Adsense

Selasa, 15 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Jaga Adab ber'komen' terutama melibatkan Institusi Diraja : hukuman denda tidak melebihi RM50,000,akibat menghina Sultan Perak

Posted: 14 Jun 2010 04:44 PM PDT

Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan kes seorang lelaki didakwa menghina Sultan Perak, diberitahu terdapat komen negatif terpapar di dalam portal negeri www.perak.gov.my.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Rafidah Mohamed Daud, 30, berkata terdapat kata-kata kesat yang mana pada pemahamannya merupakan satu penghinaan.

Rafidah, yang dipanggil sebagai saksi pertama, turut memberitahu beliau dapat mengesan beberapa komen berunsur negatif itu setelah mendapat arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim supaya memantau komen-komen di dalam portal www.perak.gov.my.

"Setelah menerima arahan itu, saya ada melihat terdapat beberapa komen berunsur negatif yang menghina sultan, dan saya kemudian melaporkan perkara itu kepada Pegawai Teknologi Maklumat Noorhasliza Basri serta Datuk Dr Abdul Rahman untuk tindakan selanjutnya.

Saksi itu memberi keterangan dalam kes Muslim Ahmad, 54, yang menghadapi tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang jelek sifatnya di laman web itu dengan niat menyakiti hati orang lain pada 7 Februari tahun lepas, pukul 2.21 petang.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama pada hari sama, pukul 2.27 petang dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukan kesalahan sama pada 8 Februari tahun lepas, pukul 4.39 petang.

Muslim yang bekerja sendiri, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di alamat 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di sini.

Rafidah menjelaskan bahawa kesemua komen itu dihantar pada 7 dan 8 Februari 2009.

"Walaupun komen itu dihantar melalui tiga akaun emel yang mempunyai nama dan emel berbeza, pihaknya masih boleh mengesan penghantar-penghantar itu," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Ketika disoal Hakim S.M Komathy Suppiah apa yang beliau faham mengenai maksud komen itu, Rafidah berkata komen itu berkemungkinan ada kaitan dengan ketidakpuasan hati beberapa individu yang menghantar mesej, berkenaan pertukaran pentadbiran pemerintahan kerajaan negeri Perak.

Muslim, diwakili peguam K. Periasamy, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Perbicaraan itu bersambung esok

kes bunuh kanak-kanak 3 tahun: Otak Syafiah Humaira Bengkak, Hati Koyak - Pakar Forensik

Posted: 14 Jun 2010 04:17 PM PDT

SHAH ALAM: Pakar Perunding Kanan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor memberitahu bahawa otak kanak-kanak yang mati dibunuh kejam, Syafiah Humaira Sahari bengkak dan berlaku pendarahan pada organ dalaman seperti hati dan buah pinggang.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Shahidan, 51, berkata, hati kanak-kanak itu lebam dan koyak di bahagian bawah manakala salur darah buah pinggang kanan turut koyak menyebabkan berlaku pendarahan di sekeliling organ tersebut.

Berdasarkan bedah siasat yang dijalankan 27 Februari lalu, saksi pendakwaan ke-25 itu merumuskan bahawa kecederaan kepala dan abdomen sebagai punca kematian Syafiah Humaira yang berusia 3 tahun 4 bulan.

Selain kecederaan dalaman, Shahidan turut menemui 20 kesan kecederaan luaran, iaitu lebam dan calar pada bahagian muka serta badan kanak-kanak itu.

"Kesan lebam terjadi apabila satu daya objek tumpul dikenakan pada bahagian badan menyebabkan salur darah halus pada tisu pecah dan menyebabkan pendarahan. Tetapi, pada kulit tiada kesan kecederaan," katanya.

Beliau yang disoal Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani pada pemeriksaan utama juga berkata, kecederaan yang dialami Syafiah Humaira adalah baru 48 jam sebelum bedah siasat.

Meskipun kecederaan yang dialami kanak-kanak malang itu serius, Shahidan berpendapat kanak-kanak itu masih berpeluang untuk hidup jika menerima rawatan segera.

"Saya berpendapat Syafiah Humaira boleh diselamatkan jika pendarahan boleh dihentikan dan organ-organ dibetulkan," katanya dan menambah dalam kes ini, pendarahan abdomen lebih cepat menyebabkan kematian berbanding kecederaan kepala.

Shahidan yang berpengalaman menjalankan lebih 1,200 bedah siasat juga memberitahu, seseorang dewasa juga boleh menemui ajal jika mengalami kecederaan seperti mangsa.

Pada pertengahan prosiding, Shahidan turut menjalankan eksperimennya secara terbuka iaitu mengukur tapak kasut bola jenama Puma yang didakwa digunakan tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil untuk memijak, menendang dan menyepak Syafiah Humaira.

Dengan menggunakan tali pengikat fail berwarna hijau dan pembaris plastik, saksi begitu tekun membandingkan tapak kasut bola itu dengan kesan kecederaan berbentuk 'U' pada abdomen kanak-kanak terbabit.

"Saya boleh mencadangkan tapak kasut inilah yang menyebabkan kecederaan pada Syafiah Humaira" katanya selepas beberapa minit.

Dalam kes ini, Mohd Fazli Azri, 28, dibicarakan atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Pemandu teksi yang diwakili peguam Gurbachan Singh kini berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika disabitkan bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung esok.

Jimmy Shanley bertunang kerana sukakan parent Suhaila,selepas 5 bulan kenal

Posted: 14 Jun 2010 03:37 PM PDT


Huhuhuh...Ceritanya..

kata Jimmy...Jimmy menafikan yang dia bertunang dgn suhaila sebab harta...

Menceritakan detik perkenalan dengan Cik Nursuhaila, Jimmy mengimbau kembali kenangan tahun 2006 ketika penggambaran Trek Selebriti di Genting Highlands manakala keluarga Nursuhaila sedang bercuti di kota keriangan itu. "Ketika itu Suhaila datang kepada saya dan ingin bergambar bersama. Kami berkenalan ketika itu namun hubungan kami mula serius apabila saya dijemput sendiri ibunya untuk datang membuat kejutan harijadi Suhaila yang ke-24 pada 31 Januari lepas.

selepas 4 tahun lepas Suhaila hambik gambar ngan Jimmy,tahun 2010 mak Suhaila panggil Jimmy utk dtg ke majlis harijadi Suhaila...mak aih..Panatik sungguh Suhaila kat Jimmy..sampai mak dier menjemput Jimmy utk anaknyer...

"Walaupun hubungan kami masih baru, tapi bila bersama dia dan keluarga, saya rasa seolah-olah telah lama mengenali mereka. Kami jarang dating berdua dan selalunya kami banyak habiskan masa bersama keluarga Suhaila. Parents dia happy go lucky dan boleh ngam dengan saya," ujarnya mengidam mengadakan majlis resepsi di Kelly Castle. kata Jimmy dia jarang keluar dgn Suhaila tp byk cerita pasal dia suka kat family si Suhaila nie..

Family Suhaila nie Jutawan and merupakan pengasas produk kecantikan Natasha..

cepat sgt lah nak bertunang kan..kata Jimmy dia bertunang bukan sebab harta Family Suhaila..tp tak disebutkan pulak sebab cinta ke ...tp sebab serasi dgn keluarga suhaila


Dulu Jimmy pernah bertunang dengan gadis yang bernama Normala Rahman,dan dikatakan putus tunang kerana Jimmy curang...

Tak keysah la..harap2 kali nie Jimmy dah Suhaila kekal hingga ke jinjang pelamin lah hendaknyer... :)

Video Promo Drama Duyung (Fasha Sandha) mcm sumthing wrong jer

Posted: 14 Jun 2010 02:28 PM PDT




mcm nie ker promo..tak menarik langsung jer???huhuhu...ada la nak komen sikit...cara Fasha swimming nampak tak begitu "graceful" mcm maya karin berenang masa jadi duyung...Fasha kelihatan terpaksa gigih berenang...

and siap ada mcm traffic plak dah kene tggu duyung lelaki tue lalu baru duyung pumpuan boleh lalu,...

Duyung laki tue sape..mcm x best jer...

Baju duyung Fasha tak cantikla...Maybe taknak Susah mcm baju duyung Maya Karin yang makan masa berjam2 untuk pasang...sebab Maya nyer Duyung Movie...tp Fasha Drama so lg panjang masa nyer..

Gambar Zaman kanak-kanak artis popular Malaysia...dulu dan kini...

Posted: 14 Jun 2010 12:46 PM PDT

Comelnyerrr si kecik nie kans...ini lah Diana Danielle masa kecik2...mcm mat salleh kans...rambut memang natural blonde taw..bukan celup2





Nie Diana Danielle bersama ibunya....Baby kalau mix blood mmg comel dan cantik




Nie pulak Fasha Sandha...kecik2 lagi dah nampak cantik nyer dia..dah besar jadi seorang yg sgt jelita~



nie lah Fasha Sanda...Mix melayu dengan mamak kot?daddy dier cam mamak2 sikit rupa nyer tak tau la if bukan...


Nie pulak Fahrin Ahmad..amboi sehat nyer dier....debab gitu..dah besar steady taw...jejaka melaya yg macho...




Nie pulak Gambar nana masa skolah rendah..hehehe..comel jer



Terkini Nana dah bergigi chantek dan vogue de vass



Nie tak lain tak bukan Dato' Siti..hehehe...dari kecik2 dah menjadi penghibur...tgk laki kat seblah siti tue..glemer laa..kihkih..

nie la Siti skrg nie..sapa la yang kata siti buat pembedahan plastik tue yeh..tak logik...sama sebijik sebijan je tgk,


Haa...korang tgk kat bwh nie..gadis Chantek idaman jejaka dan wanita2 melaya...Lisa Surihani..wah2..mak lisa sgt chantek hokays semasa muda...senyuman manisnya mcm lisa...so kita tahu lisa mewarisi kecantikan siapa...mak lisa kini dah bertudung dah :)


Lisa masa skolah..



Okey nie pulak Gambar Elly Mazlein masa remaja...ada perbezaan sedikit yeh wajah Elly disini..you ols perasan tak??

Tang hidung tue..dulu batang hidungnya lebar kans...tp now dah kuncup gitu...kelopak idung pun dah kecik.... ada cerita ceriti kata Elly Mazlein wat surgery,..ye kew??? nie u ol lah adili sendiri yeh..



Umie aida...dizaman skolah rendahnyer...




Atilia...hehehe...kecik2 muka inesen jer...baju pun sopan..



Wardina...masa kecik2...kening wardina lebih chantek skrg...




Alalalala comelnyer...nie adalah Tiz Zaqyah...muka kecik dgn dah besar sepesen..comel



Maya Karin..dari kanak2 dah nampak keletah aktif dier..kat mana nie eh..sume member kelas rambut blonde ajer..

dah besar dah bertukar jadi ikan ye...



Mak haih Ziana Zain zaman memuda dulu...agak malap disitu...hehehe.

zaman2 pakai anak tudung..hehe..dgn adiknyer anuar zain yg kontrol mata kuyu





Sape nie???Fafau.... :P




Nie la Syanie masa masih kurus lagi... hehe...Syanie masa kanak2...