Adsense

Jumaat, 25 Jun 2010

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Penamat riwayat Penjara Pudu

Posted: 25 Jun 2010 02:34 AM PDT




MULUT dua buah jentolak itu dengan rakus memecahkan tembok tebal di hadapannya tanpa belas kasihan. Dalam sekelip mata tembok setinggi 4.5 meter itu runtuh menyembah bumi.

Sisa-sisa runtuhan yang terdiri daripada ketulan batu-bata itu kemudian berebut-rebut dikutip oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk dibawa pulang.

Tindakan itu ada asasnya kerana tembok tebal yang dirobohkan itu bukan sebarangan bangunan. Ia merupakan sisa tembok Penjara Pudu yang satu ketika dahulu menjadi 'rumah' kepada sejumlah penjenayah yang antaranya paling terkenal dalam sejarah perundangan di Malaysia.

Antara yang diingati sudah pasti Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, seorang ketua penjenayah bersenjata yang digeruni sekitar 1970-an. Dia akhirnya digantung sampai mati di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.

Seperti tamatnya riwayat hidup Botak Chin, begitulah juga yang akan dialami Penjara Pudu yang telah berusia lebih 100 tahun itu, apabila temboknya mula dirobohkan Isnin lalu oleh dua buah jentolak milik kontraktor Syarikat Pertama Makmur Sdn. Bhd.

Melibatkan 30 pekerja, syarikat tersebut merupakan pihak yang diberi tanggungjawab untuk merobohkan tembok penjara itu selepas keputusan dibuat untuk tidak mempertahankan bangunan berkenaan.


PINTU gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural yang akan dikekalkan menjadi tinggalan sejarah untuk disaksikan oleh generasi akan datang.


Ternyata, selepas berdiri teguh selama 118 tahun (dikira daripada tahun ia disiapkan pada tahun 1982), bangunan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri kepada mereka yang tahu menilainya itu terpaksa 'tunduk' kepada sesuatu yang digelar pembangunan.

Selepas tembok, bangunan itu pula secara berperingkat-peringkat akan dirobohkan keseluruhannya.

Tapak Penjara Pudu selepas ini akan dilingkari dengan bangunan moden gah sekali gus memegang status sebagai Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC). Pembangunan kawasan itu akan dimajukan oleh UDA Holdings Berhad (UDA) dengan melibatkan nilai pembangunan kasar RM5 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dalam pembentangannya di Parlimen baru-baru ini memberitahu kawasan itu akan dibangunkan dengan projek pembangunan bercampur yang menempatkan pusat transit, servis apartmen, pejabat, pusat rekreasi, hotel dan premis perniagaan.

"Tapak Penjara Pudu ini bukan tapak warisan dan ia tidak akan dijadikan sebagai warisan. Penjara Pudu bukan sesuatu yang dibanggakan walaupun lama. Kerajaan juga tidak akan membangunkan muzium khas bagi penjara ini," katanya.

Projek itu dibahagikan kepada enam plot yang akan disiapkan dalam tempoh 10 tahun dan agihannya adalah 40 peratus untuk unit kediaman dan 60 peratus komersial di samping projek persimpangan bertingkat serta laluan bawah tanah.

Bernilai ekonomi

Apa yang pasti, rebahnya Penjara Pudu ternyata sedikit sebanyak menimbulkan polemik tersendiri lantaran wujud pro dan kontra daripada pembangunan di tapak itu.

Walaupun bernilai sejarah, namun berada dalam radius segi tiga emas Kuala Lumpur, ternyata nilai ekonomi kawasan itu terlalu tinggi untuk dikorbankan demi sebuah lokasi penempatan banduan.

Melihat dari sudut yang positif, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid bersetuju dengan keputusan untuk memajukan tanah tinggalan Penjara Pudu.

"Kenapa perlu disimpan kalau ia tidak memberi sumber ekonomi dan manfaat kepada rakyat. Dengan status penjara, imej yang dibawa bukanlah sesuatu yang wajar dimegahkan untuk dikekalkan," ujarnya yang melihat pembangunan di kawasan tengah Kuala Lumpur itu akan membawa keuntungan ekonomi kepada negara.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Dr. Jariah Masud pula memberitahu, tiada siapa yang boleh menyangkal Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah, tetapi tiada siapa boleh menolak pembangunan.

Bagaimanapun pintanya, sebagai menghormati nilai sejarah seharusnya ada struktur-sturktur ditinggalkan agar generasi akan datang tidak melupakannya.


LAKARAN artis mengenai projek pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang ihsan Kumpulan Senireka Sdn. Bhd.


Lambang ketamadunan

Menyorot pandangan peribadi pencinta sejarah bagaimanapun ramai yang mengakui berdukacita dengan keputusan merobohkan bangunan itu.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, Datuk Dr. Adi Taha memberitahu, secara peribadi dia kurang bersetuju apabila melihat bangunan nostalgik itu diruntuhkan. Baginya Penjara Pudu boleh dianggap satu warisan lambang ketamadunan negara dalam sistem pentadbiran yang berusaha membanteras jenayah ketika itu.

"Jadi, tindakan ini sekali gus menyebabkan satu bangunan khazanah warisan negara telah hilang begitu sahaja. Memang dari segi hartanah ia mempunyai nilai yang tinggi tetapi dalam aspek warisan, ia harganya tidak ternilai," luahnya yang kini merupakan Felo Utama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim melihat tindakan tersebut sebagai sesuatu yang merugikan.

"Terus-terang saya memang sedih dengan keputusan tersebut. Situasi itu menunjukkan seolah-olah rakyat Malaysia kini sanggup mengorbankan sejarah demi mengejar pembangunan.

"Ini bukan cara terbaik dalam melaksanakan pentadbiran negara. Nilai-nilai murni mengenai bangsa dan kepentingan mempertahankan warisan serta sejarah negara semakin terhakis," tegas Khay Kim ketika dihubungi Kosmo!.

Pintu gerbang dikekalkan

Bagaimanapun Penjara Pudu bukanlah dirobohkan dengan sewenang-wenang tanpa tindakan dokumentasi dan langkah-langkah penting untuk mengekalkan ia sebagai satu tinggalan sejarah negara.


KERJA-kerja merobohkan tembok Penjara Pudu menggunakan dua buah jentolak bermula Isnin lalu.


Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad memberitahu pihaknya telah membuat dokumentasi berbentuk gambar dan video sebelum tembok Penjara Pudu dirobohkan.

Proses dokumentasi itu bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang oleh semua pihak.

"Malah, Jabatan Warisan sudah meminta agar pintu gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural di bahagian kiri dan kanan pintu utama dikekalkan sebagai kesan tinggalan sejarah yang boleh dilihat oleh generasi masa depan.

"Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat dan semua pihak bersetuju untuk mengekalkannya," jelas A. Ghafar.

Kes Khalwat Norman-Memey: Pegawai JAIS Ubah Pengakuan

Posted: 25 Jun 2010 01:37 AM PDT

Norman dan Memey keluar dari mahkamah ketika perbicaraan ditangguhkan 15 minit.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguat kuasa agama Daerah Gombak Barat yang sebelum ini mengakui bahawa lakaran pelannya tempat kejadian Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza disyaki berkhalwat sebagai tidak tepat dan dirinya tidak boleh dipercayai, mengubah pengakuannya hari ini.

Rezman Abdullah, 40, berbuat demikian ketika disoal oleh Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini hari ini.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Salehan Yatim.

Muhamad Nazri: Adakah kamu hendak kekalkan keterangan kamu sebelum ini? Adakah kamu bersetuju bahawa anda seorang pelukis pelan lakar yang tidak boleh dipercayai?

Rezman: Saya tidak bersetuju.

Pasangan terbabit hadir bersama hari ini di mahkamah. Norman berpakaian kemeja lengan panjang putih dan bersongkok manakala Memey berbaju kurung putih serta berselendang.

Mereka tiba lewat ketika prosiding telah berlangsung kira-kira 5 minit.

Saksi keenam, Muhamad Yusri Abd Razak yang merupakan orang awam tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana berada di Pahang atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Justeru, Salehan menetapkan 30 Julai dan 13 Ogos pada sebelah pagi dan petang selain 20 Ogos pada sebelah petang untuk mendengar keterangan saksi berikutnya.

Dalam prosiding pada 4 Jun lalu, Rezman ketika disoal balas oleh Fakhrul terpaksa bersetuju bahawa dirinya tidak boleh dipercayai.

Ini kerana, kata Fakhrul, Rezman memberikan keterangan yang tidak benar dan sebagai pelukis pelan lakar yang akan digunakan di mahkamah dia telah melakukan kecuaian dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

Norman dan Memey sedang dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Kejayaan berkat doa ibu bapa

Posted: 24 Jun 2010 11:28 PM PDT

EMPAT tahun lalu, Farina Hussin hanyalah gadis biasa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat pembinaan di ibu kota.

pix_middle
pix_topright
Rutin hidupnya ketika itu sama saja setiap hari, iaitu keluar rumah seawal jam 6.30 pagi untuk memastikan dia tidak ketinggalan bas dan pulang menjelang senja.

Setiap bulan pula, dia perlu berjimat-cermat dengan gaji bulanan kerana kos sara hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur sememangnya tinggi dan sebagai anak sulung, Farina harus membantu keluarga.

Namun, semua itu berubah sekelip mata selepas wanita berusia 29 tahun itu bertemu Fiona Tahir, individu yang bertanggungjawab membimbingnya hingga mencapai tahap hari ini iaitu sebagai pengurus agensi sebuah syarikat pelaburan unit amanah terkenal.

Berkat kecekalan dan ketabahannya selama hampir empat tahun mengharungi liku dunia pelaburan saham amanah, Farina kini boleh berbangga dengan kejayaan yang dimilikinya menerusi kerjaya sebagai perunding amanah.

Menurut Farina, dia bersyukur kerana mampu mengecapi hampir keseluruhan impiannya selepas hampir empat tahun menceburi bidang pelaburan berkenaan.Dia bermula tanpa sebarang pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran tetapi ia bukan halangan untuk berjaya kerana diberi bimbingan 100 peratus oleh mentornya.


Pada Farina, apa yang penting adalah keazaman dan impian yang tinggi untuk mengubah taraf hidup dan sifat yang harus ada pada seorang perunding ialah fokus, berfikiran positif dan mudah menerima tunjuk ajar.

"Sebelum memiliki kenderaan sendiri, pengangkutan awam teman setia saya untuk bergerak ke sana ke mari bertemu pelanggan.

"Biarpun terpaksa berhujan dan berpanas, saya tetap cekalkan hati semata-mata untuk mencapai impian hidup kerana untuk mengubah sesuatu, saya yang perlu berubah terlebih dulu.

"Pelanggan di bawah seliaan saya terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya iaitu daripada kerani, eksekutif hingga orang kenamaan.

"Kini jumlah pelabur di bawah seliaan saya sudah melebihi 200 pelanggan termasuk syarikat swasta dan individu," katanya yang mengakui tiga bulan pertama adalah tempoh paling penting.

Ini kerana ia harus digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum berpeluang untuk ditawarkan kenaikan pangkat.

Biarpun umurnya baru mencecah 29 tahun, Farina sudah memiliki dua kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit serta kondominium.

Wanita yang petah berbicara ini mengakui keadaan ekonomi yang sering berubah dari semasa ke semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat menuntut masyarakat mengubah gaya hidup masing-masing.

Lebih memburukkan keadaan, harga barang keperluan dan kehendak juga semakin meningkat dan ia bagaikan memberi petanda kepada masyarakat supaya lebih bijak menjana pendapatan mereka tanpa hanya berharap kepada gaji bulanan semata-mata.

"Jika 10 tahun dulu, RM100 cukup untuk perbelanjaan seisi rumah untuk seminggu tetapi kini ia meningkat sekali ganda. Untuk itu, kita perlu bijak menggandakan simpanan dengan pelbagai cara seperti menyertai pelaburan unit amanah.

"Pelaburan unit amanah masih baru lagi kepada masyarakat Malaysia berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat di sana," katanya.

Sebagai pengurus agensi, Farina berkata, menjadi kebanggaan apabila dapat membantu pelabur dalam mencapai sasaran pulangan pelaburan mereka.

Berbeza dengan pelaburan lain, unit amanah menjanjikan pulangan lebih tinggi dengan risiko yang terkawal, berbanding pasaran saham yang mempunyai risiko tinggi.

Dia berkata, kelebihan saham amanah ialah ia diiktiraf kerajaan dan pelabur boleh melabur menggunakan wang simpanan sendiri ataupun wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan diluluskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

"Pelaburan unit amanah membabitkan jangka masa sederhana panjang dan risiko yang perlu diambil kira hanyalah 'masa', bermakna ia tidak sesuai untuk penyimpan yang ingin menyimpan untuk jangka masa pendek.

"Sebaik-baiknya, pelabur perlu menunggu minimum tiga tahun untuk memastikan pelaburan mereka matang dan memberi pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun, melebihi daripada simpanan lain terutama akaun simpanan tetap dan KWSP.

"Kelebihan pelabur saham amanah ini adalah semua pelaburan diuruskan pengurus dana yang berpengalaman dan bertauliah, juga pemilihan kaunter terdiri daripada saham utama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tidak dinafikan penawaran bidang pelaburan memberi saingan sengit dan untuk mengatasi masalah itu, Farina berkata, keyakinan perlu ada ketika memberi penerangan mengenai kelebihan melabur di dalam saham amanah dan semua itu diperoleh daripada seminar serta latihan yang diberikan syarikat dan agensi.

Katanya, setiap pelaburan datang dengan risiko tersendiri dan oleh itu, penting bagi setiap pelabur untuk mendapatkan penjelasan dan menerima penerangan terperinci daripada perunding saham amanah.

Selain itu, Farina berkata, bidang pelaburan juga sesuai untuk lelaki mahupun wanita yang sudah berkahwin atau bujang kerana perunding dapat menentukan jumlah pendapatan bulanan yang mereka inginkan serta bonus tahunan menarik.

Katanya, bagi wanita berkahwin tetapi masih mahu memiliki kerjaya, bidang pelaburan saham amanah sesuai diceburi kerana jadual kerjanya yang fleksibel dan mempunyai ruang secukupnya untuk keluarga.

Sementara itu, Farina mengakui kejayaannya hari ini berkat sokongan padu keluarga terutama doa daripada kedua-dua ibu bapanya.

"Keluarga adalah tonggak kekuatan selama ini kerana mereka sentiasa menyokong apa saja yang saya lakukan dan menaruh kepercayaan sepenuhnya.

"Sokongan yang mereka berikan dan motivasi daripada mentor saya, Fiona membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus maju dan memberikan yang terbaik untuk diri sendiri serta keluarga," katanya mengakhiri perbualan.

PROFIL
NAMA: Farina Hussin
UMUR: 29 tahun
ASAL: Tanjung Malim, Perak
PENDIDIKAN:
Diploma Teknologi Maklumat dan Perniagaan (Kolej Cosmopoint), Sekolah Menengah Kebangsaan Vokasional Setapak
JAWATAN: Pengurus Agensi CIMB Wealth Advisors Berhad

Markas penyamun

Posted: 24 Jun 2010 11:27 PM PDT

SELAYANG: Penduduk di sekitar Selayang Baru, di sini, kini dihimpit ketakutan berikutan kejadian lima rumah di kawasan itu dimasuki penyamun bersenjata tajam dalam tempoh dua minggu.

BAHAYA...perumahan terbiar yang menjadi sarang penyamun.
BAHAYA...perumahan terbiar yang menjadi sarang penyamun.
LICIK...Haszellon menunjukkan cara penyamun membuka rumahnya.
LICIK...Haszellon menunjukkan cara penyamun membuka rumahnya.
Penduduk mendakwa, kejadian itu ada kaitan dengan kewujudan lebih 100 unit rumah kos rendah terbiar di situ yang kini ditumbuhi semak-samun menjadi 'transit' penyamun sebelum memecah masuk rumah mangsa.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati, rumah yang terbiar sejak lima tahun itu dipenuhi pokok tinggi menutup halaman selain dikelilingi dinding biru dipercayai didiami penyamun.

Penduduk, Haszellon Jamal, 35, berkata kewujudan rumah terbiar ditumbuhi semak-samun menyebabkan penyamun semakin berleluasa memasuki rumah penduduk hampir setiap malam.

Katanya, tiga minggu lalu, rumahnya dimasuki tiga lelaki warga asing bersenjata parang dan pisau pemotong daging yang mengepung bilik utama ketika dia dan suami, Kamal Hairulnizam Aswad Abdullah, 35, tidur.

"Mereka memakai topeng hitam mengacu pisau kepada saya dan suami sebelum mengikat kami di ruang tamu."Penyamun itu juga mengejut ayah saya, Jamal Mohd, 63, dan menggugut untuk membunuh kami sekiranya kami menjerit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Selayang Baru, baru-baru ini.


Menurutnya, akibat kejadian itu dia kerugian kira-kira RM10,000 apabila barangan berharga termasuk komputer riba, wang dan telefon bimbit dibawa lari.

Haszellon berkata, mimpi ngeri itu menyebabkan dia sekeluarga mengalami trauma dan tidak boleh tidur malam kerana takut sekiranya penyamun masih berani masuk ke rumah mereka bila-bila masa.

Penduduk, Abd Hamid Mohd Said, 62, berkata rumahnya turut dimasuki penyamun pada jam 1 pagi tetapi bernasib baik kerana menantunya ternampak pencuri itu sebelum cuba mengejarnya.

"Penyamun itu dipercayai bersembunyi di rumah terbiar kerana kami tidak berani menyelinap masuk ke kawasan dipenuhi semak yang membahayakan nyawa.

"Mereka tidak pernah serik menyamun rumah kami kerana mempunyai cara masuk ke dalam rumah hinggalah berlari ke tempat persembunyian khas," katanya.

Menurutnya, mereka berani kerana dilakukan beramai-ramai dengan memakai topeng dan bersenjata tajam hinggakan mangsa tidak boleh berbuat apa-apa.

Peniaga, Sarifuddin Mohd Nawawi, 46, berkata penyamun itu berani walaupun penduduk sepakat mengadakan operasi meronda di sekitar perumahan setiap malam kerana masih ada lagi kes kecurian di kawasan itu.

"Mereka akan meronda kawasan perumahan sebelum masuk ke rumah kami pada waktu sunyi menyebabkan penduduk kini ketakutan dan tidak boleh tidur malam.

"Penduduk berjaga-jaga setiap masa bagi mengelak kes seperti itu terus berlaku pada masa akan datang dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan wajar untuk menangani masalah itu," katanya.

Pelajar MTD mati didera

Posted: 24 Jun 2010 11:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini, yang didakwa dibuli sekumpulan pelajar senior meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk pada lantai sejurus ditendang pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri, malam kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 16 tahun dipanggil sekumpulan pelajar senior dan dipaksa menjalani hukuman tekan tubi berulang kali sebelum ditendang.

Susulan kejadian itu, pelajar malang berkenaan, Mohammad Naim Mustaqin Mohamad Sobri, segera diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT), Kem Sungai Besi, tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di situ kira-kira jam 1.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) yang dihubungi berkata, seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat pada jam 12.15 tengah malam kelmarin yang memaklumkan bahawa mangsa ditemui pengsan di biliknya.

Beliau berkata, mangsa kemudian segera dihantar ke PPAT dan diberikan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia, kira-kira 50 minit kemudian.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipaksa menjalani hukuman tekan tubi pada kira-kira jam jam 10.45 malam oleh sekumpulan pelajar senior. Ketika dalam keadaan tekan tubi, seorang daripada pelajar senior terbabit didakwa menendang perut Mohammad Naim dengan kuat menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan gagal mengimbangi badan sebelum terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sehingga tidak sedarkan diri," katanya.Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat sejurus disahkan meninggal dunia.


Bagaimanapun, polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

"Setakat ini, polis sudah membuka kertas siasatan dan menyiasat kes kematian pelajar terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.

Sementara itu, Seksyen Perhubungan Media, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya semalam menyatakan, kejadian berkenaan sudah dilaporkan di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi semalam.

Menurutnya, satu lembaga siasatan turut ditubuhkan MTD untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Beberapa pelajar yang dikenal pasti ada bersama Allahyarham ketika kejadian dipanggil untuk membantu siasatan.

"Bagi keperluan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga sudah diarahkan menjalankan siasatan susulan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, keluarga Mohammad Naim sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Anne Ngasri Sah Cerai Talak Tiga

Posted: 24 Jun 2010 11:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Aktres Anne Ngasri (gambar) disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan (gambar) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, yang sedang hamil lima bulan dan Wafi, 28, pernah cerai dan rujuk sebanyak dua kali pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan mahkamah.

Menurut Shaiful, Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz 'kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau'.

Kali kedua Wafi melafazkan cerai 'aku ceraikan engkau' kepada Anne pada waktu petang pertengahan julai tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula pada waktu Maghrib awal Julai tahun lalu dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu di mana kedua-duanya melafazkan 'saya kembali kepada awak'.

Sementara lafaz cerai ketiga iaitu 'aku ceraikan kau Anne' berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne sedang hamil dua bulan.

Wafi mengaku di hadapan Shaiful di kamar hakim sebelum ini bahawa dia pernah melafazkan cerai di tempat kejadian tanpa mempunyai saksi dan mempunyai niat semasa melafazkan ketiga-tiga lafaz cerai itu.

Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan Anne menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan bersedia menerimanya. Saya percaya mesti ada hikmah selepas ini," luah Anne di luar mahkamah.

Terdahulu,sebelum mendengar keputusan Hakim di dewan perbicaraan, Anne hampir pitam di tandas. Khabarnya,dia tidak sempat menjamah makanan tambahan pula dia sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Wafi dilihat masih sempat membelikan air putih untuk anne.

Wafi hadir ke mahkamah bersama dua orang lelaki serta peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan manakala Anne ditemani ibunya, Habibah Jaafar.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan.

Keluar tunai Debit MasterCard di Giant

Posted: 24 Jun 2010 11:17 PM PDT


Jim Cheah (kiri) mencuba mengeluarkan tunai dengan menggunakan Debit MasterCard Cash Access sambil diperhatikan Anthony Lee (tengah) di kaunter belian Pasar raya Giant Kota Damansara di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Jun - Pelanggan Pasar raya Giant kini boleh membuat transaksi pengeluaran tunai di kaunter belian dengan menggunakan kad Debit MasterCard Cash Access.

Selain boleh digunakan untuk pembayaran secara debit, pelanggan juga boleh membuat pengeluaran tunai dari RM50 hingga RM500 menggunakan kad berkenaan pada satu-satu masa.

Perkhidmatan ini merupakan yang pertama diperkenalkan di rantau ini dan boleh diakses di semua 106 buah rangkaian pasar raya Giant di seluruh negara.

Pengarah Kewangan GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Anthony Lee berkata, untuk permulaan kad berkenaan dikeluarkan oleh tiga buah bank tempatan iaitu CIMB Bank Bhd., EON Bank Bhd. dan UOB Bank Bhd.

Menurutnya, perkhidmatan baru ini memberi kemudahan dan menjimatkan masa pelanggan yang datang membeli belah di pasar raya Giant.

"Mereka tidak perlu lagi beratur di mesin ATM untuk membuat pengeluaran tunai jika berbelanja di sini.

"Mereka boleh membuat dua kerja dalam satu masa iaitu membuat pembayaran dan pengeluaran tunai di kaunter belian sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Majlis Pelancaran Debit MasterCard Cash Access di pasar raya Giant Kota Damansara, dekat sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Malaysia dan Brunei MasterCard Worldwide, Jim Cheah.

Lee berkata, potensi penggunaan perkhidmatan baru ini dijangka menjadi budaya baru kepada rakyat di negara ini.

Sementara itu, Jim Cheah pula berkata, pelancaran kad debit baru itu bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan dan kemudahan kepada semua pelanggan setia MasterCard.

Ditanya mengenai jangkaan penggunaan kad berkenaan, Cheah berkata, terlalu awal untuk membuat jangkaan kerana proses pengenalan kepada pelanggan mungkin mengambil sedikit masa.

"Tetapi saya optimis penggunaan kad baru ini akan meluas kerana zaman sekarang menuntut manusia untuk sentiasa bergerak pantas seiring dengan teknologi," katanya.

Bayar dividen tahun depan?

Posted: 24 Jun 2010 11:16 PM PDT


Tony Fernandes (kiri) menjawab soalan pemberita sambil diperhatikan Abdul Aziz Abu Bakar pada sidang media AirAsia di Sepang, semalam.


SEPANG 24 Jun – Selepas lapan tahun beroperasi tanpa polisi dividen, AirAsia Bhd. (AirAsia) bersedia untuk menimbang pembayaran dividen kepada para pemegang sahamnya pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kesediaan untuk membuat pertimbangan itu selepas pihaknya memuktamadkan pelan dana bagi perluasan operasinya.

Beliau tidak menolak, pengukuhan prestasi kewangan dan aliran tunainya juga merupakan faktor utama AirAsia bersedia untuk membayar dividen.

''Banyak perkara yang tidak menentu telah berjaya diselesaikan dan AirAsia kini dalam kedudukan terbaik untuk memberi pertimbangan pembayaran dividen,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunannya di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Datuk Abdul Aziz Abu Bakar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun.

Bagaimanapun Fernandes enggan mengulas jumlah dividen yang bakal dipertimbangkan. Jelasnya, AirAsia mahu mengukuhkan aliran tunai untuk meningkatkan pertumbuhan pesawatnya bagi memastikan syarikat penerbangan tambang murah tempatan itu lebih besar daripada pesaingnya.

''Tumpuan AirAsia kini ialah pertumbuhannya supaya ia mampu berkembang dan terus kukuh serta berharap kerajaan sentiasa memberi sokongan,'' ujar beliau,

AirAsia kini memiliki aliran tunai sebanyak RM1 bilion.

Katanya, AirAsia tidak mewujudkan polisi dividen kerana syarikat itu memerlukan aliran tunai yang mencukupi bagi membiayai pembelian pesawat-pesawat syarikat itu.

Pada sidang akhbar itu, Fernandes berkata, syarikat penerbangan tambang murah tersebut tidak merancang untuk meraih modal dalam jangka sederhana kerana aliran tunainya begitu kukuh.

Meskipun kadar nisbah hutang berbanding ekuiti atau gearannya 2.26 kali, tetapi beliau percaya angka itu mampu diturunkan, tambahnya. Mengulas mengenai penyenaraian berganda di Bursa Thailand dan penyenaraian syarikat bersekutunya di Thailand dan Indonesia, beliau berkata, ia mungkin dilaksanakan pada tahun depan.

Malah, AirAsia turut akan menyenaraikan AirAsia X pada 2011. Dalam pada itu, Fernandes optimis syarikat itu bakal mencatatkan prestasi kewangan yang lebih teguh pada suku kedua tahun ini.

''Faktor muatan bagi suku kedua tahun ini adalah terlalu baik dan ia mungkin mencecah lebih 70 peratus,'' ujar beliau.

Pada suku pertama faktor muatan yang dicatatkan oleh AirAsia ialah 74 peratus.

Fernandes juga berkata, AirAsia bakal melancarkan destinasi barunya ke Maldives pada Oktober ini.

Huffaz tidak mustahil

Posted: 24 Jun 2010 11:11 PM PDT


NEGARA masih ketandusan pensyarah dalam bidang hafazan al-Quran.


KALAU beberapa dekad dahulu, memiliki kemampuan menghafaz 30 juzuk al-Quran dan kemudian beralih menguasai bidang profesional lain kedengaran seperti suatu yang jarang berlaku.

Namun hakikatnya, sejarah telah membuktikan bahawa keunggulan peribadi ulama terdahulu yang menghafal al-Quran dan pada masa yang sama menguasai pelbagai cabang ilmu, wajar dijadikan idola oleh semua masyarakat Islam pada hari ini.

Ungkapan berbunyi, "Ada ke masa depan dalam bidang hafazan ini?", "Tamat belajar nanti pun tidak ke mana..." dan "Paling tidakpun, jadi ustaz atau ustazah...", seharusnya tidak wujud lagi.

Kebelakangan ini, telah nampak satu perubahan yang cukup luar biasa daripada semua pihak dalam usaha memartabatkan pendidikan tahfiz di negara ini.

Kerajaan sentiasa memainkan peranan penting bagi memastikan institusi al-Quran terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

Ini termasuk dengan memberi bantuan-bantuan yang diperlukan bagi menjalankan program-program yang berkaitan tahfiz al-Quran.

Malah kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke maahad-maahad tahfiz semakin menjadi trend masyarakat hari ini.

Ini menunjukkan masyarakat kita telah diberi pendedahan tentang prospek cerah pendidikan al-Quran, di samping kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap kepentingan

pendidikan al-Quran.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, adalah antara lapan orang generasi pertama yang yang dihasilkan oleh Darul Quran (DQ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kira-kira 44 tahun lalu.

"Pada masa itu tahun 1966, keadaan belajar waktu itu jauh berbeza berbanding zaman sekarang.

"Saya masuk tahfiz disebabkan latar belakang keluarga yang susah di mana ayah dulu hanya bekerja sebagai penoreh getah.

"Selepas belajar sekolah Melayu saya layak ke sekolah beraliran agama dan kebetulan mendapat biasiswa yang membolehkan saya boleh meneruskan pelajaran.

"Duit itulah saya guna untuk menampung pengajian serta membantu keluarga di kampung di samping duit daripada zakat.

"Cabaran zaman itu, bidang tahfiz tidak ada orang hendak masuk kerana tidak nampak masa depannya. Kedua, ia adalah satu kursus yang baru, jadi tidak ada sesiapa yang boleh dijadikan rujukan, idola atau contoh tauladan.

"Jadi semangat dan pendorong saya ialah dengan keazaman mahu keluar daripada kepompongan kemiskinan," kata Sheikh Ismail mengimbau kenangan ketika berusia 16 tahun.

Menurut Sheikh Ismail, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh dua setengah tahun sekali gus memiliki Sijil Tahfiz al-Quran.

Pada 1982 beliau telah diberi kepercayaan mengasaskan Sekolah Tahfiz al-Quran di Negeri Terengganu seterusnya dilantik sebagai pengetua selama 10 tahun.

"Kemudian pada tahun 1992 saya diminta oleh Kerajaan Brunei untuk menubuhkan sekolah tahfiz di sana. Ketika itu saya sudah nampak ramai para hafiz dan hafizah ini turut berjaya dalam profesion moden lain.

"Tidak seperti di zaman saya dahulu. Ketika itu orang yang mengambil pelajaran agama dipandang kelas kedua berbanding dengan sekolah beraliran Inggeris," jelas anak kedua daripada tiga adik-beradik kelahiran Dungun, Terengganu ini.

Beliau yang mula berkhidmat di Masjid Negara pada 2004 menegaskan, Sabda Rasulullah SAW hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran (tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang."

Justeru, masyarakat kena faham bahawa orang yang hafaz ini diasuh dengan ingatan.

Malah budaya sebegini telah lama sebati dalam kehidupan masyarakat Arab yang mana seawal usia tujuh lapan tahun, anak-anak ini telah mula menghafaz.

"Hafaz ketika kecil seperti ukir di batu tetapi hafaz ketika dewasa, ia umpama ukir di atas air. Ini bukanlah tidak boleh tetapi agak sukar sedikit. Malah jika kanak-kanak ini telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama," jelasnya.

Kata Sheikh Ismail lagi, di Mesir, latar belakang pelajar yang cemerlang, kebanyakan mereka adalah hafaz al-Quran.

Manakala di India pula, mereka akan memastikan sekurang-kurangnya seorang anak dalam keluarga mestilah bergelar hafiz atau hafizah.

"Alangkah, baiknya jika perkara sebegini juga dijadikan budaya di kalangan masyarakat Islam kita," saran beliau.

Kimchi – ‘Ubat kurus’ orang Korea

Posted: 24 Jun 2010 11:10 PM PDT


Lee Jung Hee menunjukkan cara-cara menggaul ramuan membuat kimchi.


TIGA peti sejuk besar untuk sebuah rumah? Ternganga mulut 28 wartawan ASEAN yang mengikuti program Bethell Fellowship di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini, apabila mendengar cerita keluarga pemandu pelancong kami, Min.

Namun ibu dua cahayamata yang bertubuh montok itu tidak mereka-reka atau menokok tambah cerita.

Menurutnya, memiliki alat elektrik itu adalah satu kemestian bagi setiap rumah orang Korea. Memandangkan pasu seramik tidak lagi digunakan, menjadi satu bonus bagi keluarga moden jika mempunyai peti sejuk khas untuk menyimpan kimchi.

"Ini kerana orang Korea makan kimchi tiga kali sehari iaitu semasa sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

"Malah kalau boleh, setiap makanan perlu dihidangkan bersama kimchi," katanya membangkitkan rasa teruja kami yang ketika itu dalam perjalanan menuju Institut Makanan Tradisional Korea di Jongno-gu.

Bangunan 10 tingkat yang tersergam di hadapan Istana Chandeok ini dibuka dengan fungsi khusus menjalankan penyelidikan, membangun dan mempromosikan makanan tradisi Korea ke persada dunia.

Setiap tingkat mempunyai peranan masing-masing terhadap makanan tradisional republik itu iaitu tteok atau kuih beras dan arak Korea, yang menjadi hidangan istimewa dalam hampir setiap upacara – selain sudah pasti juadah wajib, kimchi.

Pusat penyelidikan, makmal, muzium, perpustakaan dan kafe, segalanya ada bagi melengkapkan peranan institut itu.

"Institut ini mahu memainkan peranan sebagai hab dan pusat yang dapat membantu orang ramai lebih memahami dan menghargai budaya makanan tradisi Korea seterusnya mempromosikan ia di dalam dan luar negara," kata Pengarah Muzium Tteok, Dr. Sook-Ja Yoon.

Dalam usia emas, profesor kulinari yang juga pengarah institut itu kelihatan anggun bergaya mengenakan 'hanbok' ketika mengalu-alukan kami, rombongan wartawan ASEAN, yang berpeluang merasai sendiri pengalaman membuat kimchi di situ.

Mungkinkah amalan memakan kimchi setiap hari menjadi rahsia sihat dan awet muda serta tubuh langsing orang Korea terutama wanitanya?

Menurut Lee Jung Hee, tenaga pengajar di institut itu, asid laktik dalam sayuran jeruk pedas kimchi merupakan 'bakteria baik' mengandungi pelbagai khasiat yang mampu menghalang kanser dan mengelakkan kegemukan atau obesiti.

Sehingga kini belum ada bukti yang mengaitkan amalan memakan kimchi dengan penawar kanser, namun asid laktik yang terhasil daripada proses fermentasi memang diakui baik untuk diet.

Tidak dapat dinafikan, kimchi yang bahan-bahannya terdiri daripada pelbagai jenis sayuran mengandungi kadar serat yang tinggi selain rendah kalori.

Kimchi dari wilayah mana sekali pun hampir pasti ramuannya mengandungi bawang, halia dan lada yang memberi tambahan zat dan vitamin.

Orang Korea percaya amalan memakan kimchi menjauhkan mereka daripada jangkiti selesema babi (H1N1) dan burung.

Mengikut kajian Universiti Nasional Seoul, ayam yang dijangkiti virus H5N1 atau selesema burung pulih selepas memakan makanan yang mengandungi bakteria sama terdapat dalam kimchi.

Institut Penyelidikan Makanan Korea yang menjalankan kajian ke atas 200 ekor ayam pada 2009, menyokong teori yang bakteria terkandung dalam kimchi meningkatkan tahap imuniti terhadap virus itu.

  • Rujukan mudah – semua bahan dalam kimchi daripada sayuran, halia, bawang putih dan cili – baik untuk tubuh badan dari segi menambah daya tahan, membantu sistem penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme.
  • Pengaruh coklat

    Posted: 24 Jun 2010 11:10 PM PDT


    Puding Roti coklat


    Salam sejahtera kepada semua pembaca Utusan Malaysia. Apabila bercakap tentang coklat saya pasti ramai yang menggemari coklat tanpa mengira peringkat usia tetapi sejauh mana anda tahu kebaikan coklat dan bagaimana coklat diproses?

    Proses penghasilan coklat sebenarnya adalah rumit dan mengambil masa yang panjang. Coklat dihasilkan daripada likur, lemak koko dan susu serta bahan-bahan tambahan lain seperti gula dan vanila.

    Coklat dihasilkan melalui tiga peringkat pemprosesan iaitu pengadunan, penghalusan dan conching.

    Proses conching ialah proses pengadunan likur coklat secara berterusan selama lebih kurang 24 jam pada suhu antara 50 darjah celcius hingga 65 darjah celcius.

    Likur coklat atau couventure yang dihasilkan akan digunakan untuk membuat coklat, coklat salutan dan hasil-hasil coklat yang lain.

    Coklat sebenarnya mempunyai simbol dan pengaruhnya yang tersendiri yang antara lain ia turut menyumbang kepada kesihatan.

    Ramai yang menganggap coklat adalah makanan yang tidak menyihatkan dan menggemukkan tetapi tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana coklat mengandungi pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita.

    Coklat mengandungi anti-oksida iaitu dikenali sebagai flavonoids. Anti-oksida diperlukan oleh badan kita untuk melindungi badan kita daripada penuaan yang cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok yang boleh merosakkan sel kita di samping boleh meningkatkan penyakit barah.

    Coklat gelap mengandungi lapan kali kandungan anti-oksida berbanding kandungan anti-oksida strawberi. Flavanoids juga mampu untuk melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon.

    Selain itu coklat mengandungi phenylethylamine yang dapat mententeramkan emosi dan jiwa terutama ketika kita dilanda kemurungan dan kerisauan maka coklat adalah pilihan terbaik untuk melegakan kekusutan.

    Lemak koko yang digunakan untuk membuat coklat memang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi asid oleik yang dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam darah.

    Karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.

    Begitupun coklat yang dijual pasaran atau makanan yang diperbuat daripada coklat mengandungi gula, susu dan bahan-bahan sampingan lain membuatkan ia terlalu manis.

    Justeru, adalah dinasihatkan untuk mengambil coklat dalam kuantiti yang sederhana kerana sekiranya ia diambil secara berlebihan ia mungkin akan menambahkan berat badan anda dan meningkatkan kandungan gula dalam darah.

    Dari Dapur Chef Azli Razali ingin menceriakan anda dengan berkongsi resipi puding coklat semua penggemar coklat.

    Sayangi Diri, Sayangi Keluarga

    Posted: 24 Jun 2010 11:08 PM PDT


    Azlina Che Abdullah akan berkongsi rahsia kejayaan muncul sebagai usahawan berjaya dalam Bengkel Sayangi Diri Sayangi Keluarga Bersama Wanita.


    SAYANGI Diri, Sayangi Keluarga bersama Wanita adalah siri bengkel yang dianjurkan oleh Majalah Wanita, terbitan Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) dengan destinasi pertamanya di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 3 Julai ini .

    Pengarang Kanan Majalah Keluarga, Normala Hamzah berkata, destinasi kedua pula akan melibatkan zon Utara iaitu di Sungai Petani, Kedah pada 18 Julai 2010 dan zon Pantai Timur di Kota Bharu, Kelantan pada 24 Julai 2010. Sementara itu, dua lagi lokasi berikutnya bakal diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Negeri Sembilan selepas Hari Raya Aidilfitri.

    Menurut Normala, selain mengetengahkan isu kesihatan, kecantikan, kekeluargaan dan keusahawanan, siri bengkel kali ini juga akan menampilkan topik baru yang bakal memberi manfaat kepada peserta bengkel iaitu mengenai zakat.

    "Wanita tidak terkecuali dalam melaksanakan satu lagi tuntutan yang wajib bagi umat Islam iaitu zakat.

    "Kita seringkali bercakap mengenai isu kekeluargaan dan segala yang berkaitan dengan wanita namun kita seakan-akan terlupa mengenai kewajipan kita sebagai umat Islam untuk membayar zakat kerana dari situlah kita mendapat keberkatan hidup.

    "Justeru bengkel ini akan berkongsi topik tersebut selain daripada isu-isu yang dinyatakan sebelum ini.

    "Ini juga antara penambahbaikan yang ingin kita kongsikan bersama agar manfaat ini dapat memperkasakan wanita yang kini turut menjadi penyumbang ekonomi negara," katanya sewaktu majlis penyerahan replika cek siri bengkel Sayangi Diri, Sayangi Keluarga Bersama Wanita di pejabat UKSB di Bangi yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarang Majalah UKSB, Badrul Azhar Abdul Rahman.

    Antara rakan strategik yang terlibat adalah Pengasas II yang juga Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan DCL dan D'Navechee, Datuk Azlina Che Abdullah; Ketua Unit Komunikasi Korporat, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Nor Mukshar Harun dan Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn Bhd, S M Gadafi Syed Ali.

    Hadir sama konsultan imej dan pemilik butik W2W, Yasmin Siddik dan Hanizah Ahmad yang akan turut memberi ceramah dan tip mengenai penampilan diri.

    Azlina dalam kata-kata aluannya memberitahu, beliau akan menggunakan kepakaran dan pengalamannya dalam bidang keusahawanan untuk dikongsi dengan peserta.

    "Kebanyakan wanita termasuk suri rumah mempunyai potensi dalam bidang perniagaan dan rajin berusaha, sehubungan itu, saya akan membantu mereka untuk melengkapkan diri sebagai 'pengurus kewangan' yang cekap dan bijak dalam menguruskan tanggungjawab sama ada di tempat kerja atau di rumah," katanya.

    Perkara yang sama diucapkan oleh Nor Mukshar yang berharap lebih ramai wanita mendapat maklumat mengenai pentingnya mereka menunaikan zakat, satu tanggungjawab penting yang sering mereka terlupa

    "Setiap wanita perlu pendedahan lebih menyeluruh mengenai zakat kerana ia penting dalam kehidupan setiap insan.

    "Jika selama ini wanita sering di ketengahkan dengan isu kecantikan dan penampilan, pihak PPZ pula akan berusaha untuk memastikan setiap wanita juga tidak lupa kepada tanggungjawab utama mereka dalam hidup iaitu membayar zakat," ujar Nor Mukshar.

    Turut menyerikan bengkel Ibu Halimah Suib pengasas Jamu Mak Dara yang akan berkongsi senaman awet muda menjaga kesihatan bersama tip penampilan dan imej diri yang akan diberikan oleh Yasmin Siddik.

    Noh sedia minta maaf

    Posted: 24 Jun 2010 11:06 PM PDT


    KUMPULAN Hujan sangat rapat dengan peminat-peminat mereka.


    BARU-BARU ini, kecoh diperkatakan tindakan busuk yang dilakukan oleh seorang artis yang semakin meningkat naik terhadap peminatnya.

    Noh dari kumpulan indie terkenal, Hujan, didakwa menurunkan autograf kepada salah seorang peminatnya dengan menulis 'Awak busuk' di satu majlis yang diadakan di Unisel, Shah Alam, Selangor.

    Peminat wanita yang mulanya teruja dengan kehadiran idolanya itu terus tersentak dengan perlakuan Noh lalu membuat keputusan untuk meminta Noh memohon maaf secara terbuka.

    Tanpa pernah disangka Noh, wanita itu dengan beraninya menggunakan sebuah rancangan televisyen mendedahkan perlakuannya dan meminta Noh meminta maaf secara terbuka.

    Bila diterjah Noh tentang hal ini, Noh seakan tidak mahu ambil pusing dengan tindakan peminat wanita tersebut yang beria-ia ingin Noh berdepan dengan satu Malaysia dengan meminta maaf kepadanya.

    "Saya sedia minta maaf jika dari awal dia berjumpa terus dan beritahu dengan saya sendiri.

    "Kalau dia betul-betul mahu saya meminta maaf, mengapa perlu guna orang tengah sedangkan dia boleh luahkan rasa tidak puas hati pada gurauan saya masa itu juga.

    "Banyak cara lain dia boleh menghubungi saya dan menyatakan hasratnya kerana tidak dapat menerima gurauan saya, tetapi kenapa perlu ke media?

    "Peminat itu siap ada menghubungi beberapa majalah lain untuk keluarkan ceritanya. Mungkin dia cuma mahu populariti," ujar Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh ketika ditemui di sidang akhbar Konsert Hujan VS Bunkface di sini baru-baru ini.

    Cerita Noh, majlis di institut pengajian tinggi itu sudah lama berlalu dan dia juga agak terkejut kenapa baru sekarang peminat wanita itu membuka ceritanya.

    Kehadiran Noh bersama dengan salah seorang ahli kumpulan Hujan ketika itu atas undangan saat terakhir oleh penganjur majlis itu sekadar untuk memeriahkan majlis.

    Selepas pendedahan peminat wanita itu, ujar Noh, penganjur tersebut turut menghantar mesej kepada Noh meminta maaf atas perlakuan peminat wanita itu.

    Akui Noh, dia pasti ramai yang mengecam pelakuannya itu kerana ia terlampau dibesar-besarkan walaupun dia sudah menerangkan ia hanyalah gurauan kerana sifat Noh suka menyakat orang.

    Tetapi bagi Noh dia tidak perlu risau kerana peminat dan orang sekeliling yang mengenalinya tahu sifat sebenar Noh dan menyokong tindakannya.

    "Biarlah. Kehadiran saya dalam industri hanya untuk mencari makan," terangnya.

    Rapat dengan peminat

    Di sebalik kecaman hebat yang mengatakan Noh tidak mesra peminat, hakikatnya dia begitu dekat dengan peminat-peminat Hujan yang digelar Raingers.

    Hujan dan Raingers sering melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti bermain badminton dan menonton wayang beramai-ramai.

    Raingers yang pada asalnya tidak saling mengenali antara mereka menjadi rapat kerana pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama.

    Malah, pernah sekali dia dan ahli Hujan yang lain membuat kejutan hari jadi kepada Raingers setia mereka, Dekgee, yang berada di dalam Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

    "Paling menyedihkan apabila seorang Raingers yang juga sahabat baik kami, Mohamad Nadmin Sulaiman meninggal dunia baru-baru ini kerana penyakit jantung.

    "Banyak pengalaman manis Hujan bersama Nadmin semasa hayatnya yang tidak dapat kami lupakan.

    "Nadmin sentiasa dengan kami sejak dari awal kemunculan kami, dari kami tidak dikenali lagi," ujar Noh dalam nada sedih.

    Imam Muda cegah maksiat

    Posted: 24 Jun 2010 09:38 PM PDT


    PESERTA program Imam Muda (berbaju biru) mendengar taklimat yang diberikan pegawai penguat kuasa Jawi berhubung penahanan pasangan remaja dalam Ops Cegah Maksiat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    SABAN minggu para peserta Imam Muda diuji dengan pelbagai tugasan baru yang telah direncanakan buat mereka bagi memenuhi pengisian format program tersebut.

    Berbekalkan minat yang mendalam, kesungguhan berserta tekad ampuh untuk bergelar Imam Muda global, para peserta tabah melalui apa jua tugasan diberikan.

    Ini termasuklah mendekati golongan remaja yang berpeleseran bersama pasangan masing-masing di sekitar ibu negara pada malam Ahad lalu.

    Tugasan itu menyusul selepas mereka dikehendaki mendekati golongan mat rempit di sekitar bandar raya Johor Baru, Johor pada minggu keempat.

    Melalui tugasan terbaru itu, peserta bukan sahaja diminta untuk menyampaikan nasihat tetapi juga meningkatkan kesedaran kepada diri mereka sendiri.

    Tujuan tema itu dipilih adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berhadapan dengan golongan remaja yang dikatakan sukar menerima nasihat berikutan perubahan dan gaya hidup moden.

    Bermula pukul 10 malam, para peserta dan 50 anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) telah mula berkumpul di pejabat Jawi.

    Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan lokasi yang dituju di beberapa buah taman dan hotel sekitar ibu negara.

    Seramai 11 pasangan berusia lingkungan 17 hingga 40 tahun telah ditahan dalam operasi diberi nama Ops Cegah Maksiat itu yang berakhir pukul 7 pagi.

    Menariknya, sebaik sahaja bertemu pasangan yang dalam keadaan mencurigakan, peserta diminta mendekati dan mentarbiah mereka.

    Tugasan itu walaupun dilihat mudah namun sebenarnya merupakan satu cabaran dan jelas menguji kesabaran dan kemahiran berkomunikasi yang diperlukan oleh seseorang bergelar imam.

    Lebih-lebih kemahiran berkomunikasi adalah kunci utama dalam usaha imam mentarbiah segenap lapisan masyarakat.

    Bermula dengan 'ta'aruf' atau sesi suai kenal, peserta terlebih dahulu memperkenalkan diri masing-masing kepada pasangan berkenaan sebelum memulakan perbualan selanjutnya.

    Menurut mursyid program Imam Muda, Shahrizan Daud, tugasan itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada imam-imam muda bagi berhadapan dengan situasi sebenar berdasarkan tema "Remaja Menuju Dewasa".

    "Seperti yang kita tahu, pada peringkat inilah remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat dan berunsurkan maksiat.

    "Kita memberi panduan kepada mereka tentang cara-cara untuk berhadapan dengan situasi sebegini.

    "Jadi mereka harus mengaplikasikan dengan memberi tarbiah dengan penuh adab, serius, dan pada masa yang sama tidak mengaibkan orang lain," jelas beliau.

    Menurutnya lagi, secara keseluruhan para peserta telah menjalankan tugas dengan baik pada malam itu.

    "Mungkin terdapat sedikit masalah tetapi itu adalah perkara normal kerana ia kali pertama mereka berhadapan dengan situasi sebegini. Apa yang penting adalah pendedahan.

    "Tugasan malam ini mendedahkan peserta bahawa tugas seorang imam bukan sahaja di masjid. Imam sebagai pemimpin yang bersifat universal hendaklah sentiasa turun padang supaya tidak terlepas pandang perkara-perkara seperti ini," tambah beliau lagi.

    Beliau juga berharap program Imam Muda dapat menjadi medium hiburan berunsurkan Islam kepada masyarakat secara keseluruhannya.

    "Ia kerana program seperti ini amat kurang yang membuatkan para penonton tercari-cari.

    "Selain itu, program itu dapat mengangkat profesion seorang imam. Bukan kita mahu penonton menjadikan imam muda sebagai idola tetapi mahu menyedarkan masyarakat bahawa imam adalah wasilah kepada Rasulullah S.A.W.

    "Dengan itu, kita harap ia dapat mengingatkan penonton kepada usaha yang telah dilakukan oleh rasul junjungan Nabi Muhammad SAW," tambah beliau lagi.

    Bagi seorang peserta, Ahmad Syakir Zamri, 19, tugasan itu amat memberi kesan terhadap dirinya kerana pertama kali terlibat dalam operasi mencegah maksiat.

    "Kami semua betul-betul berada dalam situasi realiti. Jika dahulu hanya melihat dalam televisyen dan kini saya melaluinya.

    "Pengalaman itu sangat berguna apabila menjadi seorang imam kelak, ia telah mengajar saya dan rakan-rakan bagaimana cara untuk mendekati dan menasihati mereka melalui pendekatan yang sebaiknya," katanya yang merupakan peserta termuda program itu.

    Tambah Ahmad, dia percaya mereka yang ditahan itu mungkin kerana disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup bebas dan desakan nafsu.

    Sembilan peserta yang masih menyahut cabaran menerusi program terbitan saluran Oasis (saluran 106, Astro) ialah Amiril Md. Banin, 25; Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 dan Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 sebagai peserta.

    Tidak ketinggalan ialah Nik Muhammad Adib Md. Amin, 22; Nuri Ali Arbain, 25;Ahmad Syakir Zamri, 19, dan Mohd. Taufek Mohd. Noh, 27.

    Masih terbawa karakter Laila

    Posted: 24 Jun 2010 09:35 PM PDT

    SELEPAS Fasha Sandha, Tiz Zaqyah dan Lisa Surihani muncul antara bakat baru yang bersinar terang. Kini tiba giliran Nur Fathia Abdul Latiff mencuba nasib dalam dunia seni tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan dengan pakej yang dimilikinya, Fathia bakal mendominasi pentas lakonan selepas ini.

    pix_middle



    Awal pembabitannya dalam lakonan, gadis berusia 22 tahun ini hanya diberikan watak pembantu. Nasib Fathia semakin berubah kerana dilamar membawakan watak utama dalam drama keempat lakonannya, Laila Asyikin, arahan Heykal Hanifah.

    Pelakon tinggi lampai itu berterima kasih kepada Pierre Andre yang dapat menilai kelebihan dirinya sehingga dia tidak ragu-ragu memberikan watak utama dalam filem arahannya, Hijab. Itulah permulaan buat Fathia menjadi teraju utama.

    Menurut Fathia penggambaran drama itu hampir selesai. Ia akan mengisi slot Samarinda TV3 dan akan mula bersiaran 1 Julai ini.

    "Penggambaran bermula 29 Mei lalu dan mengambil masa hampir sebulan juga. Peluang cuti semester daripada pengajian di UiTM (Universiti Teknologi Mara) saya gunakan untuk berlakon drama ini. Kalau tidak, susah juga kerana biasanya kalau ada tawaran berlakon saya akan menggunakan masa lapang dan cuti hujung minggu. Sudah minat berlakon, terpaksalah bijak membahagikan masa.

    "Perasaan saya apabila berlakon drama ini sangat berlainan kerana banyak pengalaman dikutip terutama bekerja di bawah arahan Heykal. Banyak sekali ilmu mengenai lakonan yang saya belajar daripadanya. Bukan saya mahu memperkecilkan pengarah drama yang saya berlakon sebelum ini, tetapi kali ini ilmu yang dikutip sangat mendalam dan lengkap," katanya.Tambah Fathia, watak yang dibawanya memberi cabaran tersendiri kerana memerlukan dia menjadi perempuan solehah yang melalui pelbagai ujian hidup. Di sinilah keupayaannya tercabar.


    "Watak saya sebagai Laila Asyikin bermula sebagai gadis remaja, selepas itu berkahwin dan memiliki dua anak. Ia watak yang berat tetapi saya sentiasa bersedia untuk belajar perkara baru. Agak penat membawa watak itu kerana ia penuh dengan permainan emosi.

    "Saya menceburi dunia seni tanpa asas lakonan. Jadi saya perlu berusaha dengan sebaik mungkin untuk mempersembahkan yang terbaik. Saya tidak mahu menghampakan harapan pengarah dan peminat," katanya.

    Berbeza dengan watak dibawa Fathia dalam drama Nur Kasih, Dea Sofea dan Bila Musang Berjanggut kerana ia dilihat agak mudah untuk dibawanya. Justeru apabila perlu menangis dalam Laila Asyikin, dia mengakui awalnya sukar melakukannya.

    "Saya memang susah hendak menangis sehingga Heykal terpaksa mengajar saya untuk mendapatkan mood sedih. Sedikit demi sedikit saya dapat merasakannya. Malah selepas selesai penggambaran pun saya masih terbawa-bawa karakter Laila terutamanya dari segi percakapan. Saya sangat puas hati dengan apa yang ditampilkan.

    "Inilah drama yang saya tunggu. Namun impian saya ingin melakonkan semua karakter. Saya mahu mempelbagaikan watak lakonan kerana dari situ baru dapat dinilai kehebatan seorang pelakon," katanya.

    Ramai juga meramalkan Fathia bakal membayangi pelakon lain serta akan membolot peluang berlakon selepas ini. Bagaimanapun gadis itu bukan seorang yang mudah menerima pujian. Dia lebih senang merendah diri dan menganggap setiap pelakon ada keistimewaan masing-masing.

    "Pelakon yang ada semuanya hebat belaka. Saya rasa diri saya biasa saja kerana baru sangat hadir dalam bidang seni. Pun begitu terpulang pada sesiapa hendak melontarkan pandangan mereka.

    "Bagi saya pula masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya berlakon pun bukan mencari. Input yang diberikan oleh saya lebih penting daripada output yang akan diterima.

    "Pembabitan saya bukan bermaksud hendak mengganggu gugat rezeki orang lain. Masing-masing ada ruang untuk menunjukkan bakat dan saya sangat menghormati semua pelakon tanah air dan kalau boleh ingin belajar dengan mereka. Hadirnya saya dalam industri ini juga bukan untuk bersaing dengan sesiapa," katanya.

    Diminta mengulas komen sesetengah pihak mengenai penampilannya yang hanya bertudung dalam drama, Fathia berkata itu hanya karakter yang dilakonkan. Tambahnya dia tidak nampak kesalahan berbuat demikian dan tidak perlulah ia disensasikan," katanya

    >PROFIL
    Nama sebenar: Nur Fathia Abdul Latiff
    Tarikh lahir: 1 September 1987
    Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
    Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
    Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
    Drama dan telefilem: Nur Kasih, Dea Sofea, Bila Musang Berjanggut dan Laila Asyikin
    Filem: Hijab
    Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

    Hartawan Rusia bayar Lady Gaga AS$1 juta

    Posted: 24 Jun 2010 09:31 PM PDT

    Jarang sekali penyanyi pelik dan jelik, Lady Gaga tampil dengan cerita yang lebih menyenangkan.

    Sebelum ini Lady Gaga sering mendapat perhatian berikutan fesyen pakaian yang sering ditampilkan terlalu menampakkan dia kelihatan lebih buruk daripada artis lain yang mampu tampil sopan.

    Namun begitu, dalam keberaniannya dalam mengenakan pakaian sebegitu, ramai juga pengikutnya yang terdiri daripada golongan gay mengagungkan penyanyi kesayangan mereka itu.

    Di samping itu, Lady Gaga juga mampu bertahan dengan sentuhan lagu-lagu serta persembahan klip videonya yang begitu kreatif.

    Dengan itu juga, ia sangat sesuai dengan penampilan Lady Gaga itu sendiri yang penuh enegetik.

    Sementara itu, Lady Gaga sekali lagi membawakan kontroversi di mana seorang hartawan daripada Russia sanggup membayar $1 juta dolar kepada Lady Gaga sebagai penampilannya dalam klip video terbarunya berjudul Alejandro.

    Yusry Sunting Shahir Untuk Filem Seram

    Posted: 24 Jun 2010 09:31 PM PDT

    BARU sebulan Shahir (gambar) merasai kemanisan bergelar juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), dia sudah diintai untuk berlakon filem seram arahan pengarah, pelakon dan penyanyi tersohor, Yusry Abdul Halim berjudul Karak.

    Shahir disunting untuk melakonkan salah satu watak utama dalam filem terbitan KRU Studios itu. Filem itu akan menjalani penggambaran pada 19 Julai ini.

    Selain Shahir, semua pelakon dalam filem itu merupakan muka baru dalam industri perfileman.

    "Saya sengaja mengambil semua muka baru berbanding muka lama untuk filem terbaru saya ini. Kebanyakan pelakon itu pernah berlakon dalam beberapa buah drama dan tidak dikenali ramai.

    "Saya menggunakan teori sendiri iaitu jika mengambil muka lama, penonton sudah tahu cara mereka berlakon.

    "Jadi, kalau kita ambil muka baru, penonton mungkin akan lebih suspens," katanya yang masih menilai bakat dan karektor yang ada pada setiap pelakon itu.

    Buat julung kalinya, pengarah filem Cicakman itu memilih genre seram sebagai taruhan terbarunya. Filem tersebut menghimpunkan cerita-cerita hantu dan seram sebenar yang berlaku di jalan lama di Lebuhraya Karak.

    Alasannya, genre seram lebih mudah dihasilkan berbanding genre aksi. Kebetulan dia mendapat ilham daripada abangnya, Norman Abdul Halim mengenai Karak.

    "Skrip filem ini ditulis oleh Norman. Saya memilih genre seram kerana mahu menghasilkan filem yang boleh disiapkan tanpa memakan masa yang lama.

    "Ini kerana, filem Hikayat Merong Mahawangsa sendiri mengambil masa yang lama iaitu pra-produksi sahaja selama setahun, penggambaran selama dua bulan dan pasca produksi masih belum selesai sehingga sekarang," beritahunya yang turut merancang untuk menghasilkan lagu untuk Shahir.

    Filem Karak mengisahkan empat pelajar, dua lelaki dan dua perempuan yang bersahabat baik menempuh pelbagai peristiwa seram di Lebuhraya Karak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di situ ketika dalam perjalanan ke kampus mereka.

    Disebabkan mengejar masa dan mahu cepat sampai, mereka menggunakan jalan lama di Lebuhraya Karak. Insiden yang berlaku pada waktu malam itu menyebabkan mereka diganggu oleh lembaga sehingga menyebabkan mereka ditimpa kemalangan.

    Suami Sahkan Belum Cerai Maya

    Posted: 24 Jun 2010 09:30 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Ketika peminat dunia hiburan tertanya-tanya apakah kesudahan hubungan pelakon Maya Karin,31, dengan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali, pasangan itu disahkan belum lagi bercerai.

    Kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini petang semalam tanpa menjelaskan tujuan mereka berbuat demikian.

    Maya tidak berkata "ya" mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka.

    Cuma suaminya mengesahkan dia dan Maya masih lagi suami isteri.

    "No divorce (tidak bercerai)," kata Muhammad Ali kepada wartawan selepas mengadakan prosiding di kamar hakim selama kira-kira dua jam.

    Dia juga turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya.

    Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu.

    Maya pula berkata dia mahu mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.

    "Tiada keputusan. Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap," katanya yang keluar dari mahkamah lewat 20 minit selepas suaminya.

    Difahamkan prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu turut dihadiri oleh dua orang saksi lelaki berbangsa asing.

    Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.

    MStar Online difahamkan, kunjungan pasangan itu ke mahkamah untuk mendaftarkan pernikahan mereka selepas kedua mereka diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

    Majlis resepsi kedua mempelai diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

    Selepas dua tahun bernikah, hubungan Maya dengan guru Matematik di sebuah sekolah antara bangsa itu dikatakan menghadapi krisis dan mereka sedang dalam proses untuk memulihkannya.

    Video Porno: Jawapan Ariel Berbelit-Belit

    Posted: 24 Jun 2010 09:30 PM PDT

    WALAUPUN sudah disyaki sebagai suspek utama, Ariel Peterpan (gambar) masih belum mengakui bahawa dia memiliki video porno mirip dirinya bersama-sama dua selebriti wanita iaitu Luna Maya dan Cut Tari.

    Setiap kali disoal, Ariel selalu memberi jawapan yang berbelit-belit, kata Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta ketika dihubungi detikhot.com semalam.

    Dia juga mendakwa penyanyi lagu popular Mungkin Nanti itu tidak memberikan kerjasama ketika siasatan dilakukan.

    "Dia (Ariel) selalu mengelak, jawapannya juga berbelit," ujarnya.

    Sementara itu, Marwoto enggan memberikan komen berhubung pakaian dalam milik Cut Tari yang menjadi barang bukti.

    Menurutnya, pihak polis masih mengumpulkan bukti berkaitan kes video porno milik bekas model iklan produk pendingin udara itu.

    "Kita mencari bukti lagi," katanya.

    'Kita The Musical' Berakhir Ahad Ini

    Posted: 24 Jun 2010 09:29 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Persembahan teater Kita The Musical (gambar), yang memaparkan penghayatan maksud sebenar gagasan 1Malaysia, akan berakhir pada Ahad ini setelah berlangsung di Istana Budaya di sini sejak 17 Jun lepas.

    "Masih ada beberapa malam lagi untuk menyaksikan muzikal khas ini," kata Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

    Kita The Musical adalah hasil persembahan Xiyue Art & Culture, sebuah pertubuhan yang tidak mencari keuntungan, bersama dengan Musical on Stage Productions.

    Teater muzikal itu, yang dianjurkan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional melibatkan pelakon pelbagai kaum.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang mengilhamkan teater itu berkata, orang ramai perlu menyokong persembahan seperti Kita The Musical.

    Kita The Musical tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan muzikal tempatan yang mempunyai paling ramai pelakon pelbagai kaum iaitu seramai 50 orang.

    Perbezaan Darjat "Uda & Dara"

    Posted: 24 Jun 2010 09:28 PM PDT

    Misha dan Razali melakonkan watak Uda dan Dara dalam Muzikal Uda dan Dara.

    KARYA ulung Uda dan Dara nukilan Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang terkenal dengan kisah cinta tanpa batasan melibatkan pasangan Uda dan Dara apabila tiada yang dapat menghalang mereka untuk berkasih sayang.

    Namun di sebalik percaturan itu, pasangan tersebut terlupa bahawa perbezaan darjat, pangkat dan harta boleh memisahkan mereka.

    Disebabkan enggan berpisah, mereka tetap mempertahankan cinta itu sehingga melakukan hubungan terlarang.

    Bermula daripada puisi bertajuk, Gadis Di Kuburan, maka lahirlah naskhah Muzikal Uda dan Dara yang kini bakal dipentaskan buat kali kelima pada 10 hingga 20 Julai ini di Istana Budaya.

    Pasangan Uda dan Dara turut bergambar dengan dua pelakon muzikal itu iaitu Zulkifli Zain dan Betty Banafe.

    Walaupun bukan pertama kali dipentaskan, namun ada yang teruja menantikan bagaimana teater arahan Datuk Rahim Razali itu akan dipentaskan buat pertama kalinya di pentas bertaraf dunia, Istana Budaya bagi mengisi slot Sasterawan Negara.

    Ada sumber mengatakan Rahim berani 'menelanjangkan' keseluruhan puisi Usman seperti bait puisi 'pelukan dan kucupan kasih tidak ada garisan sepi' yang menunjukkan si dara dan si teruna sebenarnya menjalin hubungan terlarang sebelum sempat bernikah di pelaminan.

    Yang pasti, menurut pelakon Razali Hussain yang melakonkan watak Uda dalam muzikal tersebut, babak menceritakan tentang 'nikah tanpa pelamin' itu diterjemahkan dalam bentuk subteks.

    "Kita tidak visualkan secara terang-terangan tetapi paparkan menerusi lagu dan tarian sebagai subteks kepada 'nikah tanpa pelamin'.

    "Tentang pernikahan tanpa pelamin, Uda dan Dara tidak bernikah tetapi cinta agung mereka mengatasi segala-galanya.

    "Hanya mereka yang memahami puisi itu akan memahami subteks yang dipaparkan," katanya kepada mStar Online semasa sidang media muzikal tersebut di Istana Budaya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, pengarahnya, Rahim Razali turut mengiyakan bahawa muzikal itu tidak akan mevizualkan secara terang-terangan perkara yang sensitif seperti nikah tanpa pelamin itu.

    "Itu hanya cakap-cakap sahaja. Kita tidak akan visualkan," beritahunya ringkas.

    Muzikal Uda dan Dara, terbitan UA Enterprise Sdn Bhd merupakan sebuah kisah cinta tragis antara anak tani bernama Uda dan gadis berada bernama Dara. Cinta mereka terhalang disebabkan isu darjat, kuasa dan kasta.

    Ia turut dibintangi oleh beberapa pelakon dan penyanyi terkenal lain iaitu Razali Hussain sebagai Uda, Umi Kalsom (Ibu Uda), Betty Banafe (Ibu Dara), Mazlan Tahir (Alang Bakhil), Rosdeen Suboh (Uteh) dan Radhi Khalid (Pak Long).

    Angelina Jolie & Jennifer Aniston Perang Dingin

    Posted: 24 Jun 2010 09:28 PM PDT

    HUBUNGAN Angelina Jolie (gambar) dan Jennifer Aniston dikhabarkan kembali tegang kerana Jolie dikatakan memberi amaran kepada Aniston agar menjauhi anak-anaknya.

    Menurut National Enquirer semalam, dalam nada marah Jolie meminta Aniston agar tidak mendekati keenam-enam anaknya. Dia juga meminta kepada bekas isteri Brad Pitt itu untuk menetap jauh daripada tempat tinggal mereka.

    "Dia (Jolie) tidak mahu Aniston berkelakuan seperti ibu angkat anak-anaknya," ujar sumber.

    Aktres berusia 35 tahun itu memperingatkan Aniston kerana khuatir anak-anaknya akan bingung dengan apa yang berlaku kepada ayah dan ibu mereka. Jolie tidak mahu anak-anaknya tahu hubungan tegangnya dengan Aniston.

    "Jolie tidak mahu anak-anak, khususnya yang masih kecil, seperti Shiloh bertanya kenapa Pitt menghabiskan waktu dengan perempuan lain," tutur sumber itu lagi.

    Jolie juga tidak lagi melarang Pitt untuk bertemu Aniston. Tetapi dia tidak membenarkan Pitt membawa anak-anaknya ketika bertemu dengan bekas isterinya itu.

    Kim Kardashian Kembali Bercinta Dengan Pemain Bola

    Posted: 24 Jun 2010 08:57 PM PDT

    SELEBRITI Hollywood Kim Kardashian (gambar) tidak boleh memilih orang lain sebagai kekasih sebaliknya mencintai ahli sukan.

    Setelah putus cinta dengan pemain bola sepak Reggie Bush dan Cristiano Ronaldo, kini dia dikhabarkan kembali bercinta dengan pemain bola sepak.

    Menurut People semalam, Kim kelihatan mesra dengan pemain bola sepak dari Dallas Cowboys iaitu Miles Austin. Kedua-duanya sudah beberapa kali bertemu dan sehingga kini hubungan mereka semakin rapat.

    "Mereka bertemu di sebuah restoran di Los Angeles beberapa bulan lalu dan saling bertukar nombor telefon. Selepas itu mereka selalu berbual mesra," ujar sumber terdekat pasangan itu.

    Meskipun sangat rapat, Kim dan Miles masih malu-malu mengaku sebagai sepasang kekasih. Kedua-duanya memilih untuk menjalani hubungan itu tanpa tergesa-gesa.

    "Dia (Kim) fikir Miles seorang lelaki yang sangat baik manakala Miles menganggap Kim adalah wanita idamannya," lanjut sumber itu.

    Rosyam 'sakit jiwa' dituduh penipu

    Posted: 24 Jun 2010 08:57 PM PDT




    PETALING JAYA - "Jiwa saya kacau, emak menangis dan orang asyik tanya kepada isteri sampai tak tahu hendak letak muka di mana."

    Demikian luahan produser dan pelakon terkenal, Rosyam Nor, (gambar) 43, yang mengalami tekanan selepas dituduh menipu pelanggan dalam pelaburan perniagaan jualan langsung (MLM) di bawah syarikat Power Impian International Sdn. Bhd. yang menggunakan Rosyam Nor Group (RNG) sebagai jenama untuk menarik rangkaian ahli baru.

    "Saya gelak dalam tangisan sekarang. Saya sudah berhabis duit sebanyak RM300,000 daripada hasil berlakon semata-mata hendak membabitkan diri dalam perniagaan ini sambil membantu orang lain tetapi kena juga fitnah.

    "Barangkali timbul perasaan tidak puas hati daripada orang tertentu kerana kejayaan saya mengumpul 3,000 ahli di bawah saya selepas melibatkan diri pada April lalu," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Hotel One World di sini semalam.

    Harga ayam hanya RM4 sekilo

    Posted: 24 Jun 2010 08:56 PM PDT


    Orang ramai tetap membeli ayam di Pasar Keramat, Kuala Lumpur semalam walaupun terpaksa berdepan dengan harga yang tinggi.


    KUALA LUMPUR - Pengguna mungkin terus terbeban untuk membeli ayam pada harga yang jauh lebih tinggi pada masa depan selagi harga siling ayam tidak dihapuskan.

    Ini kerana sejak penetapan harga siling dilaksanakan, kerajaan mendapati segelintir peniaga terus menggunakan kaedah itu untuk memanipulasi harga ayam.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, sebelum ini, kerajaan menetapkan harga siling ayam sekitar RM7 sekilogram.

    Namun, masih juga wujud segelintir peniaga mengaut keuntungan dengan meletakkan harga melebihi paras tersebut meskipun harga pasaran sebenarnya jauh lebih rendah.

    "Ini bukan perkara baru, sudah kerap sangat berlaku. Masa kita tetapkan harga siling, ada peniaga jual ayam pada harga jauh lebih mahal.

    "Hakikatnya harga sebenar lebih rendah... mungkin RM4, jadi tak guna kita letak ia sebagai barangan kawalan kerana ia hanya akan merugikan pengguna," katanya ketika dihubungi di sini semalam.