Adsense

Rabu, 23 Jun 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


How To Make Your Own Official World Cup Ball

Posted: 23 Jun 2010 07:22 AM PDT



First, you'd need a regular soccer ball. Any one will do. Get a "Made In China" one at your local sports store for a cheap RM40.

Sure, it won't last as long and the specs aren't as good, but the improvements in the Teamgeist ball are minimal in practice you probably won't notice it anyway.

Then you gotta spray the ball all white.

Use spray paint of ICI Dulux, whichever you prefer. Gotta have a white background before you paint the designs on later ya know?

Now comes the difficult part.

You know how the Teamgeist ball features the signature World Cup trophy-inspired 'rounded propellers'? That's important. That's the whole reason why so many wanted the ball in the first place.

But how do you do it?

Easy.

You get a box of Kotex.


Stick 'em all over your ball.

Add drawings with a marker pen and there you go!

Your very own Official FIFA World Cup Teamgeist Ball.
They look so similar no one can tell the difference.

Better still, if your girl is expecting her monthly matter, you can just peel one off your ball to let her use. And she'd be so in love with you.

Shakira - Waka Waka (This Time for Africa)

Posted: 23 Jun 2010 12:33 AM PDT

(Gambar) Aishah & Suami Baru

Posted: 23 Jun 2010 12:20 AM PDT


Bagi yang merindui perkembangan terbaru penyanyi yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah, difahamkan Aishah telah berkahwin dengan Faizal Haji Zulkifli, seorang ahli perniagaan berstatus duda.



Tahniah buat Aishah dan suami!

Aishah sebelum ini pernah dua kali berkahwin, pertama dengan jejaka Singapura dan kedua dengan warga New Zealand, Muhammad Abdullah atau Che Mat pada 1 September 1997 di Auckland.

Mereka dikurniakan seorang anak Azhad Ahlami Muhammad, 10. Selain itu, Aishah ada anak angkat, Armand Azhari Abdullah, 16. Bagaimanapun, pada 13 September 2000, Aishah memfailkan permohonan cerai fasakh dan hak penjagaan anak di Mahkamah Majistret Ampang mengikut Seksyen 4 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Pelacur China londeh seluar

Posted: 23 Jun 2010 12:10 AM PDT



SEORANG pelacur (kiri) bertindak melondehkan seluarnya selepas bengang gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Balai Polis Dang Wangi semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang daripada lima pelacur warga China menunjukkan aksi biadap apabila bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya sebaik menyedari gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Wanita terbabit bertindak demikian kerana bengang dengan tindakan jurugambar berkenaan yang tidak putus-putus merakam gambarnya sebaik dia dan rakan-rakannya turun dari kenderaan polis.

Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya memakan diri apabila dia dimarahi oleh pegawai polis yang mengiringi mereka ke lokap.

Kelima-lima wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas polis melakukan operasi di sebuah plaza di Jalan Pudu di sini kelmarin.

Ia ekoran pendedahan yang dibuat Kosmo! selama dua hari berturut-turut sejak Sabtu lalu mengenai kegiatan pelacur-pelacur berkenaan yang selamba menjual diri depan tandas pasar raya berkenaan.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi diketuai Cif Inspektor Rosmizan Abdul Wahab bersama lapan anggota.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa jam sebelum menahan suspek.

"Ketika diserbu, kesemua mereka termasuk pelanggan yang sedang berurusan melarikan diri," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.

ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah

Posted: 22 Jun 2010 11:47 PM PDT


JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.



Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

"Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum," katanya kepada portal detikhot.com hari ini.

Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.

"Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu," katanya.

Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.

Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).

Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.

Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.

Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.