Adsense

Selasa, 19 Oktober 2010

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Lawak : Kisah RM1000 Pakcik Dan Manager Bank

Posted: 19 Oct 2010 08:38 AM PDT

Cerita Lawak ni 18sx sikit tapi kalau gelak tutup mulut yer...




Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 dibank. Apa kerja pak cik?


Pak DI : Saya ni sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI: Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada.Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada....... Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata.. Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik.Hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

Manager: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....

Manager : Tak guna punya orang tua....

Perkahwinan Nasha Aziz Di Tangguhkan !!!?

Posted: 19 Oct 2010 08:22 AM PDT

PETALING JAYA: Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.
Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.


Info : Mstar Online


Zoom : APa yang terjadi hanya mereka sahaja yang tau, semoga bahagia pasangan ini akan menjadi kenyataan.

Forum Antarabangsa Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010

Posted: 19 Oct 2010 08:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Julai – Buat julung kalinya, Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung Oktober akan dimulakan dengan persidangan Forum Antarabangsa melibatkan delegasi asing dan wakil-wakil parti luar negara, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, forum tersebut akan berlangsung selama dua hari sebelum bermulanya Perhimpunan Agung UMNO iaitu pada 18 dan 19 Oktober di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
"Istimewanya, forum ini akan menampilkan negarawan terkemuka iaitu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ucaptamanya dan majlis perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala majlis penutupnya akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak," jelas beliau.





Katanya lagi, antara objektif diadakan forum sedemikian adalah untuk membincangkan masalah-masalah global melibatkan tema 'Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru', agar dapat dikongsi bersama.




"Kita berbesar hati untuk mendengar, berkongsi dan menerima pandangan pelbagai pihak termasuklah wakil-wakil negara asing agar semua permasalahan dapat diatasi demi kesepakatan sejagat di peringkat antarabangsa," katanya.
Menurut Tengku Adnan lagi, keterbukaan UMNO menerima pandangan bukan hanya terbatas kepada ahli-ahlinya sahaja tetapi pandangan pihak luar amat dihargai.



"Ini kerana UMNO bukanlah parti yang bersifat ekslusif kepada anggota tertentu sahaja sebaliknya ia inklusif kepada semua pihak, asal saja memberi manfaat dan selaras dengan asas perjuangan parti," tegasnya.
Forum tersebut akan mengetengahkan seramai 500 orang peserta terdiri dari kedutaan asing yang berada dalam negara, ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, barisan exco pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta setiausaha politik dan setiausaha akhbar parti-parti komponen Barisan Nasional.


Dalam masa yang sama, Kelab UMNO Luar Negara, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta serta badan bukan kerajaan juga turut hadir bagi membincangkan isu global tersebut. – MediaUMNO





Zoom : Nak Share dengan pembaca di Zoomartis je :) 

Minka Kelly Wanita Terseksi Di Dunia

Posted: 19 Oct 2010 08:12 AM PDT

PELAKON Minka Kelly (gambar) terpilih sebagai wanita terseksi di dunia oleh majalah Esquire mengalahkan nama-nama besar Hollywood yang terkenal dengan imej seksi seperti Jassica Bell atau Scarlett Johansson.
Ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut memandangkan nama artis drama siri Friday Night Light itu tidak sehebat Megan Fox atau Kim Kardashian yang selama ini disebut-sebut bakal terpilih.


Zoom: Jarang dengar nama Minka Kelly ni..nampak macam muda lagi..Seksi ke dia ni ??? nak tau search dalam google atau yahoo :)

Cerita Lawak : Kisah Si Ayah Dan Anak Dalam Selimut

Posted: 19 Oct 2010 08:07 AM PDT

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)


Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....

Cerita Lawak : Fakta Yang Anda Perlu Tahu ( 18sx )

Posted: 19 Oct 2010 08:05 AM PDT

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium
kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila
melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di
sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat,
kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua
tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.
"Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana
ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu '*** queue' haram
dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak
kena cabai, cuba la cakap *** kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan. astaghfirullahalazim...

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru
diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L.
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau2 mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

Chelsea Datang Ke Malaysia Julai 2011 !!

Posted: 19 Oct 2010 07:56 AM PDT

Berita baik untuk peminat pasukan Chelsea kerana berpeluang untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka ini beraksi di Kuala Lumpur. Pasukan Chelsea akan berentap dengan Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 21 Julai 2011. Namun jangan berharap sangat sebab adat pasukan daripada luar akan membatalkan kunjungan kerana mempunyai komitment lain selain bertandang ke Malaysia.



Apa-apa pun semoga ia akan menjadi kenyataan...Zoom pun nak pergi :) 


Info : Utusan hari ni 



News : Kabinet lulus polisi gaji minimum - Subramaniam

Posted: 19 Oct 2010 07:46 AM PDT

Sekadar Hiasan 

Alhamdulillah..Kalau betullah gaji minimum dilaksanakan sudah tentu beban keluarga akan berkurangan. Hari demi hari keperluan pengguna semakin membebankan penggguna. Dengan adanya tindakan dan kenaikan gaji ini akan dapat meringankan beban.Berikut Zoom sertakan berita daripada utusan mengenai isu ini.


PETALING JAYA 19 Okt. - Kabinet telah memberi kelulusan kepada Kementerian Sumber Manusia melaksanakan polisi gaji minimum menerusi Majlis Konsultasi Gaji Negara, kata menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian akan menggubal akta baru untuk membolehkan majlis tersebut ditubuhkan bagi penetapan kadar dan mekanisme gaji minimum.
"Sebarang keputusan pada masa depan dan pelaksanaan (gaji minimum) akan dilakukan menerusi majlis itu berdasarkan kuasa yang diperuntukkan melalui akta baru, yang bakal dibentang di Parlimen pada sesi akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan dan pameran Pembangunan Sumber Manysia Berhad 2010 di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2010 di Parlimen Jumaat lepas, mengumumkan penubuhan majlis itu, yang akan menjadi patform utama penentuan gaji di negara ini.
Beliau berkata, Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dianggotai wakil majikan, kesatuan sekerja, pekerja tanpa kesatuan, agensi kerajaan, ahli akademik, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan. - Bernama

Gossip : Rumah tangga Saida AF Dikatakan Retak dan Goyah !!?

Posted: 19 Oct 2010 06:45 AM PDT

Ini pula Gossip rumahtangga Akak Datuk Siti kita, Saida. Zoom cuma copy and paste je. Sebab biarlah empunya diri yang memberitahu kebenaran atau fitnah semata-mata. Namun dibawah ini adalah tulisan dan karangan seseorang yang entah dari mana info yang dia dapat. Zoom doakan semoga keluarga Saida tidak goyah seperti yang diperkatakan di laman forum/bharian online ini...Bacalah dan apa kata anda ?


KASIHAN ada, sedih pun ada apabila mendengar cerita seorang lagi artis bakal bercerai. Minggu lalu, Raja terkejut besar apabila mendapat tahu pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura sudah pun bercerai. Minggu ini, Raja dengar rumah tangga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saida pula bagaikan sudah mula goyah dan tidak keterlaluan dikatakan ia ibarat retak menanti belah.
Raja dengar pergolakan rumah tangga Saida dan suami, Mohd Ghazali Yahya Zikri sudah tidak dapat diselamatkan lagi, malah pasangan yang berkahwin sejak 10 tahun lalu itu juga dikatakan sudah memfailkan perceraian di mahkamah. Dengarnya, sebutan kes perceraian mereka pada hujung bulan ini. Kasihan anak-anak yang masih kecil dan apalah nasib mereka nanti! Saida dan Ghazali dikurniakan empat cahaya mata, Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Marshitah.

Yalah, tiada pasangan yang berkahwin untuk bercerai. Namun jika tiada jodoh, berpisah jalan terbaik. Kehidupan rumah tangga zaman moden ini terlalu onak berduri, jika iman rapuh dan kesabaran senipis kertas nescaya mahligai dibina kecundang juga akhirnya. Entahlah, tiada apa yang kurang pada pandangan mata Raja.

Saida dan Ghazali dikurniakan empat cahaya mata comel dan kehidupan mereka juga selesa, tetapi hakikatnya, hidup ini memang tidak pernah sempurna. Apabila bersangkut soal hati, sukar dimengerti, apatah lagi apabila sekeping hati sudah merajuk, tiada yang dapat memujuk.

Raja dengar pergolakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga. Soal siapa main kayu tiga, kenalah tanya Saida dan Ghazali sendiri. Rasanya tak elok Raja bercerita, tapi siapa makan cili, dia terasa pedas! Raja tahu pun apabila seorang sanak saudara mereka dah terlepas cakap.

Yalah, sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya, begitu juga dengan kehidupan rumah tangga. Tapi, dalam filem Magika, peribahasa diucapkan oleh Mawi yang membawa watak Badang ialah: "Air yang tenang jangan disangka tiada naga..."

Peliknya, Saida atau Ghazali kenalah fikir pasal anak. Apakah mereka tidak fikir pasal masa depan anak-anak? Kenapa nak buat hal? Raja memang tidak dapat terima apabila mengetahui kecurangan seseorang. Kesudahannya apa nanti, bercerai... kan? Siapa jadi mangsa, dah tentu anak-anak. Fikirkanlah...
Bagaimanapun, kalau tak pandai nak cari jalan penyelesaian, nasi tentunya dah jadi bubur, apa yang berlaku dah berlalu. Nak menyesal pun dah tidak berguna lagi. Bubur dah basi. Khabarnya `manusia durjana' yang dikaitkan menjadi perosak pemusnah rumah tangga mereka sudah pun terima habuannya. Habuan apa, tak pastilah Raja. Kalau Raja, dah tentu dikerjakan sampai separuh mati, baru padan muka!

Tapi, itu cerita yang Raja dengar, sejauh manakah kebenarannya, empunya diri lebih mengetahui. Raja dengar Saida mengelak menjawab panggilan telefon wartawan. SMS pun tidak dilayannya. Tapi tak guna Saida nak mengelak diri, seolah-olah menjelaskan Saida lari dari hakikat sebenar. Atau, mungkinkah Saida yang jadi punca mencetuskan sengketa rumah tangganya sendiri! Entahlah...

5 artis kuat maksiat dalam perhatian !!

Posted: 19 Oct 2010 06:36 AM PDT

Iskkk Iskkk Tajuk pun dah buat malu sape la artis tu yer...Hanya ingin berkongsi dengan pembaca di ZOomartis.net ..Jangan tiru perangai artis ni ok !!! Baca je la statement di akhbar ni 


PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi 'senarai keutamaan' individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.
Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.
"Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.



"Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais," katanya.
Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya. 
Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.
"Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri. 
"Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis," katanya.
Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat. 
Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.
"Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.
"Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka," katanya.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.

Cerita Lawak : Jangan mencelah !!

Posted: 19 Oct 2010 05:56 AM PDT

Dengar sesuatu cerita hingga tamat... ....Sebelum mencelah !!

Atan sikecil melihat kereta ayahnya melalui taman permainan dan
memasuki suatu belukar. Ingin tahu, dia ikut kereta itu dan lihat
Ayahnya dan Mak Cik Junaidah berpelukan mesra.
Atan sikecil mendapati ini suatu berita hangat dan tak sabar
merahsiakannya terus berlari balek kerumah memberitahu ibunya,

"Mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah.


Saya pergi dekat dan lihat Ayah betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah........"

Ketika ini Maknya mencelah dan berkata,

"Atan, ini suatu cerita hebat dan panas, apakata simpan dulu untuk
dihabiskan masa kita makan malam ini. Mak nak tengok apa reaksi diwajah Ayahmu masa Atan bercerita nanti."

Waktu makan malam, Ibu minta Atan me! mulakan ceritanya. Atan pun
memulakan
puisinya !.

"Mak mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk
dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah. Saya pergi dekat dan lihat Ayah
betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah dan Ayah buat sama macam Mak dan Pak Cik Osman selalu buat Masa Ayah kerja askar dahulu tu."

Si Emak terlopong........Terkadang-kadang kita perlu dan terpaksa
mendengar sesuatu cerita hingga habis sebelum mencelah...

Kisah Seram Kaki Pancing

Posted: 19 Oct 2010 05:55 AM PDT

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,
kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing
kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.


Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang
dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat
Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg
gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal
ker,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia
nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2
kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang,
patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2
kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis
sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing
balik,
sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Cerita Lawak : 10 ribu gadis menongeng

Posted: 18 Oct 2010 04:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pernikahan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos hari ini telah menyebabkan lebih 10 ribu anak gadis Malaysia frust menonggeng. Ini berikutan mereka kecewa jejaka tampan idaman mereka tidak lagi berstatus bujang. Ada di antara anak-anak gadis ini yang berlinang air mata semasa menyaksikan majlis akad nikah buah hati mereka ini secara langsung di kaca tv.

Menurut Mak Peah, anak perempuannya menangis teresak-esak tak berhenti selepas mendengar berita bahawa angkasawan kacak negara akan berkahwin pada tarikh keramat 10 Oktober 2010. Dia bertekad tidak mahu makan walaupun puas dipujuk oleh Mak Peah. Usaha memujuk anaknya untuk mengalas perut hanya berhasil selepas dia memesan set Pizza Hut delivery yang paling mahal.

Selain itu, terdapat juga kes di mana seorang remaja 18 tahun memecahkan televisyen yang baru dibeli ayahnya kerana tidak dapat menerima berita pernikahan itu. Akibatnya remaja tersebut dirotan ayahnya di kepala sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengingati namanya sendiri.

Justeru itu Perdana Menteri menyarankan agar semua gadis tanah air bertenang dan tidak terlalu mengikut emosi. Pihak polis juga diarahkan supaya berjaga-jaga sekiranya terdapat pertubuhan anak-anak gadis ini yang melancarkan mogok lapar secara besar-besaran.



Credit : Cari

Dr Mahadi J Buat Filemkan Kisah Allahyarham Datuk Sosilawati

Posted: 18 Oct 2010 04:00 PM PDT

Zoom dapat dari laman forum ni..baca je la. Kalau betul siapakah bakal pelakonnya !!?



  • Umie Aida
  • Rozita Che Wan
  • Nanu Baharuddin
  • Norish Karman
  • Noniswara
  • Nasha Aziz
  • Erra Fazira
  • Zahida Rafik
  • Ifa Raziah
SITI gembira apabila mendengar khabar pengarah Dr. Mahadi J. Murat mahu memilemkan kisah jatuh bangun usahawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati. Siti gembira kerana Dr. Mahadi dulu yang mengusulkan idea penerbitan filem ini. Kalau idea ini dibawa oleh pengarah atau produser hampas, ketokohan Sosilawati juga pasti terjejas.
Syukur juga kerana  anak-anak dan keluarga Sosilawati pada dasarnya setuju dengan perancangan filem ini. Sosilawati mempunyai hidup yang penuh warna, berkais dari bawah, merentasi relung dagang yang berliku. Ini sudah cukup menarik bagi filem ini.
Siti tak kisah kalau Dr. Mahadi mahu menjadikan filem ini sebuah biopic (filem biografi) tentang Sosilawati atau menyuntik elemen fiksyen dan dramatik, yang penting Sosilawati harus menjadi penunjuk jejak kepada sekian banyak wanita negara ini. Legasi Sosilawati tidak terhenti dengan tragedi ngeri kematiannya bersama tiga orang lagi sebulan lalu.
Siti cukup yakin dengan keseriusan Dr. Mahadi, seorang ahli akademik dan pengarah filem yang telah terpampang hasilnya. Tapi biasalah nama Dr. Mahadi tak sepopular beberapa pengarah kacang rebus yang kita ada. Dr. Mahadi kena berkerja jadi pensyarah kerana produser kacang rebus hanya pilih pengarah kacang rebus saja.
Usaha penerbitan filem ini mesti disokong. Syarikat korporat pun bila diminta menjadi penaja perlulah melihat sumbangan sosial melampaui pulangan dagang dalam soal ini. Tapi penerbitan filem ini jangan minta duit dana filem, gerenti  tak dapat. Jadi, biarlah dana filem membiayai filem-filem yang sama selera dengan jawatankuasa dana itu saja.

ZOom : Siapa Pilihan Anda ?

Majlis Potong Jambul Baby Dynaz , Khyra Khalyssa

Posted: 18 Oct 2010 03:47 PM PDT

Majlis cukur jambul dan aqiqah puteri sulung milik Dynas dan suaminya, Mohd. Hafizi (Fizy), Khyra Khalyssa kelihatan comel dalam dres kecil labuh berwarna putih. Meriah dengan kedatangan sanak saudara serta sahabat handai, majlis tersebut sepatutnya berlangsung lebih awal.



CENGKERANG mutiara yang menghiasi kediaman ibu bapa pelakon jelita, Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar (Dynas) menjadi tumpuan utama. Bukan sahaja kerana hiasannya yang cantik tetapi bayi kecil yang berada di dalamnya berjaya mencuri perhatian.
Dynaz bersama Khyra Yang Comel

Credit : kosmo


Zoom: Comelnya anak Dynaz macam emaknya, Gahnya majlis menyambut cucu ni, semoga Khyra menjadi anak yang mentaati orang tua dan soleha..insyallah...!!

Cerita Lawak : Si Koboi yg Malang

Posted: 18 Oct 2010 03:25 PM PDT

Si koboi yg malang

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :


Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!. -- 

[STORY] THE MONK

Posted: 18 Oct 2010 03:23 PM PDT

A man is driving down the road and breaks down near a monastery. He
goes to the monastery, knocks on the door, and says, "My car broke down.
Do you think I could stay the night?
The monks graciously accept him, feed him dinner, and even fix his car.
As the man tries to fall asleep, he hears a strange sound; a sound like


no other that he has ever heard. The next morning, he asks the monks what
the sound was, but they say: "We can't tell you because you're not a
monk."
The man is disappointed but thanks them anyway and goes about his merry
way. Some years later, the same man breaks down in front of the same monastery .

The monks again accept him, feed him, and even fix his car.
That night, he hears the same strange mesmerizing sound that he had heard
years earlier.
The next morning, he asks what the sound was, but the monks reply: "We
can't tell you because you're not a monk."
The man says: "all right, all right. I'm dying to know. If the only way
I can find out what that sound was is to become a monk, how do I become a
monk?"
The monks reply: "you must travel the earth and tell us how many blades
of grass there are and the exact number of sand pebbles. When you find
these numbers, you will become a monk."
The man sets about his task. Some forty-five years later, he returns and
knocks on the door of the monastery. He says: "I have traveled the earth
and devoted my life to the task demanded and have found what you had
asked for. There are 371,145,236,284,232 blades of grass and
231,281,219,999,129,382 sand pebbles on the earth!"
The monks reply: "Congratulations, you are correct, and you are now
considered a monk . We shall now show you the way to the sound."
The monks lead the man to a wooden door, where the head monk says: "the
sound is behind that door."
The man reaches for the knob, but the door is locked. He asks: "May I
have the key ?"

The monks give him the key, and he opens the door.

Behind the wooden door is another door made of stone. The man requests
the key to the stone door.

The monks give him the key, and he opens it, only to find a door made of
ruby. He demands another key from the monks, who provide it. Behind that
door is another door, this one made of sapphire.. And so it went on until
the man had gone through doors of emerald,...
...silver, topaz, and amethyst.

Finally, the monks say: "This is the key to the last door!"

The man is relieved to be at the end. He unlocks the door, turns the
knob, and behind that door he is astonished to find the source of that
strange sound. It is truly an amazing and unbelievable sight

But
I can't tell you what it is because you're not a monk.



Zoom : Sakit perut baca :)

[VIDEO] Vinikkk hang tuah yg kegersangan

Posted: 18 Oct 2010 03:21 PM PDT


Hehehehe Lawak2 layan je yerrr 

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now