Adsense

Isnin, 28 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Jokes:Awal Ashaari punya lawak.."Anak ikan dah ramai artis bela"

Posted: 28 Jun 2010 01:05 PM PDT



Jokes pertama:

Td tgk rancangan Fuhhh! kat TV3. Awal Ashaari hosnya. Topik mula2 Awal Ashaari ckp ialah apakah binatang yang ingin dibela oleh artis tp tak dpt mereka bela. Pastu dia buat2 tanya :

Awal : Mari kita tgk apa binatang2 yg ingin dibela oleh artis2..
Awal : Beruang polar ke, berung kutub ke, T-rex ke, biawak ke..apa2 je la...
Awal : Apa? anak ikan? Eh...anak ikan dah byk artis bela...

Lawak la dia ckp camtu...

korang faham kan maksud "anak ikan tue"..kalau tak faham jugak tampar muka sendiri laju2..

Jokes kedua:

pernah tgk satu episod FUH tu....mase tu Awal dok cakap pasal lokasi pilem zoo...dialog Awal lebih kurang camni....

"Nak tau jugak kenapa lokasi filem ni kat zoo. Ye la dah tajuk filem pun zoo. Mesti la kat zoo kan? Takkan kat MASJID pulak?"

Motip nak sebut masjid...??kihkih.. yang hado...nak buat satu perbandingan kontra kot sensasi rasa


Tehehe..Awal Ashaari nie dikatakan cuba menjadi kan rancangan fuhh panas dan penuh kontroversi...ada setengah org cakap Awal cuba jadi mcm Ogy,byk ckp dan laser...

Entahla Sensasi pun jarang Layan Fuhh..kdg2 ada jugak layan..apa-apa pun sensasi rasa Awal nie adalah seorang yang agak professional dlm bidang pengacaraan...byk dah rancangan yang menggunakan Awal sebagai pengacara...

Ada kdg2 Awal buat lawak ...ada org yg suka..byk jugak org yang kondem..tp bagi sensasi mcm kelakar jer..kihkih


Awal dengan Scha skrg hangat bercinta..agak2 nya bilala derang nak bertunang atau kahwin..mesti gempak kan

Zahida Rafik: Berpegang teguh pada adat dan pegangan agama

Posted: 28 Jun 2010 12:40 PM PDT


Terbaru Zahida membuat kenyataan kepada media bahawa dia bukanlah "Perempuan simpanan " mana-mana VIP atau VVIP seperti yang digembar gemburkan .

Ini kerana Zahida dikatakan memiliki byk wang,boleh cucuk tang sana,cucuk tang sini,dan mcm2 lagilah,lepas tue Zahida dikatakan selalu bershopping mewah di luar negara.

Nak dikatakan Zahida dtg dari keluarga kaya,keluarga nya sederhana sahaja..nak kata byk job berlakon atau dlm dunia seni,tak kedengaran atau tak nampak pulak kans...tapi Zahida tetap disebut2 namanya dlm ruangan2 gosip tanah air disebabkan kontroversi dibela VIP/VVIP..

Jadi kali ini Zahida menafikan sekeras-kerasnya..tambah pulak katanya:

"Sebagai anak bongsu dalam keluarga yang berpegang teguh kepada adat & agama, ayah tidak akan membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin"

jadi memandangkan ayahnya tak membenarkan dia tinggal sendirian,persoalannya Zahida tinggal dgn siapa skrg nie???

Kalau masih tinggal dengan keluarga,takkan ayahnya membenarkan Zahida berpakaian seksi@seksa setiap kali bergambar di majlis2...sampai terjojol bijik mata kak senah...

P/S:dulu2 masa Zahida masih natural,nampak lawa dan manis je..skrg nie aduh,mcm belon pun ader..kenapa org cucuk botox?muka nampak tak real laaaa

Nubhan membuat persembahan dan menyanyi tapi kepit!

Posted: 28 Jun 2010 12:29 PM PDT







Sensasi:apsal la Nubhan nie dari awal persembahan sampai ke akhirnya ayu jer terkepit...mcm "sesuatu jer"...nak terkucil kot.

Robert Pattinson & Kristen Stewart sekejap mengaku bercinta, sekejap tak

Posted: 28 Jun 2010 11:55 AM PDT


WALAUPUN keintiman mereka sudah diketahui seluruh dunia, dua bintang Twilight Robert Pattinson dan Kristen Stewart terus berdolak-dalik tentang gosip hubungan mereka.

Menurut laporan nypost, pasangan sensasi remaja itu dilihat berpimpin tangan ketika berada pada majlis meraikan filem The Twilight Saga: Eclipse baru-baru ini.

Bagaimanapun, mereka tidak hanya bermesraan sesama sendiri sahaja. Sebaliknya, turut dilihat bergaul dan berbual dengan para hadirin lain pada majlis itu.

Kemesraan Pattinson dan Stewart dihidu ketika mereka menyertai para pelakon dan tenaga produksi filem itu pada majlis yang diadakan di Hotel Thompson Beverly Hills

Sensasi:sejak dari mula2 filem twilight lagi da kecoh kata Robert pattinson dgn kristen steward nie bercinta...siap dah plan nak kahwin dan settle down berkeluarga...then timbul plak cerita robert nie main kayu tiga beberapa kali dgn celebrity wanita lain..pastu timbul plak cerita kristen steward mengamuk..huuu..mcm2 hal..mungkin kali nie pasangan nie dah berbaik kot...ehe....nway sensasi sukee sgt tgk cerita twilight yg first2 tue...best bila tgk vampire jatuh cinta dgn manusia...siap leh bwk jungle trekking terbang2,,,bila la pasangan sensasi nak wat camtue..

S.Shamsudin (Bujang Lapok) dalam keadaan kritikal selepas jatuh bilik air

Posted: 28 Jun 2010 11:33 AM PDT



Pelawak veteran terkenal S. Shamsudin, 81, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Alexandra di Singapura hari ini selepas terjatuh di bilik air pada malam Sabtu lalu.

Veteran tersohor Datuk Aziz Sattar berkata Shamsudin terjatuh daripada bilik air sehingga menyebabkan tulangnya retak.

"Waktu dia (Shamsudin) jatuh tulang dia dah retak. Lagipun, faktor usianya juga menyebabkan dia kritikal.

"Anaknya juga beritahu ayahnya itu akan dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aziz, dia baru sahaja menziarahi sahabatnya itu bersama-sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, pelakon Datuk Mustafa Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim di rumah anak bongsunya di flat Bukit Batok, Singapura pada Sabtu lalu.

Rais menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shamsudin daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas.

"Saya baru sahaja melawat dia pada Sabtu lalu. Tetapi dia jatuh pada malam selepas kami datang ke rumahnya.

"Doktor ada maklumkan kepada anaknya, kalau dia tak stabil dalam satu hingga dua jam ini, pihak hospital akan minta isteri dan anak-anaknya datang ke hospital," ujarnya lagi.

Tambahnya, dia akan memaklumkan perkembangan lanjut tentang Shamsudin selepas ini.

Shamsudin adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A. R Tompel dan Datuk Aziz Satar. Dia telah berlakon dalam lebih 30 buah filem.

Anak kelahiran Singapura ini mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz dalam filem Bujang Lapok.

Sensasi:dah 81 tahun dan sudin skrg..kesian dia...dah tua jatuh pulak,tulang retak dan kritikal..sama-samalah kita doakan agar Sudin sembuh semula...seronok tgk lakonan sudin,P.Ramlee dan ajis masa dulu2

Ariel di Lokap bersama rakan -rakan banduan yang lain

Posted: 28 Jun 2010 10:59 AM PDT


Terbaru banyak desas desus gosip kedengaran di Indonesia khasnya menyatakan bahawa Ariel Peterpan telah meninggal dunia di dalam lokap akibat overdose...overdose apa pun tak pasti la..tue yang kelakar..semua org kata dia mati overdose tapi tak siapa tahu dia overdoe apa...dadah ke?ubat tido ke?huhuhu...

Semua gossip nie berterbangan melalui twitter & blackberry messenger pada mulanya,.tak tahulah siapa yang mulakan cerita ini..mungkin untuk menutup cerita ttg Ariel atau mungkin utk mensensasi kan lagi cerita Peterporn ini..huhuhu

mcm nie msg itu berbunyi:

"innalillahi wa innalillahi rodjiun, telah berpulang kepada tuhan yang mahakuasa, nazriel irham (ariel peterpan) yang menagalami overdosis zat psikotropika di dalam kamar tahanan pada jam 13:08 hari ini. marilah kita doakan agar arwahnya diterima di sisi tuhan yang maha kuasa. amien."


ok kalau overdose zat psikotropika nie..dari word psiko la..sensasi rasa nie mesti pil anti depression..ubat utk org yg mengalami tekanan yg kuat..mcm ubat tido pun boleh jadi...entah betul ke tak dia mati..kene la tunggu lagi..kot2 betul2 dah mati ke..ish3..



Sensasi heran jugak Ariel ditangkap dan dilokap kerana dikatakan telah menjadi pelakon aksi lucah..tp Luna Maya dengan Cut Tari tak pulak ditangkap..mungkin sbb perakamnya ialah Ariel...

Ada khabar angin lagi ckp,dlm video tersebut ada kelibat lelaki lain,(kononnya perakan)..teruk betul...siap ada org ketiga sebagai perakan...sensasi tak layan video itu so tak tahulah kebenarannya..bagi yg dah tgk mungkin tahu....

Setelah khabar angin Ariel mati,Polis lokap menafikan sekeras-kerasnya yang Ariel telah mati...dan gambar Ariel bersama peminat2 nya dlm lokap pun tersebar...nampak tak bertapa hepinyer peminat2 dlm lokap dpt mengabdikan diri peluk2 Ariel kat situ....tak dpt bergambar masa konsert,dlm lokap pun jadilah...

Moral of the story...benda dlm ranjang tak perlu la nak rakam...memalukan jer