Adsense

Jumaat, 22 Oktober 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Ratu Cantik India berambut perang

Posted: 21 Oct 2010 01:00 PM PDT

WELLINGTON, New Zealand – Ratu Cantik India New Zealand, Jacinta Lal (gambar), 21, dikritik hebat kerana dia tidak kelihatan seperti seorang wanita berketurunan India, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapa Jacinta berketurunan Fiji-India manakala ibunya pula ialah warga New Zealand.

Gadis bermata biru dan berambut perang itu disindir oleh para penonton apabila dia diumumkan sebagai pemenang pertandingan Ratu Cantik India New Zealand bagi peringkat Wellington pada Ogos lalu. Penganjur pertandingan, Dharmesh Parikh mengakui terdapat dua atau tiga aduan mengenai Jacinta.

"Walaupun terdapat aduan, ramai orang India yang menggalakkan saya menyertai pertandingan ini.

"Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa semua orang mempunyai pandangan yang serupa hanya kerana komen-komen daripada golongan yang berfikiran sempit," kata Jacinta.

Parikh menyatakan bilangan mereka yang tidak berpuas hati adalah kecil.

"Insiden ini agak menyedihkan dan kurang menyebelahi Jacinta. Dia sepatutnya diterima dalam dunia India kerana dia seorang gadis India yang cantik," kata Parikh. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.