beragama kristian, siapa sebenarnya yg menyebarkan agama kristian?adakah jesus?takkan jesus yg ajar mereka tentang tanda suci kristian iaitu "Cross"(salib) .padahal bagi mereka jesus dibunuh dengan disalib,jadi kenapa pula lambang salib yang diagung2kan?

lepas tue my friend story yang lambang salib nie dtg dari seorang yg bernama apa yeh Paus ke(sensasi lupa),yg dikatakan menjumpai jesus selepas jesus dibunuh,kat tangan jesus tue ada tanda kene tebuk paku(masa salib)...so org ramai mula mengikuti ajaran pope tue,dan mula menggunakan lambang salib sebagai lambang suci mereka..so maknanya bukan jesus la yg ajar mereka benda nie kan...

Tapi tue la..agama nie,semua ada pegangan dan ikutan masing-masing,cuma kita sebagai manusia berakal harus mencari kebenaran la dalam agama masing-masing kan...sensasi selalu mencari kebenaran dan sebab-sebab kenapa boleh,dan tak boleh,kenapa haram dan kenapa halal...dan puas hati la,sensasi selalu dpt temui jwpn yang bernas dengan agama Islam ..

Sensasi dulu slalu tak puas hati kenapa lelaki boleh kahwin empat...tp sebenarnya nie pun adalah satu ujian Allah kepada para isteri,dan tanggungjawab para suami,..dan sesungguhnya lelaki yang nak kahwin lebih mestilah cukup syarat,adil,ada ilmu agama yg cukup,berkahwin lebih dengan sebab yg munasabah,menjaga hati para isteri..

sebab zaman dahulu,selalu ada peperangan,ramai isteri yg menjadi balu,takda tmpt bergantung,sahabat2 arwah suami nak membantu pun susah,nanti menimbulkan fitnah dan buruk sangka,disinilah,mereka berkahwin lebih utk memikul tanggungjawab menjaga maruah wanita ,dan menjaga wanita itu dan anak-anaknya.

Si siteri pertama mestila ada rasa cemburu dan rasa terpaksa berkongsi kasih,tp disinilah suami kena convince isteri dan bimbing mereka agar isteri menghormati suami dan merasa gembira dgn layanan baik suami..Lelaki yg kahwin lebih dan tidak adil nie,teruk la balasannya nanti kan..Isteri yang redha dimadukan pulak mendapat payung emas kat syurga.

Apa pun,kalau lelaki kahwin lebih sebab nafsu,sebab nak wanita yg lebih muda,sebab dah bosan dengan isteri pertama,yang ini,memang lerrrrr menyakitkan hati..

Tp kalau sensasi sendiri..mungkin tak sanggup la.. :P melainkan dibuka hati ini menerima madu kerana Allah S.W.T.... wallahualam...mintak dijauhkan..ehe..

Jawapan dari Surah Quran :Mengapa aku diuji?

Posted: 19 Oct 2010 12:20 PM PDT



KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : "kami telah beriman ", sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,"bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.